Baru-baru ini Khairy ada berdebat dengan Husam Musa di Balai Islam, Kota Bharu. Walaupun tempat itu cuma 10 kilometer dari rumah saya, tetapi sesi debat tersebut tidak menarik minat saya langsung untuk turut serta. Samada si KJ atau si Husam Musa.. dua-duanya saya tidak hiraukan sangat.  Samada mereka itu UMNO atau Pas, bukannya menjadi faktor utama utk saya turut serta. Kalau pesta buku atau ‘PC fair’, ada juga rasa minat nak jengok-jengok..

Antara yang menjadi isu setelah tamatnya sesi debat tersebut ialah isu hudud. Si Husam Musa kata Pas tetap akan teruskan.. si KJ pula cabar-mencabar tetapi terjerat dengan soalannya sendiri. Khairy mahu Hudud dilaksanakan? Kah..kah..kah..

Tapi, apa yang pasti.. isu hudud sengaja ditimbulkan agar terdapat satu modal yang boleh diguna-pakai untuk sesi pilihanraya. Satu isu mesti dicari untuk diwar-warkan, di putar-belitkan atau dihangatkan sebagai bekal perang psikologi pilihanraya.

Read the rest of this entry »

Saban hari Melayu didendangkan dengan irama dan lagu Ketuanan Rakyat ciptaan Anwar Ibrahim. Pelbagai slogan dan tarikh dihebohkan untuk mengamit minat rakyat yang sememangnya ‘letih’ dengan stail kepimpinan Pak Lah.

Dari tarikh yang tidak menjadi sehinggalah kepada slogan yang tiada berisi, satu gelombang baru diwujudkan oleh mereka yang ultra dan ‘chauvinist’.. dari isu keadilan kepada rakyat, beralih pula kepada isu kesama-rataan untuk semua kaum.

Kesama-rataan kaum bermaksud tiada lagi hak istimewa Melayu, tiada lagi  DEB, tiada lagi Sultan dan Raja.. bukan Melayu boleh jadi PM, bukan Melayu boleh jadi Ketua Hakim, boleh jadi Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera.. bukan Melayu boleh menjadi pemimpin kepada Melayu yang dilihat lembik dan bodoh.. percayalah, Melayu tidak bodoh.

Read the rest of this entry »

Semalam, apabila Dr Mahathir bercakap mengenai Bangsa Malaysia dan PM boleh jadi dari kaum bukan Melayu.. seperti biasa, beliau akan dikutuk dan dicaci. Secara peribadi, saya tidaklah taksub kepada beliau dan tidak juga membenci beliau. Tetapi, sehingga setakat ini (Tahun 2008), saya berpendapat beliau masih PM Malaysia yang paling berjaya dan paling cerdik dalam karier politik.

Seingat saya, ketika beliau masih berkuasa, arwah ayah saya amat membenci beliau.. pantang saja beliau muncul di kaca TV, pasti kami anak-beranak ‘melepas’ nak tengok TV kerana ianya telah ditutup atau dialih siarannya. Di kedai-kedai kopi, apabila orang-orang tua melihat saja gambar Dr Mahathir, terus saja mereka meludah ke tanah.. begitulah bencinya mereka kepada beliau.

Read the rest of this entry »

Apabila Barrack Obama menang jawatan Presiden US, maka ahli-ahli Pakatan Rakyat bertempik melolong mengatakan jika AS boleh mengambil rakyat kulit hitam sebagai presiden.. kenapa Malaysia tidak boleh? Antara mereka yang turut bertempik ialah sebahagian pemimpin Melayu dalam PR itu sendiri (kononnya mempunyai pemikiran yang terbuka).

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, Tun Dr Mahathir membayangkan Malaysia suatu hari nanti juga boleh mempunyai PM dari kaum lain melalui gagasan Bangsa Malaysia. PM akan dilantik dari parti yang menerima majoriti rakyat.. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, proses tersebut akan memakan masa yang agak lama juga dan secara berperingkat.

Read the rest of this entry »

Sehari dua yang lalu, saya ada berbual-bual dengan orang kuat PAS yang mengatakan ada cadangan dari pucuk pimpinan agar setiap anak muda yang pergi sembahyang berjamaah akan diberi RM 50. Ini sebagai insentif untuk mereka berjinak-jinak dengan masjid, dan sesi kuliah (tarbiyah) akan diadakan dari masa kesemasa agar golongan muda ini ‘terbuka hati’ untuk mendalami Islam.

Dari sudut jangka pendek, ianya nampak kreatif dan bertujuan baik.. tetapi, dari segi jangka panjangnya ialah boleh memberikan kesan ekonomi kepada kerajaan negeri itu sendiri.

Sekarang, sudah terdapat satu skim iaitu Skim Kifalah Warga Emas untuk rakyat Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas. Apabila berlakunya kematian warga emas tersebut, wang sebanyak RM 2,500 akan diberikan kepada pewaris untuk meringankan beban keluarga si mati. Malahan, skim ini terbuka kepada semua kaum (yakni tanpa mengira agama).

Read the rest of this entry »

Selepas dibebaskan dari penjara, terdapat teori yang mengatakan Anwar akan masuk PAS atau UMNO.. tetapi beliau memilih untuk berjuang atas tiket PKR. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat, hendak kembali ke dalam UMNO dilihat satu strategi yang tidak kena dengan masanya memandangkan momentum rakyat yang kuat untuk menolak BN.

Sekali lagi PAS mungkin tertipu dengan kerenah Anwar.. dahulu, ketika keluar dari ABIM, juga dikatakan beliau akan menyertai PAS sebagaimana rakan-rakannya yang lain tetapi UMNO juga yang menjadi pilihan hati Anwar. Read the rest of this entry »

Setelah mengikuti perkembangan politik tanahair buat seketika, saya berasa bangga kerana kaum saya mula sedar akan kelayuan bangsanya sendiri. Atas nama Ketuanan Melayu.. parti-parti politik berlumba-lumba mahu menjadi juara dalam isu mempertahankan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Tetapi, parti politik yang menjadikan teras Ketuanan Melayu sebagai wadah perjuangan tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan kesedaran rakyat itu sendiri. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperkasakan kedaulatan bangsa Melayu. Kerajaan boleh membuat apa saja konsep. strategi, peraturan dan sebagainya.. tetapi hanya menjadi sia-sia jika rakyat sendiri tidak mahu berubah.

Sebagai contoh di negeri Kelantan.. walaupun PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam (secara automatiknya untuk orang Melayu), tetapi nilai moral kaum Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah 18 tahun memerintah. Anak muda Melayu masih tegar dengan pil kuda, masih tegar dengan judi dan nombor ekor, masih tegar dengan nafsu syahwat dan botol arak, masih tegar dengan adu-domba dan pelbagai lagi masalah sosial. Read the rest of this entry »