Bismillah.. (Dengan nama Allah),

Selepas tidak mengikuti sekian lama dunia siber, saya berasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya tentang isu ini. Hati saya bercampur baur.. Saya bukanlah seorang muslim yang baik, jauh sama sekali dari menjadi seorang yang mukmin. Tetapi, saya percaya Allah itu Tuhan saya dan Muhammad itu Nabi saya. Itu saya yakin dan pasti..

Jika kita membaca sejarah.. Islam dan Kristian percaya Allah itu Tuhan, sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad, orang Kristian tidak mahu mengakui Nabi Muhammad s.a.w. itu rasul Allah yang terakhir. Mereka percaya bahawa Isa a.s adalah rasul yang terakhir.. jurang antara Islam dan Kristian mula melebar disini.

Dalam golongan Kristian sekalipun, terdapat Katholik dan Protestan.. malahan terdapat 5 bible yang berbeza. Malahan, dalam golongan Islam sekalipun, terdapat golongan Sunni dan Syiah. Kesemua golongan-golongan tersebut percaya Allah itu tuhan mereka tetapi yang memisahkan mereka ialah “Siapa Pesuruh Allah?”.. adakah Muhammad? atau Isa/Jesus? atau Saidina Ali/Hussein?

Jika kita olahkan lagi, Allah adalah satu nama yang formal buat umat Islam.. Allah juga mempunyai 99 nama lagi. Saya berpendapat, Allah adalah universal.. bukan hak mutlak untuk sesuatu bangsa atau kaum, malahan Dia-lah yang mempunyai hak mutlak ke atas setiap bangsa dan kaum di dunia ini.

Tetapi, saya MERAGUI dan KHUATIR nama Allah cuba diperdagangkan oleh The Herald.

—————————-

Mungkin ramai yang telah maklum, sistem dakwah Kristian lebih ‘advance’ berbanding sistem dakwah Islam. Mereka lebih tersusun dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk sistem dakwah mereka. Malahan, setiap ketua unit dakwah mereka perlu menghadiri perjumpaan di Vatican City untuk bermesyuarat dan beragenda.

Suatu ketika dulu, pendekatan yang diamalkan ialah menolong golongan Melayu/ bumiputera yang susah dan fakir.. sebagai balasan, mereka hendaklah memeluk Kristian.

Sekarang.. apa motif The Herald cuba menggunakan nama Allah dalam penyampaian dakwah mereka? Mahu memesongkan pemikiran Melayu/ bumiputera yang sedia ada? atau cuba memutar-belitkan fakta?

——————————-

Jika kerajaan tidak berhati-hati dalam isu ini, dikhuatiri mereka yang tiada asas agama mudah keliru akan pegangan agama masing-masing. Jika nama tuhan dalam Islam dan nama tuhan dalam Kristian ialah Allah.. agama mana yang mahu mereka ikuti padahal pesuruh Allah dalam Islam ialah Muhammad s.a.w, manakala pesuruh Allah dalam Kristian ialah Jesus. Yang mana satu betul?

Kerana itulah lafaz syahadah “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah”.. itu asas akidah Islam yang paling asas dan utama. Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada suruhan Allah..

Saya akui, sejak berkurun lamanya Kristian mengakui akan keesaan Allah.. tetapi mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad. Itulah yang membezakan Kristian dan Islam sebenarnya..

Saya menghormati rakyat Malaysia samada mereka dari keturunan apa atau apakah pegangan agama masing-masing.. prinsip saya cukup nyata, agama Ku untuk Ku.. agama Mu untuk Mu.. tetapi,  jika nama Allah cuba dikomersialkan, seolah-olah pendakwah Kristian cuba menangguk di air keruh. Jika nama Allah telah dipatenkan untuk agama Kristian (mengikut hukum undang-undang manusia di Malaysia), mungkin suatu hari nanti penganut agama Kristian cuba memohon peruntukkan undang-undang agar tiada agama lain yang boleh menggunakan nama Allah?

Masa depan siapa yang tahu?.. Mencegah lebih baik dari mengubatnya.

——————————

Kerana itulah, saya menyumpah ahli politik yang cuba memperdagangkan agama untuk kepentingan politik masing-masing. Tidak kira lah dari parti mana.. UMNO ke, PAS ke, KEADILAN ke, DAP atau MIC ke.. semoga Allah melaknat mereka yang bertopengkan agama demi nafsu politik peribadi.

Advertisements

Saban hari Melayu didendangkan dengan irama dan lagu Ketuanan Rakyat ciptaan Anwar Ibrahim. Pelbagai slogan dan tarikh dihebohkan untuk mengamit minat rakyat yang sememangnya ‘letih’ dengan stail kepimpinan Pak Lah.

Dari tarikh yang tidak menjadi sehinggalah kepada slogan yang tiada berisi, satu gelombang baru diwujudkan oleh mereka yang ultra dan ‘chauvinist’.. dari isu keadilan kepada rakyat, beralih pula kepada isu kesama-rataan untuk semua kaum.

Kesama-rataan kaum bermaksud tiada lagi hak istimewa Melayu, tiada lagi  DEB, tiada lagi Sultan dan Raja.. bukan Melayu boleh jadi PM, bukan Melayu boleh jadi Ketua Hakim, boleh jadi Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera.. bukan Melayu boleh menjadi pemimpin kepada Melayu yang dilihat lembik dan bodoh.. percayalah, Melayu tidak bodoh.

Read the rest of this entry »

Jika kita menilai dan mengkaji kelemahan Islam.. selain kelemahan umat Islam itu sendiri (faktor peribadi), faktor perancangan yang teliti dan tersusun dari musuh Islam juga memainkan peranan (faktor luaran) dan faktor yang paling bahaya ialah ‘wajah-wajah’ individu yang memakai topeng Islam tetapi memperjuangkan idea yang tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (faktor dalaman).

Sebagai Muslim, kita wajib percaya kepada Qadak dan Qadar Allah (faktor luar kawalan) tentang ujian atau bala kepada sesuatu bangsa agar bangsa itu dapat mengambil iktibar dan menerima ilmu/ peringatan yang baru dan seterusnya merangsang pertumbuhan otak sebagai enjin untuk berfikir.

Read the rest of this entry »

Dalam Berita Harian Online, kes liwat Anwar akan kekal di Mahkamah Seksyen. Ianya diputuskan oleh hakim SM Komathy Suppiah apabila bersetuju dengan pihak peguam bela bahawa sijil perpindahan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditanda-tangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Dalam hari yang sama, Raja Petra telah dibebaskan kerana mahkamah mendapati penahanannya di bawah Akta ISA tidak sah sebagaimana kes Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily.

Read the rest of this entry »

Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh disini..

—————————————————————

Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-

1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.

2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”

“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”

Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.

3)  “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?

4)  “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.

‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?

Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?

Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?

5)  “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan  Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?

Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?

6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.

Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?

7)  “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.

(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..

Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.

Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.

Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.

Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!

Saya menerima e-mel dari rakan saya, Raj, tentang artikel mengenai asal-usul kaum Melayu. Merujuk kepada buku yang bertajuk ‘Contesting Malayness’ yang ditulis oleh profesor dari Universiti Kebangsaan Singapura, menyatakan kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana kaum Melayu adalah campuran dari bangsa-bangsa lain.

Merujuk kepada buku itu lagi.. Melayu Kelantan berasal dari salasilah keturunan China Selatan, Melayu Perak dan Melaka berasal dari salasilah keturunan Hang Li Po dan Sulawesi, Melayu Kedah ada keturunan Aceh dan Hindu, Melayu Johor dari keturunan Bugis dan Jawa, Orang Asli suku Negrito ada salasilah keturunan Afrika-Indonesia.

Menurut buku itu lagi.. sebelum kedatangan Islam, penduduk di Malaya menganut agama Hindu dan kebudayaan Melayu jelas ada pengaruh Hindu seperti adat perkahwinan, rupa-bentuk kubur dan sebagainya. Kaum Melayu juga sepatutnya mengiktiraf rakyat Taiwan sebagai Melayu kerana mereka berasal dari keturunan yang sama sejak 6000 tahun yang lalu.

Di buat kesimpulan oleh penulis buku, mengapa tidak mengiktiraf kaum Cina sebagai BUMIPUTERA kerana Melayu ada salasilah keturunan China? mengapa tidak mengiktiraf kaum India sebagai BUMIPUTERA kerana Melayu juga ada salasilah keturunan Hindu di Kedah?

————————————————————————————

1.  Saya bersetuju dengan fakta awal profesor tersebut.. Melayu sememangnya tidak wujud dengan sendiri. Tamadun Melayu adalah ‘tamadun terbitan’ atau tamadun yang baru dari tamadun-tamadun yang terdahulu. Sekiranya kita mempersoalkan asal-usul tamadun lain.. adakah Tamadun China dan Tamadun India benar-benar berasal dari benua mereka? Bukankah asal-usul mereka ada juga pengaruh Parsi dari Tanah Arab?

2.  Bagaimana pula dengan penduduk Singapura? adakah penduduk Cina penduduk asal Singapura? Bukankah mereka juga ada salasilah keturunan dari Kepulauan Sulawesi? Kenapa mereka tidak mahu mengiktiraf orang Acheh dan Bugis sebagai warga Singapura? Bagaimana pula dengan penduduk Amerika? Bukankah mat salleh Amerika asal-usulnya dari Benua Eropah? Bukankah penduduk Itali ada salasilah keturunan Persia, yakni negara asal Iran dan Iraq?

3.  Sekiranya mahu dikesan asal-usul sesuatu kaum.. sememangnya tiada kaum yang berhak terhadap negara masing-masing. Jika mengikut teori Darwin yang mengakui manusia berasal dari beruk, kenapa tidak sahaja memberi taraf bumiputera kepada beruk? Yang nyata.. beruk hanya duduk dihutan dan zoo.

4.  Saya bukan ahli sejarah atau ahli antropologi (pengkaji pra-sejarah).. tapi kena ikut logik akal yang bersandarkan fakta-fakta yang ada lah. Istilah bumiputera merujuk kepada penduduk atau pendatang sebelum penjajahan bermula. Secara mudah.. sebelum tahun 1511 iaitu sebelum penjajahan Portugis, British, Jepun dan sebagainya. Kaum ‘pure Chinese’ dan ‘pure Indian’ yang dibawa masuk oleh British bukannya bumiputera atau penduduk asal Malaya sebelum 1511.

5.  Saya bukan bersikap rasis, tetapi kita kena terima realiti sejarah. Kita tidak boleh memberi istilah bumiputera mengikut salasilah keturunan sesuatu kaum. Kita tidak boleh mengatakan kerajaan cuba menipu fakta sejarah berdasarkan fakta-fakta pra-sejarah. Profesor tersebut pun tidak lahir lagi pada zaman dinasor dan zaman revolusi perindustrian di Eropah.

6.  Sekiranya kita merujuk kepada fakta pra-sejarah.. jadilah kita seperti bangsa Israel yang berbalah dengan rakyat Palestin. Penduduk Palestin telah tinggal turun-temurun disitu tetapi mereka dihalau kerana bangsa Israel mendakwa negara Palestin adalah tempat mereka dari zaman Nabi Daud lagi atau dari ‘David’s Age’. Bukankah celaru namanya?

7.  Saya mengakui fakta ini tidak adil kepada rakan-rakan kita yang berbangsa Cina dan India yang telah lahir disini bergenerasi lamanya sejak zaman penjajahan British lagi, tetapi harus diingat.. kaum Cina dan India sepatutnya menyalahkan British kerana menjalankan dasar yang tidak demokratik dan rasis, bukannya kerajaan kita sekarang.

8.  Apa yang pemimpin-pemimpin kita terdahulu yang cuba buat ialah menyeimbangkan kembali kesamarataan sesama kaum hasil dasar British dahulu. Bagaimana mungkin kita mahu memperbetulkan kesilapan dasar British dalam masa 50 tahun sahaja, padahal sistem penjajah telah berlangsung beratus tahun lamanya. Kita memerlukan masa juga..

9.  Kenapa kaum Cina, India dan orang Asia mudah mendapat kemudahan di Amerika dan Eropah? Kerana penduduk asal negara-negara tersebut (baca : mat saleh) telah dominan dalam sistem pentadbiran dan ekonomi. Pendatang dari Asia bukan ancaman besar bagi mereka. Ini berbeza dengan negara Malaysia yang masih tidak seimbang.. Melayu dominan dalam pentadbiran, Cina dominan dalam ekonomi dan India masih minoriti dalam kedua-dua bidang tersebut.

10. Negara Malaysia masih baru, seumpama pohon yang baru tumbuh.. padahal negara-negara lain sudah menjadi matang dan kehadapan. Pada tahun 1950 kita masih dengan cangkul dan parang, senapang dianggap barang yang pelik dan dikagumi.. padahal dalam tahun yang sama, German dan British sudah ada kapal perang, Amerika dan Rusia sudah ada teknologi angkasa. Bayangkanlah perbezaan antara kita dan mereka..

11. Sebagai rakyat Malaysia yang baru celik dunia.. janganlah kita terlalu memaksa pemerintah kita menjadi seperti Amerika atau England dalam sekelip mata. Ianya seolah-olah memaksa ayah kita membina istana padahal ayah kita hanya kais pagi makan pagi. Seolah-olah kita menyuruh ayah kita membaiki komputer padahal ayah kita tidak tahu apa itu komputer. Janganlah kita yang baru kenal dunia luar hasil dari ‘study overseas’ atau ‘overseas employed’.. kita jadi malu dengan negara sendiri dan orang lain itu bodoh.

12.  Sepatutnya, kita bersama menyumbangkan ilmu dan kepandaian masing-masing untuk sama-sama membangunkan Malaysia, mengikut had dan kemampuan masing-masing. Kalau kita ada ilmu doktor dari India, cubalah tingkatkan etika kedoktoran dalam jabatan atau fakulti kita.. kalau kita ada ilmu bisnes dari German, kita cuba meningkatkan budaya keusahawanan Malaysia melalui perniagaan kita sendiri atau menjadi pensyarah ekonomi.

13.  Sepatutnya, kita saling hormat-menghormati antara kaum. Setiap kaum ada fungsi dan kelebihan masing-masing dalam negara, tetapi kita kena harus berkorban sebelum mencari satu titik persamaan yang ideal. Orang Melayu harus bertimbang-rasa dengan kebajikan kaum-kaum yang lain dan kaum Cina juga harus bertimbang-rasa juga sekiranya kaum-kaum lain mahu terlibat dalam ekonomi. Kita harus bersabar dan saling tolong-menolong agar kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

14.  Kaum-kaum di Malaysia memerlukan masa yang bukan sedikit untuk seimbang dan menuntut pengorbanan serta kesabaran kita semua. Banyak kitaran hidup yang harus ditempuhi sebelum masyarakat Malaysia menemui titik yang ideal, kita harus berusaha ke arah itu. Mungkin cita-cita tersebut tidak sempat digapai oleh kita.. tetapi setidak-tidaknya usaha kita sekarang membuahkan hasil kepada keturunan kita nanti.

15.  Saya teringat akan cita-cita Dr Mahathir satu ketika dahulu, yang mahu kaum-kaum di Malaysia dikenali sebagai bangsa Malaysia suatu hari nanti. Tapi TDM dikutuk kerana cuba menjadi petualang bangsa dan negara, sekarang apabila Anwar cuba berkuasa.. mereka juga yang bermati-matian cuba menjadi juara kepada kaum selain kaum mereka sendiri. Dahulu TDM bercakap tentang bangsa Malaysia dikutuk kerana beliau orang UMNO, sekarang mereka pula cuba membawa cita-cita TDM. Apa yang mereka kutuk ialah kaum UMNO bukannya mahu jadi juara kaum.. isu kaum hanya bekal politik untuk menjatuhkan antara satu sama lain samada BN mahupun PR.

16.  Cakap memang mudah.. ya, sekiranya kita tidak terikut-ikut dengan orang politik.. kita tidak mudah terpengaruh dengan politik perkauman. Sekiranya kita ada prasangka baik.. kita tidak curiga dengan kaum lain. Sekiranya kita ada rasa hormat pada orang lain.. kita akan menerima penghormatan orang lain. Pendek kata, setiap sesuatu bermula dari diri sendiri.. bukannya kerana terikut-ikut dengan orang lain.

Sebagai bacaan tambahan, anda boleh membaca sendiri artikel dari profesor Singapura itu.. dan anda cuba nilai sendiri. Mungkin anda ada pendapat sendiri yang saya boleh kongsi bersama.. (tetapi penat sikitlah kerana kena baca lebih sedikit). Kalau malas.. jangan paksa diri sendiri.

**********************************************

Contesting Malayness….know more truth

It’s been interesting to read such free-flowing comments on an all “Malaysian” free for all. While we are on the subject, how many of you have read the book entitled Contesting Malayness”?  Written by a Professor of National University of Singapore . Cost S$32 (about). It reflects the Anthropologists’ views that there is no such race as the “Malays” to begin with.

Read the rest of this entry »

Sekarang ini ahli-ahli Umno menunggu jawapan kepada teka-teki DS Abdullah.. adakah beliau mahu berundur ataupun masih ingin kekal berkuasa. Merujuk kepada beliau baru-baru ini, pengumuman akan dibuat sebelum persidangan Bahagian pada 9 Oktober ini. Lagi 4 hari lebih kurang..

Sementara menunggu jawapan teka-teki, kita dihidangkan dengan acara-acara selingan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon sampingan yang dibintangi oleh DS Najib, TS Muhyidin, Datuk Zahid Hamidi, TS Muhd Taib dan Datuk Ali Rustam. Walaupun ianya acara sampingan.. acara-acara tersebut boleh memberi ramalan awal kepada keputusan akhir teka-teki. Maka, ramailah yang sibuk berSMS memberi undi dan membuat andaian serta hipotesis.. termasuklah diri saya juga.

Sedar tidak sedar.. akan ada juri-juri yang akan menilai persembahan pelakon-pelakon tadi, tentulah ‘mereka’ yang rapat lagi akrab dengan pemberi jawapan teka-teki. Mereka inilah yang akan menganalisa, membuat kesimpulan dan melontarkan hujah-hujah kepada jawapan akhir teka-teki tersebut. Kunci jawapan pemberi teka-teki terletak kepada mereka, samada mahu berundur atau terus kekal.

Siapakah mereka-mereka ini? .. Seorang ahli perniagaan dari Scomi, seorang broker dan ahli politik muda dan isterinya.

Kasih seorang ayah..

Anak adalah syurga kehidupan.. anak berjaya dan bahagia, ayah senang hati.. anak payah nak cari makan dan murung, ayah susah hati. Kasih kepada anak tidak sama kasih kepada isteri, anak adalah darah-daging tuan empunya diri.. perangai anak-anak adalah cermin kepada perangai diri sendiri. Isteri bukan darah-daging.. isteri adalah orang lain. Kalau tidak.. kenapa anak-anak yang menjadi rebutan ayah dan ibu yang tidak sehaluan?

Ayah sanggup bankrap demi anak.. ayah sanggup menebalkan muka berjumpa orang lain agar anak diberi peluang.. ayah sanggup menerima aib asalkan anaknya tidak diapa-apakan.. ayah rela mati celik dari melihat anak terkapai-kapai hilang tempat bergantung.

Kerana kasih ayah kepada anaknya.. ayah rela menipu orang lain, agar anaknya dapat makan dan hidup. Kerana kasih ayah kepada anaknya.. ayah rela menyerahkan harta agar menantunya berjaya dalam hidup, sekurang-kurangnya anaknya juga yang tumpang bahagia. Kepada sesetengah orang.. kunci kebahagiaan hidup bergantung kepada banyak mana harta yang mereka ada. Malahan pak-pak lebai juga tidak terkecuali..

Ayah kepada keluarga kecil tidak mengapa.. tetapi ayah yang menjadi pemimpin masyarakat bukannya ayah yang biasa, anak-anaknya bukan seorang dua.. malahan berjuta-juta. Kalau ayah hanya menumpukan kasih kepada seorang dua, tentulah anak-anak lain akan terasa hati.. lebih-lebih lagi anak tiri dan dan anak angkat.

Kerana itulah, sekiranya ayah tidak adil memberi kasih.. keluarga porak-peranda, lebih-lebih lagi jika ayah orang yang berharta banyak. Masing-masing berlumba-lumba mahu meraih perhatian ayah, masing-masing mahu dilihat anak yang berbakti dan berjasa. Hanya anak yang ikhlas dan soleh yang tidak terkejarkan harta dan nama, dengan keadaan zaman sekarang yang sentiasa bercampur-gaul dengan wang.. agak sukar mencari anak yang tidak gila harta.

Itu belum dikira bapa-bapa saudara yang ingin berkongsi harta.. ada bapa saudara yang berketayap hijau, ada bapa saudara yang bermata satu dan ada juga bapa saudara yang boleh bertukar kulit. Hendak pengaruh anak yang seorang dua tidak boleh, maka dijoloknya anak tiri dan anak angkat yang ramai bilangannya itu, dengan harapan anak-anak yang berjuta itu boleh memberi sesuatu faedah kepada mereka. Ini perangai bapa saudara..mereka juga ayah, bila dapat harta tentulah mahu menjaga kebajikan anak kandung mereka juga.

Zaman sekarang sudah terbalik.. anak yang memberi nasihat dan tips, si ayah hanya termanggu dan terangguk-angguk. Rasa curiga kepada anak tidak setebal rasa curiga kepada isteri. Zaman sekarang.. anak sudah pandai berlakon depan ibu-bapa, tiada beza antara anak petani atau anak pembesar.. kalau dah jadi anak, sifatnya tetap sebagai anak. Kalau ayah kurang ilmu dan taksub kasih-sayang.. alamat kena tipulah jawabnya.

Kemaruk pertandingan..

Berbalik dalam parti Umno.. agak menarik untuk diperhatikan perkembangan terbaru pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Ada empat orang calon setakat ini.. Datuk Zahid, Datuk Ali Rustam, TS Muhd Taib sudah mengesahkan mereka mahu bertanding kecuali TS Muhyidin yang mahu bermain teka-teki juga.

Ada cakap-cakap DS Abdullah mahu berundur dan jawatan PM akan diberi kepada Najib. Tetapi, adakah pengundurannya secara percuma? Sudah tentu tidak.. ayah akan berundur apabila nasib anak-anaknya mendapat pembelaan sewajarnya terlebih dahulu.

DS Abdullah sedar gelombang perubahan yang cuba dibawa oleh Najib-Muhyidin, lebih-lebih dengan kuasa mantera dan jampi serapah Tun Dr Mahathir. Apa sangatlah kudrat setompok air berbanding selautan air.. mahu selamat, kena ikut aliran airlah. Bagi yang berakal dan ada kreativiti.. dipastikan aliran air yang deras dan merbahaya itu dialirkan melalui saluran yang sepatutnya, akhirnya air tadi akan bermanfaat juga untuk masa depan.

Begitulah yang cuba diterjemahkan dengan pencalonan Datuk Zahid, TS Muhd Taib dan Datuk Ali Rustam.. mereka-mereka ini telah diberi ‘nyawa’ baru dalam karier politik masing-masing. Mereka telah dipinggirkan dalam kabinet TDM atas sebab-sebab yang tertentu, dengan lobi dan saranan Khairy.. mereka kembali menjadi ‘seseorang’ dalam kabinet DSA dengan ikrar taat setia atau mereka akan dimalukan kelak. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menjadi hamba politik kepada Abdullah-Khairy.

Ini agak berbeza kepada TS Muhyidin, bayangan kepada kabinet TDM dan juga pusaka peninggalan TDM selain DS Najib. TS Muhyidin agak bebas dari sistem perhambaan politik AAB-KJ cuma kuasanya agak terbatas untuk bermaharajalela. Beliau dulunya pilihan hati AAB sebagai Timbalan PM tetapi kecewa lantaran syarat TDM yang mahukan DS Najib calon penggantinya.

Demi survival politik, mahu tidak mahu TS Muhyidin harus bekerjasama dengan DS Najib sambil memantau pasaran saham politik semasa. Mana-mana saham yang ada potensi untuk naik, maka banyaklah pelaburan akan dibuat untuk saham tersebut. Soal saham itu haram atau halal.. belakang kira, yang penting boleh dapat untung.

Sekiranya TS Muhyidin tidak celupar mulut.. Mesyuarat Agung Umno mungkin berjalan seperti biasa Disember ini. Kerana mulut, badan binasa.. tindakan TSM mengundang rasa marah AAB. Jika beliau berani mengkritik seorang PM, mana mungkin si dia ini boleh berkompromi dengan keturunannya nanti.. lebih-lebih lagi apabila AAB sudah bersara. Sanggupkah seorang ayah yang pengasih melihat keturunannya dipulau, diherdik dan diaibkan didepan mata?

Jadi.. orang ini harus disingkirkan, maka perlu kepada strategi baru, perlukan masa yang baru .. Taktik untuk melemahkan Najib telah bertukar, sekarang taktik melemahkan pengaruh Muhyidin. Apabila Muhyidin lemah.. pengaruh DS Najib akan lemah dan ditukar dengan ahli kem yang baru (pro AAB-KJ). Apabila pengaruh DS Najib lemah.. suara TDM, Mukhriz dan Ku Li hanya suara tin-tin kosong. DS Najib adalah biduk percaturan Abdullah vs Mahathir.

Tetapi, harus diingat.. DS Najib seorang yang amat berhati-hati.. sehingga dilihat sebagai ahli politik yang penakut dan kecut perut. Jawatan PM sudah berada dalam mulut, cuma perlu ditelan sahaja.. kalau ada orang yang menepuk belakangnya, maka muntahlah kembali jawatan itu. Lebih-lebih lagi si penepuk itu banyak kudratnya lagi gagah.. siapa yang banyak kudrat sekarang? Pak Lah atau Mahathir?

Sekiranya AAB mahu DS Najib menyingkirkan TS Muhyidin.. maka TSM akan menilai respons terbaru DS Najib kepadanya. Terpulanglah kepada kemahiran lakonan DS Najib didepan AAB.. berjaya atau tidak. Sekiranya gagal, TSM hanya ada 2 pilihan.. bertanding jawatan Presiden atau menolong Tg Razaleigh bertanding jawatan Presiden. Sekiranya DS Najib akur kepada kekuasaan AAB-KJ, maka lawannya nanti tentera-tentera TDM yang berpanglimakan Tg Razaleigh, TS Muhyidin dan Mukhriz.

Kesimpulannya.. jawapan teka-teki AAB terletak kepada analisa anak-menantunya dan jaminan DS Najib untuk menjamin keselamatan keturunannya. Manakala lanskap politik Umno bergantung kepada keputusan akhir DS Najib.. peralihan kuasa AAB kepada DSN membayangkan penyerahan kerja-kerja yang belum dapat AAB selesaikan. Sekiranya DS Najib berjaya dalam lakonannya didepan AAB, dia selamat dan dialu-alukan oleh TDM & The Gang.

Pak Lah telah berjanji kepada TDM sebelum menerima jawatan PM, tetapi beliau mungkir janji.. sekarang, DS Najib pula yang berjanji kepada beliau, ada kemungkinan beliau pula akan ditipu oleh DS Najib.. sebagaimana beliau menipu TDM dahulu.

Janji politik bukannya boleh dipegang mana.. janji politik semacam janji orang yang terdesak mahu berhutang, bila dapat.. belum tentu hutang itu terbayar.