Dalam laman web Malaysia, terdapat satu laporan berita yang menyebut bahawa Lim Guan Eng menasihatkan kepada Anwar Ibrahim agar memastikan pemimpin-pemimpin dalam PKR agar lebih berdisplin agar imej Pakatan Rakyat tidak tercalar..

Maksudnya :

” Anwar.. tolong nasihat sikit pemimpin2 Pas agar tidak gelojoh dan tidak ekstrim sangat, takut2 penyokong Dap (orang Cina) lari dari PKR. Kamu (Anwar) orang Melayu-Islam sama macam mereka.. elok kamu sajalah bagi nasihat, aku tak boleh.. aku cepat naik naik angin dengan Pas sejak dari dulu lagi”

*******************************************************************

Dalam satu laporan yang lain..

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok-Kok..”

Sudah terang lagi bersuluh.. kaum Cina yang agak ultra dan suka anti Melayu kebanyakkannya menganut Kristian. Kaum Cina yang menganut Buddha dan lain2 ajaran agak neutral dan tidak ekstrim. (Teresa ini Kristian juga barangkali??)

Maaflah.. penganut Kristian sejak dari dulu agak skeptik dan was-was kepada penganut Islam. Maklum sajalah.. imej Islam telah dimomokkan dengan imej negatif dan gereja2 di Vatican City selalu membuat perancangan untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia dari masa ke semasa.

Mana mereka tidak marah jika ‘jalan-jalan dakwah’ mereka cuba disekat dan disabotaj?

Dalam Malaysiakini, Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum. “Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya. Berita selanjutnya disini

————————————————————————————-

Apa yang saya nampak, kerajaan mahu membantutkan ‘suara-suara sumbang’ dalam negara.. sudah tentu ‘rakan-rakan sebantal’ Hindraf akan mengeliat kepanasan mendengar berita ini. Ada juga pihak yang mahu ambil kesempatan ini mahu cari populariti dalam politik. Samada niat perjuangan kita berniat baik atau tidak, kita tetap tertakluk kepada undang-undang. Jadi, kita kena hormati peraturan yang ada..

Kepada ex-Hindraf, jangan bimbang.. buat pertubuhan baru, daftar baru. Harap-harapnya.. wadah perjuangan terbaru Hindraf tidak lagi dicop sebagai ultra-India dan suka sangat demonstrasi sana-sini. Hindraf kata mereka rakyat Malaysia, tapi minta tolong Ratu Elizabeth kat London tu apa ceritanya? Jangan pula kerana taksub melulu untuk memperjuangkan nasib kaum, anda tidak menghormati perasaan dan adab-susila kaum lain. Berjuang secara berhemah..

Kena ingat.. ini negara ADA UNDANG-UNDANG. Itu YB Teresa Kok, selalu kata undang-undang Malaysia bawah pentadbiran BN tidak adil dan berat sebelah, apa pasal guna undang-undang Malaysia mahu saman Utusan RM 30 juta? Kenapa tidak mahu guna itu undang-undang Papua New Guinea ka? Somalia ka? Ayah Pin ka?

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Utusan Melayu (M) Bhd. hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (gambar) supaya beliau membuat permohonan maaf dan menarik balik pernyataan fitnah yang didakwa dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Menurut kenyataan syarikat itu, surat tuntutan tersebut telah diserahkan kepada Teresa melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co. yang mewakili Utusan Melayu. Lihat berita selanjutnya disini..

————————————————————————————–

Ya !! Satu tindakan yang tepat dan kena pada masanya..

Saya tidak menyokong kerajaan dan BN dalam hal ini, tetapi saya menyokong kebebasan media. Tidak kira samada mereka dari Harakah, Suara Keadilan, Utusan Malaysia atau Sin Chew Daily.. mereka adalah pengamal media dan harus dihormati.

Sikap Teresa Kok sememangnya bongkak dan angkuh, janganlah kerana mempunyai tiket sebagai pembangkang, beliau sudah besar kepala dan bersikap berat sebelah kepada mana-mana media. Sekira difikirkan secara logik, sudah berbakul-bakul saman yang boleh dikeluarkan terhadap Harakah atau Sin Chew Daily kerana fakta-fakta berita yang berat sebelah.

Budaya saman-menyaman ini nampaknya sudah menjadi kegemaran dan ‘trend’ YB DAP dan PKR.. ada satu nasihat orang-orang tua, memilih untuk bersabar adalah lebih baik dari berkelahi.. tetapi, kita wajib bangkit melawan dan berjuang sekiranya maruah dan air-muka kita dipijak-pijak, difitnah dan dicabar !!

PS : Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM 30 juta, apa kata jika UM saman balik YB DAP RM 100 juta atau lebih.. kasi muflis terus, biar hilang kelayakkan sebagai ahli Dewan Rakyat. (Saya tidaklah terasa sangat dengan kenyataan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, tetapi Teresa Kok ini memang melampau dan angkuh.. ‘tension’ jadi andartu kot?) ;p

Akhirnya Teresa mengaku dia ada menyebut makanan yang diberi kepadanya seperti makanan anjing, itupun setelah terperangkap dengan rakaman video dan tersebar luas dalam youtube.com.. tapi si minah kepoh ni masih nak tunjuk lagak dan besar kepala, malahan mencabar Utusan agar menyaman dirinya kalau berani.

Saya mendapat tahu bahawa UMNO Seputeh telah membuat laporan polis terhadapnya semalam.

Teresa ini memang angkuh.. kalau betul dah tersalah cakap, minta maaflah melalui media.. nak malu apa? Tapi masih nak menyalahkan kerajaan dan orang lain. Saya berharap sangat-sangat agar pihak tahanan ISA dan Utusan dapat menyaman balik si minah kepoh ini kerana telah memalukan intergriti akhbar dan pihak penjara.

Teresa Kok berkokok lagi (2)..

September 23, 2008

Dalam Buletin Utama TV3 dan mStar, Teresa Kok menafikan kenyataannya yang mengatakan makanan yang diberi kepadanya seperti makanan anjing.. malahan beliau berkata wartawan Utusan cuba memutar-belitkan kenyataannya.

Selanjutnya, beliau berkata.. dia hanya mengatakan makanan tersebut ‘baik sedikit’ dari makanan anjing.

Bagaimana pula dengan temuramah berikut sejurus selepas dia dibebaskan? Cuba dengar elok-elok ayat dari mulut Teresa pada minit ke 3.54..

Bukankah Teresa mengatakan perkataan.. food served ‘similar’ to dog’s food? Bukankah perkataan tersebut jika dialih-bahasakan ke Bahasa Malaysia bermaksud sama @ bersamaan ? Adakah maksud ‘bersamaan’/’similar’ itu sama dengan maksud ‘baik sedikit’?

Ayat yang paling baik untuk Teresa.. YOU REALLY SUCK ! TERESA..

Terdapat dua penipuan yang utama oleh Teresa..

1.  Menafikan pernyataan bahawa dia menyamakan makanan dalam tahanan, yang dihidang kepadanya, sama seperti makanan anjing.

2.  Mendakwa diberi nasi bersama telur, mentimun dan sedikit kuah.. padahal hari ini beliau juga mendedahka yang beliau juga diberi lauk ayam, ikan kembung dan sayur-sayuran.

Kenapa mahu menipu Teresa? Nampak sangat anda cuba membuat provokasi agar rakyat marah kepada kerajaan sekarang, ..anda mahu rakyat lihat kerajaan sekarang buat zalim pada banduan.

Kenapa nak cakap berbelit-belit Teresa woii.. mahu ‘telur’ yang best kah? Kalau nak.. Lim Kit Siang boleh bagi, kalau nak yang power lagi.. mintak aje dengan Karpal Singh.

Teresa berhasrat untuk memanjangkan kes penahanannya ke mahkamah dan membuat saman kepada Utusan, saya berharap agar pihak berkenaan dan kerajaan dapat menyaman kembali Teresa ini.. atas dakwaan cuba menghina pihak penjara dan kebebasan media melaporkan berita. Ambil saja klip video diatas sebagai bukti..

Teresa Kok berkokok lagi..

September 20, 2008

YOU SUCK ! TERESA..

Petang tadi, Teresa Kok telah dibebaskan dari ISA. [Malaysiakini] melaporkan, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu. Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung 3 tuduhan : (1) melarang laungan azan di dua masjid, (2) mempersoalkan peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain dan (3) membantah penggunaan tulisan jawi pada papan tanda.

Dalam Buletin Utama TV3, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana didakwa menahannya secara tidak sah, di samping itu beliau juga mendakwa makanan yang disediakan kepadanya seperti ‘makanan anjing’..

Dalam artikel [Malaysiakini]..”Saya menafikan dua tuduhan pertama itu,”

1.  Secara keseluruhannya.. saya sememangnya tidak bersetuju dengan penahanan secara tergesa-gesa ke atas Teresa Kok. Saya rasa beliau wajar disiasat dan disabitkan kesalahan melalui proses biasa perundangan melalui mahkamah sivil bukannya ISA.

2.  Memandangkan Teresa bukannya penganut Islam.. perundangan mahkamah syariah tidak meliputi dirinya walaupun terdapat laporan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3.  Tetapi yang amat dikesali ialah sikap dirinya selepas dibebaskan.. beliau mendedahkan seolah-olah dirinya menjadi mangsa yang teraniaya dan diperlakukan seperti anjing, walaupun bapanya mengucapkan terima kasih kepada polis yang melayan anaknya dengan baik semasa dalam tahanan..

4.  Nampaknya Teresa ini seorang yang ego dan besar kepala.. biarlah mahkamah yang menentukan kesalahan dirinya terhadap ketiga-tiga isu yang berkaitan, sekiranya kerajaan patut membayar ganti-rugi.. kerajaan kena terimalah.

5.  Memandangkan dia tidak menafikan tuduhan ke 3.. sekiranya dia didapati bersalah oleh mahkamah, sumbatlah kembali beliau dalam penjara.. dalam penjara, tak payah haraplah nak makan ‘chicken chop’ atau ‘BBQ Pork’ lagi. Terimalah hakikat..

3 HARI + 4 HARI LAGI..

“Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu…” [mStar]

————————————————————————————-

“Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan orang kedua ditahan hari ini di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang…” [Pink Turtle]

————————————————————————————

“Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini…” [MalaysiaKini]

————————————————————————————-

“Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang ke Taiwan untuk mempelajari kemajuan bidang pertanian di sana mengakhiri lawatannya hari ini dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka berlepas balik dalam masa beberapa hari akan datang. Pengerusi BNBBC Datuk Seri Tiong King Sing berkata lawatan itu yang bermula Selasa lepas, telah menamatkannya “Saya tidak pasti jika anggota Parlimen pulang esok.” “Hari ini, kita habiskan semua jadual lawatan rasmi…”[Bernama]

————————————————————————————-

p/s : Habiss..  habis punah-ranah Malaysia ku..

Secara peribadi.. saya menganggap kerajaan bersikap ‘double-standard’ dalam hal ini. Saya bersetuju sekiranya tindakan diambil kepada pihak-pihak yang cuba mencetuskan api perkauman dan isu keagamaan, yang sememangnya sensitif dalam negara kita..

Tetapi tindakan ini TIDAK ADIL kerana Datuk Ahmad Ismail hanya dikenakan hukuman digantung keahlian parti selama 3 tahun, sepatutnya beliau juga harus dikenakan ISA.. setidak-tidaknya 3 orang yang ditahan polis tadi, patutlah dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum dibuktikan bersalah.

Sementara itu.. tindakan YB BNBBC yang berpindah kelokasi lain adalah dipercayai merujuk kepada pemergian 4 orang wakil PKR ke Taiwan.

Saya berpendapat.. BN sengaja mencari nahas dalam hal ini, sudah tentu ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat bukan melayu kerana bersikap tidak adil. Keadaan ini menambah rasa benci dan tidak percaya kepada BN.. oleh itu saya rasa agak sukar untuk BN memenangi hati rakyat bukan melayu selepas ini.