Demokrasi dalam PAS juga telah mati..

September 14, 2008

Pertama sekali saya memohon maaf kepada ahli-ahli PAS samada yang tegar ataupun hangat-hangat tahi ayam.. saya menulis di atas rasa kasih sayang saya kepada satu-satunya parti melayu yang dominan dalam memperjuangkan Islam.

Tapi saya rasa PAS hanya Islam dikulit bukan isinya.. Bezanya, BN cuma kulit bawang dan PAS pula kulit limau bali.. bezanya PAS masam sikit dan BN masam banyak.

Selama ini PAS mengutuk dengan mengatakan demokrasi dalam BN telah mati, ..padahal dalam parti PAS itu sendiri.. demokrasi telah mati.

Apa bezanya musyuwarah dan mesyuarat? .. apa bezanya majlis syura dengan lembaga displin? ..apa bezanya mursyidul am dengan penasihat parti?

Adakah BN sahaja mengamalkan rasuah dan kronisme? .. apakah dalam PAS tidak ada dalam rasuah dan kronisme?

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau rakan sebantal sendiri memperlekehkan bahasa jawi dan kepentingan azan dan cadangan kilang babi di Selangor? Padahal Islam menyuruh penganutnya memperjuangkan maruah Islam..

Mana perjuangan Islam oleh PAS kalau mencaci-maki musuh dengan cerca nista? Padahal Islam terkenal dengan akhlak dan sopan santunnya..

Bukan kerana apa.. demi cita-cita politik, Islam diletakkan di punggung.. kalau BN korup dengan harta negara, PAS ini korup dengan agama Islam.. harta Allah.

Apa beza sikap diktator dalam BN dengan PAS, kalau pandangan ahli dan suara muda dianggap menghina pemimpin. Apakah salah kalau ahli mempunyai pemikiran yang berbeza dan tidak sehaluan dengan pandangan parti.

Kalau Muhyidin Yasin dianggap menghina kepimpinan BN.. Mustafa Ali dan Mat Sabu dianggap menghina kepimpinan PAS. Demokrasi apa yang PAS pakai? Demokrasi kepala hangguk??

Pendapat saya.. sealim-alim Nik Aziz pun, dia bukan maksum.. Marahlah kalau nak marah. Sedikit pun saya tidak heran, Allah lebih tahu..

Hukuman Allah kepada orang yang lalai sudah berat.. tetapi hukuman kepada orang yang alim tapi tidak mengamalkannya lagi berat.. Kalau tidak, masakan ada kisah pelacur boleh masuk syurga dan kisah ahli ibadat masuk neraka.

Kerana Anwar.. PAS jadi buta. Segala pandangan ahli yang berbeza dianggap tidak menghormati pandangan parti. Nak hormat apa kalau dah terang-terang bersalah, nasihat tak mahu dengar.. bukan Nik Aziz yang menjamin saya masuk syurga !!

Apa beza kalau ulama besar dianggap pencuci dosa.. sama macam paderi Kristian lah kalau begitu.. buat dosa, jumpa paderi.. terus suci bersih. Islam tak perlu orang tengah.. terus dengan Allah atas tikar sejadah.. antara kita dan Allah.

Kalau beginilah sikap PAS.. 50 tahun lagi semacam itulah. Tak akan maju.. Mengkritik orang lain pandai, diri sendiri tidak mahu muhasabah.

Pilihanraya 2004 telah membuktikan PAS bukan maksum.. Terengganu terlepas, Kelantan nyawa-nyawa ikan. Pilihanraya 2008 pun, undi kepada PKR lebih tinggi dari PAS sendiri.. cermin diri sendirilah.. PKR 31 kerusi, PAS 22 kerusi.. nampak sangat PAS dilihat jumud.

PAS tidak gagah sebenarnya.. tetapi rakyat tiada pilihan. PAS diundi kerana PAS nampak baik sedikit dari BN.. rakyat tiada pilihan.

Kenapa orang yakin pada Anwar?? Sebab Anwar nampak islamik dan pandai mentadbir.. PAS memang nampak islamik tapi banyak retorik dari mentadbir. Antara Anwar dan PAS.. rakyat akan memilih Anwar. Alangkah malunya PAS terpaksa bergayut kepada Anwar untuk mara..

Kadang-kala nasihat cara keras lebih cepat masuk hati berbanding nasihat cara berkias.. Tak semestinya saya kena masuk PAS untuk memperjuangkan Islam.. kerana setiap orang Islam adalah fadhu ain kepadanya mendaulatkan Islam.. sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Saya tidak taksub kepada pemimpin PAS.. saya cuma taksub Allah dan Nabi Muhammad. Saya bukan ahli UMNO.. saya ahli PAS, dan saya sebagai ahli PAS mahu menegur pemimpin PAS. Saya bukan pro-Hj Hadi, bukan pro-Nik Aziz, bukan pro-Husam, bukan pro-Mustafa.. malahan saya tidak anti kepada sesiapa dalam PAS.

Saya cuma anti-kejumudan dalam PAS.

8 Responses to “Demokrasi dalam PAS juga telah mati..”

  1. nonpartisan Says:

    Tuan,
    saya berasa sedih dengan keadaan PAS yang mana mengamalkan pilih bulu dalam syiar islam. Tatkala Anwar dituduh berkelakuan sumbang, ianya PAs katakan fitnah. Tetapi apabila pembangkang menuduh Najib mengamalkan ajaran hindu, PAS hanya berdiam diri. Adakah kerana tuduhan itu datang dari pembangkang?

    In consistency di sini memeranjatkan saya sebagai pemerhati kecil politik negara.

    Bukan saya menyokong najib, tapi fitnah itu tetap satu fitnah andai tiada bukti kukuh dan sikap PAS kebelangan ini yang membiarkan pelbagai isu berbangkit berhubung islam amat mencurigakan…Islam Pilih Bulu?

    I used to have high respect for PAS but after lots of inconsistency in their policy and political drive lately made me think twice to vote for PAS again.

    Saya berharap PAS tidah membiarkan konsep FITNAH berterusan di Malaysia. PAS seharusnya bertegas berhubung isu fitnah samada yang datang dari kerajaan ataupun pembangkang.

  2. aberamly Says:

    cekka… tuhan tunjuk dah belum duduk dah berlari. 16 sept belum lagi berjaya dah berebut jawatan nampaknya. mereka ni akan jadi sejarah perang khandak kalau tak silap abe. apa pun terus laporkan lawak mereka ni… politik… mulai peninglah abe… tension lagi! baik tenangkan otak.

  3. n u e x o Says:

    pas semakin hilang “islam”nya setelah makin serasi …mesra dgn anwar/adil…lim/dap……hingga sanggup MEMONDANKAN diri dalam isu2 berkaitan islam dan melayu yg sengaja dimainkan DAP … malah akhir ini PAS/nik aziz menghalalkan “pembelian” wakil rakyat dari BN…ISLAMIK kah ini ??? dari sudut mana menjadi halal ??? yang haram tetap haram !!! walau dilihat…dari sudut sejauh pandangan bumi dan matahari…langit dan bumi…

    sudah terlalu kecewa dengan PAS akhir2 ini…tapi ape pilihan yang ade ??? betul2 diuji dengan keras umat islam dimalaysia hari ini… bg mereka yg mencari kebenaran….kebenaran yg hak…bukan hanya bermain politik …

  4. Muslimat Png Says:

    just a quote:
    “What needs to be done is to get rid of the mosquito
    but continue to use the net”.

  5. penulis_cyber Says:

    Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
    Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm
    Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

    Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.

    “Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”

    Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

    Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

    Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

    Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

    “Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

    “Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.

    Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

    Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

  6. khairul Says:

    say asbg rakyat biasa yang tiada kepentingan tapi mengharapakn kestabilan negara,saya nak tanya pas apa makna adil bg pas dan apa makna syiar islam bg pas? saya nak tanya bagaimana cara nabi muhammad berdakwah dengan cara yang amat tertib sehingga disenagi oleh umat pada masa itu dan adakah pas mengambil dan mengkaji setiap cara dakwah nabi itu sehingga terbentuk negara islam pada zaman itu? mengapa kerna kuasa kita lupa segalanya?mengapa berdolak dalik sehingga saya yang kurang arif dalam agama merasa ada yang tidak kena dengan tindakan pas? saya hormatkan yb dato nik aziz yang berusaha menegakkan syiar islam.tutur katanya penuh hemah..kesian pada kami rakyat yang memberikan amanah pada tuan-tuan yb tetapi saya sbg rakyat biasa merasa tertipu.

  7. Si tuah durhake Says:

    as’kum… cekka dan tuan2 yg seislam dgnku…

    saye amat2 bersetuju dgn pandangan dari cekka .. pada mulanya saye amat terperanjat dgn kenyataan TG Nik dgn membenarkan ‘politik lompat’ walaupun saye org UMNO tapi saye amat menyanjungi TG Nik kerana menjadi kekuatan PAS dari dulu hingga skrg..

    pada pendapat sy mungkin kerana utk menyelamatkan perak dan negeri2 yg seangkatan dgnnya TG Nik bertindak demikian demi kepentingan org2 melayu/islam…

    Saye sebagai org dari parti yg berlainan juga hormat dgn kenyataannya dan sy juge kdg2 terkilan juga tindakan2 pemimpin2 atasan UMNO tp kite harus rasional di sebaliknya …

    bagi saya, bangsa melayu harus berusaha utk maju dan kalau melayu tak maju dan kaya mcmana kite nak terus memperjuangkan islam pada zaman yag serba moden ini

    jika kite terus berada didlm keadaan yg serba kekurangan kite akan terus di tindas oleh org2 kafir yg skrg telah byk menggunakan mahkamah sebagai tempat membeli kebebasan mereka terus menindas islam secara senyap2… menjadi mereka ‘raja baru’ yang memerintah
    Malaysia secara ‘Total'<<< rujuk kepada MALAYSIAKINI


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: