Baru-baru ini Khairy ada berdebat dengan Husam Musa di Balai Islam, Kota Bharu. Walaupun tempat itu cuma 10 kilometer dari rumah saya, tetapi sesi debat tersebut tidak menarik minat saya langsung untuk turut serta. Samada si KJ atau si Husam Musa.. dua-duanya saya tidak hiraukan sangat.  Samada mereka itu UMNO atau Pas, bukannya menjadi faktor utama utk saya turut serta. Kalau pesta buku atau ‘PC fair’, ada juga rasa minat nak jengok-jengok..

Antara yang menjadi isu setelah tamatnya sesi debat tersebut ialah isu hudud. Si Husam Musa kata Pas tetap akan teruskan.. si KJ pula cabar-mencabar tetapi terjerat dengan soalannya sendiri. Khairy mahu Hudud dilaksanakan? Kah..kah..kah..

Tapi, apa yang pasti.. isu hudud sengaja ditimbulkan agar terdapat satu modal yang boleh diguna-pakai untuk sesi pilihanraya. Satu isu mesti dicari untuk diwar-warkan, di putar-belitkan atau dihangatkan sebagai bekal perang psikologi pilihanraya.

Read the rest of this entry »

Komen ini dihantar oleh seseorang yang menggelarkan dirinya ‘ilovetgnatghh’ kepada tuan punya blog Jentayu.. kerana dirasakan ianya berguna untuk tatapan ahli PAS, saya telah menyalinnya kedalam blog saya. Anda boleh membaca artikel ini dalam blog [Jentayu] atau baca saja kat bawah ni..

HUSAM TIDAK ADA ADAB BERJAMAAH

” Izinkanlah tulisan ini diletak di muka depan blog anda. Ia membantu demi cinta pada Islam. Dalam seribu pimpinan utama PAS, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka – suka atau suka pada blog ini.

Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa – apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti.

Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..Saya cinta Islam dan saya cinta PAS.”

(1) Husam banyak masalah di Kelantan, walaupun dia disukai ramai orang bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan PAS kelantan. Dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang PAS mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.TMB kelantan yang wara’ tu tak suka sangat2 pada Husam.

Begitu juga Nik Amar, Takiyudin, Mohamad Iraqi, Nasrudin Daud, Dato’ Halim, Dato’ Omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada Husam. Takkan ketua ulama pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka sendiri lah.. Nik Abduh dikenal anti-Husam di sana, tapi tak lah macam antihusamblogspot ni yang agak provokasi juga kadang2.

Hanya TGNA yang masih sayang Husam.. sebab, tak ada siapa nak sebut buruk Husam padanya. Kalau ada pun, TGNA payah percaya sebab Husam banyak bantu beliau sampai tak nampak buruk lakunya dalam PAS Kelantan. Husam selepas pilihanraya 12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya, ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah husam, TGNA tak ambil pandangannya. Dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi MB nampak semakin sukar.

(2)  Kini Husam buat masalah di Pusat pula selepas tunjuk perangai di Kelantan sana. Isu sama.. dia bukan jenis jaga adab jamaah, dia boleh tinggal TGHH dan buat apa dia suka macam dia tinggal TMB kelantan dan campur urusan exco2 lain. Husam hanya sayang TGNA.. tak percaya tanya dialah, tapi.. dia cukup panas pada TGNA bila TGNA tak ambil pilihannya dalam dan lepas pilihanraya dulu. Biasalah.. sayang duniawi lebih berbanding akhirat.

Antara kelebihan Husam ialah dia lantik dirinya jadi Bendahari PAS Kelantan tak rasmi. Dato’ Anuar Tan kata PAS Kelantan tak ada duit banyak, tapi semua orang tahu Husam banyak duit berjuta juta.. ini salah dalam Jamaah Islam. TGNA tak ambil tahu perihal wang, Husam guna kekurangan ini untuk jadi ‘raja duit’. Ingat, semua tahu dia jaga Hatta Ramli,bendahari pusat,sebab itu Hatta terikut ikut budaya Husam. sayang ya.. Dr pun kena kalah pada Husam kerana duit..

(3)  Krisis sekarang adalah kerana TGHH, tak macam TGNA yang tak nampak bahaya Husam. TGHH nampak kelibat Husam yang dah buat buruk di PAS Pusat. Husam gagal tipu dan perguna TGHH.. mungkin TGHH dah ada maklumat tentang husam yang buat perangai di Kelantan.. Husam tak hormat ulama, dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariah.

(4)  Krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru.. ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk di PAS Pusat.. betul, TGHH tidak dihormati oleh Husam & puak2nya lagi.. semua ni bawaan budaya Husam di Kelantan. Syed Azman pun dah jadi tolol tak hormat pada TGHH lagi. Dr Hatta, Mahfuz dan Khalid dah mula terikut2 budaya karut ini.. Dr Zul orang cerdik JIM pun nampak tunjuk muka hero juga.. jangan Mujahid dan Saari Sungib buat perangai mereka nih.

Kenalilah Husam pada pandangan ulama.. ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan. Alhamdulillah.. TGHH faham dan tak percaya Husam dan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan PAS. Husam cucuk TGNA dengan idea runtuhkan BN cara DSAI.. TGHH lebih faham demi Islam bahawa Anwar perlu dikawal.. tidakkah semua setuju Anwar itu ‘political animal’? salahkah TGHH letak syarat demi islam lebih terjamin? Perhatikan soalan saya dengan betul..

(4)(a). Bila TGNA jarang ke Pusat kerana faktor kesihatan.. boleh kah TGNA dapat gambaran sebenar lebih baik dr TGHH yang sentiasa menjadi pengerusi mesyuarat pusat?

(4)(b) Salahkah tanggapan bahawa Husam lah yag cucuk TGNA dengan maklumat bohong dan palsu? Satu.. orang Kelantan percaya begitu. Dua.. TGNA dah tunjuk benci pada org yang dibenci Husam.

Hari ini, Dato Pa kena hentam teruk.. semua terkejut ia datang dr mulut Tok Guru (jika benar Anuar Bakri ambil dari lidah tok guru dan salinnya dalan tulisan ‘bias’nya itu.. Anuar memang dikenali org kuat Husam macam Kickdefella).

Bolehkah anda bayangkan TGNA macam anggap Datuk Pa macam dah kena cucuk UMNO? Inilah mainan Husam dan puaknya yang cuba renggangkan hubungan TGNA dengan orang yang anti kepadanya. Orang Pusat tahu Datuk Pa ni memang kenal sangat Husam.. dia lebih lama dlm PAS, lebih dari TGNA walaupun TGNA lebih tua. Jasa Datuk Pa siapa boleh tolak?..Jgn terkejut, jikak TGNA hentam TGHH pula.

Hanya keberanian boleh menyedarkan TGNA dari cucukan Husam.. siapa pimpinan PAS yang berani ketuk TGNA sikit agar dia sedar kesilapannya.. Siapa tak sayang TGNA, semua sedih dan jika berterusan, mungkin ramai menangis TGNA dan TGHH bertembung.. yang tak sedih adalah munafik, setuju?

Ingat.. perbalahan adalah isu strategi, biasa saja seorang tok guru, TGHH ke atau TGNA boleh silap caturan.. tapi bila TGNA hentam sama sendiri, nampak sangat dia dipukau Husam dengan maklumat tak betul.. kerana strategi, TGNA hentam Datuk Pa.. Sedihkan?

(4)(c)  Jika kita mahu DAP faham islam, tidakkah kita juga kena faham bahawa DAP pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak umno itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya?

DAP lebih lantang anti islamnya berbanding MCA dulu.. mengapa tiba2 kita macam yakin DAP tak bahaya? Salahkah TGHH sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu Islam dlm kerajaan baru dibuka jalan.

DAP mahu jalan cara mereka dibuka.. DSAI ditengah2. Anda yakin DSAI akan dengar PAS sedang dalam PKR, ‘non-muslim’ selantang DAP mengelilingi DSAI? anda yakin DSAI tak tipu sedang dia ‘political animal’? DSAI kan puji Salman Rushdi? Ada dia tarik balik? DSAI kan setuju IFC, ada dia tarik balik? DSAI lebih baik dari Pak Lah, ya.. tapi, adakah DSAI lebih sayang Islam dari TGHH, tidak!

(4)(d)  Mengapa Husam canggah TGHH dalam Harakah yang minta jumlah ahli parlimen Islam mesti majoriti sebagai pengimbang dan pembantu jika DSAI terseleweng dalam kerajaan baru? Yakinkah Husam pada perkara yang tak pasti lagi, bahawa ahli UMNO akan lompat secara automatik lepas tubuh kerajaan baru? TGHH minta kepastian untuk Islam, sedangkan Husam hanya meneka dan meletak Islam dalam sebut-harga dan tender terbuka? Siapa lebih menjaga Islam?.. otak ulama atau otak Husam?

(5)  Pulau Pinang hari ini adalah Singapura kita dulu.. Ia adalah negeri Cina dalam hukum politik.. Gerakan, MCA UMNO tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. Bahkan Gerakan pun tak kisah.. Ingat, pelabur Cina-Taiwan boleh hidupkan Penang walaupun di asak Pusat.. Penang bukan Kelantan yang tiada rakan luar negara.

(6)  Lim Guan Eng baik.. dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan Islam. Dia mahu tunjuk bahawa tanpa Islam pun dia boleh jadi macam Umar Abdul Aziz.. dia baik dan mahu ahli PAS terima DAP dan cita2 tetap negara sekularnya. Kita bertembung dengan DAP dalam mencacak senario politik baru di Malaysia.. ‘non-muslim’ guna Anwar sebenarnya.. Adakah PAS yakin boleh guna DSAI dengan mudah?

(7)  Masa muqabalah dulu.. Husam kata Timb. Presiden, Dato’ Pa gila kuasa untuk ‘join’ BN.. tapi semua meleset sebab confirm oleh Syura bahawa ‘join’ BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah.. penuh nas dan hujah. Sekarang Husam & The Gang pusing negeri sebut jawatan PAS sebagai menteri itu ini dalam kerajaan PR.

Siapa gila kuasa? Siapa presiden PAS? TGHH atau Husam? Kan betul.. Husam mana ada hormat org? mana tahu adab jamaah? Semua di pusat tahu betapa husam bincang DSAI tanpa restu TGHH & Syura.. dia tunjuk pandai di Pusat macam dia buat di Kelantan, sampai meluat habis kepimpinan PAS Kelantan.

Salahudin pemuda jenis ‘betul-bendul’.. Nik Abduh sekali panas sekali sejuk..Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelamatkan PAS.

Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim.. TGNA dan TGHH akan mati tak lama lagi. yang tinggal tak mati adalah PAS.. untuk dipimpin orangg macam TGHH atau macam Husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK-ANAK DI HARI DEPAN.. BERSAMA SELAMATKAN PAS !!

“Semalam.. penulis mencari-cari penyokong kuat PKR dalam surau yang ajak penulis minum 2 hari lepas. Nampaknya tiada.. barangkali ada hal, tiba-tiba terjumpa ayahandanya, lalu penulis bertanya, mana Ahmad pak cik..? Penulis terkezut bila ayahnya berkata..” dia tak pi taraweh malam ni, ada kat rumah, kecewa dan malu..” kenapa pakcik, katanya lagi “..Anwar tipu dia kata jadi PM hari ini, janjinya tol hapus, minyak free, makanan ruji free, sekarang frust menonggeng ..”.

“Di rumah, berSMS dengan dua tiga MP BN dari Sabah, kata mereka, “..rakyat jangan terpedayalah dengan dia, itu wayang dia saja tu “

Dan penyokong kuat PAS di kampung juga hantar sms, “..PAS tertipu dengan kata-kata indah Anwar, paling sedih Anwar sebabkan kami pecah-belah ..”

Sekarang dah heboh pula ada team ‘Erdogan’ dalam PAS. Erdogan ini merujuk kepada pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Tayyib Erdogan, yang berjaya mengambil-alih pemerintahan Turki. Sebelum itu, terdapat satu parti Islam yang berjaya memerintah Turki tetapi digulingkan oleh tentera. AKP ini merupakan serpihan dari parti Islam tersebut.

Read the rest of this entry »

Ikuti artikel menarik Mohd Sayuti Omar dengan artikel “Mengenali Husam Dalam Politik –disini– atau baca jer terus kat bawah ni..

NAIB Presiden Pas, Husam Musa adalah antara pemimpin Pas yang ‘diarah’ oleh muktamar Pas ke-54 di Ipoh beberapa hari lalu supaya turun ke Permatang Pauh mengiringi Anwar Ibrahim ke pusat penamaan calon. Selain daripda beliau, nama Dr Mariah Mahmood, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Mujahid Yusuf Rawa dan Muhammad Sabu juga diminta oleh muktamar agar mereka ke pusat penamaan calon.

Kepada ahli Pas yang anti Husam dan tidak berkenan Pas menyokong calon PKR di Permatang Pauh, (Anwar Ibrahim) tidak boleh salahkan mereka secara bulat-bulat atas kehadiran mereka itu. Sebab mereka diarah oleh muktamar bukan iseng-iseng mereka untuk pergi!. Maknanya itu adalah rasmi dan menandakan komitmen Pas pada pilihan raya kecil berkenaan.

Apakah muktamar Pas memilih nama-nama mereka kerana mereka sudah menjelaskan siripnya awal-awal mereka adalah orang yang menyokong kuat Anwar Ibrahim?

Husam misalnya orang yang tidak berenggang jauh daripada Anwar – bukan saja berceramah sekali dengan Penasihat Umum PKR itu tetapi turut hadir ke rumah Anwar untuk bertanya khabar dan memberi sokongan moral kepada Anwar dan keluarganya.

Bukan itu saja beliau juga dikatakan turut sama menyertai delegasi pelaburan ke Dubai bersama Anwar dan MB Selangor Khalid Ibrahim. Ini menandakan seakan Husam sudah berada jauh dalam kamar tidur politik Anwar.

Read the rest of this entry »