Kuasa dulu.. Islam kita bicara kemudian?

December 31, 2008

Tiga malam yang lalu.. saya bersembang dengan rakan saya yang agak neutral pegangan politiknya. Rakannya yang bercermin mata tersenyum menyambut kehadiran saya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Selepas bertanya khabar tentang diri masing-masing.. saya mencuit beliau dengan isu politik, sudah pasti saya akan membuat provokasi dengan isu Anwar Ibrahim. Hasilnya sudah saya jangka.. mereka melenting marah.

Rakan sahabat saya itu terus mencebik saya.. tak usahlah bersusah-payah untuk memikirkan hal politik, orang di atas sana lebih cerdik dari kamu. Saya tersenyum sahaja sambil mencelah..

“Sudah tentu mereka lebih bijak, tetapi kita hanya ada 1 peluang untuk berpolitik dengan berkesan  iaitu mengundi, salahkah kita bertukar-tukar pendapat tentang politik?”

Rakan sahabat saya itu nampak kurang senang dengan jawapan tersebut lalu memperbetulkan cermin matanya.

Saya menjawab,”Kalau orang tanya saya kamu ahli Pas kah? Saya jawap tidak.. Kamu ahli PKR barangkali? Saya jawap pun tidak.. Jadi kamu ini orang Umno? Saya jawap pun tidak.. tapi masa mengundi, saya tetap pergi mengundi.”

Saya menduga mereka lagi.. kenapa Pas jadi pak turut kepada DAP dan PKR, padahal UMNO boleh mengawal MCA dan MIC?

Sahabat saya pula mencebik, “Kamu ni tidak faham politik, yang penting ialah PAS menguasai Parlimen terlebih dahulu.. apabila kita berkuasa, kita akan melakukan perubahan seperti yang dikata”

“Sekarang DAP dan PKR mempunyai kerusi parlimen yang terbanyak, sudah tentu Pas kena bersabar dan membuat strategi untuk merebut kerusi parlimen sebanyak mungkin dari mereka.”

Ooo.. jadi Pas pun ada cita-cita untuk menikam dari belakang? Sempatkah mereka? Bagaimanakah mahu mendapat 120 kerusi Parlimen jika Pas hanya bertanding dalam 60 kerusi dalam PRU?

Sahabat saya menyambung lagi hujahnya,

“Kerana itulah Pas perlu kepada DAP dan PKR untuk menguasai kawasan yang bukan Melayu-Islam terutamanya Sabah dan Sarawak. Kita jangan bimbang.. selagi Raja dan Sultan ada, kuasa Melayu untuk jadi PM tetap terjamin”.

“Kita akan berdakwah kepada DAP dan PKR.. sekarang kita pun sudah berusaha ke arah itu. Apabila bilangan kerusi Parlimen kepada Pas sudah melebihi dari DAP dan PKR, kita akan jadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat dan bolehlah kita melaksanakan pemerintahan secara Islam sepenuhnya”

“Sekarang DAP dan PKR mempunyai kelebihan dari Pas.. biarlah, kita ikut rentak depa dulu.”

Saya tergelak besar.. patutlah Pas jadi ‘menikus’ aje. Rupa-rupanya berstrategi dalam politik.. Jadi DAP dan PKR itu tidak memasang strategi ke?

PM mungkin orang Melayu tetapi barisan kabinet dari DAP dan PKR? Mahu jadi semacam MB Perak kah? Exco lebih berkuasa dari Menteri Besar? MB Perak dilantik oleh Sultan Perak tapi urusan pentadbiran DAP yang jaga. Apa pasal MB Perak (orang Pas) tidak boleh berbuat apa-apa.. jadi Singa bila bertegang urat leher dengan Umno tapi jadi Tikus bila diherdik Exco dari DAP?

Begitulah kiasan saya jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia dimana orang Pas jadi PM dan barisan kabinetnya majoriti dari DAP.

Saya menyambung lagi hujah saya..

Jika kekebalan Raja dalam Perlembagaan pun boleh dirombak, apatah lagi jika DAP mahu buat rombakan ke atas Artikel 153 jika mereka sudah berkuasa. Negara Nepal sudah membuktikan bahawa kuasa Raja boleh berakhir apabila tiba masanya.. mungkin juga kuasa Sultan dan Raja Melayu akan berakhir jika mereka-mereka ini  memutar-belitkan keadaan atas nama keadilan undang-undang.

Saya tidak mempersoalkan niat murni dan nawaitu Pas untuk ‘memutihkan’ politik Malaysia tetapi saya mempersoalkan kenapa Pas jadi lembik apabila menerima tekanan dari DAP dan PKR, padahal MCA dan MIC tidak sedemikian apabila berhadapan dengan Umno?

Jika komposisi kerusi dalam PR setakat hari ini pun PAS sudah dicebik dan diperlekehkan, apatah lagi jika PR berjaya menguasai Malaysia dengan komposisi kerusi yang serupa dalam PRU13.

Sepenggal pemerintahan sudah cukup untuk membuat perubahan, onar dan kerosakkan kepada sistem sedia ada. PKR dan DAP hanya memerlukan 8 bulan sahaja waktu pemerintahan untuk melakukan perubahan yang menyesakkan dada orang Melayu di Selangor, Perak dan Pulau Pinang..

Mereka terdiam seketika..

Saya merasakan.. jika Pas menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Rakyat, saya yakin PR boleh menang besar dalam PRU13. Bagaimanapun.. jika Pas dan Umno terus bertelagah, berkemungkinan besar undi Cina dan India akan beralih kepada PR (yang diterajui oleh DAP dan PKR) kerana undi kaum bukan Melayu yang ‘solid’ demi ‘survival’ kaum mereka.

Jika orang Umno pun boleh pangkah Pas dalam pilihanraya kerana sabotaj.. apatah lagi jika ahli-ahli MCA, Gerakan dan MIC yang mahu pangkah DAP demi menjamin kemenangan politik kepada kaum mereka..

Bukan niat saya untuk berkempen kepada mana-mana parti.. tetapi saya berharap agar Umno dapat berubah sikap dan kurangkan ego untuk menerima teguran orang lain, manakala Pas hendaklah menegur seterunya itu dengan kasih sayang dan perbanyakkan ‘perundingan meja bulat’ bukannya dengan caci nista dan herdikan.

Orang yang ikhlas tidak memerlukan publisiti untuk membuat kebajikan dan bakti. Hanya mereka yang berkepentingan peribadi yang suka mencari nama..

17 Responses to “Kuasa dulu.. Islam kita bicara kemudian?”

  1. norizan Says:

    Membaca komen dalam laman web ini ternyata penulisnya buta agama! Ingat… Islam bukannya agama ritual sepertimana Keristian, Hindu dan Buddha tetapi satu cara hidup yang merangkumi seluruh kehidupan manusia itu sendiri. Di dalam Islam tidak ada istilah politik suku agama suku. Politik merupakan satu cabang dalam Islam yang telah digariskan dalam AlQuran, yang wajib kita sebagai orang Islam amalkan.Sebab itulah hukum hudud wajib kita pejuangkan.Bila Datuk Nik Aziz bercakap soal agama, itu bukan bermaksud beliau merojakkan politik dan agama!

  2. Malaymind Says:

    Norizan,

    Tak pastilah sama ada Norizan yang tak faham, atau penulis yang telah silap menyampaikan hujah.

    Perlu dibaca dua kali ni

  3. ondastreet Says:

    Tumpang lalu ye..

    Saudara Norizan,
    Boleh tidak saudara jelaskan kepada saya bila saudara kata penulis ini buta agama, bahagian mana yang menunjukkan penulis ini buta agama?

    Pada pandangan saya, artikel ini ditulis sekadar untuk bertanyakan fungsi, peranan dan percaturan politik PAS.

    Saya berpegang kepada berdakwah secara berhikmah, di mana tidak semestinya cara yang ekstrim untuk berdakwah. Dan saya pasti PAS merencanakan salah satu strategi berdakwah iaitu melalui politik.

    Saya setuju, tiada dolak-dalik dalam isu agama. Islam adalah agama yang syumul dan setiap perintahNya harus ditunaikan. Dalam isu Hudud dan Qisas, saya setuju ianya dilaksanakan. Dan oleh kerana Kelantan dikuasai PAS secara majoriti, tiadalah salahnya jika PAS mulakannya di Kelantan. Biarlah perlaksanaan oleh PAS dapat merungkaikan kekusutan dan salah faham hukum ini. Action speaks louder than words, right? Dan saya pasti, dalam perlaksanaannya, hendak seribu daya dan tidak semestinya perlu menunggu untuk menguasai negara. Betul?

    Wallahualam…

  4. hafiz Says:

    Saya setuju dengan ondastreet. Tapi rasanya macam hari tu dah nak buat, tapi kena sabotaj dengan somebody, sapa ye … mm .. rasanye … Zaid Ibrahim kut.

  5. iraman Hj Karim Says:

    Bila kita nak laksanakan hukum hudud di Kelantan dan Trengganu, kenapa kita hormat kepada undang-undang yang selama ini kita dakwa sebagai undang-undang tiruan dari Barat? Undang-undang islam hendaklah digunakan PAS dengan mengenepikan undang-undang Malaysia yang sekular itu. Islam mengatasi segalanya. Ia adalah way of life.
    Jangan peduli undang-undang persekutuan kerana undang-undang itu tidak mengikut undang-undang islam ( mengikut kata PAS ). Laksanakan hukum hudud dalam negeri yang PAS perintah. Kenapa takut nak menegakkan undang-undang Islam? Jangan salahkan UMNO jika PAS sendiri takut.

  6. haji Nuar Says:

    Al-Arqom jika tidak sesat, adalah contoh terbaik.. membangunkan ekonomi dan budaya islam tanpa politik kebencian & kebabian semata2 untuk bodek cina & india.

    Pas gagal..membangunkan ekonomi..cuma nak kerajaan & kutip cukai orang. belajar lah dari cara2 arqom membangunkan perusahaan Muslim macam di ceramahkan oleh mat sabu.

    mcm tu baru aku boleh respek.

  7. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka dan rakan seperjuangan,

    Apabila dipertikaikan persoalan yang Saudara nyatakan kepada mana-mana penyokong PAS, hujah yang kedengaran sama sahaja, kuasa dulu, Islam kemudian.

    Berbeza dengan kerajaan Islam silam yang dibina atas dasar keyakinan, iman dan ketaqwaan untuk membawa manusia kepada Din Ilahi. Begitulah semangat pejuang di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, Umiayah, Andalusia, Abbasiah dan Uthmaniah. Hanya berbekalkan keyakinan dan ketaqwaan mereka boleh menguasai 1/3 dunia.

    Berbeza dengan keadaan sekarang, nak kuasa dulu, cerita Islam kemudian. Boleh percaya ke? Kot-kot bila dah dapat kuasa yang dipupuk bukannya keimanan dan ketaqwaan, tapi Camry dan Mercedes Benz.

    Wassalam.

  8. cekka Says:

    Salam Sdr Norizan,

    T.kasih atas komen anda.. Saya hormat TG Nik Aziz sebagai orang tua dan ahli ugama, tapi beliau bukanlah Nabi atau Rasul yang maksum dari dosa.

    (1) Dulu Nik Aziz kata DAP itu syaitan dan haram bekerjasama dgn Setan. Tapi kenapa ludah itu dijilat balik? Beliau membenci Umno lebih dari DAP padahal ahli-ahli Umno itu percaya kpd Allah dan Rasul padahal DAP terang-terangan tidak percaya kpd Allah dan Rasul.

    (2) Islam menganjurkan dakwah secara berhemat bukannya dengan caci-maki dan nista, lebih-lebih lagi jika ianya ditujukan kepada saudara seagama yg ‘kurang sedikit’ penghayatan agamanya.

    (3) Suka saya kiaskan sikap Pas dan politik spt cerita lelaki mahu kahwin ramai. Lelaki berulang-kali melemahkan hujah wanita dengan hadis Nabi dan ayat2 Al-Quran bahawa lelaki boleh berkahwin sampai empat, tetapi mereka tidak memberitahu bahawa hadis itu ada menyebut.. ” tetapi jika kamu tidak mampu, cukuplah dgn seorang”. Maksudnya.. bagitahu separuh..sembunyi separuh demi kepentingan peribadi.

    *****
    Salam sdr Malaymind,
    Salam sdr Ondastreet,
    Salam sdr Hafiz,
    Salam sdr Iraman Hj Karim,

    T.kasih di atas komen2 anda semua yg cukup saya hargai.

    *****
    Salam Sdr Hj Nuar,

    Saya bersetuju dgn Hj tentang Al-Arqam tapi sayangnya mereka telah tenggelam dalam ketaksuban. Kerana penyakit taksub, apa yg orang lain buat sudah dipandang rendah dan tidak bernilai melainkan perbuatan mereka sahaja yg betul. Taksub boleh membawa diri kita kepada riak dan takbur. Allah tidak memandang pakaian seseorang kecuali apa yg ada hatinya.

    *****
    Salam sdr P_Singh,

    Ha3.. saya setuju dgn sdr, bila berkuasa lain pula jadinya. Saya teringat dgn wakil rakyat Pas di kawasan saya ketika dulu.. sebelum menjadi wakil rakyat, cakapnya cukup zuhud dan cukup-cukup alim.

    Tetapi sesudah menjadi orang yg ada kuasa.. rumah makin besar mengalahkan tokoh korporat, orang miskin meminta sumbangan dihalau mentah2 dari rumah, cakap sudah mula riak dan takbur, topik Islam sudah tiada kecuali topik saham BSKL, projek itu-ini dan tender itu-ini. (Bagaimanapun, beliau telah digugurkan dari senarai utk bertanding kecuali ada jawatan dalam organisasi Pas shj.)

  9. Dr.Sid Says:

    salam cekka.

    amay sedih saudara berkaca mata itu mempunyai penilaian yang sgt lemah dalam politik. itu asal muat ja, semua pun dia bantai asalkan mahu menegakkan benang yang basah. tahniah saudara cekka kerana dapat menjawab hujah beliau yang sangat lah lemah dan tidak berasas.

    selamat tahun baru!

  10. aberamly Says:

    tahniah cekka abe sokong hujah awak.

    macam kisah andalusia yang cekka bawa itu hari lah kerana suka bermain api….lama2 api bakar diri dan semua sekali roh dan jasadnya…..

    politik pun macam api jugalah.

    plestin, bosnia, singapura, pattani,empayar islam andalusia, kerajaan sulu dll kerajaan islam yang lain yang tercatat dalam sejarah kerana gagal bermain api….ingat api adalah unsur dalam neraka. adakah pas, anuar ibrahim dll yang tolol dan bebal tu sedang bermain dengan api neraka?

    boleh lihat hujah saya dalam aberamly.wordpress.com dan ramlyotai.blogspot.com

    raja2 melayu akan berdaulat kalau umno kukuh….kalau tidak maka banyak lagilah koridor babi akan ada dan tanah 999 tahun akan diberi kepada bukan bumiputra.betul allah tentukan takdir…tapi kita diminta untuk berusaha dan bertawakkal.

  11. hafiz Says:

    Saya ada satu ayat penyata. Ayat penyata itu berbunyi:

    Adalah menjadi satu kewajipan ke atas setiap Muslim untuk menegakkan Hukum Hudud.

    Setuju? Jika setuju maka boleh teruskan membaca.

    Jika setuju, maka pastinya anda akan setuju dgn ayat seterusnya:

    Tidak mencuba untuk menegakkan Hukum Hudud merupakan suatu kemungkaran.

    Analoginya sama seperti solat 5 waktu, jika meninggalkan solat 5 waktu, maka ianya suatu kemungkaran.

    Jadi, berkenaan kemungkaran, saya pasti anda semua pernah mendengar suatu hadis yg lebih kurang begini bunyinya, cegah kemungkaran dgn tanganmu, jika tidak mampu, dgn mulutmu, jika tidak mampu maka bencilah dgn hatimu, tapi itu adalah selemah-lemah iman.

    Jadi, kita perlu mencegah kemungkaran yg sy perkatakan di atas tadi, iaitu “tidak melaksanakan Hukum Hudud”. Mcm mana? Iaitu “cuba menegakkan Hukum Hudud”. Mcm mana?

    Mula2 dgn tangan (tindakan) . Tak mampu? Dgn mulut. Tak mampu? Berharap dlm hati agar Hukum Hudud akan tertegak di sini. Tapi itu adalah selemah – lemah iman.

    Adakah kita sedang menegakkan Hukum Hudud dgn tindakan kita? Tidak. Mulut? Saya tak pasti. Harap2 adalah juga harapan dalam hati untuk Hukum Hudud itu tertegak kerana itu adalah selemah – lemah iman.

    Tapi kalau berharap dalam hati agar Hukum Hudud tidak akan tertegak, saya tak tahu nak cakap apa…

    Apatah lagi kalau kita bercakap yg kita tak mahu Hukum Hudud …

    Mcm mana kalau kita mengambil tindakan dgn tangan atau kaki agar Hukum Hudud tidak terlaksana? .. Nauzubillah

    Persoalannya .. apakah peranan kita sendiri utk menegakkan Hukum Hudud ini? Yillek?

    Fikirlah …

  12. cekka Says:

    Salam Abe Li,
    Semoga Abe Li sekeluarga sihat selalu.. Kata org2 tua, Api kecik2 jadi kawan, bila besar jadi lawan.

    *****
    Salam Hafiz,

    Pendapat sdr Hafiz benar sekali. Nabi Muhammad apabila berjaya menguasai Mekah tidak mengamalkan prinsip2 Islam secara ‘totok’ atau keras atau membuta-tuli, ttp dengan cara yg beransur2 dan penuh kasih sayang. Apa yg Nabi ajar ialah keindahan Islam itu terlebih dahulu bukannya bercerita hukuman itu-ini sebagai pemula bicara.

    Apa jua reaksi yg positif bermula dari diri sendiri, kemudian kpd sekelompok manusia, seterusnya merebak keseluruh masyarakat. Apabila umum sudah menerima sesuatu konsep.. maka mudahlah satu peraturan/ kerukunan kemasyarakatan yg mahu diterapkan.

    Sedihnya.. pemerintah (Umno) lalai dan tidak cuba menerapkan Hudud secara konsisten malah tidak difikirkan pun. Sayangnya, Pas banyak beretorik dan suka berdakwah secara ekstrim dan bersikap suka menghukum orang lain sehingga orang Islam itu sendiri takut kpd Islam stail Pas, apatah lagi kpd mereka yg bukan Islam.

  13. webm Says:

    salam.. cekka.
    hujah2 saudara hanya sebagai ‘guide’ atau secara pandangan peribadi sahaja krn ianya amat jelas tidak menjadi pengikut kpd mana2 parti politik sebagai org melayu sy berpendapat tidak kira apa pun parti kita yg salah patut diperbetulkan dan

    kita jgn menjadikan idola politik kita itu umpama nabi yg bersifat ‘maksum’ putih dan suci kita hanya manusia biasa ‘tidak sempurna.’

  14. Grand Marquis Says:

    Kepada saudara Hafiz,

    Saudara Hafiz berbicara seolah-olah Islam ini 1 perkara sahaja, iaitu hudud.

    Sebagai seorang Islam, kita semua mahu lihat hudud terlaksana di bumi tercinta ni. Tetapi adakah dibolehkan kita untuk menegakkan satu syariat Allah (iaitu hudud) dengan meruntuhkan syariat-syariat Allah yang lain seperti bekerja sama dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam untuk melemahkan kuasa umat Islam dan juga memecahkan ukhwah Islam demi untuk mencapai kuasa?

  15. cekka Says:

    Salam sdr webm;
    Salam sdr Grand Marquis;

    Terima kasih atas komen2 anda semua. Saya sebagai manusia biasa tidak lepas dari salah dan dosa.. kadang-kala pendapat kita tidak semestinya betul ttp lebih baik kita bertukar-tukar pendapat agar satu kesimpulan boleh dihasilkan oleh akal fikiran kita.

  16. devil slipk Says:

    oiiiii norizan…ko ni pandai bace ke x.?? asal ko nk ckp penulis bute agame ke x.?? ko penah jumpe penulis ni ke.?? face to face talk.?? siape ko nk cakap penulis bute agame.?? adakah penulis menulis tentang sesuatu yg berat untuk di bincang kan.?? hadoiiii..

    ko sape nk judge orang itu bute agame.?? atas dari malaikat ke.?? ko nie mcm nk melepas kan amarah ko jek bile menulis..orng mcm ko nie kalo jumpe berdepan mmg senyap jek..belakang berani la..bnyk sgt da jumpe orng mcm ko nih..lalalalala

  17. Anonymous Says:

    Orang yang ikhlas tidak memerlukan publisiti untuk membuat kebajikan dan bakti. Hanya mereka yang berkepentingan peribadi yang suka mencari nama..

    Posted by cekka (your quote)

    rajraman666.This meaning very meaningful.
    We can be racial but can’t be racist.
    Thank u.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: