16 Sept : PAS tunggu dan lihat, akhirnya ditendang PKR.

September 8, 2008

8 HARI LAGI..

Adakah 16 September ini Malaysia akan bertukar kerajaan? Inilah harapan rakyat secara keseluruhannya.. sekiranya terjadi, PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat akhirnya !!

Dalam parti PAS itu sendiri.. sudah terdapat percanggahan pendapat sesama mereka. Ada yang meyakini Anwar 200% .. ada yang meragui Anwar .. ada yang serah bulat-bulat kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk menentukannya.

Secara keseluruhannya, PAS bersatu bersama-sama Pakatan Rakyat dengan satu agenda rasmi.. MENUMBANGKAN UMNO DAN BN. Secara keseluruhannya, PAS menyokong Anwar agar tidak dianggap oleh pengkhianat Pakatan Rakyat. PAS mahu dilihat sebagai RAKAN YANG TIDAK MENGKHIANAT.

Walaupun begitu.. masih ramai ahli parti PAS yang tidak bersetuju dan ragu-ragu dengan objektif Pakatan Rakyat apabila memerintah negara.

Walaupun berbeza pendapat.. ahli-ahli PAS tetap bersatu dibawah satu bendera, memperjuangkan KETUANAN ISLAM di Malaysia. Bagi PAS.. adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar tanpa bukti-bukti yang sahih, apatah lagi tuduhan tersebut datangnya dari seteru rasmi mereka, BN.

PAS tidak mampu untuk menumbangkan BN secara bersendirian..

Dengan kata lain, PAS memerlukan Anwar untuk menjayakan cita-citanya DENGAN BERSYARAT .. Islam tidak sekali-kali diabaikan.

PAS memerlukan Anwar untuk meraih undi popular dari bukan Melayu disamping menaikkan imej parti dikacamata bukan Islam, agar mereka tidak dilihat sebagai parti yang ekstrim. Mereka mesti setia dengan Anwar..

Hakikatnya, PAS hanya beban kepada Anwar Ibrahim !

1.  Apakah Anwar tidak mencurigai Hj Hadi dan segolongan ahli PAS yang radikal? Mereka-mereka ini tidak boleh berkompromi sekiranya Islam dipinggirkan..

2.  Adakah PAS boleh berkompromi sekiranya Pakatan Rakyat bersedia menimbangkan keputusan pemerintahan kerajaan baru untuk menjalinkan kerjasama diplomatik dengan Israel dan Amerika? Sejarah membuktikan.. rakyat Melayu sangat anti kepada Israel dan Yahudi..

3.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya kebebasan melampau seperti melayu bertukar agama, pengiktirafan kepada golongan gay dan lesbian, dibenarkan atas prinsip kebebasan individu, hak-hak asasi dan atas tiket pemikiran liberalisme..

4.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya Islam dilucutkan dari menjadi agama rasmi Malaysia?..

5.  Adakah PAS boleh berdiam diri sekiranya bilangan Menteri dan Exco bukan Islam mempunyai 2/3 majoriti dalam kerajaan baru itu nanti?..

Kepada DAP.. soal Islam bukanlah satu hal utama, mereka lebih mementingkan keadilan sosial. Yahudi dan Israel hendak masuk pun tidak kisah.. asalkan Malaysia ini tidak dijajah oleh kuasa asing. Penjajahan bermakna tiada kebebasan untuk cari makan.

Sebelum Anwar menjadi YB.. PAS diperlukan untuk mengaut seberapa ramai Melayu yang anti-UMNO. PAS relevan kepada Anwar untuk menjamin sokongan Melayu kepadanya. Hal yang sama juga terpakai kepada DAP..

Apabila Anwar sudah kembali dalam pentas politik.. sasaran utama Anwar ialah bekas-bekas penyokongnya dalam UMNO satu ketika dulu. Mereka ini penyokong setia Anwar dalam kerajaan dalam krisis Anwar-Mahathir. Anwar sedar mereka ini tidak akan melompat kepadanya semata-mata kerana setia, kecuali Anwar memastikan lompatan mereka akan berbaloi.. Sebagai bekas ahli keluarga UMNO, Anwar cukup-cukup maklum akan tabiat dan perangai orang-orang Umno.

Kerana itulah.. Anwar memainkan gendang di Sabah dan Sarawak agar segala perhatian BN akan tertumpu kesana.. dan membiarkan YB-YB di semenanjung bergerak bebas tanpa tumpuan khusus dari SB-SB  politik untuk rundingan berahsia. Anwar mahu memancing ‘ikan-ikan besar’ dalam BN Semenanjung bukannya BN Sabah dan Sarawak.

Sasaran utama Anwar ialah YB-YB Umno yang bukan pro-Abdullah atau pro-Najib, YB-YB Pemuda MCA  dan MIC dan sebilangan besar YB-YB dalam Gerakan. Koordinasi masa dan kesepakatan tindakan mesti diatur secara teliti agar penghijrahan dapat berlaku dengan serentak bukannya secara beransur-ansur.

YB-YB Sabah dan Sarawak yang mahu melompat hanya dianggap bonus tambahan..

YB-YB Umno ini penting sebagai menjamin pengaruh Melayu akan berpihak kepadanya, dan sebagai pengimbang kepada pengaruh Melayu yang ditawarkan oleh PAS. Dengan merebut Melayu dalam Umno.. disamping Melayu yang sedia ada dalam PKR.. dan sebilangan Melayu yang terpesona dengan Islam liberal, secara automatik.. bilangan Melayu-Islam yang radikal dalam PAS akan terpinggir dengan sendirinya.

Ketika itu suara Melayu dalam PAS akan dipandang sepi dan kepimpinan bersama ulama hanya tinggal slogan sahaja.. tidak kuat seperti sebelumnya. Sebarang bantahan dari ultra-PAS dianggap pemikiran yang kolot dan sempit.. akhirnya PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebagai tanda protes. Tetapi.. tindakan itu sudah terlambat sebenarnya..

Habis madu, sepah dibuang.. Setia kepada kekasih tetapi kekasih sendiri mencari jantan lain. Maaflah orang-orang PAS.. ini realiti.

3 Responses to “16 Sept : PAS tunggu dan lihat, akhirnya ditendang PKR.”

  1. Tak ME..Layu Says:

    Bukan PAS yg ditendang pada 16/9 nanti..tapi Umno yg akan akan diganyang,dihumban,disepak keluar dari kancah politik negara ini.Sdr tak pandai nak mengulas suasana politik negara.Masih perlu perbanyakan sumber maklumat sebelum menulis.Suara Melayu sudah tidak penting sekarang.Suara Rakyat yg lebih utama kerana di negara ini,melayu cuma org UMNO sahaja.Apa yg penting adalah Islam.Melayu cuma bangsa.Bangsa yg menekan kaum sendiri.Melayu=MEnjadi LAYU.Sesuai dgn nama tersbut.
    ——————————————————————————————-
    p/s : Me..Layu,
    saya tidak mahu berdebat dengan orang yang tengah hangat bercinta.. sekiranya sdr fikir ianya logik, tapis semula.. kalau tak menepati citarasa sdr, jangan pakai. Sdr ada pilihan anda sendiri.. tidak perlu untuk saya memaksa sdr utk menerima pendapat saya.

  2. adil, Says:

    sebelum pkr menang, apa melayu umno buat. bela cina juga. sama juga skrg, kita x tau lagi apa yg akan terjadi. mari duduk penang baru tau. nak jadi bos, sory la. kuli boleh la. sekarang pkr, dap, pas pegang baru adil. harga rumah pun murah.

  3. Fisabilillah Says:

    Assalamualaikum wbt,

    Pertama sekali saya merasa orang-orang yang menyokong Anwar ni terlampau taksub. Soal bangsa saya tidak kisah tapi kalau melibatkan kesucian agama Islam saya sanggup berjuang dan mati syahid. Ingatlah saudara-saudara sekalian terutama ahli-ahli PAS amnya dan pemimpin2 PAS khususnya. Ingat semula perjuangan asal kita di dunia ini. Perjuangan kita menegakkan agama Allah. Ingat dari mana kita datang dan kemana kita akan kembali. Allah tak akan tanya parti politik mana yang kita sertai. Daripada mengagungkan Anwar Ibrahim baiklah saudara-saudara berselawat ke atas Nabi SAW yang akan memberikan syafaat kepada kita umatnya. Anwar Ibrahim tak dapat berikan syafaat di akhirat. Jangan agungkan dunia kerna dunia sementara saja. PAS boleh berdiri sendiri tanpa Anwar Ibrahim yang parti keadilannya hanya bersifat sementara. Ingat saudara-saudaraku pesanan Nabi SAW.

    Bacalah sirah Nabi betapa pentingnya umat Islam mempunyai dan memrintah negara sendiri. Jika umat Islam tidak menjadi kerajaan, bagaimana kita hendak menjalankan perintah Allah, undang-undang Allah dengan sebenar-benarnya.

    Ingat dulu Raja Habshah pernah menawarkan kepada Nabi SAW untuk tinggal di Habsyah namun ditolak Nabi SAW kerana jika setakat menumpang di sebuah negara yang rajanya kristian bagaimana Nabi SAW hendak menjalankan kerja-kerja dakwah dengan sepenuhnya. Sebab itu dengan usaha Nabi SAW dan sahabat akhirnya Baginda berjaya menubuhkan Madinah dan ianya negara berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Saudara-saudara seagamaku, ingatlah kita ini di akhir zaman. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bersama kita menuju ke arah negara Islam. Ianya tidak mustahil kerana di Madinah ketika zaman Nabi SAW juga terdapat orang kafir yang hidup di bawah pemerintahan Islam.

    Jadilah orang Islam yang beriman dan bertakwa. Jadilah contoh teladan yang baik. Terangkan dan tunjukkan keindahan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Berusahalah sedaya upaya kerana bila kita sudah dikafankan ianya sudah terlamabat untuk membetulkan keadaan.

    Bersatu di bawah panji-panji “Lailahailallah Muhammad Rasulullah”

    Assalamualaikum wbt
    (alqudz9@yahoo.com)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: