Mahathir mahu PAS menang di Kelantan demi kebaikkan Malaysia

September 2, 2008

Apabila Kelantan bertukar kerajaan dari BN kepada PAS, semenjak dari itu, BN seakan-akan buntu untuk menawan Kelantan.

Saya masih ingat kemuncak peristiwa semasa pilihanraya tahun tersebut.. ramai orang Melayu bangun malam sembahyang hajat, sembahyang sunat dan lain-lain lagi. Keesokkan harinya, mereka tidak nampak apa-apa selain lambang bulan ketika hendak memangkah undi.

Itu kata orang tua-tua di kampung saya.. jika mereka menipu, maka saya pun menipu juga lah.

Dan selepas pilihanraya itu, BN terus gagal..

———————————————————————————-

Semasa PRU 11, PAS hampir kehilangan kuasa..

Saya masih ingat pada malam keputusan pengiraan undi PRU 11.. ada khabar-khabar angin BN telah memenangi pilihanraya. Maka ramailah rakyat Kelantan memenuhi perkarangan Kota Darulnaim, iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Pelbagai cemuhan dapat didengar pada malam itu..

“Woi PAS.. berambus dari sini !”

“Keluar PAS.. dah lama kami sabar !!”

Pada tahun itu jugalah, kerajaan PAS Terengganu tewas dan rakyat Terengganu memilih BN sebagai pemimpin mereka.

Memang.. ketika itu rakyat tidak suka kepada PAS, bukan kepada Nik Aziz tetapi kepada wakil-wakil rakyat mereka. Sejak dipilih, mereka berubah wajah.. di masjid pun sudah jarang kelihatan, perut pun sudah makin boroi, rakyat pergi kerumah pun bersembunyi dalam rumah..

Anggapan rakyat Kelantan ketika itu.. pemimpin PAS pun 2×5 dengan pemimpin Umno. Kalau begitu, baik pilih BN .. sekurang-kurangnya ada juga pembangunan.

——————————————————————————-

Di Kelantan, orang-orang Melayu amat hormat kepada Tuan Guru Nik Aziz .. bukan kerana dia kaya setelah menjadi MB Kelantan, tetapi sifat kesederhanaan yang beliau miliki. Mereka kagum seorang MB Kelantan masih tinggal di teratak buruknya, dan beliau masih seperti dulu..

Masih ada masa untuk mengajar kuliah-kuliah di Masjid Pulau Melaka, iaitu masjid yang bersebelahan dengan rumahnya.

Tiada kerenah birokrasi untuk berjumpa dengannya.. wartawan bebas untuk berjumpa tanpa perlu mendapat kelulusan pengawal peribadi.. malahan beliau tiada pengawal peribadi pun.

Tiada protokol..

Anda boleh lihat rumahnya seperti rakyat kebanyakkan, tidak berpagar dan tiada pengawal keselamatan.. Senang hendak berjumpanya, carilah beliau di masjid ketika masuk waktu untuk sembahyang, lebih-lebih lagi ketika Solat Subuh .. semasa tiada aktiviti rasmi.

Malahan, para wartawan seolah-olah tidak percaya rumah MB Kelantan semacam rumah orang biasa .. dianggapnya orang menunjuk jalan cuba bergurau, ketika TG Nik Aziz muncul didepan pintu.. barulah percaya.

——————————————————————————–

Kerana itulah, TG Nik Aziz menjadi ikon politik kepada rakyat Kelantan .. ikon sebagai seorang pemerintah yang mempunyai sifat kesederhanaan, seolah-olah setaraf dengan rakyat biasa dan ketinggian akhlak dan budi-pekertinya.

Bagi rakyat Kelantan.. pemerintah mestilah mempunyai moral yang baik. Dalamnya pemahaman beliau tentang Islam, memberi mesej bahawa kedaulatan Islam tetap menjadi keutamaan dan perjuangannya.

Hal ini menjadi keutamaan kepada rakyat Kelantan, yang rata-ratanya orang Melayu dan menjadikan Islam sebagai pegangan dan kepercayaan mereka.

Itulah yang gagal ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.. rakyat Kelantan tidak melihat seorang pun tokoh UMNO yang mempunyai sifat-sifat sebegitu. Kerana itulah rakyat Kelantan tidak suka kepada Annuar Musa.. yang dilihat sombong dan korup.

Tapi Pak Lah pilih juga Annuar Musa..

Ini diburukkan lagi dengan sikap pemimpin bahagian dan cawangan UMNO, sama jugalah dengan ahli-ahli biasa.. yang sibuk diperkatakan sesama mereka ialah tender sana-sini, projek itu dan ini.. masing-masing sibuk berniaga. Malahan ketika pilihanraya tiba.. pun masih sibuk berebut projek, projek pasang benderalah.. projek tar semula jalan kampung lah.. apa-apa projek lah..

Kerana itu rakyat Kelantan tidak percaya kepada orang Umno, bagi mereka.. duit tidak penting sebab mereka boleh cari sendiri. Mereka berniaga, kerja makan gaji dengan kerajaan pun boleh pangkah PAS juga. Kerana mereka tahu, projek pembangunan yang dicanangkan oleh orang-orang Umno sekadar halwa telinga sahaja.

Orang-orang Umno mahu pembangunan sebab mahu dapat tender dan projek..

——————————————————————————–

Apabila rakyat negeri lain datang ke Kelantan.. mereka terkejut. Rumah-rumah banglo di Kelantan besar-besar.. kalau di Putrajaya, mahu harganya juta-juta. Ramai rakyat Kelantan yang pakai Mercedes dan BMW.. ramai dari mereka orang Melayu. Bangunan pun dah tinggi-tinggi dan canggih, dengan kata lain.. kuasa beli orang Kelantan sangat tinggi.

Tetapi lain pula kata media tentang Kelantan.. dicanangnya Kelantan sebagai negeri termiskin dalam Malaysia. Kerana itulah rakyat Kelantan mendengarnya dengan sinis.. kerana itu tidak benar, kerana itulah Utusan Malaysia kurang laku. Kerana rakyat Kelantan percaya BN gunakan Utusan Melayu untuk propaganda mereka.

Semasa PAS mula-mula memerintah.. orang-orang Cina dan India amat bimbang dan takut. Adakah keselamatan mereka terjamin dibawah kuasa orang Islam yang ekstrim ini?

Tetapi jangkaan mereka meleset sama sekali.. mereka tetap dengan agama mereka, tiada paksaan beragama. Mereka masih bebas pergi kuil dan gereja, tiada kuil dan gereja dirobohkan. Kedai arak masih ada (walaupun terhad).. mereka boleh makan daging babi panggang lagi.. dan di Kelantan pun ada ‘Chinatown’ juga..

Malahan mereka semakin suka.. terutamanya kontraktor Cina, tiada lagi kerenah birokrasi dan ‘orang tengah’ yang perlu dijaga poketnya. Mudah hendak berniaga.. Pendek kata, kehidupan mereka dan budaya mereka berjalan seperti biasa.. tiada halangan.

Melayu hormat orang Cina, Cina hormat pada Melayu, begitu juga orang India.. masing-masing hormat-menghormati.. semua mahu cari makan dan mahu hidup. Kerana itulah rakyat Kelantan marah kepada BN dan Umno.. mahu menjahanamkan ekonomi Malaysia dengan mengkayakan diri-sendiri dan kroni-kroninya..

Di Kelantan.. orang yang kuat mahu Umno memerintah ialah orang Umno yang mahu berniaga dengan cara mudah, mahu dapat tender dari pemimpin atasan, suka kedai judi berlesen dibuka agar boleh tikam nombor, anak-anak muda yang mahu kelab-kelab malam dan kelab karaoke dibuka (senang nak buat projek dengan cewek)..

Hakikatnya.. mereka akui hidup mereka semakin baik dan seiring dengan pembangunan. Cuma.. tiada tempat untuk memenuhi nafsu tamak dan nafsu untuk berfoya-foya.

———————————————————————————

Dan anda akan faham kenapa Mahathir mahu PAS menang di Kelantan.. lihat artikelnya disini.

2 Responses to “Mahathir mahu PAS menang di Kelantan demi kebaikkan Malaysia”

  1. bayu girl Says:

    TG Nik aziz memang seorang pemimpin yang benar-benar menghargai amanah yang diwakilkan oleh rakyat.hidup sederhana ini adalah tuntutan islam bukannya nak hidup kaya raya dengan membuat perut orang lain kempis dan hidup merempat.mereke-mereka yang hidup beralaskan wang ringgit adalah orang yang tidak tahu makna hidup sementara yang hanya dipinjamkan oleh tuhan kepada umatnya.mereka bukan saja tidak faham malah tidak pernah menyesali apatah lagi mensyukuri segalanya.kaya dengan ringgit tapi papa kedana dengan sifat-sifat yang diredahi tuhan= jahanam

    TG memang pemimpin yang betul-betul berhati rakyat walaupun beliau amat arif soal keagamaan tapi beliau tidakpernah menjadikan ilmu itu sebagai senjata untuk menindas bangsa atau agama lain seperti yang barisan atau UMNO buat.TG boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri…..16 september
    ——————————————————————–
    p/s : Salam Bayu Girl,
    Harap-harap TG Nik Aziz lebih relevan dalam politik Malaysia..

  2. oktizarvia Says:

    Aku suka dgn Tuan Guru Nik Aziz.. Dia sebenar2nya pemimpin.. Dia bersederhana.. Aku suka sangat.. klu blh nak jumpa Dia.. Dia adalah contoh pemimpin2 kat Malaysia ni yang kebanyakan tamakkan harta dan kekayaan demi kepentingan diri.. lihat sahaja rumahnya, dengan pemimpin2 yang lain2.. terlalu beza.. Alhamdulillah.. Dia adalah pemimpin yg aku sanjung dan hormat walau aku bukan rakyat kelantan.. Semoga Allah melindunginya dari segala kekejian dan panjangkan Usianya dan murahkan rezkinya..
    Ameen…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: