16 Sept : MP BN akan terus diburu..

September 12, 2008

4 HARI + 4 HARI LAGI..

“Petaling Jaya, 11 Sept: Usaha Pakatan Rakyat ‘memburu’ ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana. Mereka dijadual berlepas ke Taiwan petang esok. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi…” [mStar]

———————————————————————————

“Harakah Daily, 11 Sept: Penulis mendengar khabar, ada dua Ahli Parlimen dari Gerakan yang berada di Taiwan dikatakan telah mengisytiharkan diri ‘melompat parti’ masuk Pakatan Rakyat.

Khabar belum sahih ini disampaikan seorang teman di Terengganu melalui SMS diterimanya. Bagaimanapun dalam siasatan saya media internet belum menyatakan perkara ini sama ada betul atau hanya khabar angin..” [Harakah]

———————————————————————————

“Seremban, 11 Sept: Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi …” [Malaysiakini]

———————————————————————————-

“Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa, memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen…” [Malaysiakini]

———————————————————————————-

Alahai.. BN sekarang sudah kelam-kabut..

Bagaimanapun.. saya percaya kebanyakkan mereka adalah ahli-ahli BN yang tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam BN, dan kebanyakkan berbangsa bukan-Melayu. Saya tidak hairan sekiranya mereka tertarik dengan PKR yang memperjuangkan konsep ‘Ketuanan Rakyat’..

Malahan.. saya juga tidak hairan jika ramai ahli BN yang mengambil sikap keluar parti sebagai tanda protes dan kecewa kepada kepimpinan BN sedia ada. Bukankah Dr Mahathir juga keluar UMNO sebagai tanda protes walaupun dia mempunyai keahlian Umno (Umno-Baru) bernombor 1?

Adakah juga usaha-usaha dari kem Anwar semakin diperhebatkan setelah menerima peruntukkan tambahan berjumlah RM 3 bilion, sebagaimana desas-desus oleh [Dunia Tiger]?

———————————————————————————–

Saya berpendapat.. BN bertindak kurang bijak dengan menghantar rombongan MP ke Taiwan baru-baru ini. Sekiranya ianya benar-benar perlu.. ianya sepatutnya ditangguhkan. Ini memberikan persepsi negatif dikalangan rakyat akan usaha terdesak BN untuk menggagalkan ‘Ops 16 Sept’.

Sepatutnya.. BN harus berdepan dengan ancaman PR secara ‘jantan’, kolektif dan profesional. BN sepatutnya menguatkan ikatan sesama mereka dan berani untuk ‘berperang’. Ini akan menambahkan rasa kagum dan hormat kepada BN dengan sendirinya.

Pakatan Rakyat ada strateginya.. dan BN pula sepatutnya ada strateginya yang tersendiri, tetapi bukannya strategi yang tidak cerdik.. malahan terperangkap dengan strategi lawan.

Hendak buat macam mana lagi.. kalau pemimpin tertinggi sudah hilang punca dan panik?

BN harus belajar dari pengalaman PAS selepas kalah pilihanraya PRU 11.. ketika itu PAS Kelantan hanya ada perbezaan tipis bilangan kerusi berbanding UMNO Kelantan. PAS diasak dengan usaha UMNO yang bertali-arus untuk membeli YB Pas agar ‘melompat’.

Saya tahu perkara ini kerana salah seorang kawan saya yang ahli fanatik UMNO, mendedahkan usaha oleh KJ dan Najib untuk membeli YB Pas dengan tawaran wang, projek dan jawatan dalam Exco sekiranya BN berjaya mengambil-alih pemerintahan..Kawan saya tadilah yang sibuk kesana-sini berjumpa YB Pas dan memujuk agar menerima tawaran tersebut.

Tetapi mereka hampa dengan istiqamah dan prinsip YB Pas.. mereka berkata, “saya sanggup lapar daripada menerima wang anda”..

Dalam hal ini, BN harus bersikap terbuka dan berlapang dada.. anda rasa sendirilah bagaimana peritnya jika orang yang dalam keadaan lemah cuba diasak oleh orang yang gagah. Ini ujian Allah kepada BN..

One Response to “16 Sept : MP BN akan terus diburu..”

  1. penulis_cyber Says:

    Doa saya agar tidak ada orang akan sokong kerajaan LOMPAT tajaan PM in waiting @ Mat Jenin Anwar Ibrahim.

    bukan dengki dgn dia tapi saya rasa biarlah kekalkan kerajaan yang mendapat majoriti..

    Bayangkan diasak bertubi2 oleh Tun Mahathir dan Anwar serta pembangkang pun, Pak Lah masih dapat lagi majoriti.

    Tak hebat ke tu ??? sedangkan Anwar dilepaskan pun time Pak Lah jadi PM !

    Sedangkan Mahathir habis kata kata kutuk Pak Lah…tapi rakyat tetap sokong lagi BN bawah Pak Lah..

    Fikirlah ….

    salam semua.

    Kebenaran akan datang. kebatilan akan pergi.

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: