Pertama sekali saya memohon maaf kepada ahli-ahli PAS samada yang tegar ataupun hangat-hangat tahi ayam.. saya menulis di atas rasa kasih sayang saya kepada satu-satunya parti melayu yang dominan dalam memperjuangkan Islam.

Tapi saya rasa PAS hanya Islam dikulit bukan isinya.. Bezanya, BN cuma kulit bawang dan PAS pula kulit limau bali.. bezanya PAS masam sikit dan BN masam banyak.

Selama ini PAS mengutuk dengan mengatakan demokrasi dalam BN telah mati, ..padahal dalam parti PAS itu sendiri.. demokrasi telah mati.

Apa bezanya musyuwarah dan mesyuarat? .. apa bezanya majlis syura dengan lembaga displin? ..apa bezanya mursyidul am dengan penasihat parti?

Adakah BN sahaja mengamalkan rasuah dan kronisme? .. apakah dalam PAS tidak ada dalam rasuah dan kronisme?

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau rakan sebantal sendiri memperlekehkan bahasa jawi dan kepentingan azan dan cadangan kilang babi di Selangor? Padahal Islam menyuruh penganutnya memperjuangkan maruah Islam..

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau mencaci-maki musuh dengan cerca nista? Padahal Islam terkenal dengan akhlak dan sopan santunnya..

Bukan kerana apa.. demi cita-cita politik, Islam diletakkan di punggung.. kalau BN korup dengan harta negara, PAS ini korup dengan agama Islam.. harta Allah.

Apa beza sikap diktator dalam BN dengan PAS, kalau pandangan ahli dan suara muda dianggap menghina pemimpin. Apakah salah kalau ahli mempunyai pemikiran yang berbeza dan tidak sehaluan dengan pandangan parti.

Kalau Muhyidin Yasin dianggap menghina kepimpinan BN.. Mustafa Ali dan Mat Sabu dianggap menghina kepimpinan PAS. Demokrasi apa yang PAS pakai? Demokrasi kepala hangguk??

Pendapat saya.. sealim-alim Nik Aziz pun, dia bukan maksum.. Marahlah kalau nak marah. Sedikit pun saya tidak heran, Allah lebih tahu..

Hukuman Allah kepada orang yang lalai sudah berat.. tetapi hukuman kepada orang yang alim tapi tidak mengamalkannya lagi berat.. Kalau tidak, masakan ada kisah pelacur boleh masuk syurga dan kisah ahli ibadat masuk neraka.

Kerana Anwar.. PAS jadi buta. Segala pandangan ahli yang berbeza dianggap tidak menghormati pandangan parti. Nak hormat apa kalau dah terang-terang bersalah, nasihat tak mahu dengar.. bukan Nik Aziz yang menjamin saya masuk syurga !!

Apa beza kalau ulama besar dianggap pencuci dosa.. sama macam paderi Kristian lah kalau begitu.. buat dosa, jumpa paderi.. terus suci bersih. Islam tak perlu orang tengah.. terus dengan Allah atas tikar sejadah.. antara kita dan Allah.

Kalau beginilah sikap PAS.. 50 tahun lagi semacam itulah. Tak akan maju.. Mengkritik orang lain pandai, diri sendiri tidak mahu muhasabah.

Pilihanraya 2004 telah membuktikan PAS bukan maksum.. Terengganu terlepas, Kelantan nyawa-nyawa ikan. Pilihanraya 2008 pun, undi kepada PKR lebih tinggi dari PAS sendiri.. cermin diri sendirilah.. PKR 31 kerusi, PAS 22 kerusi.. nampak sangat PAS dilihat jumud.

PAS tidak gagah sebenarnya.. tetapi rakyat tiada pilihan. PAS diundi kerana PAS nampak baik sedikit dari BN.. rakyat tiada pilihan.

Kenapa orang yakin pada Anwar?? Sebab Anwar nampak islamik dan pandai mentadbir.. PAS memang nampak islamik tapi banyak retorik dari mentadbir. Antara Anwar dan PAS.. rakyat akan memilih Anwar. Alangkah malunya PAS terpaksa bergayut kepada Anwar untuk mara..

Kadang-kala nasihat cara keras lebih cepat masuk hati berbanding nasihat cara berkias.. Tak semestinya saya kena masuk PAS untuk memperjuangkan Islam.. kerana setiap orang Islam adalah fadhu ain kepadanya mendaulatkan Islam.. sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Saya tidak taksub kepada pemimpin PAS.. saya cuma taksub Allah dan Nabi Muhammad. Saya bukan ahli UMNO.. saya ahli PAS, dan saya sebagai ahli PAS mahu menegur pemimpin PAS. Saya bukan pro-Hj Hadi, bukan pro-Nik Aziz, bukan pro-Husam, bukan pro-Mustafa.. malahan saya tidak anti kepada sesiapa dalam PAS.

Saya cuma anti-kejumudan dalam PAS.

Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!

Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar.

Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..

Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..

Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..

  1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??
  2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???

———————————————————————————–

Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..

Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.

Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.

Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..

Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..

Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?

Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.

Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..

Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.

————————————————————————————

Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.

Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.

Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..

Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..

Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..

Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia  ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??

Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak  sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??

Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..

Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.

Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..

Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.

———————————————————————————–

Hendak sokong UMNO.. BN dah teruk ! Perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan relevan.. tetapi hanya kerana Anwar ada disitu, saya jadi teragak-agak dan terbantut untuk menyokong perjuangan mereka.. Malahan saya melompat gembira Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12.. ketika itu Anwar tiada pun..

Kalau saya orang Cina.. mesti saya dah masuk DAP. Tetapi saya sebagai orang Melayu, cuma ada 2 pilihan.. UMNO dan PAS.

Hendak sokong PAS.. mereka bersama Anwar. Lainlah kalau PAS tidak bersama Anwar.. sudah tentu saya berdiri teguh dibelakang PAS. Harap-harapnya UMNO boleh berubah.. senanglah saya hendak membuat keputusan nanti..

Kalau UMNO tidak berubah ??.. hmm.. baik aku undi orang yang korup tetapi tidak menggadaikan agama dan negara, dari orang berselindung di sebalik agama tapi penggadai bangsa dan agama.. seperti kata Raja Petra, orang yang berselindung disebalik agama untuk menjalankan kerja-kerja gelapnya.

Wallahualam.. mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada hamba-Mu ini yang lemah lagi tidak terdaya.

KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.

“Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,

“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.

Jelas beliau, sekiranya negara ini terus di perintah oleh UMNO maruah manusia akan tercalar disebabkan perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang sememangnya tidak bermaruah.

Namun, katanya, adalah tidak salah jika ada Ahli Parlimen (BN) yang akan melompat parti dan ia bukanlah suatu tindakan yang tidak bermoral.

“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula,

“Duit pun habis, nampak sangat pengecut. Tak boleh menyerah tetapi panik sehingga larikan diri, takkan nak lari sampai hilang taraf kerakyatan?,” tegas Tuan Guru.

Sebaliknya beliau berpendapat, isu lompat melompat parti sudah lama di ajar oleh UMNO sendiri dan jika ia berlaku sekarang bukan suatu perkara yang pelik.

“UMNO beli rakyat Kelantan masa Ibrahim Fikri, lompat ke UMNO. Zaman Dato’ Asri pun rakyat di ajar lompat parti, mana ada maruah. UMNO yang ajar rakyat tidak bermaruah. Lompat-melompat ni memang tidak bermaruah. UMNO yang ajar manusia melompat,” jelasnya lagi

Artikel [Nik Hassan Azmi]

p/s : Alahai Tuan Guru.. emosional jer bunyinya..

Saya bukannya sokong BN pun.. tapi kerja tu memang tak beretika.. kalau dah BN buat masa dulu-dulu tu satu kesalahan, maka kita pun janganlah nak buat kesalahan yang sama. Mana nak letaknya PAS punya prinsip perjuangan KETUANAN ISLAM? Janganlah kerana taksub kepada kebencian kita menghalalkan sesuatu yang salah dari segi prinsip moral.

Saya ini pun bukannya ‘orang jauh’.. ada pertalian waris juga dengan Tuan Guru. Tetapi takkanlah benda yang salah kita nak sokong juga?

Tuan Guru kena ingat baik-baik hal ini.. Tuan Guru bukan ‘maksum’, tidak terlepas dari salah dan dosa.. sebagai pemimpin, kita kena berhati-hati dalam membuat teladan.. sekiranya teladan itu satu kesalahan dikaca mata Islam dan menjadi ikutan anak-buah.. tak pasal-pasal dosa pengikut terkena juga kepada Tuk Guru.

Takkan tak mau percaya lagi akan kekuasaan Allah.. Anwar tu orang biasa saja, siapalah Anwar kalau hendak dibandingkan dengan Rasul.. apatah lagi kepada Allah Taala.. Pencipta Sekalian Alam..

4 HARI + 4 HARI LAGI..

“Petaling Jaya, 11 Sept: Usaha Pakatan Rakyat ‘memburu’ ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana. Mereka dijadual berlepas ke Taiwan petang esok. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi…” [mStar]

———————————————————————————

“Harakah Daily, 11 Sept: Penulis mendengar khabar, ada dua Ahli Parlimen dari Gerakan yang berada di Taiwan dikatakan telah mengisytiharkan diri ‘melompat parti’ masuk Pakatan Rakyat.

Khabar belum sahih ini disampaikan seorang teman di Terengganu melalui SMS diterimanya. Bagaimanapun dalam siasatan saya media internet belum menyatakan perkara ini sama ada betul atau hanya khabar angin..” [Harakah]

———————————————————————————

“Seremban, 11 Sept: Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi …” [Malaysiakini]

———————————————————————————-

“Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa, memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen…” [Malaysiakini]

———————————————————————————-

Alahai.. BN sekarang sudah kelam-kabut..

Bagaimanapun.. saya percaya kebanyakkan mereka adalah ahli-ahli BN yang tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam BN, dan kebanyakkan berbangsa bukan-Melayu. Saya tidak hairan sekiranya mereka tertarik dengan PKR yang memperjuangkan konsep ‘Ketuanan Rakyat’..

Malahan.. saya juga tidak hairan jika ramai ahli BN yang mengambil sikap keluar parti sebagai tanda protes dan kecewa kepada kepimpinan BN sedia ada. Bukankah Dr Mahathir juga keluar UMNO sebagai tanda protes walaupun dia mempunyai keahlian Umno (Umno-Baru) bernombor 1?

Adakah juga usaha-usaha dari kem Anwar semakin diperhebatkan setelah menerima peruntukkan tambahan berjumlah RM 3 bilion, sebagaimana desas-desus oleh [Dunia Tiger]?

———————————————————————————–

Saya berpendapat.. BN bertindak kurang bijak dengan menghantar rombongan MP ke Taiwan baru-baru ini. Sekiranya ianya benar-benar perlu.. ianya sepatutnya ditangguhkan. Ini memberikan persepsi negatif dikalangan rakyat akan usaha terdesak BN untuk menggagalkan ‘Ops 16 Sept’.

Sepatutnya.. BN harus berdepan dengan ancaman PR secara ‘jantan’, kolektif dan profesional. BN sepatutnya menguatkan ikatan sesama mereka dan berani untuk ‘berperang’. Ini akan menambahkan rasa kagum dan hormat kepada BN dengan sendirinya.

Pakatan Rakyat ada strateginya.. dan BN pula sepatutnya ada strateginya yang tersendiri, tetapi bukannya strategi yang tidak cerdik.. malahan terperangkap dengan strategi lawan.

Hendak buat macam mana lagi.. kalau pemimpin tertinggi sudah hilang punca dan panik?

BN harus belajar dari pengalaman PAS selepas kalah pilihanraya PRU 11.. ketika itu PAS Kelantan hanya ada perbezaan tipis bilangan kerusi berbanding UMNO Kelantan. PAS diasak dengan usaha UMNO yang bertali-arus untuk membeli YB Pas agar ‘melompat’.

Saya tahu perkara ini kerana salah seorang kawan saya yang ahli fanatik UMNO, mendedahkan usaha oleh KJ dan Najib untuk membeli YB Pas dengan tawaran wang, projek dan jawatan dalam Exco sekiranya BN berjaya mengambil-alih pemerintahan..Kawan saya tadilah yang sibuk kesana-sini berjumpa YB Pas dan memujuk agar menerima tawaran tersebut.

Tetapi mereka hampa dengan istiqamah dan prinsip YB Pas.. mereka berkata, “saya sanggup lapar daripada menerima wang anda”..

Dalam hal ini, BN harus bersikap terbuka dan berlapang dada.. anda rasa sendirilah bagaimana peritnya jika orang yang dalam keadaan lemah cuba diasak oleh orang yang gagah. Ini ujian Allah kepada BN..

Ini adalah keadaan Pak Lah yang tensen dan blurrr.. tak tahu nak buat apa lagi. Isu sumpah dah senyap, kes exco Perak pun tak jadi.. Mahathir pula nak masuk UMNO balik.. Rakyat dah minta aku berundur, tapi bisnes anak aku tak bagus lagi.. menantu aku pun tak jadi ketua pemuda lagi. Aku pun nak cari duit juga.. Jeane aku kuat jugak shopping.. mana boleh kalah sama itu bini Najib.

Ini pula keadaan Anwar yang tengah rileks, Wan Azizah pula urut belakang suami dia.. oh yeah.. aku nak release tensen, sebab dah terlepas dari kena masuk jail.. rilek dulu, lepas ni kena pikir strategi terbaru.. aku nak kelentong apa lagi yer.. Bush pun dah bagi 3 billion, kayalah aku. Mana pegi ‘jambu’ aku nii.. pandailah aku kelentong Jijah ni nanti.

Ini pula keadaan Dr Mahathir yang malu-malu kucing.. nak masuk UMNO, jadi ke tak jadi. Heh..heh.. habislah korang nanti, aku kerjakan.. Pak Lah dan Anwar kena berjaga-jaga lah selepas ni. Aku ni banyak muslihat.. orang lama katakan.

Ini kenyit mata Lim Kit Siang.. heh..heh.. taktik dah menjadi, PKR dan PAS sudah kena tipu sama aku.. 16 September nanti, aku nak suruh Anwar dan Khalid buat ladang babi kat Sepang.. biar Melayu lari dari sana. Lepas tu biar orang-orang aku tinggal kat sana.. kick sama itu Melayu.. lepas tu kick pula Anwar sama Hj Hadi.. Kah..Kah..Kah.. Malaysia aku punya. Woit Lee Kuan Yew.. Be patient my friend.

Ini gambar Najib tengah bersedih.. apa pasal rakyat masih tak percaya kat aku, sumpah sudah buat.. minta maaf pun dah buat. Camne la masa depan aku.. ada can ke aku nak jadi PM? Pak Lah kata 2010, Anwar kata 16 September ni.. Ish.. ni si Mahathir pulak nak kacau daun. Melepas lagi lah jawabnya..

Ini pula Syed Hamid Albar.. don’t worry boss !! Polis dan tentera dah stand-by anytime.. Heh.. heh.. kalau Anwar tak jadi PM, Pak Lah mesti sayang aku punya.. naik gaji la aku.. masyuk beb, masyuk..

Ini keadaan Hj Hadi yang was-was.. Anwar ni betul ke tidak nii.. Anwar tu betul ke ada ‘affair’ dengan Saiful?.. tapi Anwar tu nampak ‘lebai’ semacam jer. Ish.. tak percaya aku kat mamat ni, tapi kena ikut jugak lah.. aku benci Umno lagi dari Anwar.

Ini lah keadaan Paul Wolfowitz yang tengah gembira sekarang nih.. Kah..Kah..Kah.. Anwar, kawan baik aku dah nak jadi PM Malaysia.. bagus jugak taktik aku guna Anwar nih. Lepas ni Yahudi buleh masuk ramai-ramai kat Malaysia, Anwar mesti pinjam IMF punya nak bangunkan Malaysia. Huh.. kasi Islam lemah kat sana.. lepas tu aku boleh ambik minyak Asia Tenggara !! Kaya lah aku.. jangan bimbang Anwar.. komisen kau ada punyer..

Ini pula  orang-orang kuat UMNO.. sedih dengan masa depan yang tak menentu. Woit geng.. camner ni? Habislah kita kalau Anwar menang.. payah nak cari makan lah. Itulah aku dah kata.. baik lompat jer masuk PKR, aku dengar Anwar nak bagi 100 juta seorang..

Ini pula orang-orang kuat PKR.. tengah ‘excited’ tunggu 16 Sept nii. Kalau Anwar menang nanti.. kita enjoy sampai pagi.. aku belanja kau minum kat pub dan disco, Anwar tak marah punyer.. ini kan negara kita punya. Anwar dah bagi ‘line clear’.. ini negara adil dan saksama, hak-hak asasi kita sapa buleh kacau.. Woitt !! aku dah booking Mercz baru, barulah ada class jadi YB..

Ini lah keadaan orang-orang kuat PAS.. tunggu dan lihat. Woit geng !! camner ni? rileks.. bos kita tak bagi arahan lagi.. Kau nak join Anwar ke nak join Hj Hadi? .. rileks.. tunggu dan lihat. Aku pening lah.. bos kata kita tak boleh kawan sama Lim Kit Siang, tapi dia boleh peluk-peluk pulak si mamat tuh. Aiseh.. pening aku..

Ha.. ha.. inilah aku.. si Khairy Jamaludin. My friends called me KJ.. Itu ayah mertua dan Najib, aku dah control.. cover line baik punyer sama Tingkat 4. Passport Anwar akulah yang bagi balik.. aku mau Anwar kasi pressure sama Najib… aku dah kaya dah sekarang. Tapi Anwar ini kepala besar sikit, mau lawan balik aku yea? Don’t worry.. aku ada plan baik punya sama Anwar..

Ketika saya muda-muda dahulu.. peringkat belasan tahun dan 20-an, saya kurang berminat dengan PAS. Ketika itu saya lebih tertarik kepada UMNO. Bukan kerana saya hendak habuan, tetapi saya boleh belajar dan cari makan dengan aman.. walaupun tidak bergantung dengan ahli-ahli politik.

Apabila semakin meniti usia.. rasa kecewa kepada UMNO mula menebal. Hendak minta kerja pun kena ada ‘kabel’ orang UMNO, anak nak buat pinjaman buku teks pun perlu dapat pengesahan Tuk Penghulu UMNO. Apatah lagi dengan cerita-cerita dan gosip rasuah dan kronisme orang-orang UMNO dalam perbincangan tidak rasmi sesama rakyat.

Apabila saya kematian bapa saya pada awal tahun ini.. saya didekati oleh dua Tuk Penghulu, satu dari UMNO dan satu dari PAS. Kedua-duanya orang baik-baik, yang membezakan keduanya ialah.. kesungguhan membantu rakyat.

Penghulu UMNO ada berjumpa dengan saya dan menyatakan rasa simpatinya.. selepas itu hilang lesap entah kemana. Terjumpa dengan wakil rakyat DUN UMNO, diajaknya saya memberi undi. Penghulu PAS agak lain sedikit, beliau turut serta dalam upacara pengkebumian.. malahan beliau yang banyak bersusah-payah untuk meringankan urusan hal-hal kematian arwah bapa saya.

Akhirnya, saya selesa bersama PAS.. kerana akhlak penghulu PAS, saya tertarik dengan PAS.

———————————————————————————-

Saya bukan mahu bercerita tentang kematian bapa saya.. tetapi menceritakan betapa pentingnya akhlak seseorang dalam mempengaruhi seseorang.

Kerana akhlak arwah bapa saya.. keluarga saya dihormati penduduk kampung, orang-orang pejabat.. memandangkan bapa saya bekas Pengurus Besar agensi kerajaan. Malahan saya sempat bersua-muka dengan Tan Sri Sanusi Junid dan DS Anwar Ibrahim, ketika saya remaja.. mereka kawan arwah bapa saya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Saya berpendapat.. PAS dan UMNO tiada beza yang ketara. Mereka tetap orang politik.. bezanya, orang UMNO kuat cari duit dan orang PAS kuat belajar agama. Dalam PAS pun ada unsur rasuah dan kronisme.. tetapi tidak sehebat dan sekuat UMNO.

———————————————————————————

Walaupun bukan semua orang PAS teruk, tetapi aplikasi penghayatan Islam oleh sesetengah dari mereka tidak tepat dan memberi imej buruk kepada PAS, dan juga kepada agama Islam itu sendiri.

Orang-orang PAS harus sedar, PAS memperjuangkan KETUANAN ISLAM.. oleh itu haruslah mereka menunjukkan contoh yang baik sejajar dengan perjuangan parti dan selaras dengan Islam itu sendiri. Moto perjuangan PAS adalah sangat berat bebannya.. memperjuangkan kerajaan yang bermoral dan memperjuangkan daulat Islam.

1.  Orang-orang UMNO walaupun kuat rasuah dan cari duit, mereka bersikap rasional dalam realiti kehidupan. Kenduri orang PAS pun mereka pergi, boleh bersembahyang dengan berimamkan orang PAS .. tetapi orang PAS amat fanatik (bukan semua lah..tapi kebanyakkannya), sekiranya bertelagah pendapat isu politik.. tidak mahu berfikiran secara terbuka dan rasional. Malahan, menghadiri majlis-majlis orang UMNO dianggap satu dosa. Ini budaya Melayu-Pas, ini bukan ajaran Islam, Islam amat mementingkan tali persaudaraan dan persahabatan. Jangan selesa dalam kelompok PAS sahaja.. ETIKA NETWORKING DAN MARKETING..

2.  Orang-orang PAS suka menghina orang yang kurang didikan agama. Sekiranya ada remaja atau belia yang tidak alim dan suka bersosial, dianggapnya orang itu berdosa dan kotor.. tidak setaraf dengan mereka yang alim, yang pandai membaca Quran dan berzikir. Ini budaya Melayu-Pas, Islam mengajak kita agar berdakwah kepada orang-orang yang lalai dan juga kepada orang yang belum kenal Allah dengan cara yang berhemat, bukannya paksaan. Mendekati belia lain caranya.. mendekati orang tua lain caranya.. mendekati mak-nyah lain pula caranya.. ETIKA PENDEKATAN, DAKWAH DAN TAKSUB DIRI SENDIRI..

3.  Orang-orang PAS suka menghina orang yang tidak berserban, berkopiah atau memakai jubah. Itu budaya Arab dan budaya Melayu.. walaupun ianya sunnah Nabi sekalipun, janganlah kita memaksa orang untuk berpakaian seperti kita. Islam hanya meminta kita agar menutup aurat.. dan ada peraturan menutup aurat kepada lelaki dan perempuan. Memakai seluar panjang yang tidak ketat sudah dikira menutup aurat, bukannya mesti memakai kain pelikat.. kain pelikat adalah pakaian orang Melayu. Islam cuma menyuruh kita menutup aurat.. mahu pahala lebih, pakai jubah dan serban. Pakaian ke majlis lain.. pakaian ke masjid lain.. pakaian ke mesyuarat lain.. ETIKA PAKAIAN PAS, ORANG ISLAM KENA PAKAI MACAM MELAYU ATAUPUN ARAB..

4.  Orang-orang PAS suka berdebat dengan menggunakan emosi, bukan berhujah dengan pemikiran yang rasional dan terbuka. Mereka tidak boleh dikritik, pasti melenting dan akhirnya tidak mahu bertegur sapa lagi selepas itu. Islam menggalakkan muzakarah atau percambahan fikiran agar otak kita sentiasa hidup.. setiap hujah mesti ada bukti dan nas-nya. Islam tidak menyuruh kita bermasam-muka jika tiada kesepakatan pendapat.. bincang dan bincang lagi sehingga keputusan secara bersama dapat diperolehi. ETIKA PERSELISIHAN PENDAPAT, KRITIK ORANG TAK APA, KENA KRITIK TAK BOLEH..

5.  Orang-orang PAS suka meminta derma itu dan ini, atas dasar sedekah kepada perjuangan.. tiada pendekatan profesional, tersusun dan sistematik. Mana-mana yang cerdik dan nampak peluang, buka bisnes sendiri.. duit masuk poket. Ahli-ahli PAS berdegar-degar bercakap hal ekonomi dunia dan mengkritik ekonomi dibawah UMNO.. padahal mencari sistem yang sesuai untuk mengutip cukai bandar pun masih teraba-raba. Belajar agama memang penting.. untuk bekal akhirat, tetapi ilmu mentadbir dan ekonomi juga penting.. untuk bekal dunia. ETIKA CERMIN DIRI SENDIRI..

6.  Bercakap mengenai ilmu.. keutamaan orang-orang PAS ialah ilmu agama. Siapa yang pandai cakap Arab, siapa yang tahu ilmu hadis dan tajwid, siapa yang nampak ‘paling lebai’.. orang itulah yang berilmu dikaca-mata orang PAS. Orang yang pandai ekonomi, kejuruteraan dan lain-lain dianggap ‘second-class’.. Tiada budaya untuk menuntut ilmu.. padahal ulama-ulama tersohor pada zaman lampau tidak sekali-kali meminggirkan ilmu dunia. Ilmu agama sebagai asas dan tunjang.. dan lain-lain ilmu juga dipelajari demi kemajuan diri dan masyarakat. Islam mencintai ilmu.. bukannya belajar separuh, tinggal separuh. ETIKA MENCINTAI ILMU, ILMU AGAMA SAHAJA, ILMU DUNIA TAK GUNA YE..

7.  Bercakap mengenai kepimpinan tertinggi PAS.. pemimpin PAS juga ‘flip-flop’, bukan Pak Lah sahaja. Hari ini dikatanya bekerjasama dengan DAP yang dianggap seperti syaitan sebagai haram, tetapi esok lusa boleh duduk semeja.. semata-mata kerana bermain politik, untuk menjatuhkan UMNO. Dikatanya bekerjasama dengan syaitan diharuskan untuk menghapus kejahatan.. Dituduhnya UMNO suka kronisme, diri sendiri dibolehkan pula.. dikatanya Rasulullah juga mengamalkan kronisme. Mana satu yang boleh pakai ni??.. ETIKA MENGUTUK ORANG LAIN, DIRI SENDIRI PUN BUAT JUGA.

Secara keseluruhannya, PAS sudah berubah sekarang.. tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Oleh itu, jangan hairanlah sekiranya terdapat pertembungan pemikiran dan aliran pemahaman dalam PAS sekarang. Pertembungan diantara pemikiran ulama veteran dan ulama muda.. Tidak hairanlah ada yang menyukai DS Anwar dan ada yang tidak suka DS Anwar..

Orang-orang Melayu-PAS harus belajar pendekatan DS Anwar didalam bidang promosi dan pemasaran untuk memasarkan diri sendiri, belajar dari Yahudi-Amerika untuk perancangan dan strategi, belajar dari China akan kecekalan dan ketabahan, belajar dari orang Eropah akan mencintai ilmu, belajar dari India akan nilai-nilai kekeluargaan, belajar dan terus belajar.. Adakan satu jabatan dalam PAS untuk mengkaji peradaban dan keilmuan budaya orang lain.

Jangan kongkong diri sendiri dengan belajar ilmu agama sahaja.. Ilmu tauhid adalah penting sebagai asas dan panduan, sebelum mengorak langkah mempelajari ilmu-ilmu baru.. Jangan hanya melihat model di Asia Barat sahaja, padahal negara Arab itu sendiri berpecah-belah dan mundur. Malahan dicucuk hidung oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Inilah yang membezakan UMNO dan PAS.. UMNO dan DAP lebih terbuka dalam mencari ilmu, sayangnya ilmu tauhid ditinggalkan. Kerana itulah rakyat lebih suka memilih UMNO dari PAS.. kerana mereka yakin UMNO boleh memerintah.. samada mereka suka atau tidak. Malahan, sekarang rakyat berasa yakin kepada PAS kerana adanya Anwar dan PKR.. bukannya kerana kebolehan PAS itu sendiri.

Untuk lebih berjaya, PAS juga harus muhasabah diri sendiri.. berdikari.. memajukan diri sendiri. Agar PAS lebih dipercayai, dihormati dan diyakini.

Salam kemesraan dari saya yang menyayangi TG Nik Aziz dan PAS..

7 HARI LAGI..

7 hari lagi akan tibalah fajar yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang iaitu fajar 16 September. Hari yang dikira penting dan bakal meruba landskap politik negara ini. Hari yang menamatkan riwayat kerajaan BN.

Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.

Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru – kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6. Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!

Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.

Apakah 16 September menjadi hari kemenangan rakyat kerana menentang kezaliman dan ketidakadilan Barisan Nasional? Atau ianya tidak lebih daripada sebuah nyanyian sunyi dunia orang politik semata-mata yang diiringi dengan gesekan rebab Tok Selampit?

Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain. Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi. Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.

Bagaimana pun kepada ahli politik yang matang dan tidak mudah ‘disimsilabimkan’ dengan sihir politik cukup waspada dalam menerima dakwaan dan dendangan lagi 16 September itu. Mereka hanya memerhatinya dengan senyuman-senyum kambing (bukan kambing Jamnapari) dari birai jendela saja.

Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali (foto). Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6.

“Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,” begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas “16 September” anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.

Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.

“Sesuatu undi tidak percaya ataupun ‘peralihan kerajaan’ akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?” soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.

Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.

Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. “Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa,” katanya.

Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.

Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar.

Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.

Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. “Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!”

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.

Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang. “Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan unutk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan”, ujarnya.

Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno.

artikel : Mohd Sayuti Omar

Berikut adalah fakta-fakta tambahan dari Abe Ramley, (klik pada gambar untuk besarkan imej..)

8 HARI LAGI..

Adakah 16 September ini Malaysia akan bertukar kerajaan? Inilah harapan rakyat secara keseluruhannya.. sekiranya terjadi, PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat akhirnya !!

Dalam parti PAS itu sendiri.. sudah terdapat percanggahan pendapat sesama mereka. Ada yang meyakini Anwar 200% .. ada yang meragui Anwar .. ada yang serah bulat-bulat kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk menentukannya.

Secara keseluruhannya, PAS bersatu bersama-sama Pakatan Rakyat dengan satu agenda rasmi.. MENUMBANGKAN UMNO DAN BN. Secara keseluruhannya, PAS menyokong Anwar agar tidak dianggap oleh pengkhianat Pakatan Rakyat. PAS mahu dilihat sebagai RAKAN YANG TIDAK MENGKHIANAT.

Walaupun begitu.. masih ramai ahli parti PAS yang tidak bersetuju dan ragu-ragu dengan objektif Pakatan Rakyat apabila memerintah negara.

Walaupun berbeza pendapat.. ahli-ahli PAS tetap bersatu dibawah satu bendera, memperjuangkan KETUANAN ISLAM di Malaysia. Bagi PAS.. adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar tanpa bukti-bukti yang sahih, apatah lagi tuduhan tersebut datangnya dari seteru rasmi mereka, BN.

PAS tidak mampu untuk menumbangkan BN secara bersendirian..

Dengan kata lain, PAS memerlukan Anwar untuk menjayakan cita-citanya DENGAN BERSYARAT .. Islam tidak sekali-kali diabaikan.

PAS memerlukan Anwar untuk meraih undi popular dari bukan Melayu disamping menaikkan imej parti dikacamata bukan Islam, agar mereka tidak dilihat sebagai parti yang ekstrim. Mereka mesti setia dengan Anwar..

Hakikatnya, PAS hanya beban kepada Anwar Ibrahim !

1.  Apakah Anwar tidak mencurigai Hj Hadi dan segolongan ahli PAS yang radikal? Mereka-mereka ini tidak boleh berkompromi sekiranya Islam dipinggirkan..

2.  Adakah PAS boleh berkompromi sekiranya Pakatan Rakyat bersedia menimbangkan keputusan pemerintahan kerajaan baru untuk menjalinkan kerjasama diplomatik dengan Israel dan Amerika? Sejarah membuktikan.. rakyat Melayu sangat anti kepada Israel dan Yahudi..

3.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya kebebasan melampau seperti melayu bertukar agama, pengiktirafan kepada golongan gay dan lesbian, dibenarkan atas prinsip kebebasan individu, hak-hak asasi dan atas tiket pemikiran liberalisme..

4.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya Islam dilucutkan dari menjadi agama rasmi Malaysia?..

5.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya bilangan Menteri dan Exco bukan Islam mempunyai 2/3 majoriti dalam kerajaan baru itu nanti?..

Kepada DAP.. soal Islam bukanlah satu hal utama, mereka lebih mementingkan keadilan sosial. Yahudi dan Israel hendak masuk pun tidak kisah.. asalkan Malaysia ini tidak dijajah oleh kuasa asing. Penjajahan bermakna tiada kebebasan untuk cari makan.

Sebelum Anwar menjadi YB.. PAS diperlukan untuk mengaut seberapa ramai Melayu yang anti-UMNO. PAS relevan kepada Anwar untuk menjamin sokongan Melayu kepadanya. Hal yang sama juga terpakai kepada DAP..

Apabila Anwar sudah kembali dalam pentas politik.. sasaran utama Anwar ialah bekas-bekas penyokongnya dalam UMNO satu ketika dulu. Mereka ini penyokong setia Anwar dalam kerajaan dalam krisis Anwar-Mahathir. Anwar sedar mereka ini tidak akan melompat kepadanya semata-mata kerana setia, kecuali Anwar memastikan lompatan mereka akan berbaloi.. Sebagai bekas ahli keluarga UMNO, Anwar cukup-cukup maklum akan tabiat dan perangai orang-orang Umno.

Kerana itulah.. Anwar memainkan gendang di Sabah dan Sarawak agar segala perhatian BN akan tertumpu kesana.. dan membiarkan YB-YB di semenanjung bergerak bebas tanpa tumpuan khusus dari SB-SB  politik untuk rundingan berahsia. Anwar mahu memancing ‘ikan-ikan besar’ dalam BN Semenanjung bukannya BN Sabah dan Sarawak.

Sasaran utama Anwar ialah YB-YB Umno yang bukan pro-Abdullah atau pro-Najib, YB-YB Pemuda MCA  dan MIC dan sebilangan besar YB-YB dalam Gerakan. Koordinasi masa dan kesepakatan tindakan mesti diatur secara teliti agar penghijrahan dapat berlaku dengan serentak bukannya secara beransur-ansur.

YB-YB Sabah dan Sarawak yang mahu melompat hanya dianggap bonus tambahan..

YB-YB Umno ini penting sebagai menjamin pengaruh Melayu akan berpihak kepadanya, dan sebagai pengimbang kepada pengaruh Melayu yang ditawarkan oleh PAS. Dengan merebut Melayu dalam Umno.. disamping Melayu yang sedia ada dalam PKR.. dan sebilangan Melayu yang terpesona dengan Islam liberal, secara automatik.. bilangan Melayu-Islam yang radikal dalam PAS akan terpinggir dengan sendirinya.

Ketika itu suara Melayu dalam PAS akan dipandang sepi dan kepimpinan bersama ulama hanya tinggal slogan sahaja.. tidak kuat seperti sebelumnya. Sebarang bantahan dari ultra-PAS dianggap pemikiran yang kolot dan sempit.. akhirnya PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebagai tanda protes. Tetapi.. tindakan itu sudah terlambat sebenarnya..

Habis madu, sepah dibuang.. Setia kepada kekasih tetapi kekasih sendiri mencari jantan lain. Maaflah orang-orang PAS.. ini realiti.

Sebelum menulis artikel ini selanjutnya .. saya memohon maaf kepada kawan-kawan blogger saya yang bukan Melayu, yang bukan Islam. Saya tiada niat untuk membuat provokasi atau fitnah .. sekadar bercerita realiti yang berlegar disekeliling kita.

Polemik isu perkauman ini sebenarnya satu isu yang sangat merbahaya, dan amat sensitif kepada rakyat Malaysia. Tetapi kita harus berterus-terang untuk mencari titik persamaan sesama kita.

————————————————————————————

Merujuk kepada pernyataan Datuk Ahmad Ismail .. yang mengatakan orang Cina dan India sebagai ‘pendatang’ ada betul dan salahnya.

Dari segi sejarah.. kenyataan itu memang betul. Orang Cina dibawa masuk oleh British untuk memajukan ekonomi kerana orang Cina terkenal dengan sikap rajinnya dan pandai berniaga. Orang India pula dibawa masuk oleh British untuk bekerja di estet-estet kepunyaan British.

Atas dasar hormat kepada Raja-Raja Melayu, orang-orang Melayu diberikan kuasa untuk mentadbir kerajaan.. bukan semua Melayu, ..hanya orang Melayu yang berpendidikan Barat dan pada waktu itu, golongan bangsawan yang banyak menghantar anak-anaknya belajar di luar negara.

Orang Melayu yang ultra-Islam seperti Dr Burhanudin, Tuk Janggut, Hj Boestaman tidak diiktiraf oleh British kerana mereka berpendidikan Islam dari Asia Barat.

Dan orang British amat anti kepada Islam hasil Perang Salib Kristian-Islam..

Ini fakta sejarah.. Kerana itulah, adanya Artikel 153 dan Artikel 160 dalam Perlembagaan Malaysia, yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Reid.

Pada masa ini, keadaan sudah berubah.. sekiranya pernyataan Datuk Ahmad Ismail merujuk kepada masa kini, kenyataan itu adalah silap sama sekali dan tidak boleh diterima. Orang Cina sudah beranak-pinak disini, mati disini malahan kubur-kubur Cina pun sudah banyak.

——————————————————————————-

Bagaimanapun.. kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Hasil tidak puas hati orang Melayu keatas penguasaan ekonomi secara total terhadap bumi Malaysia dan kebimbangan orang Cina terhadap minat Melayu untuk menceroboh bidang perniagaan mereka.

Sekarang, sudah ramai orang Cina dan India yang sudah pandai dan berpendidikan tinggi. Tetapi sekitar tahun 60 an- 80 an, kurang orang Cina dan India yang mahu bekerja dalam sektor awam kerana gaji yang rendah. Mereka lebih berminat kepada jawatan yang mempunyai pulangan yang tinggi ataupun berniaga.

Apabila mereka semakin kaya dan mampu .. anak-anak dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke Malaysia dengan pendidikan luar-negara, manakala orang Cina kelas menengah dan bawahan akan menghantar anak-anaknya belajar dalam negara dengan pengkhususan kepada bidang profesional ataupun bidang keusahawanan, untuk menyambung perniagaan keluarga.

Ini berbeza dengan orang Melayu ketika itu yang bekerja disektor awam yang berpendapatan kecil dan selebihnya ‘kerja kampung’ sebagai petani dan nelayan. Hasilnya, majoriti mereka hanya berpendidikan dalam negara dan ada yang belajar sekerat jalan sahaja.

Tetapi sekarang, sudah ramai Melayu yang mampu dan kaya .. mereka juga mengambil keputusan yang sama dengan menghantar anak-anak mereka belajar ‘overseas’. Belajar dalam negara takde class.. termasuklah anak-beranak ahli politik UMNO, DAP, PKR dan PAS juga.

———————————————————————————-

1.  Kenapa sekarang orang Cina dan India baru mahu bekerja dalam sektor awam? Padahal mereka menolaknya satu ketika dulu.. kenapa sekarang? Apabila gaji prebet polis sudah lebih tinggi dari gaji eksekutif pemasaran syarikat swasta, apabila gaji guru lebih tinggi dari pendapatan bulan orang berniaga.

2.  Kenapa hak-hak peniaga Melayu dinafikan untuk mendapatkan harga kos bahan mentah yang setanding dengan peniaga Cina.. terutamanya dalam indusri pembinaan seperti kedai hardware, bekalan besi dan sebagainya. Kenapa perlu ada dua harga yang berbeza untuk Melayu dan Cina?

3.  Kenapa hak-hak graduan Melayu dinafikan untuk bekerja di syarikat-syarikat Cina? Kebanyakkannya ditolah kerana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.. kalaulah ini negara BANGSA MALAYSIA, maka bahasa Malaysia dan Inggeris sudah cukup memadai. Ini bukan Negara China, dimana rakyatnya tidak tahu Bahasa Malaysia.

4.  Kenapa eksekutif-eksekutif Cina disyarikat multi-nasional cuba memonopoli jawatan eksekutif kepada kaumnya sahaja? Kenapa mahu menafikan hak-hak eksekutif Melayu? .. Anda boleh tanya sendiri realiti sebenar pekerja-pekerja sektor swasta.

5.  Kenapa orang ultra-Cina suka menghantar anak-anaknya ke Sekolah Kebangsaan Cina, bukannya sekolah biasa? Malahan ada yang menolak bulat-bulat idea ‘Sekolah Wawasan’ dengan alasan ianya akan menghakiskan budaya kecinaan kepada anak-anaknya. Dimanakah semangat Malaysian-Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh DAP?

6.  Kenapa isu azan mahu disentuh DAP? Azan adalah keutamaan kepada orang Islam.. Orang Melayu pun tidak kisah jika kaum lain mahu membuat upacara keagamaan dikuil masing-masing. Orang India boleh memecah kelapa di Batu Caves, orang Cina boleh membakar wang untuk simati ditepi jalan dan bermain mercun untuk menghalau kuasa jahat.

7.   Dan banyak lagi realiti kehidupan antara kaum yang tersirat..

Jadi, kenapa di atas satu-dua perkara.. orang Cina terus melenting didalam mempertahankan hak-hak mereka? Padahal Melayu juga menuntut hak-haknya.. adakah salah Melayu mahu mempertahankan hak-haknya? Adakah Melayu tiada haknya di bumi Malaysia?..

———————————————————————————–

Sememangnya.. Melayu mengalami ‘krisis identiti’. Apabila sudah berjaya dan berpendidikan tinggi, mereka juga yang memandang rendah kepada bangsa sendiri. Mereka tidak suka bercakap bahasa Melayu lagi.. lebih suka ‘speaking’.. bahasa Melayu ‘low-class’..

Orang-orang Melayu yang alim pula.. tidak mahu bergaul dengan melayu yang lalai dan jahil. Oh.. mereka itu sesat, kita orang alim.. Ahh, mereka itu tidak pandai hukum fekah dan tauhid, mana boleh kita pakai buah-fikiran orang seperti itu.

Melayu juga yang suka memperlekehkan Melayu.. aku belajar ‘oversea’, kau belajar di UiTM sahaja. Aku lebih suka dengar lagu rock Metallica.. ‘advance’ lagi dari lagu rock Spring.

Bukannya mahu dibantu orang yang sebangsanya.. bukan mahu dipimpin orang yang sebangsanya.. malahan berkawan dengan kaum lain yang boleh ‘speaking’ dianggap satu kebanggaan.

Inilah pengkhianat bangsa sebenarnya.. dan pengkhianat bangsa ini ada dalam UMNO, PKR dan juga PAS.

Jangan salahkan orang lain kalau bangsa lain memandang Melayu kolot dan ketinggalan.. kerana Melayu tidak mahu menolong bangsanya sendiri.

Salah Melayu juga kerana tidak memahami Islam sepenuhnya, oleh itu marilah kita menimba ilmu dunia dan akhirat berpandukan Islam. Agama yang tidak memandang kepada keturunan, warna kulit dan darjat.. agama yang mementingkan keadilan sosial.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Apabila Kelantan bertukar kerajaan dari BN kepada PAS, semenjak dari itu, BN seakan-akan buntu untuk menawan Kelantan.

Saya masih ingat kemuncak peristiwa semasa pilihanraya tahun tersebut.. ramai orang Melayu bangun malam sembahyang hajat, sembahyang sunat dan lain-lain lagi. Keesokkan harinya, mereka tidak nampak apa-apa selain lambang bulan ketika hendak memangkah undi.

Itu kata orang tua-tua di kampung saya.. jika mereka menipu, maka saya pun menipu juga lah.

Dan selepas pilihanraya itu, BN terus gagal..

———————————————————————————-

Semasa PRU 11, PAS hampir kehilangan kuasa..

Saya masih ingat pada malam keputusan pengiraan undi PRU 11.. ada khabar-khabar angin BN telah memenangi pilihanraya. Maka ramailah rakyat Kelantan memenuhi perkarangan Kota Darulnaim, iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Pelbagai cemuhan dapat didengar pada malam itu..

“Woi PAS.. berambus dari sini !”

“Keluar PAS.. dah lama kami sabar !!”

Pada tahun itu jugalah, kerajaan PAS Terengganu tewas dan rakyat Terengganu memilih BN sebagai pemimpin mereka.

Memang.. ketika itu rakyat tidak suka kepada PAS, bukan kepada Nik Aziz tetapi kepada wakil-wakil rakyat mereka. Sejak dipilih, mereka berubah wajah.. di masjid pun sudah jarang kelihatan, perut pun sudah makin boroi, rakyat pergi kerumah pun bersembunyi dalam rumah..

Anggapan rakyat Kelantan ketika itu.. pemimpin PAS pun 2×5 dengan pemimpin Umno. Kalau begitu, baik pilih BN .. sekurang-kurangnya ada juga pembangunan.

——————————————————————————-

Di Kelantan, orang-orang Melayu amat hormat kepada Tuan Guru Nik Aziz .. bukan kerana dia kaya setelah menjadi MB Kelantan, tetapi sifat kesederhanaan yang beliau miliki. Mereka kagum seorang MB Kelantan masih tinggal di teratak buruknya, dan beliau masih seperti dulu..

Masih ada masa untuk mengajar kuliah-kuliah di Masjid Pulau Melaka, iaitu masjid yang bersebelahan dengan rumahnya.

Tiada kerenah birokrasi untuk berjumpa dengannya.. wartawan bebas untuk berjumpa tanpa perlu mendapat kelulusan pengawal peribadi.. malahan beliau tiada pengawal peribadi pun.

Tiada protokol..

Anda boleh lihat rumahnya seperti rakyat kebanyakkan, tidak berpagar dan tiada pengawal keselamatan.. Senang hendak berjumpanya, carilah beliau di masjid ketika masuk waktu untuk sembahyang, lebih-lebih lagi ketika Solat Subuh .. semasa tiada aktiviti rasmi.

Malahan, para wartawan seolah-olah tidak percaya rumah MB Kelantan semacam rumah orang biasa .. dianggapnya orang menunjuk jalan cuba bergurau, ketika TG Nik Aziz muncul didepan pintu.. barulah percaya.

——————————————————————————–

Kerana itulah, TG Nik Aziz menjadi ikon politik kepada rakyat Kelantan .. ikon sebagai seorang pemerintah yang mempunyai sifat kesederhanaan, seolah-olah setaraf dengan rakyat biasa dan ketinggian akhlak dan budi-pekertinya.

Bagi rakyat Kelantan.. pemerintah mestilah mempunyai moral yang baik. Dalamnya pemahaman beliau tentang Islam, memberi mesej bahawa kedaulatan Islam tetap menjadi keutamaan dan perjuangannya.

Hal ini menjadi keutamaan kepada rakyat Kelantan, yang rata-ratanya orang Melayu dan menjadikan Islam sebagai pegangan dan kepercayaan mereka.

Itulah yang gagal ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.. rakyat Kelantan tidak melihat seorang pun tokoh UMNO yang mempunyai sifat-sifat sebegitu. Kerana itulah rakyat Kelantan tidak suka kepada Annuar Musa.. yang dilihat sombong dan korup.

Tapi Pak Lah pilih juga Annuar Musa..

Ini diburukkan lagi dengan sikap pemimpin bahagian dan cawangan UMNO, sama jugalah dengan ahli-ahli biasa.. yang sibuk diperkatakan sesama mereka ialah tender sana-sini, projek itu dan ini.. masing-masing sibuk berniaga. Malahan ketika pilihanraya tiba.. pun masih sibuk berebut projek, projek pasang benderalah.. projek tar semula jalan kampung lah.. apa-apa projek lah..

Kerana itu rakyat Kelantan tidak percaya kepada orang Umno, bagi mereka.. duit tidak penting sebab mereka boleh cari sendiri. Mereka berniaga, kerja makan gaji dengan kerajaan pun boleh pangkah PAS juga. Kerana mereka tahu, projek pembangunan yang dicanangkan oleh orang-orang Umno sekadar halwa telinga sahaja.

Orang-orang Umno mahu pembangunan sebab mahu dapat tender dan projek..

——————————————————————————–

Apabila rakyat negeri lain datang ke Kelantan.. mereka terkejut. Rumah-rumah banglo di Kelantan besar-besar.. kalau di Putrajaya, mahu harganya juta-juta. Ramai rakyat Kelantan yang pakai Mercedes dan BMW.. ramai dari mereka orang Melayu. Bangunan pun dah tinggi-tinggi dan canggih, dengan kata lain.. kuasa beli orang Kelantan sangat tinggi.

Tetapi lain pula kata media tentang Kelantan.. dicanangnya Kelantan sebagai negeri termiskin dalam Malaysia. Kerana itulah rakyat Kelantan mendengarnya dengan sinis.. kerana itu tidak benar, kerana itulah Utusan Malaysia kurang laku. Kerana rakyat Kelantan percaya BN gunakan Utusan Melayu untuk propaganda mereka.

Semasa PAS mula-mula memerintah.. orang-orang Cina dan India amat bimbang dan takut. Adakah keselamatan mereka terjamin dibawah kuasa orang Islam yang ekstrim ini?

Tetapi jangkaan mereka meleset sama sekali.. mereka tetap dengan agama mereka, tiada paksaan beragama. Mereka masih bebas pergi kuil dan gereja, tiada kuil dan gereja dirobohkan. Kedai arak masih ada (walaupun terhad).. mereka boleh makan daging babi panggang lagi.. dan di Kelantan pun ada ‘Chinatown’ juga..

Malahan mereka semakin suka.. terutamanya kontraktor Cina, tiada lagi kerenah birokrasi dan ‘orang tengah’ yang perlu dijaga poketnya. Mudah hendak berniaga.. Pendek kata, kehidupan mereka dan budaya mereka berjalan seperti biasa.. tiada halangan.

Melayu hormat orang Cina, Cina hormat pada Melayu, begitu juga orang India.. masing-masing hormat-menghormati.. semua mahu cari makan dan mahu hidup. Kerana itulah rakyat Kelantan marah kepada BN dan Umno.. mahu menjahanamkan ekonomi Malaysia dengan mengkayakan diri-sendiri dan kroni-kroninya..

Di Kelantan.. orang yang kuat mahu Umno memerintah ialah orang Umno yang mahu berniaga dengan cara mudah, mahu dapat tender dari pemimpin atasan, suka kedai judi berlesen dibuka agar boleh tikam nombor, anak-anak muda yang mahu kelab-kelab malam dan kelab karaoke dibuka (senang nak buat projek dengan cewek)..

Hakikatnya.. mereka akui hidup mereka semakin baik dan seiring dengan pembangunan. Cuma.. tiada tempat untuk memenuhi nafsu tamak dan nafsu untuk berfoya-foya.

———————————————————————————

Dan anda akan faham kenapa Mahathir mahu PAS menang di Kelantan.. lihat artikelnya disini.