Andalusia versi Anwar Ibrahim

December 27, 2008

Selamat menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

Sempena Hari Natal.. sdr Anwar ada memberi perutusan sempena hari perayaan tersebut yang sinonim dengan Santa Claus dan rusa-rusanya. Hari yang ditunggu oleh kanak-kanak untuk mendapat hadiah dari mereka yang tersayang.

Dalam perutusan tersebut, sdr Anwar mengajak kita semua mencontohi peradaban Andalusia yang mempunyai ‘masyarakat convivencia’, di mana penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh hidup bersama secara harmoni. ‘Convivencia’ bermaksud ‘the Coexistence’ atau ‘terjadi secara bersama’ atau ‘majmuk’.

Saranan tersebut sewajarnya diikuti walaupun terdapat kisah yang memilukan untuk umat Islam ketika itu..

Read the rest of this entry »

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Sumber berita : mStar Online 23/10/08

—————————————————————————–

Apa sudah jadi DS Anwar?

Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.

Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..

Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.

Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..

Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?

-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.

Semalam, saya menerima komen dari seorang rakan siber.. rakan saya itu mempersoalkan kewajaran bajet baru dibuat apabila berlaku sebarang turun-naik ekonomi dunia. Manakala dalam berita mStar, DS Najib menolak syor DS Anwar agar bajet baru perlu dibentang.

2.  Secara peribadi, saya bersetuju dengan DS Najib bajet itu diteruskan dan saya tidak nampak keperluan Bajet 2009 itu perlu dirombak secara keseluruhannya. Bagaimanapun, saya bersetuju sekiranya beberapa perkara harus dinilai semula terutamanya terhadap peruntukkan pengurusan RM 26.5b untuk perkhidmatan dan bekalan dan RM 28b untuk peruntukkan pembangunan ekonomi.

3.  Sekiranya kita merujuk kepada intipati Bajet 2009, hanya satu projek berskala mega iaitu RM 35b perbelanjaan untuk kecekapan pengangkutan awam dari tahun 2009-2014. Saya mengakui, akan ada ketirisan dalam peruntukkan ini kepada sesetengah pihak.

4.  Selain itu, yang ada hanya peruntukkan RM 3b dalam bentuk kemudahan pinjaman untuk pembiayaan sistem pengangkutan, RM 1b untuk pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, RM 800 juta untuk belanja pembangunan PDRM dan RM 300 juta dana khusus untuk Wilayah Iskandar. Lain-lain belanja kebanyakkannya untuk sistem jaringan sosial atau lebih tepat, faedah kepada rakyat (untuk orang miskin dan pekerja awam.. pekerja swasta tidak memperolehi banyak faedah secara langsung ye..).

5.  Saya berasa hairan dan curiga.. adakah DS Anwar benar-benar faham maksud ‘bajet’ itu sendiri? Bukankah bajet bermaksud anggaran perbelanjaan? Secara mudahnya.. setiap dari kita mempunyai bajet tersendiri setiap bulan berdasarkan gaji kita setiap. Sekiranya berlaku perkara luar jangka, adakah gaji kita itu dapat menampung bajet kita dengan tepat?  Sudah tentu tidak.. oleh itu, kita terpaksa mencari sumber baru  kewangan samada meminjam dari orang lain dan sebagainya. Adakah kita perlu merombak bajet asal kita tadi semata-mata kerana berlakunya hal-hal ’emergency’? Adakah perlu dibuang bajet kita tadi kedalam tong sampah  hanya kerana faktor tersebut, padahal ianya hanya memerlukan beberapa pengubah-suaian sahaja?

6.  Kita perlu sumber/suntikan baru kerana unjuran bajet kita sudah lari dari unjuran asal, DS Anwar tidak boleh nampakkah perkara ini? Sekarang, kerajaan ada dua sumber pinjaman.. samada pinjaman melalui institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, Bank of Tokyo dan sebagainya, atau pinjaman melalui sumber tempatan seperti Tabung Haji, KWSP, LTAT, Perkeso dan sebagainya. Tahukah DS Anwar bahawa kadar dana tabungan negara kita antara yang tertinggi di rantau Asia Pasifik?

7.  Manakah pilihan pinjaman yang lebih baik.. melalui pinjaman menerusi dana tempatan atau dana antarabangsa? Sekiranya tidak mahu terdedah kepada risiko turun-naik kadar feadah global, pilihlah dana tempatan.. jika tabungan dalam negara tidak mencukupi, mahu atau tidak, kenalah meminjam dari sumber luar walaupun terpaksa membayar kos yang lebih.

8.  Berbalik kepada Bajet 2009, oleh itu kenapa perlu bajet baru dibentangkan semata-mata kerana krisis sub-prima AS dan turun-naik nilai wang RM (yang menjurus kepada kemerosotan pendapatan negara)? Sebarang penambahan peruntukkan kepada bajet 2009 mestilah  ditampung melalui pinjaman baru agar keperluan bajet tersebut dapat dipenuhi agar jurang defisit tidak ketara. Paling tidak, kerajaan boleh KIV dahulu mana-mana projek yang tidak ‘urgent’ atau mengurangkan peruntukkan asal.

9.  Saya bersetuju sekiranya kerajaan menilai kembali bajet untuk mengimport sesetengah barangan terutamanya barangan dari AS dan Eropah, mungkin barang tersebut terlebih nilai dan mungkin juga terkurang nilai kerana susut-nilai wang.

10. Saya tidak hairan sekiranya fakta-fakta dan angka-angka itu telah disediakan oleh orang lain terlebih dahulu, bukankah sidang Dewan telah berehat sebulan lamanya? Kenapa DS Anwar tergagap-gagap apabila salah seorang YB PKR berhujah (kononnya mahu membantu DS Anwar tetapi menjerat balik tuannya itu) dengan kadar susut-nilai rezab emas? Untuk mengetahui samada DS Anwar benar-benar hebat dalam ekonomi, tanyalah soalan ekonomi yang kompleks kepada beliau secara spontan.. dan anda nilailah sendiri jawapan spontan beliau. Saya tidak hairan jika beliau berdolak-dalik, kerana DS Anwar mahu dilihat sebagai ‘perfectionist’.. orang lain tak betul, hanya beliau yang tahu segalanya.

11.  Secara peribadi, saya tidaklah mengagumi DS Anwar sebagai seorang tokoh ekonomi yang benar-benar hebat, kerana pelajar jurusan Ekonomi tempatan pun boleh menganalisa fakta-fakta Bajet 2009 secara makro dan mikro. Dengan sedikit logik dan ‘common sense’.. beberapa faktor-faktor ekonomi boleh diubah-suai tanpa mengubah prinsip dan objektif asalnya.

12.  Terima kasih kepada UiTM yang mengajar saya serba-sedikit ilmu ekonomi walaupun saya tidak pandai seperti orang lain. Soal DS Anwar ada motif politik untuk populis dikalangan ahli Dewan saya tidak berminat untuk menghuraikan, tetapi hujah DS Anwar untuk membentangkan bajet baru tidak relevan.

Semalam pada 13 Oktober 2008, ada hal yang membuatkan saya berasa musykil, kemana hilangnya wakil-wakil BN yang mahu berbahas tentang belanjawan 2009? Yang ada cuma YB Batu Pahat, Datuk Fuad, yang mempertahankan kewajaran bajet asal yang menerima sindiran dan cemuhan DS Anwar serta Lim Kit Siang.

Secara keseluruhannya, DS Anwar berjaya menimbulkan persoalan kewajaran bajet tersebut untuk dibahaskan, dengan mengambil-kira keadaan nilai semasa matawang negara dan harga minyak.

Secara mudahnya, bagaimana kerajaan mahu menampung perbelanjaan semasa kerana jumlah pendapatan negara sudah berkurang berdasarkan harga minyak sekarang berlegar sekitar USD 80/tong dan minyak sawit sekitar RM 1,800/tan metrik. Ketika Bajet 2009 dibentangkan, harga minyak dan minyak sawit sekitar USD 120/tong dan RM 2,000/tan metrik masing-masing. Anggaran pendapatan tersebut mestilah kurang tepat, samada ianya perlu dinilai semula atau jumlah perbelanjaan harus disemak semula berdasarkan unjuran tersebut.

Ketika Bajet 2009 dibentangkan, defisit dianggarkan pada 3.8%.. dengan penurunan pendapatan kerajaan, sudah tentu anggaran defisit tersebut akan lebih tinggi dan kurang tepat.

Selain itu, DS Anwar juga menuntut beberapa penjelasan berhubung beberapa projek mega dan pembelian helikopter Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri.

Keseluruhannya, sidang Parlimen dikuasai oleh wakil pembangkang dan berjaya dimanupulasi dengan baik oleh DS Anwar. Wakil-wakil BN kelihatan diam membisu dan kelihatan takut-takut untuk berhujah dan berbahas.

Walaupun hujah-hujah dari DS Anwar ada benarnya tetapi ianya masih boleh dipertikaikan. Saya tidak berminat untuk menghuraikan persoalan itu, kerana saya berasa lebih musykil dengan ketiadaan DS Najib selaku Menteri Kewangan dan lain-lain menteri kabinet untuk bersikap ‘gentleman’ dalam persidangan tersebut.

Saya tidak tahu adakah ini salah satu strategi wakil BN dan menteri-menteri kabinet untuk memulaukan perbahasan, ..atau mereka mahu melihat rentak-tari Anwar terlebih dahulu sebelum bersedia, ..atau takut hilang idea dan bimbang sekiranya diserang dengan hujah-hujah Anwar.

Secara peribadi.. hari pertama perbahasan Bajet 2009 amat mengecewakan kerana menteri-menteri kabinet yang berkaitan tidak turut serta untuk berbahas mengenai hal itu. Bagaimanapun, kita boleh melihat perkembangan terbaru perbahasan bajet pada 14/10/08 kerana ianya telah ditangguhkan untuk mendengar penghujahan dari wakil Kementerian Kewangan.

“One should question their credibility, not mine. We exhausted all peaceful ways to take over. One should ask Abdullah, not me, for his reasons of disallowing us to take over. Expect some fireworks on Monday,” ..itu kata Anwar semasa mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Cerok To’kun, Pulau Pinang.

“Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku. Mungkin sebelum Hari Raya Haji,” ..itu kata beliau semasa menghadiri ceramah perdana PAS di Kota Bharu, Kelantan.

Akhirnya.. dia datang dengan janji terbaru. Paling cepat hari Isnin (13 Oktober) dan paling lambat 2 bulan lagi (Hari Raya Haji). Begitulah janji-janji politik Anwar Ibrahim.. Selepas ini, jika tak menjadi juga, tarikh terbaru beliau ialah secepat mungkin selepas Hari Krismas dan selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina. Jadi? tunggu ajelah..

Saya teringat kata-kata beliau semasa berkempen di Permatang Pauh tempoh hari.. beliau mengatakan beliau tiada wang untuk berkempen dan bergantung kepada sumbangan dan derma orang-ramai..

Ini apa cerita Rumah Terbuka Hari Raya? Melihat kepada persediaan majlis tersebut, wang yang dibelanjakan bukannya sedikit.. ini sumbangan dari orang ramai juga ke? Saya lihat, majlis tersebut samalah seperti majlis perkahwinan anak Zaid Ibrahim (pejuang anti-ISA?) baru-baru ini. Kalau Zaid Ibrahim ada duit.. maka Anwar pun dikira banyak duit jugalah.. siap dengan topi, butang dan lain-lain ‘marketing tools’.

Dari mana datangnya duit Anwar? ..hasil simpanan semasa menjadi menteri UMNO dulukah? ..duit bini dia kah? ..duit derma orang-ramai yang di’songlap’ kah? ..duit jadi pensyarah jemputan di universiti AS kah? ..atau duit yang diambil dari George Soros baru-baru ini?..atau dari duit tabung parti untuk kegunaan peribadi?

Terbaru, Majlis Sambutan Hari Raya di Kelab Sultan Sulaiman pula..

Hari ini, selepas selesai persidangan mahkamah, DS Anwar marah-marah kerana Sinar Harian memutar-belitkan kenyataan beliau pada 7 Okt baru-baru ini. Yang bestnya, cemuhan kepada Sinar Harian hanya seperenggan sahaja.. selebihnya kenyataan media beliau hanya menyerang peribadi DS Najib pula. Datuk Seri memang suka menuding jari kepada Najib..

Biarlah DS Najib buat kerja dia dulu.. rakyat pun pandai tengok juga.

Sementara itu, Sdr Al-Azharri dari blog Jentayu ada menerima e-mel dari Washington, yang menyatakan kawan-kawan seperjuangan DS Anwar seperti Paul Wolfowitz, William Cohen, Condolezza Rice, Madeleine Albright telah ditolak oleh pasukan pelobi Yahudi dari kem Obama mahupun kem McCain. Malahan, Washington Post juga menolak nama Anwar sebagai sahabat mereka di Asia kerana kegagalan projek 916.

Tentang e-mel itu.. anda kena tanya sdr Al-Azharri, dia ramai ‘contacts’.

Menurut beliau lagi, nada Anwar dalam sidang Parlimen pada 13 Okt nanti mesti berlapik.. kalau tidak, mesti kena hentam balik dengan MP UMNO yang akan mengungkit kembali sejarah pentadbiran Anwar dalam UMNO. Lebih-lebih jika ianya tersiar secara langsung dalam TV, boleh rosak imej nanti. Apa Anwar nak jawap kalau kena tanya soalan cepumas Krisis Ekonomi 1997, saham Abrar Group, kontrak secara langsung kepada kroni-kroni?

Jangan pula protes soalan dengan keluar Dewan.. rakyat pun nak dengar cerita juga. Apa nak takut, DS Anwar bukankah seorang pemidato yang hebat? Bukankah Amerika juga mengiktiraf kehebatan ilmu ekonomi DS Anwar, sepatutnya pada waktu ini Datuk Seri kena berada disamping Bush dan Ahli Kongres untuk memberi nasihat kepada mereka sebagaimana nasihat Datuk Seri kepada Dr Mahathir dulu.

Rasa terpanggil pula nak bercerita tentang patung Anwar di Batu Caves.. patung atau lukisan yang setinggi 40 kaki itu dibuat dengan kos RM 5 ribu hasil sumbangan individu yang menyanjungi kewibawaan Anwar sebagai pemimpin PKR.

Pada pendapat saya.. ianya bukan patung tapi lukisan berskala besar. Patung biasanya berbentuk 3D atau dalam bentuk arca. Lukisan tersebut tiada beza dengan poster pemimpin-pemimpin atau poster raja di kain rentang atau billboard di tepi lebuhraya yang kita lalui setiap hari. Cuma saiznya yang membuatkan ia agak luar biasa..

Pada saya, tidak salah sekiranya kita meminati seseorang.. meminati Anwar tiada bezanya dengan meminati Christiano Ronaldo atau David Beckham, tiada bezanya dengan meminati Imam Syiah Iran atau Nik Aziz, tiada bezanya dengan meminati Erra Fazira atau Britney Spears.. tetapi kalau menzahirkan minat kita secara berlebih-lebihan, kita sememangnya bermasalah.

Mungkin niat asal lukisan itu didirikan sebagai tanda sokongan kepada Anwar, bukannya untuk dipuja. Tetapi sekiranya kita membuatnya secara berlebih-lebihan, ianya sudah lari dari niat asal.. dari minat kepada penyanjungan yang berlebihan, niat untuk menyokong sudah bertukar kepada niat untuk membodek. Memang ada niat hendak bodek kerana yang meluluskan projek itu pun Adun Batu Caves, YB dari PKR.

Hal yang sama juga terjadi kepada pemimpin-pemimpin politik dari UMNO.. bodek punya pasal, habis jalan dipacak poster Pak Lah dan Najib.. paling tidak YB kawasan masing-masing. Kerana hormatkan Raja secara keterlaluan.. habis gambar Sultan dipacak dan menghiasi dada-dada akhbar.

Tidak ada cara lainkah untuk menzahirkan rasa hormat kita kepada Raja dan pemimpin-pemimpin politik? Perlukah kita membodek dengan memacak gambar dan poster? Sememangnya kita dipengaruhi rasa hormat yang keterlaluan dan budaya bodek-membodek.

Pada saya.. patung/lukisan itu tidak semestinya menjadi berhala. Yang penting adalah niat kita.. kalau niat mahu memuja, pokok besar pun dipuja agar dapat nombor ekor. Nama wali pun dipuja-puja lebih dari nama nabi dalam zikir agar beroleh sesuatu hal yang ajaib. Apa jua benda yang dipuja sudah jadi berhala.. ada berhala dalam dunia nyata yang kita boleh nampak dan dipegang, ada juga berhala dalam hati kita yang hanya diri sendiri yang mengetahuinya.. yang penting, apa niat kita terhadap sesuatu itu?

Samada Anwar mahupun pemimpin UMNO.. walaupun sedar ianya salah, sengaja didiamkan kerana mereka suka diperlakukan sedemikian. Siapa yang tidak suka dan bangga jika diri sendiri diminati oleh ramai orang? Sepatutnya Anwar dan Pak Lah, yang terpelajar dengan ilmu Islam, menasihati penyokong mereka agar mengurangkan unsur-unsur seperti itu atau kalau boleh tidak diamalkan langsung.