Kenapa Cina perlu melatah, Melayu masih perlu dibantu

September 6, 2008

Sebelum menulis artikel ini selanjutnya .. saya memohon maaf kepada kawan-kawan blogger saya yang bukan Melayu, yang bukan Islam. Saya tiada niat untuk membuat provokasi atau fitnah .. sekadar bercerita realiti yang berlegar disekeliling kita.

Polemik isu perkauman ini sebenarnya satu isu yang sangat merbahaya, dan amat sensitif kepada rakyat Malaysia. Tetapi kita harus berterus-terang untuk mencari titik persamaan sesama kita.

————————————————————————————

Merujuk kepada pernyataan Datuk Ahmad Ismail .. yang mengatakan orang Cina dan India sebagai ‘pendatang’ ada betul dan salahnya.

Dari segi sejarah.. kenyataan itu memang betul. Orang Cina dibawa masuk oleh British untuk memajukan ekonomi kerana orang Cina terkenal dengan sikap rajinnya dan pandai berniaga. Orang India pula dibawa masuk oleh British untuk bekerja di estet-estet kepunyaan British.

Atas dasar hormat kepada Raja-Raja Melayu, orang-orang Melayu diberikan kuasa untuk mentadbir kerajaan.. bukan semua Melayu, ..hanya orang Melayu yang berpendidikan Barat dan pada waktu itu, golongan bangsawan yang banyak menghantar anak-anaknya belajar di luar negara.

Orang Melayu yang ultra-Islam seperti Dr Burhanudin, Tuk Janggut, Hj Boestaman tidak diiktiraf oleh British kerana mereka berpendidikan Islam dari Asia Barat.

Dan orang British amat anti kepada Islam hasil Perang Salib Kristian-Islam..

Ini fakta sejarah.. Kerana itulah, adanya Artikel 153 dan Artikel 160 dalam Perlembagaan Malaysia, yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Reid.

Pada masa ini, keadaan sudah berubah.. sekiranya pernyataan Datuk Ahmad Ismail merujuk kepada masa kini, kenyataan itu adalah silap sama sekali dan tidak boleh diterima. Orang Cina sudah beranak-pinak disini, mati disini malahan kubur-kubur Cina pun sudah banyak.

——————————————————————————-

Bagaimanapun.. kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Hasil tidak puas hati orang Melayu keatas penguasaan ekonomi secara total terhadap bumi Malaysia dan kebimbangan orang Cina terhadap minat Melayu untuk menceroboh bidang perniagaan mereka.

Sekarang, sudah ramai orang Cina dan India yang sudah pandai dan berpendidikan tinggi. Tetapi sekitar tahun 60 an- 80 an, kurang orang Cina dan India yang mahu bekerja dalam sektor awam kerana gaji yang rendah. Mereka lebih berminat kepada jawatan yang mempunyai pulangan yang tinggi ataupun berniaga.

Apabila mereka semakin kaya dan mampu .. anak-anak dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke Malaysia dengan pendidikan luar-negara, manakala orang Cina kelas menengah dan bawahan akan menghantar anak-anaknya belajar dalam negara dengan pengkhususan kepada bidang profesional ataupun bidang keusahawanan, untuk menyambung perniagaan keluarga.

Ini berbeza dengan orang Melayu ketika itu yang bekerja disektor awam yang berpendapatan kecil dan selebihnya ‘kerja kampung’ sebagai petani dan nelayan. Hasilnya, majoriti mereka hanya berpendidikan dalam negara dan ada yang belajar sekerat jalan sahaja.

Tetapi sekarang, sudah ramai Melayu yang mampu dan kaya .. mereka juga mengambil keputusan yang sama dengan menghantar anak-anak mereka belajar ‘overseas’. Belajar dalam negara takde class.. termasuklah anak-beranak ahli politik UMNO, DAP, PKR dan PAS juga.

———————————————————————————-

1.  Kenapa sekarang orang Cina dan India baru mahu bekerja dalam sektor awam? Padahal mereka menolaknya satu ketika dulu.. kenapa sekarang? Apabila gaji prebet polis sudah lebih tinggi dari gaji eksekutif pemasaran syarikat swasta, apabila gaji guru lebih tinggi dari pendapatan bulan orang berniaga.

2.  Kenapa hak-hak peniaga Melayu dinafikan untuk mendapatkan harga kos bahan mentah yang setanding dengan peniaga Cina.. terutamanya dalam indusri pembinaan seperti kedai hardware, bekalan besi dan sebagainya. Kenapa perlu ada dua harga yang berbeza untuk Melayu dan Cina?

3.  Kenapa hak-hak graduan Melayu dinafikan untuk bekerja di syarikat-syarikat Cina? Kebanyakkannya ditolah kerana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.. kalaulah ini negara BANGSA MALAYSIA, maka bahasa Malaysia dan Inggeris sudah cukup memadai. Ini bukan Negara China, dimana rakyatnya tidak tahu Bahasa Malaysia.

4.  Kenapa eksekutif-eksekutif Cina disyarikat multi-nasional cuba memonopoli jawatan eksekutif kepada kaumnya sahaja? Kenapa mahu menafikan hak-hak eksekutif Melayu? .. Anda boleh tanya sendiri realiti sebenar pekerja-pekerja sektor swasta.

5.  Kenapa orang ultra-Cina suka menghantar anak-anaknya ke Sekolah Kebangsaan Cina, bukannya sekolah biasa? Malahan ada yang menolak bulat-bulat idea ‘Sekolah Wawasan’ dengan alasan ianya akan menghakiskan budaya kecinaan kepada anak-anaknya. Dimanakah semangat Malaysian-Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh DAP?

6.  Kenapa isu azan mahu disentuh DAP? Azan adalah keutamaan kepada orang Islam.. Orang Melayu pun tidak kisah jika kaum lain mahu membuat upacara keagamaan dikuil masing-masing. Orang India boleh memecah kelapa di Batu Caves, orang Cina boleh membakar wang untuk simati ditepi jalan dan bermain mercun untuk menghalau kuasa jahat.

7.   Dan banyak lagi realiti kehidupan antara kaum yang tersirat..

Jadi, kenapa di atas satu-dua perkara.. orang Cina terus melenting didalam mempertahankan hak-hak mereka? Padahal Melayu juga menuntut hak-haknya.. adakah salah Melayu mahu mempertahankan hak-haknya? Adakah Melayu tiada haknya di bumi Malaysia?..

———————————————————————————–

Sememangnya.. Melayu mengalami ‘krisis identiti’. Apabila sudah berjaya dan berpendidikan tinggi, mereka juga yang memandang rendah kepada bangsa sendiri. Mereka tidak suka bercakap bahasa Melayu lagi.. lebih suka ‘speaking’.. bahasa Melayu ‘low-class’..

Orang-orang Melayu yang alim pula.. tidak mahu bergaul dengan melayu yang lalai dan jahil. Oh.. mereka itu sesat, kita orang alim.. Ahh, mereka itu tidak pandai hukum fekah dan tauhid, mana boleh kita pakai buah-fikiran orang seperti itu.

Melayu juga yang suka memperlekehkan Melayu.. aku belajar ‘oversea’, kau belajar di UiTM sahaja. Aku lebih suka dengar lagu rock Metallica.. ‘advance’ lagi dari lagu rock Spring.

Bukannya mahu dibantu orang yang sebangsanya.. bukan mahu dipimpin orang yang sebangsanya.. malahan berkawan dengan kaum lain yang boleh ‘speaking’ dianggap satu kebanggaan.

Inilah pengkhianat bangsa sebenarnya.. dan pengkhianat bangsa ini ada dalam UMNO, PKR dan juga PAS.

Jangan salahkan orang lain kalau bangsa lain memandang Melayu kolot dan ketinggalan.. kerana Melayu tidak mahu menolong bangsanya sendiri.

Salah Melayu juga kerana tidak memahami Islam sepenuhnya, oleh itu marilah kita menimba ilmu dunia dan akhirat berpandukan Islam. Agama yang tidak memandang kepada keturunan, warna kulit dan darjat.. agama yang mementingkan keadilan sosial.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

10 Responses to “Kenapa Cina perlu melatah, Melayu masih perlu dibantu”


  1. […] Kenapa Cina perlu melatah, Melayu masih perlu dibantu « Politik Sumba.. […]

  2. hafiz Says:

    salam ramadhan! salam kunjung! artikel menarik! yuk. kunjungi blog saya!
    ———————————-
    p/s : blog yang menarik, Hafiz. Tahniah !!

  3. eda Says:

    Rasa saya keadaan sekarang ibarat a[i dalam sekam. Menunggu masa untuk menyemarak. Kalau salah tidak dipantau dengan baik, 13 MEI mungkin menjelma Saya berusia 56 tahun, mula berasa seolah-olah tidak selamat ke sana kemari. Tidak berani sangat untuk lepas cakap takut disalah tafsir.

    Zaman sekolah saya, kami antara Cina dan India boleh bergurau begini

    “Pek you boleh balik Tongsanlah , kalau ketika marah, lepas tu boleh ketawa dan makan bersama.

    Dengan India:

    Balik lah India, sebab bila tanya bangsa apa India. Hah balik Indialah. Sekejapje, lepas tu baik balik.

    Sekarang ni cakap macam tu, siap besuk keluar surat khabar. Sensitif. Rasanya dipejabat pun tak boleh salah cakap nanti kene gam kut.

  4. Swk Ibanez Says:

    Paling baik…belajarlah menghormati perasaan org lain.Tak rugi pun.
    —————————————————–
    p/s : hi Swk Ibanez,
    saya bersetuju dengan anda.. tiada kaum yang istimewa diatas muka-bumi ini. Saya percaya, apa pun agama yang kita anuti.. tidak diajar untuk membenci orang lain. Saya tidak mahu komen penganut agama lain dan saya hormati apa jua kepercayaan anda.. “Agama saya untuk saya, agama anda untuk anda”.

    Masalahnya.. orang Melayu di Malaysia tidak memahami ajaran Islam yang sebenar. Islam dan Melayu adalah 2 perkara yang berbeza.. hasil daripada inilah Melayu mengalami ‘krisis identiti’. Saya orang Melayu dan saya tidak terkejut jika orang lain mengutuk bangsa saya, kerana saya sedar.. bangsa saya masih perlu dibantu dan dibimbing. Dan saya harap ada pemimpin sejati yang boleh membawa kami kesana.. iaitu bangsa Malaysia yang saling menghormati dan bersatu-padu.

  5. nelson Says:

    cuba fikir dari hati orang cina dan india, sistem kuorta dalam pendidikan.. banyak pelajar cina belajar dgn susah payah buat apa? pun tak boleh masuk ke dlm uni? bila dpt ke luar negara, pun kena cuci otak daripada biro tata negara.
    plz la, dunia ini dah jadi globalisasi, amerika juga pilih orang hitam sebagai leader politik,bukan dunia dahulu la, apa “ketuanan melayu”?
    sekarang malaysia utk semua orang, bukan hanya melayu.
    melayu pun ada banyak ahli ya bijaksana,tapi dari overall, terdapat byk orang yang racist seperti ahmad.
    kalau kamu di tempat lain dah jadi warganegara di luar negara, tapi kena sebut sebagai pendatang asing, APA PERASAN ANDA?
    ————————————————————————————
    p/s : hi Nelson,
    Itulah yang kita cuba cari skrg.. tetapi dengan menuduh antara satu sama lain bukan satu idea yang baik. Malahan lebih mengeruhkan suasana..

    Saya juga bersimpati dengan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan India yang kurang bernasib baik, mereka miskin dan tidak mampu untuk belajar ke universiti swasta.. kerana itulah saya tidak bersetuju UiTM hanya untuk Melayu sahaja. Masalahnya.. itu Naib Canselor UiTM, orang kuat UMNO punya.. kuat bodek. Kerajaan perlu ada satu universiti awam bantuan penuh kerajaan seperti UiTM dengan nisbah 4:3:3.. itu lebih kepada Universiti semangat Malaysia pelbagai kaum.

    Masalahnya dasar negara kita selama ini baik dan bertujuan murni, tetapi orang-orang politik terutamanya BN yang telah hilang ‘semangat’ tersebut. Mereka pro-orang bisnes bukannya pro-rakyat.. Saya pernah pergi Pulau-Pinang dan Singapura, dan lihat bagaimana hak-hak Melayu dinafikan disana, oleh itu saya tidak hairan jika melayu disana memberontak.. tetapi dengan cara yang emosi sebagaimana Datuk Ahmad adalah bodoh..

    Dan adakah anda fikir Anwar akan benar-benar ‘take care’ ?? Sejarah telah membuktikan siapa Anwar dan sejarah adalah fakta.. bukan konspirasi. Maaf.. saya bukan pro-UMNO.

  6. aprilfooltaiktasu Says:

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

    BERITA BAIK!!!
    Mari kita tengok blog ini. hebat sekali!

    MARI MENCARI KEBENARAN

    Masuk sini= http://mustahil-kristian-bisa-menjawab.notlong.com

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

  7. gegala Says:

    Jangan macam tu . untuk mengatakan bodoh mudah . tuan sendiri cerdik sangatkat???
    Didalam suasana menuding jari ini . sebenarnya adalah rentetan ketiadak puasan antara pengaruh ekonomi dan pengaruh politik. Semuanya adalah berasala dari sifat tamak haloba. dan golongan yang paling jahat adalah orang orang politik( kununnya ) padahal adalah pengambil pemgambil kesempatan biar parti mana sekali pun di berpaut.Kalau tidak penting kan diri sendiri semua akan aman. Kepada bangsa bangsa lain dari Melayu Selagi tidak dapat menerima Konsep Sekolah Wawasan jangan bicara soal lain nya . Lagi satu Perkara bagaimana yang dikatakan “golongan ustaz boleh memuji gologan kafir diatas membar jumaat /surau dan menghemtan saudara seagama ” Fikirlah baik baik apa bila sesuatu perkara ditakbir bukan dari ahlinya.

  8. Reuben Ang Says:

    Sekiranya Datuk Ahmad Ismail menyatakan dengan jelasnya bahawa kenyataan beliau bahawa kaum Cina adalah “pendatang” merujuk kepada zaman pra-kemerdekaan ketika berucap di Permatang Pauh, ketegangan sekarang tidak akan tertimbul. Malah, beliau mempunyai peluang untuk meleraikan ketengangan yang ditimbulkan olehnya dengan meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya. Namun, beliau enggan berbuat demikian, tetapi sebaliknya menyemarakkan lagi api perkauman dengan tindakan susulannya menyerang Parti Gerakan secara terbuka. Walaupun perasaan saya tersinggung akibat kenyataan beliau, tetapi saya masih boleh memaafkan beliau sekiranya beliau bertanggungjawab atas tindakan beliau.

    Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebagaimana yang telah disebutkan oleh Tun Dr Mahathir, sasaran boleh dicapai melalui dua cara, iaitu dengan mewujudkan segolongan kecil orang Melayu yang teramat kaya, ataupun dengan membantu bilangan besar orang Melayu yang masih ketinggalan. Dengan kesalnya, sasaran DEB “dicapai” dengan memperkayakan bilangan kecil orang Melayu yang merupakan kroni pemimpin-pemimpin UMNO. Maka, walaupun niat DEB adalah untuk membantu orang Melayu yang ketinggalan, sasarannya tidak akan tercapai selagi pelaksanaannya tidak melibatkan populasi orang Melayu yang disasarkan.

    Mengenai 7 kenyataan yang disebutkan oleh penulis:

    1. Orang Cina dan India sesungguhnya amat berminat bekerja dalam sektor awam sekiranya diberikan peluang yang setaraf dengan orang Melayu. Tetapi hakikatnya, orang Cina dan India dalam sektor awam susah mendapat kenaikan pangkat dan gaji walaupun adanya yang bekerja kuat dan mendapat pencapaian yang tinggi. Pada hari ini, berapakah orang Cina dan orang India yang diberi peluang memegang jawatan eksekutif dalam sesebuah jabatan kerajaan ?

    2. Sekiranya peniaga-peniaga Melayu terpaksa mendapat bahan mentah pada harga yang lebih tinggi berbanding peniaga-peniaga Cina, maka saya bersetuju dengan pendapat Tuan bahawa peniaga-peniaga Melayu tidak patut dinafikan hak-hak yang sama daripada peniaga-peniaga kaum lain. Namun demikian, sebelum Tuan menulis kenyataan tersebut, Tuan haruslah benar-benar pasti bahawa keadaan sedemikian berlaku dan menyokong kenyataan tersebut dengan bukti kukuh. Sekiranya terdapat bukti kukuh, saya percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama akan menyahut dan menyokong seruan Tuan supaya peniaga-peniaga Melayu diberi hak-hak yang sama demi keadilan dalam peniagaan.

    3. Saya amat menyokong bantahan Tuan terhadap penolakan jawatan berdasarkan ketidakkeupayaan bertutur dalam bahasa Mandarin sekiranya keadaan sedemikian benar-benar berlaku. Namun demikian, saya tidak yakin bahawa keadaan sedemikian adalah punca sebenarnya graduan-graduan Melayu dinafikan jawatan. Saya lebih berpendapat bahawa graduan-graduan tersebut tidak mempunyai tahap yang mencukupi untuk bekerja dalam bidang swasta, sesuatu keadaan yang menunjukkan kualiti pendidikan yang rendah di IPTA. Diri saya merupakan graduan dari UNITEN dalam fakulti yang mempunyai populasi pelajar Melayu seramai 60%. Sehingga hari ini, saya tidak kenal seorang pun rakan setahun saya yang berbangsa Melayu dan tidak mendapat jawatan baik dalam bidang kerajaan mahupun bidang swasta. Hal ini menunjukkan graduan Melayu sememangnya dialu-alukan menyertai sektor swasta sekiranya mereka mendapat kelayakan yang setaraf dengan graduan kaum lain.

    4. Sekiranya eksekutif-eksekutif Cina memonopoli jawatan-jawatan eksekutif, maka kenapakah Tun Mohd Hanif Omar menjawat jawatan naib pengerusi kumpulan Genting Berhad ? Bagaimanakah Tan Sri Mohd Amin Osman dan Dato’ Paduka Nik Hashim Nik Yusoff menjawat jawatan eksekutif dalam sesebuah syarikat multi-nasional sedangkan diri saya tidak mampu dan tidak layak menjadi setiausaha kepada Tun, Tan Sri, mahupun Dato’ Paduka, sekiranya eksekutif Melayu yang berjaya diketepikan ? Sekiranya jawatan eksekutif diberikan dengan sewenang-wenangnya, sektor swasta akan runtuh. Lihatlah contoh MAS yang hampir muflis ketika dipimpin oleh Tan Sri Tajuddin Ramli. Maka dengan ini, saya berpendapat bahawa sekiranya eksekutif Melayu benar-benar berwibawa, mereka bukan sahaja akan dialu-alukan dalam sektor swasta, malah akan dijemput menyertai sektor swasta dengan tawaran jawatan tinggi.

    5. Keadaan orang Cina menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Cina samalah dengan keadaan orang Melayu menghantar anak-anak ke Sekolah Agama. Tujuannya untuk anak-anak mempelajari warisan budaya kaum Cina, tetapi ini tidak bermakna orang Cina bulat-bulat menolak menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan. Diri saya adalah contoh yang baik kerana saya tidak pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Cina dan diri saya turut tidak mampu bertutur dalam bahasa Mandarin. Sekiranya pihak berkuasa mencadangkan Sekolah Agama dibuburkan dan diserapkan untuk membentuk Sekolah Wawasan, orang Melayu turut akan menolak cadangan tersebut secara bulat-bulat kerana akan ditakuti bahawa warisan dan budaya Melayu akan terancam.

    6. Mengenai isu azan, adakah benar-benar hal itu berlaku ? Ataupun ianya hanya tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Datuk Khir Toyo ? Sesungguhnya, pihak masjid telah menafikan bahawa YB Teresa pernah membangkitkan hal tersebut. Sekiranya hal tersebut benar-benar berlaku, maka saya bersetuju dengan Tuan bahawa YB Teresa tidak patut berbuat demikian. Tetapi sehingga kini masih tidak terdapat bukti kukuh melainkan tuduhan melulu oleh Datuk Khir Toyo dan penyokong-penyokongnya. Namun demikian, sekiranya kita membandingkan keadaan Teresa dan Datuk Ahmad Ismail, adalah adil layanan kerajaan kepada dua orang yang didakwa melakukan kesalahan yang sama ? Seorang ditahan ISA tanpa bukti kukuh manakala seorang lagi hanya digantung keahlian UMNO untuk 3 tahun tanpa apa-apa tindakan pihak polis. Adakah orang Melayu mendapat perlindungan khas berbanding kaum lain sekiranya melakukan kesalahan yang sama ?

    7. Dan banyak lagi hal yang melibatkan isu perkauman, tetapi saya tidak berpendapat bahawa ianya berpunca daripada sikap perkauman antara rakyat, tetapi lebih berpunca daripada kegilaan pemimpin tertinggi untuk memenuhi nafsu kuasa mereka.

    Sesungguhnya kebanyakan orang Cina dan India tidak mempertikaikan hak orang Melayu, tetapi terdapat sesetengah polisi pihak yang berkuasa yang merompak sesetengah hak kami dalam mendapat layanan yang sama berbanding orang Melayu. Misalnya, adakah adil kerajaan mewajibkan syarikat pembinaan memberi diskaun 10% kepada orang Melayu sedangkan orang Cina dan India terpaksa membayar harga yang lebih tinggi ? Apakah asasnya kami sebagai rakyat Malaysia terpaksa menanggung bebanan yang lebih berat sekiranya ingin memiliki sebuah tempat tinggal berbanding kaum Melayu ?

    Akhir sekali, saya tidak membantah bantuan untuk orang Melayu sekiranya betul-betul diperlukan untuk memberikan orang Melayu daya saingan yang setaraf dengan kaum lain, tetapi saya tidak bersetuju bahawa tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak dalam mengapi-apikan isu-isu sensitif di tanahair kita yang tercinta. Bukankah kita semua mengharapkan dapat hidup aman dan damai tidak kira bangsa dan agama ?

    Sekian

  9. anie Says:

    why chinese gets angry when things which are racist is being said its because without chinese and indians in the country there won’t be malaysia. lets face the fact, that the government has been helping the bumiputeras for a very long time, that they in the end turns out to be lazy, those malays who has succeeded and are rich never came home to help their own malays neither do they speak the malay language nor pray any more. i’ve seen a few of my malay friends who are this way, they change their mentality their life concepts after seeing the ‘outside’ world. in fact malays has been asking so much about thier ‘hak’ that sampai hari ini if other races ask for a little more the malays would say don’t question their authority. in other countries the help is given to the minority of the citizens in the country…but malaysia, the help is given to the majority…the bumiputeras…the other races in malaysia already finds this as a norm and do not question it any more as they too have lost interest in asking for more priveleges from malaysia..if we are being treated as second class and second citizen in malaysia…why would we stay there still when we are equally treated as second citizen when we migrate overseas and with better priveleges , equal and fair treatment? what is the use of helping and stayin on when we are not acknowledged while the other bumiputeras who did nothing get all the credits? where is the logic in that? and isnt helping the orang asli…the real bumiputeras?

  10. malay Says:

    to anie
    What is the logic behind unfair treatment of Chinese Employers over malays Employees?

    Why claim for justice when your race cannot even give justice to others?

    We are majority and the owner of the land but we were treated like shit by the minority. Until to this moment you guys claim for “One Malaysia” but the only race work for it is Malay.. We have sacrifice a lot of things for you guys

    How about you Chinese and Indians, only know how to propagate the idea but in practice, you guys don’t treat us equally!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: