Tiga malam yang lalu.. saya bersembang dengan rakan saya yang agak neutral pegangan politiknya. Rakannya yang bercermin mata tersenyum menyambut kehadiran saya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Selepas bertanya khabar tentang diri masing-masing.. saya mencuit beliau dengan isu politik, sudah pasti saya akan membuat provokasi dengan isu Anwar Ibrahim. Hasilnya sudah saya jangka.. mereka melenting marah.

Rakan sahabat saya itu terus mencebik saya.. tak usahlah bersusah-payah untuk memikirkan hal politik, orang di atas sana lebih cerdik dari kamu. Saya tersenyum sahaja sambil mencelah..

Read the rest of this entry »

Baru-baru ini Khairy ada berdebat dengan Husam Musa di Balai Islam, Kota Bharu. Walaupun tempat itu cuma 10 kilometer dari rumah saya, tetapi sesi debat tersebut tidak menarik minat saya langsung untuk turut serta. Samada si KJ atau si Husam Musa.. dua-duanya saya tidak hiraukan sangat.  Samada mereka itu UMNO atau Pas, bukannya menjadi faktor utama utk saya turut serta. Kalau pesta buku atau ‘PC fair’, ada juga rasa minat nak jengok-jengok..

Antara yang menjadi isu setelah tamatnya sesi debat tersebut ialah isu hudud. Si Husam Musa kata Pas tetap akan teruskan.. si KJ pula cabar-mencabar tetapi terjerat dengan soalannya sendiri. Khairy mahu Hudud dilaksanakan? Kah..kah..kah..

Tapi, apa yang pasti.. isu hudud sengaja ditimbulkan agar terdapat satu modal yang boleh diguna-pakai untuk sesi pilihanraya. Satu isu mesti dicari untuk diwar-warkan, di putar-belitkan atau dihangatkan sebagai bekal perang psikologi pilihanraya.

Read the rest of this entry »

Setelah mengikuti perkembangan politik tanahair buat seketika, saya berasa bangga kerana kaum saya mula sedar akan kelayuan bangsanya sendiri. Atas nama Ketuanan Melayu.. parti-parti politik berlumba-lumba mahu menjadi juara dalam isu mempertahankan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Tetapi, parti politik yang menjadikan teras Ketuanan Melayu sebagai wadah perjuangan tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan kesedaran rakyat itu sendiri. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperkasakan kedaulatan bangsa Melayu. Kerajaan boleh membuat apa saja konsep. strategi, peraturan dan sebagainya.. tetapi hanya menjadi sia-sia jika rakyat sendiri tidak mahu berubah.

Sebagai contoh di negeri Kelantan.. walaupun PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam (secara automatiknya untuk orang Melayu), tetapi nilai moral kaum Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah 18 tahun memerintah. Anak muda Melayu masih tegar dengan pil kuda, masih tegar dengan judi dan nombor ekor, masih tegar dengan nafsu syahwat dan botol arak, masih tegar dengan adu-domba dan pelbagai lagi masalah sosial. Read the rest of this entry »

Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh disini..

—————————————————————

Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-

1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.

2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”

“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”

Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.

3)  “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?

4)  “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.

‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?

Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?

Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?

5)  “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan  Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?

Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?

6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.

Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?

7)  “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.

(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..

Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.

Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.

Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.

Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!

Sepatutnya.. 2 hari yang lepas, iaitu pada 16 Sept, rakyat Malaysia telahpun mendapat kerajaan baru. Tetapi, impian tersebut nampaknya masih belum kesampaian..

Saya bersimpati dengan Anwar Ibrahim, Din Merican, Harris Ibrahim dan Susan Loone.. mereka-mereka ini bekerja keras kearah reformasi, nampaknya.. rezeki belum memihak kepada mereka. Bagaimana pun.. pujian harus diberikan kepada mereka kerana tidak kenal erti putus asa.

Kalau dihitung.. pada malam 16 Sept itu, dalam majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya.. Anwar sepatutnya telah mengumumkan kerajaan barunya dan penyokong-penyokongnya sudah boleh berpesta sampai kepagi hari.

Alangkah hampanya harapan rakyat dipersia-siakan pada malam itu.. dan mereka diajak pula dalam keghairahan untuk mendengar pengumuman Anwar dalam sidang media pada keesokkan harinya. Tetapi jawapan yang sama diperolehi.. masih belum ada kerajaan baru.

Secara logiknya.. sekiranya jumlah MP yang melompat sudah mencukupi, barisan pemimpin pembangkang sudah tentu akan berbaris panjang di belakang Anwar sebagai tanda meraikan kemenangan mereka.. begitu juga dalam sidang media pada hari berikutnya.

Sepatutnya TG Nik Aziz sudah berada disisi Anwar pada malam itu.. kerana TG Nik Aziz lah orang yang paling membenci BN, tetapi hanya kelibat Husam Musa yang kelihatan.. mana perginya Hj Hadi dan Nik Aziz?

Atau.. adakah mereka mengarahkan MP-MP yang melompat ini agar menyokong Pakatan Rakyat sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang parlimen oktober nanti? ..atau adakah doa TG Nik Aziz sudah tidak mustajab lagi?

Tidakkah realiti ini telah membenarkan analisa YB Dato’ Mustafa Ali ? ..yang mengatakan kerajaan baru perlu melibatkan soal-soal teknikal terlebih dahulu sebelum menjadi kenyataan? Siapakah sepatutnya yang malu sekarang? Yang nyata.. muka Anwar, TG Nik Aziz dan Husam Musa sudah kelihatan merah-merah, tersenyum tawar-hambar dan mata kelihatan berpinar-pinar..

Sekiranya masih memerlukan sidang parlimen.. nampak gayanya jalan masih berliku dan panjang untuk rakyat memperolehi kerajaan baru..

—————————————————————————–

Anwar tidak menunggu lama sekiranya keadaan sudah memihak kepadanya.. bukankah Anwar seorang yang cergas dan bersegera dalam tindakannya? ..Anwar tidak boleh menunggu lama-lama..

Surat kepada PM hanya sebagai menutup malunya.. alangkah kelakarnya alasan Anwar mahu perubahan pemerintahan secara aman dan tidak huru-hara. Alangkah lucunya Anwar mahu mengertak Pak Lah.. MP yang melompat adalah sah disisi undang-undang walaupun tidak bermoral. Sekiranya Sidang Parlimen tidak diperlukan, Pakatan Rakyat boleh memaksa Pak Lah untuk turun serta-merta.

YDP Agung hanya boleh menerima nasihat PM yang ‘sah’.. Anwar tidak perlu lagi meminta persetujuan Pak Lah, Anwar boleh terus sahaja menghadap YDP Agung.. Kalau tidak, Sidang Parlimen diperlukan untuk menerima PM baru yang ‘sah’ .. seterusnya menasihati YDP Agung keatas apa-apa tindakan seterusnya.

Sekiranya Pak Lah sudah digulingkan.. apa perlunya lagi Pak Lah? Kalau sudah jadi PM yang ‘sah’.. tidak perlu lagi 2 minggu, esok harinya PM yang baru sudah mempunyai kuasa keatas polis dan tentera.. PM baru ini boleh mengarahkan mereka agar mengawal keadaan agar tidak huru-hara..

——————————————————————————–

Sebenarnya.. Anwar cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan keadaan Pak Lah yang tersepit dengan asakan Dr Mahathir dan desakan ahli-ahli UMNO. Adakah Pak Lah mahu memberi peluang pemerintahan secara mudah kepada Anwar?

Anwar sengaja melanjutkan tempoh masa, kerana MP ini sebenarnya belum cukup.. kalau tidak, mengapa SAPP tidak masuk terus dalam PKR walaupun sudah keluar BN? Nampak sangat SAPP sendiri masih ragu-ragu dengan PR dengan ‘berdiri diatas pagar’ dan mahu melihat perkembangan semasa terlebih dahulu..

Malahan Anwar sendiri tidak yakin bilangan MP yang ada pada Pakatan Rakyat, setelah mengambil kira situasi semasa Teresa Kok, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan sebilangan YB PAS yang mengambil sikap berhati-hati kepada beliau.. berkemungkinan besar Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan YB-YB PAS sebaliknya akan melompat pula kepada BN..

Anwar menimbulkan ‘chaos’ agar satu perasaan gundah-gulana dapat diterapkan kedalam sanubari YB-YB BN.. ‘chaos’ ini diadakan agar YB-YB BN beranggapan BN sudah ditolak, dan melompat masuk kepada PR untuk bergayut pada dahan yang baru.. lebih masa yang diberikan kepada strategi ‘chaos’, lebih besarlah peluang YB-YB BN untuk tidak tetap pendirian dan teragak-agak.

Sebenarnya.. lebih masa Anwar gunakan untuk ‘chaos’, lebih besarlah peluang untuk BN untuk bersatu dan menyerang balik Anwar.. lebih besar peluang rakyat untuk menilai kredibiliti Anwar itu sendiri.

——————————————————————————

Samada Anwar memerlukan lebih masa sementara menunggu sidang parlimen atau memerlukan lebih masa untuk memujuk YB-YB BN.. terpulanglah kepada pandangan masing-masing..

Dengan kes liwatnya yang akan disebut dalam mahkamah pada 24 Sept ini.. Anwar sebenarnya tiada masa untuk bermain-main lagi, Anwar kena bertindak sekarang atau lebih banyak masa akan dihabiskan dalam mahkamah nanti.. Anwar sudah nampak situasinya kearah itu, Anwar mengheret masa agar bersesuaian dengan tarikh beliau akan dibicarakan.

Sekiranya disabitkan salah oleh mahkamah nanti.. alasannya mudah, ini konspirasi kerajaan untuk menghalang beliau dari menjadi PM.. kerana telah mendapat mandat dari MP yang melompat dan rakyat.. Seterusnya beliau berharap agar rakyat merusuh dan campur-tangan dari Amerika.. sudah tentu Amerika akan mengecam tindakan mahkamah ini nanti.

Terpulanglah kepada pandangan dan analisa masing-masing.. ini hanyalah pandangan diri saya yang jahil dan cacar-merba.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan pertukaran jawatan diantara Pak Lah dan DS Najib.. Pak Lah telah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan manakala Kementerian Kewangan telah berada dibawah kuasa DS Najib. Pertukaran jawatan tersebut berkuat-kuasa serta merta.

Ada dua persoalan yang menarik disini berhubung peristiwa tersebut..

Mengapa pertukaran jawatan itu berlaku secara tergesa-gesa? ..dan kenapa Pak Lah mahu jawatan Menteri Pertahanan?

Pada pendapat saya..

1.  Pak Lah berkemungkinan besar mahu bersara awal.. tetapi dengan cara yang terhormat dan mahu dilihat berundur bukan kerana tekanan dari orang politik dan rakyat. Adakah Pak Lah mahu dilihat sebagai pemimpin yang gagal? ..dan apakah Pak Lah mahu dilihat sebagai PM pertama yang berjaya digulingkan? .. sudah tentu tidak ! Pak Lah pun mahu jaga ‘air muka’nya..

2.  Jawatan Menteri Kewangan adalah satu jawatan yang amat berpengaruh dalam kerajaan dan menjadi idaman politikus, ini merupakan ‘gula-gula’ kepada DS Najib agar tidak terus-menerus bersubahat dengan kem Dr Mahathir dalam memberi tekanan kepada beliau.

3.  Sekiranya DS Najib berjaya ‘dineutralkan’ dengan jawatan tersebut, tekanan dari kem Najib kepada dirinya akan berkurangan.. seterusnya memberi ruang kepada Khairy untuk menempatkan dirinya dalam persada politik.

4.  Adalah diakui, terdapat dua kem utama dalam politik UMNO.. iaitu ahli politik yang pro kepada Khairy dan ahli politik yang cenderung kepada Najib. Sekiranya DS Najib memberi ruang kepada Khairy, secara timbal-baliknya.. Khairy akan menolong DS Najib dalam peralihan kuasa nanti. Ini akan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ sesama mereka, seterusnya berjaya menyerap tekanan dari kem Dr Mahathir.

5.  Secara tidak langsung.. beban persoalan ekonomi berjaya dialihkan kepada DS Najib. Sekiranya BN dilihat gagal menguruskan ekonomi negara, rakyat akan menuding jari kepada DS Najib dan Pak Lah berjaya mengalihkan perhatian rakyat di atas kelemahannya sebelum ini. Sekiranya DS Najib gagal.. beliau akan menjadi ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan.

6.  Rakyat mengakui.. Anwar dibebaskan atas ihsan Pak Lah setelah diyakinkan oleh Khairy akan kelebihan politik yang akan memihak kepada Pak Lah. Bagaimana pun.. Anwar telah mengkhianati pertolongan dari Pak Lah, malahan mengigit pula betis Pak Lah. Seolah-olah melepaskan ‘anjing yang tersepit’.. Hal ini benar-benar mengecewakan Pak Lah.

7.  Sekiranya diamati pandangan Pak Lah terhadap Anwar.. yang dianggap punca ketidak-stabilan politik dan ekonomi, Anwar boleh dikenakan tindakan ISA ataupun didakwa dibawah Akta Hasutan. Dengan kapasitinya sebagai PM dan Menteri Pertahanan.. Pak Lah boleh menasihati YDP Agung, bersandarkan maklumat risikan pihak tentera, agar Anwar wajar dikenakan tindakan.

8.  Dengan memegang portfolio Menteri Pertahanan, secara tidak langsung Pak Lah mempunyai lebih akses kepada agensi-agensi keselamatan negara terutamanya pihak tentera. Pak Lah boleh mengagalkan rancangan Anwar untuk mengambil-alih kuasa dengan menasihati YDP Agung agar parlimen dibubarkan atau perintah darurat dikeluarkan. Sekurang-kurangnya Malaysia perlu mengadakan semula pilihanraya umum..

9.  Dengan kata lain, Pak Lah sedaya-upaya akan menyekat impian Anwar.. yang banyak menyusahkannya. Pak Lah boleh membalas kembali perbuatan Anwar yang khianat kepada dirinya sebelum ini.

10. Sekiranya tangkapan terhadap Anwar dibuat secara tergesa-gesa.. di atas kapasitinya sebagai ahli parlimen pembangkang, Malaysia mungkin menerima ancaman dan kecaman dari Amerika, yang sememangnya menyokong Anwar. Perkara ini boleh menjadi alasan kepada Amerika untuk campur-tangan dan ini boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia.

11.  Paling tidak.. Anwar harus disabitkan kesalahan mengikut undang-undang dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Melalui cara ini, Anwar akan dihukum mengikut lunas-lunas perundangan antarabangsa.. seterusnya mematikan hujah negara asing untuk cuba campur-tangan dalam hal dalaman Malaysia. Paling hampir ialah 24 Sept ini.. dimana kes liwat Anwar akan dibicarakan.

12.  Sekiranya diperhatikan arahan terhadap tentera.. yang membekukan cuti dan diarahkan ‘stand-by’ dalam kem, kemungkinan besar Anwar akan disabitkan kesalahan oleh mahkamah sekali lagi, dan pihak tentera akan bersiap sedia sekiranya berlaku rusuhan atau huru-hara dalam negara kesan dari proses mahkamah tersebut.

13.  Sekiranya Anwar terus berdegil.. Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti tahun 1998, terpulanglah kepada dirinya samada mahu dipenjarakan sekali lagi atau masih mahu dengan sikap besar kepalanya..

14.  Oleh itu.. pada pandangan saya, lebih elok kalau Anwar lupakan saja hasratnya itu. Lebih baik sekiranya beliau memperkuatkan ikatan sesama parti dalam Pakatan Rakyat, ..menjadi pembangkang yang berkesan dan menerima mandat rakyat secara ‘gentleman’ dalam PRU 13. Pepatah melayu ada mengatakan.. “Orang tamak selalu rugi”.

Pertama sekali saya memohon maaf kepada ahli-ahli PAS samada yang tegar ataupun hangat-hangat tahi ayam.. saya menulis di atas rasa kasih sayang saya kepada satu-satunya parti melayu yang dominan dalam memperjuangkan Islam.

Tapi saya rasa PAS hanya Islam dikulit bukan isinya.. Bezanya, BN cuma kulit bawang dan PAS pula kulit limau bali.. bezanya PAS masam sikit dan BN masam banyak.

Selama ini PAS mengutuk dengan mengatakan demokrasi dalam BN telah mati, ..padahal dalam parti PAS itu sendiri.. demokrasi telah mati.

Apa bezanya musyuwarah dan mesyuarat? .. apa bezanya majlis syura dengan lembaga displin? ..apa bezanya mursyidul am dengan penasihat parti?

Adakah BN sahaja mengamalkan rasuah dan kronisme? .. apakah dalam PAS tidak ada dalam rasuah dan kronisme?

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau rakan sebantal sendiri memperlekehkan bahasa jawi dan kepentingan azan dan cadangan kilang babi di Selangor? Padahal Islam menyuruh penganutnya memperjuangkan maruah Islam..

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau mencaci-maki musuh dengan cerca nista? Padahal Islam terkenal dengan akhlak dan sopan santunnya..

Bukan kerana apa.. demi cita-cita politik, Islam diletakkan di punggung.. kalau BN korup dengan harta negara, PAS ini korup dengan agama Islam.. harta Allah.

Apa beza sikap diktator dalam BN dengan PAS, kalau pandangan ahli dan suara muda dianggap menghina pemimpin. Apakah salah kalau ahli mempunyai pemikiran yang berbeza dan tidak sehaluan dengan pandangan parti.

Kalau Muhyidin Yasin dianggap menghina kepimpinan BN.. Mustafa Ali dan Mat Sabu dianggap menghina kepimpinan PAS. Demokrasi apa yang PAS pakai? Demokrasi kepala hangguk??

Pendapat saya.. sealim-alim Nik Aziz pun, dia bukan maksum.. Marahlah kalau nak marah. Sedikit pun saya tidak heran, Allah lebih tahu..

Hukuman Allah kepada orang yang lalai sudah berat.. tetapi hukuman kepada orang yang alim tapi tidak mengamalkannya lagi berat.. Kalau tidak, masakan ada kisah pelacur boleh masuk syurga dan kisah ahli ibadat masuk neraka.

Kerana Anwar.. PAS jadi buta. Segala pandangan ahli yang berbeza dianggap tidak menghormati pandangan parti. Nak hormat apa kalau dah terang-terang bersalah, nasihat tak mahu dengar.. bukan Nik Aziz yang menjamin saya masuk syurga !!

Apa beza kalau ulama besar dianggap pencuci dosa.. sama macam paderi Kristian lah kalau begitu.. buat dosa, jumpa paderi.. terus suci bersih. Islam tak perlu orang tengah.. terus dengan Allah atas tikar sejadah.. antara kita dan Allah.

Kalau beginilah sikap PAS.. 50 tahun lagi semacam itulah. Tak akan maju.. Mengkritik orang lain pandai, diri sendiri tidak mahu muhasabah.

Pilihanraya 2004 telah membuktikan PAS bukan maksum.. Terengganu terlepas, Kelantan nyawa-nyawa ikan. Pilihanraya 2008 pun, undi kepada PKR lebih tinggi dari PAS sendiri.. cermin diri sendirilah.. PKR 31 kerusi, PAS 22 kerusi.. nampak sangat PAS dilihat jumud.

PAS tidak gagah sebenarnya.. tetapi rakyat tiada pilihan. PAS diundi kerana PAS nampak baik sedikit dari BN.. rakyat tiada pilihan.

Kenapa orang yakin pada Anwar?? Sebab Anwar nampak islamik dan pandai mentadbir.. PAS memang nampak islamik tapi banyak retorik dari mentadbir. Antara Anwar dan PAS.. rakyat akan memilih Anwar. Alangkah malunya PAS terpaksa bergayut kepada Anwar untuk mara..

Kadang-kala nasihat cara keras lebih cepat masuk hati berbanding nasihat cara berkias.. Tak semestinya saya kena masuk PAS untuk memperjuangkan Islam.. kerana setiap orang Islam adalah fadhu ain kepadanya mendaulatkan Islam.. sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Saya tidak taksub kepada pemimpin PAS.. saya cuma taksub Allah dan Nabi Muhammad. Saya bukan ahli UMNO.. saya ahli PAS, dan saya sebagai ahli PAS mahu menegur pemimpin PAS. Saya bukan pro-Hj Hadi, bukan pro-Nik Aziz, bukan pro-Husam, bukan pro-Mustafa.. malahan saya tidak anti kepada sesiapa dalam PAS.

Saya cuma anti-kejumudan dalam PAS.