YES to Pakatan Rakyat but NO to Anwar Ibrahim..

September 14, 2008

Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!

Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar.

Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..

Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..

Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..

  1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??
  2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???

———————————————————————————–

Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..

Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.

Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.

Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..

Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..

Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?

Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.

Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..

Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.

————————————————————————————

Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.

Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.

Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..

Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..

Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..

Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia  ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??

Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak  sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??

Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..

Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.

Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..

Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.

———————————————————————————–

Hendak sokong UMNO.. BN dah teruk ! Perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan relevan.. tetapi hanya kerana Anwar ada disitu, saya jadi teragak-agak dan terbantut untuk menyokong perjuangan mereka.. Malahan saya melompat gembira Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12.. ketika itu Anwar tiada pun..

Kalau saya orang Cina.. mesti saya dah masuk DAP. Tetapi saya sebagai orang Melayu, cuma ada 2 pilihan.. UMNO dan PAS.

Hendak sokong PAS.. mereka bersama Anwar. Lainlah kalau PAS tidak bersama Anwar.. sudah tentu saya berdiri teguh dibelakang PAS. Harap-harapnya UMNO boleh berubah.. senanglah saya hendak membuat keputusan nanti..

Kalau UMNO tidak berubah ??.. hmm.. baik aku undi orang yang korup tetapi tidak menggadaikan agama dan negara, dari orang berselindung di sebalik agama tapi penggadai bangsa dan agama.. seperti kata Raja Petra, orang yang berselindung disebalik agama untuk menjalankan kerja-kerja gelapnya.

Wallahualam.. mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada hamba-Mu ini yang lemah lagi tidak terdaya.

24 Responses to “YES to Pakatan Rakyat but NO to Anwar Ibrahim..”

  1. Fazrul Says:

    Salam Bro,

    Lewat tido, satu karangang yang menarik… rata-rata ramai yang bependapat seperti anda…

    Teruskan dengan penulisan tentang apa yang perlu kita tahu….

    Wasalam,

  2. KJ Says:

    Assalamualaikum,
    Sebagai seorg yg mempunyai pengetahuan agama yg luas,beliau tidak akan bersumpah kerana perkara sumpah tidak boleh dipermain2kan.Ada banyak saluran lain yg perlu dilalui sebelum bersumpah.Jika mahkamah syariah telah memutuskan bahawa Sdr Anwar yg bersalah,padahal beliau tidak melakukannya dan maka pada ketika itu beliau layak bersumpah untuk menafikannya.Kes beliau ini sedang berjalan dan tidak diketahui siapa yg salah.Tidak perlu untuk beliau bersumpah.Mengenai soal Amerika banyak membantu beliau,kita harus terima benda ini dengan rasional dan terbuka.Apabila amerika membantu beliau,itu tidak bermakna beliau mengikut telunjuk Amerika.Tidak semua di Amerika itu org jahat.Islam juga hidup subur disana.Apa yg Amerika bantu itu adalah mengikut amalan demokrasi sebenarnya.Seperti meminta supaya mengamalkan kebebasan akhbar dan bersuara,tidak menggunakan akta ISA yg zalim.Zaman TUN Mahathir dulu,beliau banyak bersuara dan memusuhi Amerika.Kita sepatutnya tidak memusuhi sesiapa pun kecuali jika kita dizalimi.Amerika sebenarnya dipergunakan oleh Yahudi untuk agenda mereka.Rakyat Amerika tidak bersalah dlm hal ini.Cuma segelintir pemimpin mereka sahaja yg salah.Cuba saudara membuat rujukan pada Conspiracy Theory dan Illuminati.Saudara boleh ketemu agenda mereka disini.Banyak perkara yg dilakukan oleh kerajaan sekarang ini menuju kearah permainan Yahudi ini.
    ——————————————————————————–
    p/s : salam saudara KJ.. Khairy Jamaluddin ke ni?
    Saya menerima pendapat sdr dengan hati yang terbuka.. pendapat sdr ada asasnya yang tersendiri, begitu juga dengan diri saya. Tentang sumpah Anwar, biarlah masa yang menentukannya.

    Amerika.. saya bersetuju dengan apa yg sdr nyatakan, rakyat Amerika tidak bersalah cuma segelintir pemimpin Amerika.. bukankah segelintir pemimpin ini yang memomokkan Islam itu agama ganas dikalangan rakyatnya? Hinggakan rakyat Amerika fobia kpd Islam.. malahan Barrack Obama merosot undi popularnya kerana dikaitkan dengan keluarganya di Indonesia yang beragama Islam..
    Kenapa Islam di Amerika diburukkan.. peliknya, Anwar yang dikatakan Islamik cuba dinaikkan? Bukankah ini sikap ‘double-standard’ pemimpin Amerika kepada Islam?

    Mungkin sdr boleh memberi komen terhadap artikel ini : “Jewish Political Studies Review-Malaysia : Anti-Semitism Without Jews”
    http://jcpa.org/JCPA/Templates/ShowPage.asp?DRIT=3&DBID=1&LNGID=1&TMID=111&FID=388&PID=1631&IID=1639&TTL=Malaysia:_Anti-Semitism_without_Jews

  3. jamie Says:

    Sudah 6 tahun saya tinggal di Amerika Syarikat. Setakat ini alhamdulillah semuanya baik. Di Amerika semua agama diberi kebebasan untuk bercakap dan apa yang selalu digembar-gemburkan di Malaysia bahawa orang-orang Islam di sini selalu ditindas adalah tidak benar sama sekali. Bukan semua rakyat Amerika fobia terhadap Islam. Di sini Islam adalah agama yang paling cepat berkembang dah sekarang sudah ada lebih 2 juta penganut agama Islam di sini.

    Saya sampai sekarang masih tidak faham mengapa rakyat malaysia takut yg saudara Anwar itu ejen amerika? pada pendapat saya pengaruh tv, music dan lain2 lebih membimbangkan. Di Amerika, deskriminasi dlm mendapat perkejaan, pembelian rumah dan biasiswa adalah lebih rendah dari Malaysia yg konon2nya negara islam. Bukankah itu lebih memalukan?
    ——————————————————————————————
    p/s : salam Jamie..
    Hah..kita ada orang yang berpengalaman tinggal di AS.., saya tidak mengatakan Islam dianak-tirikan disama.. cuma dipandang serong. Islam adalah agama yang universal.. sdr Jamie sudah pun membuktikan.
    Masalahnya di negara kita bukan tentang Islam atau apa-apa agama.. secara keseluruhannya, dasar negara kita baik sekali matlamatnya tetapi orang-orang politik inilah yang berselindung disebalik agama. Sekarang BN dilihat sudah bermasalah, adakah nanti ahli politik dari Pakatan Rakyat 100% bersih?.. lebih-lebih lagi Anwar yang kita tahu rekod lampaunya dalam BN?

  4. Sekolah Atap Says:

    Jamie!! Ya ke macam tu, baguslah.. kalau begitu nanti bolehlah ramai-ramai orang melayu lari ke Amerika kalau dah tak ada kuasa politik di Malaysia.

  5. Sekolah Atap Says:

    kalau Malayu dah hilang kuasa politik di Malaysia ni, bolehlah nanti berhijrah ke Amerika.

  6. ustazsaid Says:

    Salam,
    satu tulisan yg baik, sy bg *****, spt sdr. sy juga bpdpt mcm sdr. TK

  7. rakyatceria Says:

    Ajen Amerika? Ejen apa? Siapa kata? So what? Biarkan sahaja UMNO/Abdulah Badawi terus memerintah malaysia? So what, Amerika tu tak elok sangat? Amerika bodoh? Amerika Yahudi? Kita dijajah oleh AMerika? Amerika JAHAT? UMNO Baik? BN Baik?

    Anuar Mesti bersumpah>? supaya apa? Hukuman siapa? Undang-undang siapa? Kalau bersumpah pun bererti benar? Apa yang kita buat kalau bersumpah bererti kita benar? Bersumpah hukumnya apa? Wajib? Kalau Anuar bersumpah tak buat maka Saifool akan bersumpah apa pulak? Awak ikut sumpah Melayu ke sumpah Islam? Sumpah sambil pegang Quran ker sumpah depan Imam. Bila dah bersumpah, mahkamah syariah berfungsi lagi tak?
    ——————————————————————————————
    p/s : Siapa pula kata BN itu baik? Tapi.. Anwar itu betul-betul baikkah? Adakah Anwar itu utusan khas Allah ganti Nabi Muhammad? Taksub kepada pemimpin bukan satu idea yang baik.. Janganlah kerana taksub kepada kebencian, kita tidak mahu berfikir secara rasional.

    Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengatakan, undang2 mendahului sumpah.. dalam kes mahkamah syariah, sekiranya tiada bukti atau kes.. maka kedua-dua pihak akan disuruh bersumpah disaksikan oleh Allah kerana keadilan di dunia tidak diperolehi. Kerana itu saya mahu tunggu dan lihat..

  8. TOK JANGGUT Says:

    Salam,
    Mula-mula nak ucapkan terima kasih kerana singgah kat fotopages saya dan kalau boleh lepas ni singgahlah pula ke blog saya.

    Saya sudah lama mengenali Anwar Ibrahim sejak 1994 lagi. Masa tu saya sedang belajar di UKM dalam bidang sains politik. Tidak kenal secara langsung tapi kenal melalui pensyarah, pernah juga bersalam tapi tak pernah bercakap secara sedar. Semasa tuduhan pertama ke atas Anwar dulu, tertuduh kelima juga saya kenal.

    Jadi saya tak hairan dengan kes ini. Cuma kita tak ada bukti sahaja, sebab tak ada saksi yang melihat.
    —————————————————————————————-
    p/s : salam tuk janggut..
    Harap-harapnya Allah buka kan hijab kepada kita semua..

  9. jamie Says:

    Kalau benar UMNO hendak menegakkan agama dan hak melayu mengapa ramai lagi anak-anak melayu yg terjebak dalam aktiviti2 yg tidak bermoral? Mengapa artis2 islam dibenarkan memakai pakaian yg terdedah di dalam tv? Mengapa apabila Jais atau Jawi menahan pengunjung kelab malam atau pub yg beragama islam terdapat menteri2 yg membela pengunjung2 itu? juga mengapa ramai lagi melayu yg hidup dlm keadaan kedaifan? 50 tahun sudah umno berkuasa bukankah masa itu cukup panjang utk membantu org2 melayu?

  10. Sekolah Atap Says:

    Sebab tu saya cakap lebih baik melayu pindah ke Amerika

  11. observer Says:

    Pada penulis, Syabas kerana berfikir. Kita mesti gunakan minda kita untok berfikir luas dan jangan sekali2 menerima sahaja apa kata orang atau pun ikut sahaja kata suara ramai sebab yang ramai itu tidak semesti-nya selalu betul. Kita juga jangan terlalu taksub dengan seseorang yang kita lihat sabagai orang alim (atau yg patuh pada agama-Islam) sebab ada orang yang mengunakan platform ugama untok mengkaburi mata orang dan juga untok mencapaikan hajat mereka atau berselindung di-balek watak mereka yang sebenar-nya. 10 tahun lepas apabilia Anuar di-tuduh,saya juga tertanya2 kenapa kah semua akbar/media Amerika saperti Herald Tribune, CNN semua menyokong Anuar dan menyalahi kerajaan Malaysia. Tentang Amerika, memang betul bukan semua orang Amerika itu jahat, ada rakyat nya yang baik2, tetapi yang saya takutkan ialah Pentadbiran America yang selalu berat se-belah cuba kita lihat apa yg berlaku di Palestine, kenapa America selalu menyebelahi Israel (Yahudi yang di-lahanati Allah SWT). Cuba lihat pula dengan apa berlaku di-Afghanistan, Iraq, Pakistan. Saddam Hussin yang mula-nya sahabat baik pada Pen. America akhir-nya di-bunuh anak beranak, negara Iraq porak peranda, rakyatnya beratus ribu mati akibat bom America. Mahu kah ini berlaku di-Malaysia? – Nauzubilah. Kenapa kah banyak negara Islam di-Timor Tengah bergelora dan orang Islam di anggap sabagai terrorist…? Iran yang tidak mahu tunduk pada telenjuk America sekarang ni sedang kuat mempertahankan negara-nya dari di-tuduh dan di-serang America/Yahudi. Apa-kah sumber kekayaan negara2 ini…? Fikir2 lah…!!


  12. Bro, Dunia nak kiamat dengan adanya orang yang berkelakuan keji tetapi mahu memimpin negara.

    Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid,

    yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka,

    seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi

  13. jamie Says:

    terima kasih gilamonster.. memang banyak dah tanda2 sebegitu… semoga kita tidak lalai mengejar dunia dan lupa pada akhirat..

  14. cekka Says:

    Okay.. itu realiti zaman BN. Cuba kita fikir dari segi lain, andaikata Anwar memerintah..

    Islam bukan lagi agama rasmi, azan hanya slow2 saje.. jangan guna speaker, setiap orang boleh minum arak atas sebab hak asasi, gay dan lesbian pun boleh tubuh persatuan juga atas sebab hak asasi. Bukankah hak-hak asasi ini yang menjadi asas perjuangan Pakatan Rakyat??

    Sekarang pun sudah jelas DAP lebih lantang dari PAS.. PKR mestilah mahu jaga hati DAP, dan ahli-ahli katak yang rata-ratanya bukan Islam. Zulkifli Nordin dalam PKR yang memperjuangkan Islam pun mahu dibuang?
    PKR memperjuangkan Islam apa kebenda..

    Dengan PKR(31)+DAP(28)+Katak(30)=89 kerusi. Mahukah mereka ini nak dengar PAS yg cuma 22 kerusi? Itupun belum kira ahli YB PAS yg taksub kepada Anwar..

  15. Si Tuah DUrhake Says:

    As’kum….
    Sedare yg dihormati semuanya.. saye adalah org melaka mmg dari dulu sering mengikuti perkembangan si anwar ni.. dah penah juga menjadi reformis ketike pada 1998..
    pengalaman dulu mmg saya tak dapat lupekan … manenye tidak .. nak keluar rumah pun takut (maklum sewa kt area Kg. baru juga la ) heli atas kepala 24jam sahaja…

    pada sekian kalinya saya merasakan tiada kebebasan dlm negara sendiri dan amat2 tertekan dgn situasi 1998 tersebut serta sering kali memaki hamun Dr. M …

    Tapi sekarang ianya berubah dan saya faham mengapa dan kenapa penahanan si anwar suatu ketika dahulu…

    Kita mesti berfikir kenapa si Dr. M ni dahulunya sering dimaki dan dihamun serta ramai diantara kita yg membuat sembahyang hajat dan bermacam2 lagi upacara utk menjatuhkan kerajaan Dr. M yg mahazalim itu.Tetapi tidak dimakbulkan Allah bah ekonomi negara pulih pelahan2

    Mengapa selepas keluar anwar dari penjara sahaja keadaan politik negara kembali bergolak…

    Sedare2 mesti faham UMNO sudah 51 tahun memimpin Malaysia usia tersebut bole menyamai usia seorg bergelar datuk (bercucu) mmg kita sebagai seorg manusia biasa dlm usia yg sedemikian bnyk kelemahan ini pulak parti yg sering bertukar2 pemimpin…

    saya tak katakan disini UMNO baik atau sebaliknya tetapi kita harus peka adakah menukar kerajaan PR adalah jalan yg terbaik dan adakah ianya lebih bagus dari kerajaan sekarang… dgn ketidaksamaan pendapat DAP dan PAS yg dari dahulu lg bercanggah…

    Sedare2 yg seislam dgnku jgn terlalu cemburu dgn kekayaan org lain melainkan bukan dari kalangan kita sendiri kerana bangsa lain bole imigran ke negara lain dan mmg dlm sejarah mereka bangsa pedagang dimana2 mereka berada ( rujuk kepada Chinatown) tapi kite org melayu adakah ini bukan negara datuk moyang kita dari dahulu lg kita adalah khalifah utk bumi Malaysia
    jd ‘ lu pikkir la sendiri ‘

  16. khairul Says:

    assalamualaikum pada semua. saya ni bukanlah orang yang bijak.saya nak tanya 1 soalan sahaja untuk kita fikir bersama… apa dah jadi dengan negara yang menjadi pro amarika?dalam berpuluh tahu apa yang terjadi kepada pemimpin mereka dan tentulah negara mereka?kalu berpuluh tahun dulu saddam dapat sokongan amarika tapi sekarang apa dah jadi pada saddam dan Iraq? kita ada akal jadi kita fikirlah dengan cara orang melayu bernegarakan malaysia..

  17. zamri Says:

    assalamualaikum. saya kurang bersetuju dengan pendapat awak bahawa anwar tak bersumpah kerana itu kita ragu-ragu dengannya. sumpah tu bukan perkara main-main. sekarang ni anwar tengah mengalami banyak masalah fitnah. kalau saya, saya pun akan abaikan sumpah ni. buat apa nak sumpah kalau tak benar. allah tah perkara yang sebenar. lambat laun rahsia ni akan terbongkar juga. kerajaan pak lah tak boleh lawan kerajaan allah

  18. Si tuah durhake Says:

    as’kum.. kembali sedare2 sekalian…
    saya kembali terpaut dgn kenyataan en zamri ini kerana anwar mengalami byk masalah fitnah…

    Sekiranya kenyataan tentang anwar kite kategorikan ianya fitnah tapi apakah kenyataan dr anwar ini kite bole kitegorikan sebagai kenyataan yang benar dan bukan berbaur politik melampau ?

    Sudah meluat kite mendengarnya .. skrg zaman moden tuan2!! Allah telah tunjukkan kpd kite pun kite tak perasan kerana ketaksuban kite terhadap org yg kite sokong kalau anwar di pihak yg benar dan benar2 memahami islam yg sebenarnya die pasti bersabar utk mendapatkan Malaysia …

    kerana terang2 kite tahu sabar itu adalah separuh drpd iman mcmana nak memperjuangkan islam sekiranya tiada kesabaran di dlm jiwa… utk menjaga hati org2 kafir yg menyokong beliau sanggup mendengar nabi kite dihina dan dicaci adakah dgn cara begitu tindakan seorg pemimpin yg kononnya memperjuangkan islam… wallahu allam…

  19. ijam Says:

    Salam

    saya terpanggil untuk turut sama mengemukakan pandangan peribadi saya. Sejak tahun 1998 lagi hati nurani saya berkata bahawa tiada insan lain yang lebih layak menggantikan mahathir selain dari DSAI. beliau menepati ciri2 seorang pemimpin yang lebih berkaliber bukan sekadar di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa.Kerana kelebihan, pengaruh, PR dan kecerdikan beliau itulah maka tidak mustahil beliau mudah diterima oleh kebanyakan pemimpin di seluruh dunia.

    Saya amat bersetuju pada hakikatnya dengan tindakan DSAI pada suatu ketika semasa beliau memegang jawatan TPM lalu mengadakan operasi ‘pembersihan’ di setiap agensi kerjaan daripada gejala rasuah dan sewaktu dengannya. Ini menunjukkan betapa meluatnya beliau dengan gejala haprak yang telah membusuk di dalam kebanyakan jabatan kerajaan pada ketika itu yang perlu ‘dibasuh’ dengan segera. Namun tindakan beliau itu tidak disukai oleh kebanyakan kroni mahathir. Dan dikira hampir suku jabatan kerajaan turut diheret sama dengan pelbagai kes yang turut melibatkan Mahathir sendiri ketika itu.Justeru untuk kelansungan parti yang memerintah pada ketika itu, Mahathir terpaksa walau dengan apa cara sekalipun mesti singkirkan DSAI. Tetapi cara penyingkiran DSAI itulah yang tidak dapat saya terima hingga kini yang mana kita semua sedia maklum bahawa akhirnya mahkamah membuktikan bahawa DSAI tidak bersalah

    Dan tambah membuatkan saya meluat lagi ialah kerajaan Pak Lah dengan segala kekuatan yang ada masih menggunakan helah yang sama. Saya tidak nampak ketokohan Najib mengambil alih tampok pemerintahan negara daripada Pak Lah. Seorang pemimpin yang penuh dengan skandal. Bukan sekadar hubungan dia dengan wanita Mongolia itu saja, malahan pelbagai kes lagi yang berjaya dilitupi daripada pandangan umum. Belum lagi dikira sebagai pemimpin tertinggi negara yang memperleceh dan mempergunakan agama Islam untuk kepuasan nafsu demi ‘survival’ politik haprak beliau. Pemimpin begini kah yang perlu kita agung-agungkan.

    Bukankah kita sebagai insan yang dianugerahkan dengan segala kesempurnaan berbanding dengan makhluk-Nya yang lain beleh membuat penilaian tentang siapa yang benar-benar layak untuk menjadi orang nombor 1 Malaysia selepas ini. Janganlah pertaruhkan negara kita yang dicintai ini kepada orang yang belum tentu mampu mentadbir dan memakmurkan Malaysia. Berilah kepada insan yang benar-benar layak.

  20. ijam Says:

    salam tuah derhaka dan yang lain2

    pada tanggapan saya DSAI telah melaksanakan satu jihad yang mungkin tiada seorang pun yang berani melakukannya lebih-lebih lagi di zaman diktator Mahathir. Sekarang ni pun dah mula nampak ‘kenyanyokan’ nya. kelmarin dia ishtihar dirinya telah keluar daripada UMNO, dan sekarang umumkan pula nak masuk semula ke dalam UMNO. Sepatutnya Mahathir layak berehat sahaja di rumah ketika ini.

    Kita kena jujur dalam memperkatakan sesuatu. Kita kena menilai sesuatu tindakan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak DSAI atau PR dari sudut pro dan kontra, tersurat dan tersirat. Kemudian membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang ada. Bandingkan setiap kronologi peristiwa yang berlaku dalam senario politik negara dari semenjak merdeka hingga kini.Siapa DSAI? Siapa Pak Lah? Siapa Najib?

  21. ijam Says:

    Sedara Tuah yang derhaka

    Dari mana sumber yang sedara peroleh yang mengatakan bahawa DSAI memejamkan mata memekakkan telinga apabila ada MP DAP yang memperlekehkan Nabi Muhammad? Saya rasa sedara ni banyak bersumber dan ‘berkiblatkan’ kepada media anutan kerajaan. Susahlah bila minda dah tepu nak terima perubahan ni dek kerana asyik masyuk dengan mazhab yang di anuti oleh parti yang memerintah.

  22. webm Says:

    salam… semua
    maapkan saya utk mencelah ..
    saya setuju dgn cekka dan rakan2 yg lain dgn tajuk yg diusulkan perjuangkan Ketua PR mmg angan2 mat jenin dan amat2 menyokong jika tindakan Pas keluar dari PR sebelum PR-13 utk memudahkan lagi perkiraan rakyat Malaysia agar mendapat undian yg tepat … insyallah !!
    TAKBIR !!!

  23. idle Says:

    pesal korang x suka sangat kat anuar nih?. x paham ak. ak ni sebenarnya dok atas pagar, x sokong mn mn pon. pd segi logik akal dan pandangan ak, anwar ni berjiwa rakyat, sanggup masuk debate nak lwn kerajaan ntuk turun harga minyak, dan katanya betol jgak, harga minyak akn turun dalam masa terdekat,tgk skrang dah turun mendadak. korang dok kata dia ni kaki liwat, ak heran sebab dulu mahkamah dah free kan dia sebab x de bukti kukuh dia liwat. skarang pon dgn saiful pon masih samar-samar lg betul ke tidak crita tu. satu lg yg ak heran ap fungsi bersumpah kalau ad mahkamah? adakah dengan bersumpah kes ini akan selesai? ak rasa anwar x nak bersumpah sebab malaysia ni ada sistem mahkamah, jd ap relevennya bersumpah? kita tunggu dan lihat sajalah. satu lg kenapa kata anwar anti islam? ak tgk anak bini dia semua pakai tudung berlitup berbanding pemimpin lain bini pon berambut merah, cukur kening plak tu? lg satu ap fungsi pas dalam PKR? pas cukup konsisten dalam menegakkan islam dan lantang menyuarakan pendapat tntang islam. kalau anwar anti islam dalam perjuangannya, ak rasa sudah lama pas keluar pakatan rakyat..lg satu kata anwar pro yahudi, amerika. adakah dgn pertemuan dgn pemimpin tersebut terus mengatakn anwar pro amerika. ak tgk skarang pon malaysia sudah pro yahudi dan amerika. lihat sajalah jenama yahudi seperti ,Mc Donald’s, KFC, Coca-cola,Maybelline, Ambi Pur,Johnson & Johnson, StarbucksCoffee berlambak kat malaysia.mengkayakan yahudi samalah seperti pro mereka. x de plak sekatan sikit pon barangan mereka sperti negara islam lain? ak mahu penjelasan yg releven dari sesiapa..

  24. genoak Says:

    Selamat sejhtra…antara negara Islam dgn ugama rasmi nya Islam tu jauh beza nya bro…!…nak kodem orang buat apa kalau fakta x betoi….!…maaf yaa!!


Leave a comment