Perlukah jalan belakang menubuhkan kerajaan?

September 14, 2008

16 Sept.. Jadi atau tidak?

Secara peribadi.. saya tidak bersetuju kerajaan ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Kalau diri saya dipenuhi emosi, mungkin saya bersetuju.. malahan saya juga setuju dengan rusuhan dan demonstrasi, agar kerajaan cepat-cepat tumbang.

Malangnya.. saya suka bersikap rasional. Saya suka kepada sesuatu yang bersifat aman..

Saya berpendapat.. lebih baik kerajaan dapat ditubuhkan secara bermoral, ..melalui pilihanraya umum. Pada pandangan saya.. kerajaan BN berhak memerintah sekarang kerana mandat rakyat kepadanya pada PRU12 baru-baru ini..

Kerana rakyat masih berbelah-bahagi dan tidak sepakat.. kerana itulah BN masih dapat berkuasa. Sekiranya kuasa rakyat itu seumpama taufan dan tsunami.. penipuan SPR mahupun undi pos tidak dapat menghalangnya.

Adakah anda fikir semua ahli BN betul-betul menyokong BN ?? Dalam hidup seharian.. mungkin memakai topeng BN, bila tiba pilihanraya.. dipangkahnya PAS, PKR atau DAP. Adakah semua pegawai kerajaan menyokong BN ?? tidak juga.. mereka terpaksa berlakon demi menjaga periuk nasi mereka, tapi hati mereka lain.

Kalaulah segelintir dari kita cuba peralihan kerajaan secara paksa.. seolah-olah kita menafikan pandangan dan pendapat orang lain. Seolah-olah  kita menganggap diri kita lebih pandai dari orang lain.. seolah-olah orang lain tidak ada akal fikiran, yang boleh membuat penilaian sendiri..

Sebagai contohnya.. dikawasan kampung saya, saya tidak bersetuju dengan kerajaan BN sekarang dan saya lebih pro kepada pembangkang. Di kawasan saya.. terdapat begitu banyak sekali ‘gelombang biru’, seolah-olah Kelantan akan diambil-alih oleh BN..

Tetapi.. ternyata BN gagal sama sekali di Kelantan.. Adakah penipuan pilihanraya dapat melawan kemahuan rakyat? Tidak juga..

Kerana itulah saya berasa sedih sekiranya ramai dari kita bersikap fanatik terhadap pemimpin.. padahal ahli politik itu pelakon kelas A, yang boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai keadaan.

Ketika PRU 12.. saya mengalir air mata kegembiraan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN.. tetapi saya berasa sedih kerana banyak negeri-negeri tidak lagi dibawah pengaruh Melayu. Ketika itu Anwar tidak bertanding.. malahan mengundi pembangkang semata-mata kerana kecewa dengan BN yang seakan-akan tidak mahu berubah dan tidak mementingkan rakyat.

Anda lihatlah sendiri apabila Anwar masuk kembali ke dalam kancah politik.. negara jadi huru-hara dan mula tidak tenteram. Padahal semasa kempen PRU 12.. keadaan tidaklah seteruk sekarang.. tiada timbul isu perkauman dan isu agama, yang ada isu kebencian kepada BN dan isu ekonomi.

BN orang politik dan Anwar juga orang politik.. sudah tentu mereka ada strategi masing-masing mahu memenangi hati rakyat. Taksub kepada pemimpin bukanlah satu idea yang baik..

Saya berpendapat.. pemilihan kerajaan melalui pilihanraya umum masih merupakan cara yang paling ideal dan tertib. “Lain padang, lain belalang” .. lain orang, lain pandangan.

6 Responses to “Perlukah jalan belakang menubuhkan kerajaan?”

  1. aberamly Says:

    POLITIK TAK ADA SIFIR CEKKA. SATU SAJA “TANGAN BERANI CINCANG, BAHU BERANI TANGGUNG.” KENA PASTI SEGALA LANGKAH. KALAU ACU2 JADILAH CERITA ANU..NYA PAKAI BUNGA.

  2. Fazrul Says:

    Salam Bro,

    Betul tu pendapat anda, biarlah sesuatu yang hendak dilakukan perlu dengan cara yang betul dan amam. Apa pun satu pandangan yang bernas dari anda..

    Salam mesra,

  3. cekka Says:

    Abe Ramly, politik pun ada sifir jugak ye?
    Okay.. peace to abe ramly and fazrul.

  4. Sekolah Atap Says:

    cekka! Masa saya sekolah dulu, seorang guru saya ada menceritakan satu kisah pada saya, jadi kisah tersebut memang saya ingat sampai kini, sebabnya adalah kerana realiti kehidupan yang saya lelalui memang begitu. Kisah dua beranak bersama unta (Siayah dan Sianak lelaki):
    1. Siayah dan anaknya sedang berjalan kaki sambil menarik seekor unta tanpa menunggang unta tersebut; apabila sampai disuatu kampung, org orang kampung berkata “Bodohlah dua beranak tu, ada unta tapi tak naik”.
    2. Sampai pula di kg lain, budah lelaki naik di atas belakang unta tsb tapi si ayah menarik untuk tersebut, apa org kampunt kata “Anak tak guna, ayah penat jalan kaki dia sedap2 naik unta”.
    3. Sampai pula di kg lain, si ayah naik unta, anaknya menarik unta tsb. Orang kg kata apa “Orang tua tak guna, tak kesian kat anak ke, dia sedap-sedap naik unta, anak jalan kaki”.
    4. Sampai di kg lain pula, kedua-dua sianak dan siayah naik di atas unta tersebut, orang akan kata apa “manusia tak tak ada otak, tak kesian langsung pada binatang, ada ke dua-dua orang naik atas unta”

    Jadi kesimpulannya selagi kita bernama manusia “ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL, KITA SAHAJA YANG BETUL”
    “ORANG LAIN SEMUA TAK GUNA. KITA SAJA YANG BERGUNA”
    Realiti politik Malaysia sekarang begitulah….
    —————————————————————————————
    p/s : salam sekolah atap..
    Jadi siapa yang bersalah? .. tiada sape-sape yang salah, kita semua kena tipu sama itu orang politik juga adanya.

  5. n u e x o Says:

    yang haram tetap haram … tidak islamik… sudah pasti dibeli dengan rasuah/habuan/janji … semua ini haram ..
    benda yang haram tetap haram … dan PAS menyokong yang haram … nauzubillah…

    PAS – politik semata … hanya guna islam sebagai wadah tp matlamat utama adalah politik…

  6. khairul Says:

    kepada cekka.. saya amat bersetuju dengan pandangan anda.. apa nak debat lagikan.. cara belakang ini tak elok.. bukan cara yang kita nak.. apa lagi nak diwar-warkan.. kalau yang tak elok dibuat jugak apa akan jadi? asyik-asyik belakang je.. macam ada yang tak kena jer…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: