Dari riwayat Abu Daud :

Nabi Muhammad s.a.w; “Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.”

Ada yang bertanya; ”Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?”

Nabi Muhammad s.a.w menjawab; “Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.”

Ada yang bertanya; “Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?”

Jawab Nabi Muhammad s.a.w; “Cintakan dunia dan bencikan mati.”

*****

Sempena Maal Hijrah 1430H/ 2008M ini, saya mengucapkan salam maal hijrah dan salam perubahan dari aspek-aspek negatif kepada positif kepada pembaca-pembaca semua dan juga kepada diri saya sendiri..

Advertisements

Andalusia versi Anwar Ibrahim

December 27, 2008

Selamat menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

Sempena Hari Natal.. sdr Anwar ada memberi perutusan sempena hari perayaan tersebut yang sinonim dengan Santa Claus dan rusa-rusanya. Hari yang ditunggu oleh kanak-kanak untuk mendapat hadiah dari mereka yang tersayang.

Dalam perutusan tersebut, sdr Anwar mengajak kita semua mencontohi peradaban Andalusia yang mempunyai ‘masyarakat convivencia’, di mana penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh hidup bersama secara harmoni. ‘Convivencia’ bermaksud ‘the Coexistence’ atau ‘terjadi secara bersama’ atau ‘majmuk’.

Saranan tersebut sewajarnya diikuti walaupun terdapat kisah yang memilukan untuk umat Islam ketika itu..

Read the rest of this entry »

Dalam Harakah Daily 8/10/08.. Dato’ Nik Aziz Nik Mat mengatakan Umno tidak sesuai mewujudkan majlis ulama seperti disarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdin memandangkan parti itu memisahkan agama dalam perjuangan. Selanjutnya, beliau mengatakan majlis ulama hanya sesuai dengan gerakan Islam seperti PAS kerana sejak awal lagi konsisten memperjuangkan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS merujuk kepada Dewan Ulama dalam setiap gerak kerja sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam Umno. Selain itu PAS juga mempunyai Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS yang memutus hala tuju gerakan Islam tersebut. Baca lagi kenyataan beliau disini..

—————————————————————————————

PS : Aii.. asyik PAS aje yang betul ni. Apa salahnya kalau UMNO mahu ada majlis ulama sendiri sebagai badan penasihat parti. Benda yang elok, sepatutnya PAS kena sokong. Raja-Raja Melayu pun ada Majlis Ulama mereka yang tersendiri, PAS tak bising pun.

Pada pendapat saya, tak perlulah merujuk kepada PAS semata-mata kalau mahu mendalami Islam. Ramai lagi ilmuwan Islam yang bebas dari politik kat luar sana yang boleh jadi pembimbing. Majlis Syura itu samalah semacam Majlis Tertinggi dalam UMNO. Bezanya.. UMNO tiada Majlis Ulama, biarlah diaorang jika ada semangat nak insaf.. bukan PAS saja yang mahu masuk syurga, orang lain nak juga.

Kalau UMNO mahu ada Majlis Ulama pun bising, nampak sangat PAS tak mahu UMNO insaf.. PAS mahu tengok UMNO terus lalai agar orang lain pakat-pakat sokong PAS jika mahu Islam. Itu ada motif politik juga tu.. bukannya mahu melihat Islam mekar, tapi mahu bertopengkan agama agar dapat kuasa. Kalau ada niat semacam tu, bukan ikhlas namanya.

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ‘shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

credit to : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kesan zikir kepada otak..

September 22, 2008


1. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

2. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

3. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

4. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

5. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

6. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

7. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

8. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

credit to [fazrulls.blogspot.com]

Teresa Kok berkokok lagi..

September 20, 2008

YOU SUCK ! TERESA..

Petang tadi, Teresa Kok telah dibebaskan dari ISA. [Malaysiakini] melaporkan, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu. Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung 3 tuduhan : (1) melarang laungan azan di dua masjid, (2) mempersoalkan peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain dan (3) membantah penggunaan tulisan jawi pada papan tanda.

Dalam Buletin Utama TV3, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana didakwa menahannya secara tidak sah, di samping itu beliau juga mendakwa makanan yang disediakan kepadanya seperti ‘makanan anjing’..

Dalam artikel [Malaysiakini]..”Saya menafikan dua tuduhan pertama itu,”

1.  Secara keseluruhannya.. saya sememangnya tidak bersetuju dengan penahanan secara tergesa-gesa ke atas Teresa Kok. Saya rasa beliau wajar disiasat dan disabitkan kesalahan melalui proses biasa perundangan melalui mahkamah sivil bukannya ISA.

2.  Memandangkan Teresa bukannya penganut Islam.. perundangan mahkamah syariah tidak meliputi dirinya walaupun terdapat laporan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3.  Tetapi yang amat dikesali ialah sikap dirinya selepas dibebaskan.. beliau mendedahkan seolah-olah dirinya menjadi mangsa yang teraniaya dan diperlakukan seperti anjing, walaupun bapanya mengucapkan terima kasih kepada polis yang melayan anaknya dengan baik semasa dalam tahanan..

4.  Nampaknya Teresa ini seorang yang ego dan besar kepala.. biarlah mahkamah yang menentukan kesalahan dirinya terhadap ketiga-tiga isu yang berkaitan, sekiranya kerajaan patut membayar ganti-rugi.. kerajaan kena terimalah.

5.  Memandangkan dia tidak menafikan tuduhan ke 3.. sekiranya dia didapati bersalah oleh mahkamah, sumbatlah kembali beliau dalam penjara.. dalam penjara, tak payah haraplah nak makan ‘chicken chop’ atau ‘BBQ Pork’ lagi. Terimalah hakikat..

Adakah anda sudah baca artikel “The Great Tudung Debate” hasil karangan Raja Petra? Kenapa mufti besar Malaysia Today ini sudah berani mempersoalkan kewajaran bertudung kepada wanita-wanita Islam? Dan anda semua tahu Raja Petra adalah pejuang rakyat (kononnya), atau seorang pejuang duit poket dengan Google Adsense.. anda nilailah sendiri.

Raja Petra mengatakan ianya respon kawannya terhadap satu e-mail yang tidak bersetuju dengan artikelnya sebelum ini, “Inventing New Religious Ritual”. Persoalannya.. kenapa Raja Petra mahu menyiarkannya dalam laman webnya?

p/s : mahu dengar respon TG Nik Aziz akan hal ini.. dan respon bloggers’ Melayu-Islam yang cukup tabik pada mufti besar Malaysia Today ini.