Nik Aziz sangkal ‘melompat’ satu perbuatan tidak bermaruah?

September 13, 2008

KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.

“Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,

“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.

Jelas beliau, sekiranya negara ini terus di perintah oleh UMNO maruah manusia akan tercalar disebabkan perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang sememangnya tidak bermaruah.

Namun, katanya, adalah tidak salah jika ada Ahli Parlimen (BN) yang akan melompat parti dan ia bukanlah suatu tindakan yang tidak bermoral.

“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula,

“Duit pun habis, nampak sangat pengecut. Tak boleh menyerah tetapi panik sehingga larikan diri, takkan nak lari sampai hilang taraf kerakyatan?,” tegas Tuan Guru.

Sebaliknya beliau berpendapat, isu lompat melompat parti sudah lama di ajar oleh UMNO sendiri dan jika ia berlaku sekarang bukan suatu perkara yang pelik.

“UMNO beli rakyat Kelantan masa Ibrahim Fikri, lompat ke UMNO. Zaman Dato’ Asri pun rakyat di ajar lompat parti, mana ada maruah. UMNO yang ajar rakyat tidak bermaruah. Lompat-melompat ni memang tidak bermaruah. UMNO yang ajar manusia melompat,” jelasnya lagi

Artikel [Nik Hassan Azmi]

p/s : Alahai Tuan Guru.. emosional jer bunyinya..

Saya bukannya sokong BN pun.. tapi kerja tu memang tak beretika.. kalau dah BN buat masa dulu-dulu tu satu kesalahan, maka kita pun janganlah nak buat kesalahan yang sama. Mana nak letaknya PAS punya prinsip perjuangan KETUANAN ISLAM? Janganlah kerana taksub kepada kebencian kita menghalalkan sesuatu yang salah dari segi prinsip moral.

Saya ini pun bukannya ‘orang jauh’.. ada pertalian waris juga dengan Tuan Guru. Tetapi takkanlah benda yang salah kita nak sokong juga?

Tuan Guru kena ingat baik-baik hal ini.. Tuan Guru bukan ‘maksum’, tidak terlepas dari salah dan dosa.. sebagai pemimpin, kita kena berhati-hati dalam membuat teladan.. sekiranya teladan itu satu kesalahan dikaca mata Islam dan menjadi ikutan anak-buah.. tak pasal-pasal dosa pengikut terkena juga kepada Tuk Guru.

Takkan tak mau percaya lagi akan kekuasaan Allah.. Anwar tu orang biasa saja, siapalah Anwar kalau hendak dibandingkan dengan Rasul.. apatah lagi kepada Allah Taala.. Pencipta Sekalian Alam..

2 Responses to “Nik Aziz sangkal ‘melompat’ satu perbuatan tidak bermaruah?”

  1. rakyatceria Says:

    Nik Aziz memang insan biasa dia tak mengaku dia maksum. Itu di atas adalah pandangan peribadi beliau. Bagi orang-orang yang pegangan sekular, nationalism, liberal etc etc, fikiran boleh diubah dan strategy politik boleh ditukar jika perlu. Kalau BN ternyata tidak bererti lagi, masih mahu terus karam bersama BN? Padahal sudah ada formula yang lebih baik. Zaman berubah masalah berbeza. Ketika ini kedudukan dah lain. BN dah ternyata merosot dan melakukan banyak kesilapn, jadi, orang-orang yang dah sedar dan nampak dah celik mata dilarang tukar fikiran? Kita bincang secara ilmiah dan tidak membabi buta. Cerita lompat melompat nih siapa mulakan. Dosa kat mana kalau melompat? Kalau berhijrah?… dosa juga kah.

    Jom HIJRAH kepada yang lebih bererti!

  2. n u e x o Says:

    melompat dgn pancingan rasuah dan habuan ??? HALAL ke ???
    kenape tuan guru nik aziz halalkan ??? jawapannya tuan guru nik aziz mengamalkan politik diatas islam… bukan islam menguasai politik …tp politik mendahului islam…cara pemikiran sempit golongan2 yang mengaku memperjuangkan islam tp politik sebenarnya agenda utama

    saye amat kecewa dgn tuan guru nik aziz…padahal dahulu beliau amat saye kagumi… dan akhir2 ni PAS seakan lupa janji2 ingin menegakkan islam… negara islam ditukar kepada negara kebajikan…

    menyesal kerana 2 x pilihanraya mengundi PAS tp PAS memungkiri janji ..

    tidakkan memungkiri janji itu sifatnya munafik ???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: