Untuk berjaya, PAS wajar berubah..

September 10, 2008

Ketika saya muda-muda dahulu.. peringkat belasan tahun dan 20-an, saya kurang berminat dengan PAS. Ketika itu saya lebih tertarik kepada UMNO. Bukan kerana saya hendak habuan, tetapi saya boleh belajar dan cari makan dengan aman.. walaupun tidak bergantung dengan ahli-ahli politik.

Apabila semakin meniti usia.. rasa kecewa kepada UMNO mula menebal. Hendak minta kerja pun kena ada ‘kabel’ orang UMNO, anak nak buat pinjaman buku teks pun perlu dapat pengesahan Tuk Penghulu UMNO. Apatah lagi dengan cerita-cerita dan gosip rasuah dan kronisme orang-orang UMNO dalam perbincangan tidak rasmi sesama rakyat.

Apabila saya kematian bapa saya pada awal tahun ini.. saya didekati oleh dua Tuk Penghulu, satu dari UMNO dan satu dari PAS. Kedua-duanya orang baik-baik, yang membezakan keduanya ialah.. kesungguhan membantu rakyat.

Penghulu UMNO ada berjumpa dengan saya dan menyatakan rasa simpatinya.. selepas itu hilang lesap entah kemana. Terjumpa dengan wakil rakyat DUN UMNO, diajaknya saya memberi undi. Penghulu PAS agak lain sedikit, beliau turut serta dalam upacara pengkebumian.. malahan beliau yang banyak bersusah-payah untuk meringankan urusan hal-hal kematian arwah bapa saya.

Akhirnya, saya selesa bersama PAS.. kerana akhlak penghulu PAS, saya tertarik dengan PAS.

———————————————————————————-

Saya bukan mahu bercerita tentang kematian bapa saya.. tetapi menceritakan betapa pentingnya akhlak seseorang dalam mempengaruhi seseorang.

Kerana akhlak arwah bapa saya.. keluarga saya dihormati penduduk kampung, orang-orang pejabat.. memandangkan bapa saya bekas Pengurus Besar agensi kerajaan. Malahan saya sempat bersua-muka dengan Tan Sri Sanusi Junid dan DS Anwar Ibrahim, ketika saya remaja.. mereka kawan arwah bapa saya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Saya berpendapat.. PAS dan UMNO tiada beza yang ketara. Mereka tetap orang politik.. bezanya, orang UMNO kuat cari duit dan orang PAS kuat belajar agama. Dalam PAS pun ada unsur rasuah dan kronisme.. tetapi tidak sehebat dan sekuat UMNO.

———————————————————————————

Walaupun bukan semua orang PAS teruk, tetapi aplikasi penghayatan Islam oleh sesetengah dari mereka tidak tepat dan memberi imej buruk kepada PAS, dan juga kepada agama Islam itu sendiri.

Orang-orang PAS harus sedar, PAS memperjuangkan KETUANAN ISLAM.. oleh itu haruslah mereka menunjukkan contoh yang baik sejajar dengan perjuangan parti dan selaras dengan Islam itu sendiri. Moto perjuangan PAS adalah sangat berat bebannya.. memperjuangkan kerajaan yang bermoral dan memperjuangkan daulat Islam.

1.  Orang-orang UMNO walaupun kuat rasuah dan cari duit, mereka bersikap rasional dalam realiti kehidupan. Kenduri orang PAS pun mereka pergi, boleh bersembahyang dengan berimamkan orang PAS .. tetapi orang PAS amat fanatik (bukan semua lah..tapi kebanyakkannya), sekiranya bertelagah pendapat isu politik.. tidak mahu berfikiran secara terbuka dan rasional. Malahan, menghadiri majlis-majlis orang UMNO dianggap satu dosa. Ini budaya Melayu-Pas, ini bukan ajaran Islam, Islam amat mementingkan tali persaudaraan dan persahabatan. Jangan selesa dalam kelompok PAS sahaja.. ETIKA NETWORKING DAN MARKETING..

2.  Orang-orang PAS suka menghina orang yang kurang didikan agama. Sekiranya ada remaja atau belia yang tidak alim dan suka bersosial, dianggapnya orang itu berdosa dan kotor.. tidak setaraf dengan mereka yang alim, yang pandai membaca Quran dan berzikir. Ini budaya Melayu-Pas, Islam mengajak kita agar berdakwah kepada orang-orang yang lalai dan juga kepada orang yang belum kenal Allah dengan cara yang berhemat, bukannya paksaan. Mendekati belia lain caranya.. mendekati orang tua lain caranya.. mendekati mak-nyah lain pula caranya.. ETIKA PENDEKATAN, DAKWAH DAN TAKSUB DIRI SENDIRI..

3.  Orang-orang PAS suka menghina orang yang tidak berserban, berkopiah atau memakai jubah. Itu budaya Arab dan budaya Melayu.. walaupun ianya sunnah Nabi sekalipun, janganlah kita memaksa orang untuk berpakaian seperti kita. Islam hanya meminta kita agar menutup aurat.. dan ada peraturan menutup aurat kepada lelaki dan perempuan. Memakai seluar panjang yang tidak ketat sudah dikira menutup aurat, bukannya mesti memakai kain pelikat.. kain pelikat adalah pakaian orang Melayu. Islam cuma menyuruh kita menutup aurat.. mahu pahala lebih, pakai jubah dan serban. Pakaian ke majlis lain.. pakaian ke masjid lain.. pakaian ke mesyuarat lain.. ETIKA PAKAIAN PAS, ORANG ISLAM KENA PAKAI MACAM MELAYU ATAUPUN ARAB..

4.  Orang-orang PAS suka berdebat dengan menggunakan emosi, bukan berhujah dengan pemikiran yang rasional dan terbuka. Mereka tidak boleh dikritik, pasti melenting dan akhirnya tidak mahu bertegur sapa lagi selepas itu. Islam menggalakkan muzakarah atau percambahan fikiran agar otak kita sentiasa hidup.. setiap hujah mesti ada bukti dan nas-nya. Islam tidak menyuruh kita bermasam-muka jika tiada kesepakatan pendapat.. bincang dan bincang lagi sehingga keputusan secara bersama dapat diperolehi. ETIKA PERSELISIHAN PENDAPAT, KRITIK ORANG TAK APA, KENA KRITIK TAK BOLEH..

5.  Orang-orang PAS suka meminta derma itu dan ini, atas dasar sedekah kepada perjuangan.. tiada pendekatan profesional, tersusun dan sistematik. Mana-mana yang cerdik dan nampak peluang, buka bisnes sendiri.. duit masuk poket. Ahli-ahli PAS berdegar-degar bercakap hal ekonomi dunia dan mengkritik ekonomi dibawah UMNO.. padahal mencari sistem yang sesuai untuk mengutip cukai bandar pun masih teraba-raba. Belajar agama memang penting.. untuk bekal akhirat, tetapi ilmu mentadbir dan ekonomi juga penting.. untuk bekal dunia. ETIKA CERMIN DIRI SENDIRI..

6.  Bercakap mengenai ilmu.. keutamaan orang-orang PAS ialah ilmu agama. Siapa yang pandai cakap Arab, siapa yang tahu ilmu hadis dan tajwid, siapa yang nampak ‘paling lebai’.. orang itulah yang berilmu dikaca-mata orang PAS. Orang yang pandai ekonomi, kejuruteraan dan lain-lain dianggap ‘second-class’.. Tiada budaya untuk menuntut ilmu.. padahal ulama-ulama tersohor pada zaman lampau tidak sekali-kali meminggirkan ilmu dunia. Ilmu agama sebagai asas dan tunjang.. dan lain-lain ilmu juga dipelajari demi kemajuan diri dan masyarakat. Islam mencintai ilmu.. bukannya belajar separuh, tinggal separuh. ETIKA MENCINTAI ILMU, ILMU AGAMA SAHAJA, ILMU DUNIA TAK GUNA YE..

7.  Bercakap mengenai kepimpinan tertinggi PAS.. pemimpin PAS juga ‘flip-flop’, bukan Pak Lah sahaja. Hari ini dikatanya bekerjasama dengan DAP yang dianggap seperti syaitan sebagai haram, tetapi esok lusa boleh duduk semeja.. semata-mata kerana bermain politik, untuk menjatuhkan UMNO. Dikatanya bekerjasama dengan syaitan diharuskan untuk menghapus kejahatan.. Dituduhnya UMNO suka kronisme, diri sendiri dibolehkan pula.. dikatanya Rasulullah juga mengamalkan kronisme. Mana satu yang boleh pakai ni??.. ETIKA MENGUTUK ORANG LAIN, DIRI SENDIRI PUN BUAT JUGA.

Secara keseluruhannya, PAS sudah berubah sekarang.. tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Oleh itu, jangan hairanlah sekiranya terdapat pertembungan pemikiran dan aliran pemahaman dalam PAS sekarang. Pertembungan diantara pemikiran ulama veteran dan ulama muda.. Tidak hairanlah ada yang menyukai DS Anwar dan ada yang tidak suka DS Anwar..

Orang-orang Melayu-PAS harus belajar pendekatan DS Anwar didalam bidang promosi dan pemasaran untuk memasarkan diri sendiri, belajar dari Yahudi-Amerika untuk perancangan dan strategi, belajar dari China akan kecekalan dan ketabahan, belajar dari orang Eropah akan mencintai ilmu, belajar dari India akan nilai-nilai kekeluargaan, belajar dan terus belajar.. Adakan satu jabatan dalam PAS untuk mengkaji peradaban dan keilmuan budaya orang lain.

Jangan kongkong diri sendiri dengan belajar ilmu agama sahaja.. Ilmu tauhid adalah penting sebagai asas dan panduan, sebelum mengorak langkah mempelajari ilmu-ilmu baru.. Jangan hanya melihat model di Asia Barat sahaja, padahal negara Arab itu sendiri berpecah-belah dan mundur. Malahan dicucuk hidung oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Inilah yang membezakan UMNO dan PAS.. UMNO dan DAP lebih terbuka dalam mencari ilmu, sayangnya ilmu tauhid ditinggalkan. Kerana itulah rakyat lebih suka memilih UMNO dari PAS.. kerana mereka yakin UMNO boleh memerintah.. samada mereka suka atau tidak. Malahan, sekarang rakyat berasa yakin kepada PAS kerana adanya Anwar dan PKR.. bukannya kerana kebolehan PAS itu sendiri.

Untuk lebih berjaya, PAS juga harus muhasabah diri sendiri.. berdikari.. memajukan diri sendiri. Agar PAS lebih dipercayai, dihormati dan diyakini.

Salam kemesraan dari saya yang menyayangi TG Nik Aziz dan PAS..

3 Responses to “Untuk berjaya, PAS wajar berubah..”

  1. aL-MaRBaWi Says:

    Pada saya, lebih elok dan enak jika UMNO dan PAS saling bekerjasama, bukan saling menghentam antara satu sama lain. Tunjukkan kepada Malaysia walau berbeza fahaman politik, tetapi tetap dapat bersama-sama menggembleng usaha Melayu Islam di Malaysia supaya berjaya.

    Lebih enak lagi, jika UMNO dan PAS dalam satu barisan…
    akan kuatlah pemerintahan Melayu Islam di negara ini

  2. Muslimat Png Says:

    salam sdr cekka…betul tak kalau sy katakan PAS hanya kuat dgn Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)…apa akan jadi dgn PAS kalau ditakdirkan Tuan Guru sudah tiada lagi satu hari nnt?? Apa benar TGNA berguru / seguru (tak tau yg mana satu) dgn arwah bapa Pak Lah?? Diharap saudara blh memberi sedikit komen / pendapat…
    ————————————————————————————
    p/s : siapa guru Nik Aziz atau Pak Lah tidak penting.. malahan kita semua adalah seguru, guru besar kita Nabi Muhammad. Yang membezakan antara kita ialah sikap kita kepada ilmu, Nik Aziz pandai hal agama sebab dia minat.. kita minat bidang lain, itu saja. Setiap manusia berpotensi jadi ulama kerana Allah sudah melantik semua manusia diatas muka-bumi jadi khalifah.

    Kalau hanya Nik Aziz itu atau kuncu2 dalam PAS itu khalifah.. jadi, kita semua ini binatang lah, sebab kita bukan khalifah? Hormat ulama berpada-pada bukan sampai membekukan akal sendiri..

  3. khair Says:

    saya sokong pendapat ini kerna pernah alami jugak situasi mcm ni.. syabas saya ucapkan.. pada saya umno dan pas kena ada toleransi.. baru bleh bersatu.. sebab tak ada toleransilah jadi mcm skrg ni..tapi yg sebenarnya ada org yang taku bila umno dgn pas bersatu.. sebab tu timbul mcm2 halangan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: