Penipu besar No 1, Anwar Ibrahim.. yang dengan yakinnya mendabik dada Malaysia akan memperolehi kerajaan baru pada 16 Sept. Terbaru.. dalam sidang medianya, Anwar ugut Pak Lah serah kuasa secara aman atau Malaysia akan darurat..

Kah..kah..kah.. Kalau Malaysia darurat, yang pertama sekali tentera akan buat ialah ambil ngko dan sumbat dalam jail.. lepas tu polis kasi caj sama ISA jugak.. lepas tu mahkamah kasi tambah sikit hukum sama kes liwat. Tua dalam penjara ler..

Penipu besar No 2 ialah Pak Lah.. hari itu aku dengar kerajaan nak nilai balik harga minyak tiap-tiap bulan, selepas itu dengar khabar setiap 15hb .. lepas pilihanraya Permatang Pauh terus senyap, alih-alih kerajaan kata minyak akan turun akhir tahun.. itu pun mungkin..

Mana kata nak ‘review’ harga minyak tiap-tiap bulan woi?..

Kalau rakyat kata ngko turun harga minyak sebab nak bodek rakyat, ngko marah.. lepas ni kalau ngko kena ‘kick’ oleh rakyat.. sendiri mau ingatlah.

Yang nyata.. Hari ini 16 September, rakyat Malaysia melalui hari seperti hari-hari sebelumnya. Apa kejadah nak jumpa Pak Lah kalau MP dah cukup? Anwar ingat Pak Lah nak serah Malaysia semacam tukar buah mempelam kat pasar..

Woit brader ! Malaysia ini bukan Pak Lah punya.. kalau Pak Lah setuju sekalipun, kena jumpa YDP Agung.. dengan perkembangan sekarang, brader ingat YDP Agung dah naik naik syok kat ngko? Hari ini maruah mu sedikit tercalar.. ambil lah masa sebanyak mana lagi yang perlu, sebelum Allah tarik baik.

Ini lah dia Anwar Ibrahim yang banyak mulut dan janji..

  • Hari ini kita tukar kerajaan, esok minyak turun..
  • Hari ini kita tukar kerajaan, esok pemimpin Hindraf kita bebaskan..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok bajet lebih baik..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok tahanan ISA kita bebaskan..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kita martabatkan..

Yang nyata aku dah menyampah sama brader Anwar.. ngko bawaklah janji-janji ngko pada anak-buah Darwin, biar mereka terkinja-kinja dan angguk-mengangguk.. last sekali terhantuk.

16 Sept.. Jadi atau tidak?

Secara peribadi.. saya tidak bersetuju kerajaan ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Kalau diri saya dipenuhi emosi, mungkin saya bersetuju.. malahan saya juga setuju dengan rusuhan dan demonstrasi, agar kerajaan cepat-cepat tumbang.

Malangnya.. saya suka bersikap rasional. Saya suka kepada sesuatu yang bersifat aman..

Saya berpendapat.. lebih baik kerajaan dapat ditubuhkan secara bermoral, ..melalui pilihanraya umum. Pada pandangan saya.. kerajaan BN berhak memerintah sekarang kerana mandat rakyat kepadanya pada PRU12 baru-baru ini..

Kerana rakyat masih berbelah-bahagi dan tidak sepakat.. kerana itulah BN masih dapat berkuasa. Sekiranya kuasa rakyat itu seumpama taufan dan tsunami.. penipuan SPR mahupun undi pos tidak dapat menghalangnya.

Adakah anda fikir semua ahli BN betul-betul menyokong BN ?? Dalam hidup seharian.. mungkin memakai topeng BN, bila tiba pilihanraya.. dipangkahnya PAS, PKR atau DAP. Adakah semua pegawai kerajaan menyokong BN ?? tidak juga.. mereka terpaksa berlakon demi menjaga periuk nasi mereka, tapi hati mereka lain.

Kalaulah segelintir dari kita cuba peralihan kerajaan secara paksa.. seolah-olah kita menafikan pandangan dan pendapat orang lain. Seolah-olah  kita menganggap diri kita lebih pandai dari orang lain.. seolah-olah orang lain tidak ada akal fikiran, yang boleh membuat penilaian sendiri..

Sebagai contohnya.. dikawasan kampung saya, saya tidak bersetuju dengan kerajaan BN sekarang dan saya lebih pro kepada pembangkang. Di kawasan saya.. terdapat begitu banyak sekali ‘gelombang biru’, seolah-olah Kelantan akan diambil-alih oleh BN..

Tetapi.. ternyata BN gagal sama sekali di Kelantan.. Adakah penipuan pilihanraya dapat melawan kemahuan rakyat? Tidak juga..

Kerana itulah saya berasa sedih sekiranya ramai dari kita bersikap fanatik terhadap pemimpin.. padahal ahli politik itu pelakon kelas A, yang boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai keadaan.

Ketika PRU 12.. saya mengalir air mata kegembiraan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN.. tetapi saya berasa sedih kerana banyak negeri-negeri tidak lagi dibawah pengaruh Melayu. Ketika itu Anwar tidak bertanding.. malahan mengundi pembangkang semata-mata kerana kecewa dengan BN yang seakan-akan tidak mahu berubah dan tidak mementingkan rakyat.

Anda lihatlah sendiri apabila Anwar masuk kembali ke dalam kancah politik.. negara jadi huru-hara dan mula tidak tenteram. Padahal semasa kempen PRU 12.. keadaan tidaklah seteruk sekarang.. tiada timbul isu perkauman dan isu agama, yang ada isu kebencian kepada BN dan isu ekonomi.

BN orang politik dan Anwar juga orang politik.. sudah tentu mereka ada strategi masing-masing mahu memenangi hati rakyat. Taksub kepada pemimpin bukanlah satu idea yang baik..

Saya berpendapat.. pemilihan kerajaan melalui pilihanraya umum masih merupakan cara yang paling ideal dan tertib. “Lain padang, lain belalang” .. lain orang, lain pandangan.

2 HARI + 4 HARI LAGI..

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng – salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi – telah dibebaskan petang tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam. Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang dan kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya. [MalaysiaKini]

———————————————————————————–

Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur. Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik. [Malaysiakini]

————————————————————————————-

“Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) akan bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan status parti itu dalam Barisan Nasional. Ketika mengesahkannya, Setiausaha Agung SAPP, Richard Yong memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua 35 ahli MT dijangka hadir dan membuat keputusan mengenai keahlian parti itu dalam BN…” [Malaysiakini]

————————————————————————————-

“Sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara. “Polis akan bertindak berdasarkan situasi semasa sama ada situasi berada dalam kedaaan baik ataupun tidak. Jika situasi OK, maka tiada sebab untuk menahan (lebih ramai lagi),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar…” [mStar]

————————————————————————————

Seperti biasa.. kerajaan akan menjustifikasikan tindakannya..

Wartawan Sin Chew Daily telahpun dibebaskan, tindakan tersebut dianggap kena dengan masanya kerana sebagai seorang pengamal media, ..tindakan ISA dilihat agak keterlaluan. Sebagai wartawan.. beliau hanya menjalankan tugasnya, yang lebih berkuasa dari beliau ialah editor ataupun ketua editor.. yang lebih berhak memberi pertimbangan terhadap laporannya.

Apa yang menarik.. reaksi Amerika terhadap perkembangan politik negara. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan minat AS yang keterlaluan kepada Malaysia.. seolah-olah ada niat tersembunyi disebalik isu kebebasan media dan demokrasi.

Tidak semua yang baik itu semestinya datang dari AS.. lagipun AS dilihat agak ‘memilih bulu’ dalam perkembangan semasa..

Dalam perkembangan yang lain.. SAPP bercadang mempertimbangkan kerjasamanya dengan BN. Saya tidak terkejut dengan hal ini.. kerana Datuk Yong Teck Lee ini sememangnya ‘pengipas di-raja’. Kalau BN kuat.. disokongnya BN. Kalau PKR semakin kuat.. dia pun nak sokong juga, malahan kalau PAS jadi kuat.. SAPP mungkin akan sokong PAS.

Orang-orang semacam ini seumpama lalang.. yang tiada prinsip. Kecuali satu prinsip sahaja.. bergayut pada dahan yang boleh memberikan kuasa dan kekayaan. Terpulanglah kepada Pakatan Rakyat untuk menerima orang-orang yang sebegini..

16 Sept : Tunggu lagi 4 hari..

September 11, 2008

5 HARI + 4 HARI LAGI..

Mahkamah Sesyen menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.M Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh penguam Anwar, Sulaiman Abdullah. Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding bermula pukul 10 pagi tadi.

Ikuti video Anwar semasa berada di Mahkamah Seksyen di Jalan Duta..

Sementara itu.. DS Anwar mengatakan peralihan kerajaan mungkin tidak dapat dilaksanakan pada 16 September ini, dan ditunda kepada 20 hb September pula.. ikuti artikel mStar selanjutnya.

p/s : Penyokong-penyokong PKR tentulah lega mendengar berita ini.. mereka bimbang jika jaminan terhadap DS Anwar akan ditarik balik. Sudah tentulah.. ayat-ayat stereotaip akan kedengaran pula.. arghh.. ini konspirasi BN dan mahkamah untuk menggagalkan sasaran 16 September.. Apapun, kita kena hormati keputusan mahkamah, dan harapnya ianya dapat dijalankan dengan telus dan adil.

Dalam situasi yang lain..

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun. Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang. Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Sebelum itu, penyokong-penyokong Datuk Ahmad membuat protes secara aman dengan memasang kain rentang di luar bangunan sebelum mesyuarat MT BN dijalankan..

Ikuti berita selanjutnya [sini] dan [sini]..

p/s : Dah lah tu.. keputusan harus diambil. Kalau dah salah dan tersilap, kena juga dihukum.. Keputusan harus diambil agar keadaan tidak menjadi semakin parah. Datuk Ahmad wajar dikenakan tindakan berdasarkan kenyataan emosinya.. “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

6 HARI LAGI..

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

“Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan. Secara realitinya, isu perkauman menjadi ancaman utama pada negara dan ia patut dielakkan,” tegas beliau dalam artikel mStar online.

—————————————————————————

Secara umumnya.. pihak tentera sudah mula memberi perhatian kepada senario semasa politik negara. Atau mungkinkah ini satu mesej dari Yang di-Pertuan Agong kepada parti-parti politik di Malaysia agar tidak memainkan isu perkauman?

Berita ini tentulah melegakan kerana sudah ada institusi yang ‘neutral’ dan berkuasa, memberi teguran secara terbuka.. yang sudah tentu boleh meredakan keresahan rakyat tentang polemik isu perkauman yang tidak nampak dimana kesudahannya..

Apapun.. cakap-cakap tidak puas hati akan kemungkinan campur-tangan tentera sudah mula kedengaran dari kem pro-Anwar. Salah seorang penyokong kuat DS Anwar, Din Merican, dengan artikel “Stay Out Of Politics : Malaysia is a Democracy, Not A Military State”.

Antaranya, beliau tidak mahu tentera campur-tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan tetapi mahu mereka menumpukan tugas mempertahankan kedaulatan negara dari musuh-musuh luar. Ada juga komentar yang tidak mahukan Malaysia menjadi seperti Thailand..

Pada pendapat saya.. pihak tentera wajar memberi nasihat berkenaan. Sekiranya keadaan semasa boleh menjadi semakin teruk, pihak berkuasa sepatutnya menegur terlebih dahulu.. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati? .. atau mahu tunggu rakyat Malaysia merusuh dulu baru hendak bertindak?

Sekiranya keadaan dalam negara kacau-bilau dengan rusuhan sesama kaum, musuh-musuh luar boleh mengambil kesempatan untuk menyerang Malaysia. Pertahanan dalam negara akan lemah.. mana nak jaga situasi dalam negara .. nak jaga sempadan lagi .. ini dari kacamata pihak tentera, dan kita kena hormati strategi mereka.

Kepentingan umum lebih penting dari kepentingan peribadi.. kalau nasihat itu baik, kita harus terima. Soal ianya berbau politik atau tidak, itu soal kedua.. yang penting maksud dan tujuan nasihat itu sendiri.

Ada juga yang berpendapat, ini konspirasi BN menggunakan tentera untuk menggagalkan peralihan kerajaan pada 16 Sept nanti..

Tak habis-habis dengan konspirasi.. kalaulah pihak tentera menyokong kerajaan Pakatan Rakyat agar mengambil-alih pemerintahan, adakah campur-tangan tentera ini dikatakan konspirasi? sudah tentu tidak.. malahan mereka pula yang mendabik dada, “tengok.. tentera pun sokong kami, tentera pun sokong reformasi..”

Pihak tentera juga ada protokol mereka sendiri.. mereka seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan dalam politik. Tetapi sekiranya melibatkan hal-hal keselamatan negara.. mereka harus bertindak. Kerana politik, negara boleh jadi huru-hara.

Tidakkah Pakistan juga huru-hara kerana politik? dan bukankah Thailand juga huru-hara kerana politik? dan bukankah kerana politik Bush, Iraq dan Afghanistan diserang? .. atas dasar ‘Pre-Emptive Strike’. Menyerang musuh dahulu di negara mereka, sebelum mereka datang berperang di Amerika.

Janganlah kerana kita sudah berasa pandai belajar dari ‘overseas’, dapat jawatan tinggi dan dapat kumpul  harta.. kita berasa lebih pandai dari Angkatan Tentera Malaysia. Jangan kerana terlampau bencikan BN dan sekutu-sekutunya, habis dikutuk orang-orang yang berada disekelilingnya.

—————————————————————————-

Adalah diakui.. BN harus berubah dan BN patut bersedia untuk berubah. Kita semua tahu apa sudah jadi kepada BN.. tetapi menyalahkan pihak tentera bersekongkol dengan BN adalah tuduhan yang tidak patriotik dan penuh dengan emosi.

Saya berpendapat.. ini adalah luahan kecewa seorang penyokong reformasi yang tidak sabar.. samada sudah tidak tertahan dengan keadaan semasa politik negara .. ataupun sudah tidak sabar menunggu habuan apabila kerajaan baru terbentuk.. atau yang tidak mahu mengakui, Allah bersama-sama orang yang sabar.

Kasihan kepada Angkatan Tentera Malaysia.. sudahlah rakyat Indonesia mengejek kita dengan meniru British, tidak pandai membeli senjata.. rakyat Malaysia sendiri pun pandang rendah kepada mereka. Mereka-mereka ini, kalau Malaysia diserang.. rasa-rasanya orang pertama yang ‘booking flight’ lari keluar negara.

Teruskan perjuangan kalian, wahai panglima-panglima negara.. membela negara dan agama. Menjaga Negara Malaysia yang berbilang-kaum dan menjaga agama Islam, agama yang cintakan kedamaian..

7 HARI LAGI..

7 hari lagi akan tibalah fajar yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang iaitu fajar 16 September. Hari yang dikira penting dan bakal meruba landskap politik negara ini. Hari yang menamatkan riwayat kerajaan BN.

Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.

Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru – kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6. Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!

Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.

Apakah 16 September menjadi hari kemenangan rakyat kerana menentang kezaliman dan ketidakadilan Barisan Nasional? Atau ianya tidak lebih daripada sebuah nyanyian sunyi dunia orang politik semata-mata yang diiringi dengan gesekan rebab Tok Selampit?

Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain. Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi. Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.

Bagaimana pun kepada ahli politik yang matang dan tidak mudah ‘disimsilabimkan’ dengan sihir politik cukup waspada dalam menerima dakwaan dan dendangan lagi 16 September itu. Mereka hanya memerhatinya dengan senyuman-senyum kambing (bukan kambing Jamnapari) dari birai jendela saja.

Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali (foto). Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6.

“Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,” begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas “16 September” anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.

Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.

“Sesuatu undi tidak percaya ataupun ‘peralihan kerajaan’ akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?” soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.

Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.

Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. “Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa,” katanya.

Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.

Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar.

Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.

Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. “Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!”

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.

Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang. “Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan unutk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan”, ujarnya.

Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno.

artikel : Mohd Sayuti Omar

Berikut adalah fakta-fakta tambahan dari Abe Ramley, (klik pada gambar untuk besarkan imej..)