Sekiranya kita menoleh kebelakang iaitu sebelum PRU 12, kita boleh dapati salah satu punca kegagalan BN memperolehi majoriti 2/3 ialah kerana serangan keterlaluan kerajaan kepada pembangkang melalui media massa. Pada masa itu, BN dibuai perasaan angkuh kerana mereka berjaya memperolehi mandat rakyat dalam PRU 11 hampir 90% dari undi rakyat.

Tetapi BN terleka kerana serangan keterlaluan telah menyebabkan rakyat ‘beralih arah’ dari meragui keupayaan pembangkang kepada perasaan simpati. Siapa sangka Pakatan Rakyat yang terkapai-kapai berjuang diberi peluang oleh rakyat. Padahal ketika itu, nama Anwar pun tiada dalam senarai calon yang betanding. BN mengatakan mereka kalah kerana undi protes tetapi mereka tidak sedar salah satu faktor rakyat memprotes adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang menganiayai PR.

Tetapi kini kita boleh melihat keadaan sudah terbalik.. Pakatan Rakyat pula yang menjadi angkuh dan BN pula yang terkial-kial untuk meneruskan ‘survival’ mereka. BN dituduh dengan pelbagai tohmahan dan disertai caci-maki dan kata nista, keaiban pemimpin dicari dan diperbesar-besarkan,  mencari salah kerajaan sudah menjadi agenda utama berbanding matlamat asal untuk memenuhi manifesto pilihanraya.

Membangkang kerana kerajaan membuat kesilapan adalah baik untuk mencari kaedah yang lebih baik demi kesejahteraan negara, tetapi jika niat membangkang sudah bertukar kerana mahu mengaibkan orang lain sudah jadi tersasar dan boleh mengembalikan aib kepada kita sendiri.

Allah suka kepada hambanya yang besederhana dan bukannya yang suka berlebih-lebihan melakukan sesuatu perkara.

Ingatlah kita kepada ‘Hukum Jari’.. satu jari menuding kepada orang lain, empat jari menuding balik kepada diri sendiri. Sebarang cacian, tohmahan, kata nista dan fitnah kita kepada orang lain akan dinilai semula oleh si pendengar. Siapakah pendengar itu? ..mereka ialah rakyat. Hukum ini sudah terpakai kepada BN semasa kempen PRU 12, dan sekarang PR cuba meniru balik kegagalan strategi tersebut.

Saya selalu mengatakan kepada sahabat samada yang pro-BN atau pro-PR, kegagalan BN dalam PRU 12 adalah ‘rahmat’ kepada UMNO dan orang Melayu, manakala kejayaan PR dalam PRU itu merupakan satu ujian perjuangan kepada mereka. Kegagalan BN akan menjadi ‘rahmat’ jika BN mahu belajar dari kegagalan, manakala ‘ujian’ kepada PR agar tidak leka dan angkuh.

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa BN sekarang sedang mengalami proses evolusi? Sedarkah PR bahawa serangan bertali-arus mereka telah menguatkan ikatan sesama parti komponen BN? Sedarkah PR  bahawa BN telah kenal siapa ‘musuh dalam selimut’ mereka? Sedarkah PR caci-maki mereka telah memberi kunci jawapan kepada permasalahan BN selama ini? Sedarkah PR bahawa rakyat sedang menilai prestasi dan peribadi mereka sendiri?

Rakyat bukan bodoh, samada mereka suka kepada BN atau PR.. mereka ada keutamaan peribadi yang mahu dipenuhi. Jangan PR berasa angkuh dan merasakan diri mereka sudah menang kerana sikap pengecut BN. Bersikap pengecut bukan bermakna mereka bodoh, tetapi berundur setapak untuk melompat lebih tinggi lagi. Rakyat suka mendengar cerita sensasi, skandal dan pembongkaran rahsia-rahsia besar.. tetapi perkara ini tidak mengenyangkan perut mereka, tidak memberi apa-apa faedah untuk peningkatan taraf hidup kecuali sebagai penyedap kepada telinga yang mendengar.

Jika PR masih dibuai kejayaan PRU 12, suka mencari salah orang berbanding bekerja untuk rakyat, menuduh BN penipu padahal janji mereka pun tidak tertunai.. jangan salahkan rakyat jika rakyat akan kembali ‘beralih arah’ kepada BN. Orang yang bercakap banyak memang menjadi tumpuan, bercakap lebih tapi ‘habuk pun tarak’ pun akan dinilai kembali oleh si pendengar.

Kuat berjanji tapi tidak tertunai juga boleh menghakis kepercayaan orang lain. Cubalah kita perhatikan realiti kehidupan sekeliling kita sehari-hari, lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap orang yang suka bercakap tapi kerja suka bertangguh.

Sukalah saya memperingatkan kawan-kawan saya yang pro-reformasi.. jika anda rasa anda benar, teruskan perjuangan anda tapi jangan hanyut dengan mencari salah orang lain. Akhirnya kredibiliti sendiri menjadi tumpuan untuk dipertikaikan. Semakin ramai kita mencari orang untuk mengumpat hal orang lain, semakin ramailah orang yang akan memerhatikan kita. Ingatlah kepada Allah kerana hati seseorang itu milik-Nya.. jika mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya.

Mengikut kenyataan media DSAI yang tersiar dalam Harakah Daily, RM 125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Persoalannya.. adakah benar ianya 100% salah kerajaan semata-mata?

Saya bersetuju kerajaan dibawah pentadbiran DSAAB sememangnya lemah dalam menguruskan hal ekonomi, tetapi hakikat sebenarnya.. ekonomi dunia juga mengalami kemelesetan ekoran masalah ekonomi yang melanda Amerika Syarikat.

Saya bersetuju dengan Rocky’s Bru.. kehilangan pelaburan asing sebanyak RM 125 billion juga sedikit sebanyak berpunca dari tindak-tanduk DSAI itu sendiri. Pakatan Rakyat juga menyumbang kearah permasalahan ekonomi negara dengan strategi politik yang huru-hara.. penetapan tarikh 16 Sept dan cerita ‘katak melompat’.

Lebih buruk lagi.. kerajaan juga ‘tumpang sekaki’ dengan kekecohan politik anjuran DSAI, kerajaan hilang punca dengan strategi DSAI sehingga melakukan strategi defensif untuk menghadapi perang saraf DSAI. Seterusnya menimbulkan keadaan politik yang bercelaru.

Saya berpendapat.. sekiranya fokus Pakatan Rakyat lebih kepada PRU 13, keadaan politik negara tidaklah huru-hara sebegini.. rakyat memerlukan seseorang yang boleh melegakan bebanan ekonomi tidak kiralah siapa yang memerintah. Buat apa bertukar kerajaan kalau hidup masih ditakuk lama? Bertukar PM tidak menyelesaikan segala masalah.

Apakah logik pengurus dana bersedia melabur USD 1 trillion kepada Malaysia sekiranya PR memerintah.. padahal dana sebesar itu pun masih diperlukan oleh mereka untuk menyelamatkan ekonomi mereka sendiri. Itupun masih belum cukup untuk menyelamatkan syarikat-syarikat gergasi mereka..

Pemerintahan PR sendiri pun masih kelam-kabut dan tidak stabil terutamanya di Selangor, Perak dan Kedah.. apatah lagi mahu memerintah se-Malaysia secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia sekarang. Cakap memang senang tapi hendak membuktikan memang susah.. hal inilah yang diakui oleh MB Kedah apabila PAS dapat menguasai Kedah.

Kita tidak boleh menukar wajah Malaysia dalam sekelip mata.. perlukan masa juga. Mana masa hendak betulkan sistem kehakiman.. masa hendak betulkan sistem pentadbiran lagi.. masa hendak korek skandal lagi.. masa nak bahagi-bahagi jawatan lagi.. masa nak urus ekonomi..

Saya percaya.. BN bukannya selalu betul dan BN juga tidak ada hak mutlak untuk memerintah Malaysia selama-lamanya.

Lagi elok sekiranya PR membuktikan terlebih dahulu keberkesanan dan kebijaksanaan pemerintahan mereka di 5 buah negeri di bawah jajahan takluk mereka. Buktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh mentadbir LEBIH BAIK dari BN.. rakyat Malaysia sekarang bukannya bodoh untuk tidak dapat melihat apa yang baik dan buruk. Sekiranya prestasi PR bagus, rakyat tidak ragu-ragu memilih mereka dalam PRU 13 dan menolak BN secara total.

Keburukkan moral pemimpin adalah masalah peribadi, kekalutan ekonomi melibatkan kepentingan umum.. dalam Islam, kepentingan umum harus diutamakan terlebih dahulu berbanding masalah peribadi.

Rakyat tidak perlu kepada retorik.. rakyat mahu kasih dan keprihatinan kerajaan.. Itu sahaja. Sekiranya PR memerintah dan rakyat masih mengalami permasalahan ekonomi yang sama.. PR juga akan disalahkan rakyat. Tidak kira siapa yang memerintah, BN atau PR, kalau gagal.. rakyat akan kutuk juga.

mStar melaporkan.. KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Taib hari ini menafikan wujud tekanan daripada anggotaanggota Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden lebih awal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata: “Tidak ada apa-apa tekanan kepada Pak Lah, tidak ada perkara seperti itu dalam mesyuarat MT.”

Katanya seperti mana-mana mesyuarat MT, ahliahli MT bebas memberikan pelbagai cadangan dan dalam mesyuarat MT terbaru, ada satu atau dua pandangan yang mahukan Pak Lah perbetulkan satu atau dua perkara berkaitan perjalanan parti untuk memperkasakan lagi parti.

“Perbezaan pendapat bukan bermakna wujud tekanan. Seperti mesyuarat manamana organisasi, akan wujud perbezaan pendapat tetapi itu tidak bermakna kita menyuruh pengerusi organisasi atau mesyuarat itu letak jawatan.

“Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mematuhi pelan peralihan kepimpinan parti yang dipersetujui pada 2010,” katanya selepas menyampaikan cek RM18.25 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk elaun 2,300 guru KAFA di Bangi. ..selanjutnya, klik [sini]

p/s : Ada lagi rupa-rupanya pengipas di-raja.. TS Muhd Taib ni memang betul lah ahli politik yang berpengalaman.. lepas ni kalau DS Najib naik jadi PM, dikipasnya lagi kuat DS Najib.. ada 10 orang lagi orang semacam ini, sampai bila-bila lah PM Malaysia kena kutuk dek rakyat jelata..

Kepada blogawan yang sentiasa melayari Malaysia Today.. anda tentu masih ingat “Hikayat Khairy Jamaluddin”, Bil 1-33..

Secara ringkasnya.. hikayat ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang lebih dikenali sebagai Khairy Jamaludin atau KJ, yang menceritakan pembabitan Khairy dalam politik dan sepak-terajang politik Khairy dalam UMNO.

Khairy dihikayatkan bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usianya mencapai umur 40 tahun..

Hikayat ini telah menjadi satu cerita yang amat dipercayai dikalangan blogawan, .. kemudian hikayat ini diceritakan semula oleh anak-anak kepada ibu-bapa dan keluarga mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet..

Sudah tentu cerita anak-anak mereka yang berada diperantauan lebih dipercayai dari akhbar, takkan lah darah-daging mereka sendiri mahu menipu.. lebih-lebih lagi jika melihat ahli-ahli BN dikawasan mereka, yang seakan-akan sama perangainya dengan bos mereka di Kuala Lumpur.

Ini merupakan salah satu punca utama penolakkan rakyat kepada BN dalam pilihanraya umum 2008..

Pak Lah ini.. sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan penyayang. Malahan beliau bersikap lebih terbuka dari Dr Mahathir yang lebih bersikap suka mengongkong.. dan beliau juga dilihat agak alim berbanding menteri-menteri UMNO yang lain-lainnya.

Pilihanraya 2004 telah membuktikan bahawa Pak Lah sebenarnya diterima oleh rakyat.. tetapi kegagalannya selepas itu berpunca dari silap beliau sendiri juga, hanya kerana 2 perkara.. Pak Lah terus-menerus ditolak rakyat..

1.  Pak Lah gagal menunjukkan dirinya sebagai seorang ketua negara yang berwibawa.. dengan tabiat suka tidurnya, dan keputusan flip-flopnya.. disamping imej pemimpin lembik.

2.  Pak Lah gagal mengawal tingkah-laku anak menantunya dalam politik dan urusan kerajaan. Lebih-lebih lagi Khairy yang dilihat agak bernafsu besar dalam politik dan tamak dalam perniagaan. Lebih banyak perniagaan dapat diperolehi.. lagi besarlah modal yang ada untuk berjuang dalam politik.

Malangnya, Pak Lah turut memberi kepercayaan kepada menantunya, Khairy, untuk merencanakan strategi politik.. sudah tentu sebagai ahli politik, cantas-mencantas kroni dan proksi-proksi musuh politik satu perkara biasa.. agar dapat kuasa.

Hal ini juga berlaku dalam mana-mana parti samada DAP, PKR mahupun PAS.. tetapi ianya tidak nampak kepada rakyat, kerana fokus rakyat lebih tertumpu kepada parti yang memerintah.. keburukan mereka hanya terserlah apabila dapat memerintah. Apabila dapat memerintah.. secara automatik menjadi fokus rakyat.

Dalam politik yang mengamalkan hukum rimba.. siapa kuat, dialah yang berkuasa.. Pak Lah dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin negara, lebih-lebih lagi menghadapi Anwar yang ganas dan buas.. pembangkang semacam ini kena dihadapi oleh pemimpin yang ganas dan buas juga..

Lembik Pak Lah bukan bermaksud dirinya bodoh.. beliau seorang cerdik, tetapi orang tidak takut kepadanya. Itulah masalahnya.. Saya teringat kepada kata-kata seorang kawan saya :

“Aku tidak takut kepada bini.. masalahnya bini yang tidak takut kepada aku..” Hal yang sama yang terpakai kepada Pak Lah sekarang..

Selagi Pak Lah terus-menerus membiarkan Khairy menjadi perencana utama politik BN.. maka semakin cepatlah masa Pak Lah untuk berundur akan tiba. Khairy telah mengundang rasa benci dari ahli BN itu sendiri dan rakyat secara keseluruhannya..

Kerana itulah, Pak Lah hanya mempunyai 3 pilihan.. samada mahu digulingkan oleh ahli BN dalam rumahnya sendiri, atau diguling oleh rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang dari luar rumahnya, atau mengubah diri-sendiri agar dapat mempertahankan rumahnya dari dalam dan luar..

Alangkah malangnya kalau nasib seorang Perdana Menteri yang digulingkan rakyat, gara-gara perangai menantunya..

Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!

Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar.

Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..

Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..

Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..

  1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??
  2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???

———————————————————————————–

Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..

Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.

Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.

Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..

Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..

Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?

Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.

Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..

Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.

————————————————————————————

Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.

Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.

Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..

Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..

Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..

Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia  ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??

Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak  sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??

Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..

Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.

Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..

Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.

———————————————————————————–

Hendak sokong UMNO.. BN dah teruk ! Perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan relevan.. tetapi hanya kerana Anwar ada disitu, saya jadi teragak-agak dan terbantut untuk menyokong perjuangan mereka.. Malahan saya melompat gembira Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12.. ketika itu Anwar tiada pun..

Kalau saya orang Cina.. mesti saya dah masuk DAP. Tetapi saya sebagai orang Melayu, cuma ada 2 pilihan.. UMNO dan PAS.

Hendak sokong PAS.. mereka bersama Anwar. Lainlah kalau PAS tidak bersama Anwar.. sudah tentu saya berdiri teguh dibelakang PAS. Harap-harapnya UMNO boleh berubah.. senanglah saya hendak membuat keputusan nanti..

Kalau UMNO tidak berubah ??.. hmm.. baik aku undi orang yang korup tetapi tidak menggadaikan agama dan negara, dari orang berselindung di sebalik agama tapi penggadai bangsa dan agama.. seperti kata Raja Petra, orang yang berselindung disebalik agama untuk menjalankan kerja-kerja gelapnya.

Wallahualam.. mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada hamba-Mu ini yang lemah lagi tidak terdaya.

16 Sept.. Jadi atau tidak?

Secara peribadi.. saya tidak bersetuju kerajaan ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Kalau diri saya dipenuhi emosi, mungkin saya bersetuju.. malahan saya juga setuju dengan rusuhan dan demonstrasi, agar kerajaan cepat-cepat tumbang.

Malangnya.. saya suka bersikap rasional. Saya suka kepada sesuatu yang bersifat aman..

Saya berpendapat.. lebih baik kerajaan dapat ditubuhkan secara bermoral, ..melalui pilihanraya umum. Pada pandangan saya.. kerajaan BN berhak memerintah sekarang kerana mandat rakyat kepadanya pada PRU12 baru-baru ini..

Kerana rakyat masih berbelah-bahagi dan tidak sepakat.. kerana itulah BN masih dapat berkuasa. Sekiranya kuasa rakyat itu seumpama taufan dan tsunami.. penipuan SPR mahupun undi pos tidak dapat menghalangnya.

Adakah anda fikir semua ahli BN betul-betul menyokong BN ?? Dalam hidup seharian.. mungkin memakai topeng BN, bila tiba pilihanraya.. dipangkahnya PAS, PKR atau DAP. Adakah semua pegawai kerajaan menyokong BN ?? tidak juga.. mereka terpaksa berlakon demi menjaga periuk nasi mereka, tapi hati mereka lain.

Kalaulah segelintir dari kita cuba peralihan kerajaan secara paksa.. seolah-olah kita menafikan pandangan dan pendapat orang lain. Seolah-olah  kita menganggap diri kita lebih pandai dari orang lain.. seolah-olah orang lain tidak ada akal fikiran, yang boleh membuat penilaian sendiri..

Sebagai contohnya.. dikawasan kampung saya, saya tidak bersetuju dengan kerajaan BN sekarang dan saya lebih pro kepada pembangkang. Di kawasan saya.. terdapat begitu banyak sekali ‘gelombang biru’, seolah-olah Kelantan akan diambil-alih oleh BN..

Tetapi.. ternyata BN gagal sama sekali di Kelantan.. Adakah penipuan pilihanraya dapat melawan kemahuan rakyat? Tidak juga..

Kerana itulah saya berasa sedih sekiranya ramai dari kita bersikap fanatik terhadap pemimpin.. padahal ahli politik itu pelakon kelas A, yang boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai keadaan.

Ketika PRU 12.. saya mengalir air mata kegembiraan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN.. tetapi saya berasa sedih kerana banyak negeri-negeri tidak lagi dibawah pengaruh Melayu. Ketika itu Anwar tidak bertanding.. malahan mengundi pembangkang semata-mata kerana kecewa dengan BN yang seakan-akan tidak mahu berubah dan tidak mementingkan rakyat.

Anda lihatlah sendiri apabila Anwar masuk kembali ke dalam kancah politik.. negara jadi huru-hara dan mula tidak tenteram. Padahal semasa kempen PRU 12.. keadaan tidaklah seteruk sekarang.. tiada timbul isu perkauman dan isu agama, yang ada isu kebencian kepada BN dan isu ekonomi.

BN orang politik dan Anwar juga orang politik.. sudah tentu mereka ada strategi masing-masing mahu memenangi hati rakyat. Taksub kepada pemimpin bukanlah satu idea yang baik..

Saya berpendapat.. pemilihan kerajaan melalui pilihanraya umum masih merupakan cara yang paling ideal dan tertib. “Lain padang, lain belalang” .. lain orang, lain pandangan.

Setiap ahli politik samada Pak Lah, ..atau Dr Mahathir, ..atau Anwar Ibrahim, mahupun Hj Hadi dan Nik Aziz ada strategi tersendiri dan ego masing-masing. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara rakyat dan pemimpin sebenar.

Maka.. lagu “My Way” oleh Frank Sinatra ini saya tujukan khas buat mereka..

————————————————————————————

Jadi.. peperangan sudah bermula. Politik Malaysia sudah bercelaru tetapi semakin menarik..

Bermula dengan Pak Lah sebagai PM dan menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat kepadanya.. demi kuasa, setelah dinasihati Khairy, BN telah membebaskan Anwar Ibrahim.. dengan harapan dapat menekan pengaruh Najib dari terus merebak dalam UMNO.

Sayangnya.. hujan di tengahari..

Pak Lah berbuat demikian agar dilihat kerajaannya dilihat mengamalkan pentadbiran yang telus tetapi hakikatnya mempunyai motif tersembunyi. Disinilah bermulalah kemarahan Dr Mahathir.. yang menganggap Pak Lah telah melakukan satu kesalahan yang paling besar dan tersilap perhitungan. Kerana percaya kepada percaturan politik Khairy.. Pak Lah mula menerima musibah besar.

Anwar yang disangka rakan rupanya musuh yang bengis..

Anwar bukan mahu menjadi boneka, Anwar mahu lebih dari itu.. kelemahan Pak Lah ini sememangnya satu peluang Anwar untuk kembali ke pentas politik. Kerana itulah Anwar lebih suka jika Pak Lah lebih lama memerintah.. kerana BN akan semakin lemah.

Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU 12.. tetapi Anwar peka dengan situasi semasa. Pilihanraya di Ijok, Anwar nampak akan satu isu besar yang boleh dimainkan.. isu perkauman. Maka Hindraf sebagai mangsa pertama permainan orang politik.. kemudian Bersih.. kemudian Protes ..kemudian Bar Council ..kemudian Ahmad Ismail .. sekarang Anwar dilihat hero rakyat.

Malahan PAS dan DAP pun turut terperangkap.. padahal, merekalah yang paling lantang berdebat dan mengutuk Anwar habis-habisan ketika Anwar dalam UMNO dulu. Kerana politik.. musuh pun boleh menjadi kawan..

BN seperti biasa.. hilang punca, diturutnya strategi Anwar dengan mempertahankan isu Melayu. Tetapi BN lupa.. ini bukan tahun 1969 lagi. Melayu sudah berubah dan Malaysia sudah berubah..

Dr Mahathir sudah pening.. dari strategi awal.. mahu memerangkap Pak Lah dan Khairy. Tetapi dengan kehadiran Anwar, strategi awal terpaksa dirombak dan mengalami pengubah-suaian. Kali ini Dr Mahathir mahu membunuh karier politik musuhnya sekali gus.. “Killing Two Birds With One Stone”.

Yang nyata.. tentera Anwar sudah mara, tentera Mahathir sudah mula menyusup masuk dan tentera Pak Lah sedang bertahan. Kita boleh melihat perang tiga segi dalam masa terdekat ini..

Abdullah-Khairy vs Anwar Ibrahim vs Mahathir & The Geng

Harapnya.. gajah sama gajah berperang, pelanduk tidak tersepit. Biar gajah berperang dan habis pokok patah.. akhirnya pelanduk dapat makan pucuk daun yang baru dan segar.

MESEJ KEAMANAN : NO WAR PLEASE..

Dengarlah lagu anti-perang dari band Pakistan ini.. Cintailah Islam, agama keamanan..