Semalam, apabila Dr Mahathir bercakap mengenai Bangsa Malaysia dan PM boleh jadi dari kaum bukan Melayu.. seperti biasa, beliau akan dikutuk dan dicaci. Secara peribadi, saya tidaklah taksub kepada beliau dan tidak juga membenci beliau. Tetapi, sehingga setakat ini (Tahun 2008), saya berpendapat beliau masih PM Malaysia yang paling berjaya dan paling cerdik dalam karier politik.

Seingat saya, ketika beliau masih berkuasa, arwah ayah saya amat membenci beliau.. pantang saja beliau muncul di kaca TV, pasti kami anak-beranak ‘melepas’ nak tengok TV kerana ianya telah ditutup atau dialih siarannya. Di kedai-kedai kopi, apabila orang-orang tua melihat saja gambar Dr Mahathir, terus saja mereka meludah ke tanah.. begitulah bencinya mereka kepada beliau.

Read the rest of this entry »

Advertisements

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” artikel selanjutnya dalam mStar Online disini.

————————————————————

Kenyataan paling keras setakat ini kepada Dr Mahathir dari Pak Lah.. dan kita juga harus menilai kembali asakan demi asakan dari Dr Mahathir bermotifkan apa? Padahal seluruh Malaysia dah tahu Najib MUNGKIN jadi PM pada Mac 2009 ini..

Secara peribadi.. saya berpendapat Pak Lah mungkin ‘terasa hati’ dengan kenyataan terbaru TDM baru-baru ini. Mungkin beliau sudah sedar akan kesilapannya yang lalu dan bersetuju untuk berundur dengan ‘syarat-syarat tertentu’. Sebelum ini, saya sudah mengatakan Pak Lah tidak akan berundur begitu sahaja.. sekurang-kuranya berundur dengan cara yang terhormat bukannya berundur kerana tekanan dalam parti BN (baca: dimalukan oleh parti sendiri).

Sekiranya Pak Lah ada berniat jujur demi perpaduan ahli-ahli parti , sememangnya beliau patut ‘bengang’ dengan TDM.. kenyataan TDM mahu orang-orang Pak Lah mesti disingkirkan juga, seolah-olah menggambarkan dirinya seorang yang amat hina sehinggakan seluruh keturunannya juga harus dihapuskan.

Pengajaran utama dari polemik ini ialah KERANA JANJI.. Pak Lah sudah banyak mungkir janji. Orang yang tidak menepati janji memang sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain lagi. Seorang yang tenang tapi licik.. Pak Lah satu hal, Khairy pun satu hal juga yang harus dipertimbangkan. Khairy ada wawasan, kecerdikkan dan semangat bersesuaian dengan dirinya yang masih muda.. seeloknya beliau dapat bersabar sedikit masa lagi.

Ada asasnya juga TDM meragui keikhlasan Pak Lah mahu berundur.. bahkan Najib juga begitu. Selagi jawatan PM tidak bertukar tangan, selagi itulah pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi menantunya, Khairy, beradu nasib jawatan Ketua Pemuda.

Tempoh menunggu 6 bulan masih jauh dan lama untuk ditunggu oleh orang politik, sekiranya Khairy cukup kuota untuk bertanding.. tempoh masa yang panjang mungkin boleh menyejukkan kembali ‘kehangatan’ reformasi yang berlaku dalam parti UMNO sekarang. Mungkin kehangatan tersebut boleh disejukkan dengan lobi dan hujan wang dari pihak-pihak yang tertentu. Sejarah membuktikan, menang undi pencalonan tidak semestinya menang jawatan.

Saya berpendapat.. faktor inilah yang menjadi kebimbangan TDM.

-ps- Tengok orang lama-lama bergaduh, kita sendiri yang naik resah.. Maklum sajalah, makin lama umur, emosi kita semakin emosional. Orang tua-tua pernah berkata : Hidup ini satu putaran, orang yang berusia lewat akan jadi mudah sensitif dan beremosi seperti zaman kanak-kanaknya.

“Personaliti Najib mungkin lebih kuat berbanding Abdullah tapi konflik dalam dirinya (juga keluarga) begitu dahsyat. Mahathir mungkin diberi peluang untuk membantunya, namun silap langkah, ia boleh mengundang petaka lebih besar.” ..Harakah

“Mahathir’s view in his interview with Manichi Daily News is typical Mahathirism,but what is sad and ominuos is that he is clearly not prepared to heed the demands for justice, rule of law, political and economic reforms which caused the unprecedented electoral setbacks suffered by UMNO in the recent general election and start the process of national reconciliation by loosening the authoritarian and undemocratic style of governance.” ..Lim Kit Siang

“Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.” ..Suara Keadilan

“Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.” ..Zaid Ibrahim

——————————————————————————–

Semua pemimpin dalam PR tak suka Mahathir? tidak terkecuali sesetengah ahli BN? ..apakah benar semua rakyat Malaysia benci kepada Mahathir? Kenapa Mahathir dibenci?

Khabarnya Mahathir memerintah dengan ‘kuku besi’, diktator, maha firaun, mengkayakan kroni serta anak-beranak dan pelbagai gelaran lagi. Sepanjang pengetahuan saya, beliau PM Malaysia yang paling berjaya dan Malaysia jadi terkenal di mata dunia.

Mungkin saya naif tentang beliau, tetapi saya dapat menjangkakan beliau digeruni kerana sikapnya yang tegas dan mempunyai pemikiran yang hebat. Malahan kata-kata Anwar yang penuh dengan istilah yang hebat-hebat dapat dibalas dengan hujahnya secara selamba dan sinis. Jerit-pekik PAS dan DAP seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’.

Dr Mahathir seorang doktor.. beliau berjaya mengaplikasikan ilmu kedoktoran dengan baik dalam politik. Beliau lebih suka mencegah dari mengubati.. mana-mana penyakit yang serius harus dibuang meskipun terpaksa dibedah atau dipotong. Penyakit kalau dibiarkan bebas akan menjadi barah, bila menjadi barah.. kita jadi parah. Kebebasan mutlak ada buruknya, dan kabinet Pak Lah telah membuktikan kebebasan melampau akhirnya memakan diri.

Dalam rumahtangga sekalipun.. anak-anak yang dibiarkan bebas mengundang banyak risiko. Anak-anak dimarah, didenda, dirotan dan dihukum kerana kita sayang kepada anak-anak kita, bukan benci tapi kita tidak mahu mereka jadi perosak keluarga. Kadang-kala, ketegasan dan ketakutan dapat mendidik anak-anak menjadi baik dan berdisplin.

Mungkin kerana amalan kedoktoran beliau dalam politik, ‘Pembangkang’ jadi gerun dan keadaan tersebut digambarkan melalui kritikan peralihan kuasa kepada DS Najib, yang dikatakan akan mewarisi pemerintahan ala Dr Mahathir. Mereka jadi gerun sekiranya nasib mereka akan berulang seperti era pemerintahan Dr Mahathir.

Pembangkang mengatakan Najib kena ‘queen control’ dan rakus harta negara. Oleh itu, siapakah calon yang lebih baik untuk mengawal tingkah laku Najib selain dari Dr Mahathir? Lebih-lebih lagi jika beliau dilantik penasihat Umno (yakni ada jawatan dan kuasa).. suara beliau tentulah lebih laku dan dihormati.

Secara peribadi.. saya tiada masalah jika Dr Mahathir berada dibelakang DS Najib kerana beliau sememangnya perlu diperhatikan. Tetapi saya yakin Najib yang bersikap belas-kasihan ada kebijaksanaan untuk memerintah dengan gayanya yang tersendiri dan bayangkan jika disertai dengan pengalaman dan visi Dr M sebagai penasihat beliau. Pada saya, nasihat Dr M lebih baik dari nasihat ‘Mr Ji’..

Bagaimanapun, kesan negatifnya tetap ada.. Kerana inilah, rakyat perlukan suara pembangkang yang berkesan dalam parlimen. Kenapa perlu takut jika kita benar? Hanya orang yang suka membuat fitnah dan adu domba sahaja yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Salurkan kebijaksanaan sebagai ‘Pembangkang’ di Parlimen bukannya melalui mogok, rusuhan dan demonstrasi tidak tentu hala.

MELBOURNE 12 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

“Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara,” kata bekas perdana menteri itu kepada Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne. Tetapi Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian. Beliau perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada mereka yang benar-benar layak. Beliau tidak sepatutnya dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga kerana ini tidak baik untuk negara,’’ kata Dr. Mahathir.

– BERNAMA

————————————————————————————–

Nasihat yang datang dari Tun Dr Mahathir (TDM) sepatutnya diterima dengan baik oleh DS Najib Tun Razak. Bagaimanapun, nasihat tersebut dipandang serong oleh parti pembangkang dan musuh-musuh politik beliau. Sebagai pembangkang, saya tidak hairan sekiranya pembangkang tidak mahu DS Najib berubah menjadi orang yang baik kerana ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan politik kepada mereka.

Kita tidak akan dapat menerima seseorang itu sekiranya kita tidak cuba berfikir secara positif kepada beliau. Orang yang sentiasa berfikir secara negatif sebenarnya akan merosakkan diri sendiri.. Saya mengakui, DS Najib terbelenggu dengan pelbagai skandal dan masalah peribadi, tetapi saya percaya beliau mempunyai pengalaman pentadbiran dan kebijaksanaan akal.

Walaupun Anwar, Lim Kit Siang dan PAS juga mempunyai sikap-sikap negatif.. tidak bermaksud saya harus memandang serong kepada mereka kerana mereka juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Tetapi, menyalahkan kerajaan 100% keatas setiap masalah seolah-olah menafikan kenyataan bahawa permasalahan rakyat sedikit-sebanyak berpunca dari mereka juga.

Berdasarkan pertimbangan inilah, saya berpendapat negara kita memerlukan sistem dua parti yang efektif dimana pemerintah dan pembangkang menjalankan tugas masing-masing dengan bekesan. Sebelum ini, keadaan parti agak berat sebelah dan membuatkan kerajaan pemerintah menjadi ego dan tidak mahu mendengar masalah orang lain melainkan diri mereka sahaja. Tapi harus diingat, ianya bukan berpunca dari manipulasi kerajaan semata-mata.. ianya kerana tiada parti alternatif yang benar-benar stabil untuk memberi saingan kepada BN.

Pembangkang juga ego, tidak mahu mengakui kelemahan mereka sendiri.. kerana itulah mereka selesa memburuk-burukkan kerajaan sedia ada dan mempermainkan sentimen rakyat dalam isu-isu semasa, untuk memperolehi sesuap-dua keuntungan politik. Terima kasih kepada Anwar Ibrahim yang dapat mengajar dan ‘brain-wash’ Lim Kit Siang, Hj Hadi dan Nik Aziz agar berpijak dibumi nyata.

————————————————————————————-

Berbalik kepada DS Najib, semua orang mengetahui beliau dikaitkan dengan skandal SAS (Sukhoi-Altantuya-Scorpene).. tetapi mengatakan beliau telah bersalah adalah tidak adil sama sekali. Kita banyak terpengaruh dengan momokan dan hasutan Raja Petra dan DS Anwar. Bukankah Khairy Jamaluddin dibenci ramai kerana Hikayat Khairy Jamaludin? Bukankah Najib dibenci kerana Altantuya’s Saga?

Bolehkah kita mempercayai 100% RPK dan DS Anwar? Tetapi, kita juga tidak boleh mempercayai DS Najib dan UMNO 100% juga. Kita memerlukan pertimbangan akal yang seadilnya mengikut tahap pemikiran diri kita sendiri, bukannya kerana terikut-ikut dengan orang lain tanpa mengetahui hujung-pangkal sesuatu peristiwa. Mempercayai bulat-bulat kata Hishamudin Hussein adalah tidak baik kerana beliau proksi Najib, begitu juga dengan kata-kata Azmin Ali kerana beliau proksi Anwar.

DS Najib memerlukan penasihat untuk memerintah negara. Salah satu kegagalan Pak Lah ialah kerana melantik senarai penasihat yang tidak betul dan hanya suka mengampu, yang telah membawa dirinya untuk dibenci ramai dan dilabel dengan imej negatif. Sekiranya DS Najib bijak, beliau sudah tentu mengambil kira faktor ini untuk dibuat pengajaran.. tersilap kali pertama bolehlah dikatakan sebagai pengajaran, mengulangi kesilapan pertama untuk kedua kalinya, bolehlah dikatakan bodoh kerana tidak mempelajari kesilapan itu.

Ramai orang bimbang kerana DS Najib dikatakan mengikut telunjuk isterinya, Datin Rosmah. Hal ini bukannya menjadi rahsia lagi kerana isterinya itu dilihat lebih berkuasa dalam sesetengah perkara dan menjadi kehairanan sesetengah ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan.

Benar.. sekiranya DS Najib dibiarkan keseorangan, beliau mungkin akan dipengaruhi isteri dan kroni-kroninya. Kerana itulah beliau memerlukan seorang penasihat yang lebih bijak dan berpengalaman dari beliau sendiri, melantik TDM sebagai penasihat parti adalah tepat. Secara tidak langsung.. TDM akan berfungsi sebagai ‘check and balance’ kepada BN dan DS Najib. Adakah anda fikir DS Najib mahu mendengar nasihat sepupunya Hishamudin? ..atau nasihat dari musuh politiknya sejak dulu lagi, Anwar Ibrahim? ..atau nasihat Nik Aziz, Hj Hadi atau Lim Kit Siang? Saya rasa tidak..

Ada orang mengatakan.. ajaran Mahathirisme akan berulang, Najib akan menjadi boneka Mahathir. Secara peribadi, saya tidak nampak hal sedemikian akan terjadi. DS Najib ada stail beliau yang tersendiri, mungkin dilihat sama dengan Dr Mahathir tetapi sebenarnya berbeza. Yang paling nyata, beliau dilihat agak pemurah dan mudah terpengaruh (tetapi tidak bodoh) berbanding Dr Mahathir yang tegas dan ‘hati kering’.

Apa yang saya nampak, kroni-kroninya akan dapat ‘durian runtuh’ melalui projek-projek kebajikan  dan pembangunan kepada rakyat berdasarkan formula ‘menang-menang’.. persoalannya, adakah durian runtuh tersebut keterlaluan sehingga nasib rakyat terabai kelak?

Sebagai rakyat biasa.. kita kena menerima kenyataan bahawa segala peluang peniagaan dan maklumat akan sampai terlebih dahulu kepada tampuk kepemimpinan negara. Sesiapa yang rapat dengan mereka juga akan beroleh faedah maklumat tersebut secara tidak langsung, akhirnya rakyat bawahan akan beroleh sisa-sisa dan picisan maklumat tersebut.

Hal yang sama akan terpakai sekiranya Pakatan Rakyat memerintah… Jangan terkejut sekiranya kita mendengar berita kroni Husam Musa beroleh tender membuat lebuh-raya, berita kroni Azmin Ali dapat AP mengimport kereta dan sebagainya. Kroni ini ada dimana-mana.. sebesar mana skala kroni tersebut bergantung kepada tempat mereka berada sekarang, samada dalam parti pemerintah atau parti pembangkang.

Setiap ahli politik samada Pak Lah, ..atau Dr Mahathir, ..atau Anwar Ibrahim, mahupun Hj Hadi dan Nik Aziz ada strategi tersendiri dan ego masing-masing. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara rakyat dan pemimpin sebenar.

Maka.. lagu “My Way” oleh Frank Sinatra ini saya tujukan khas buat mereka..

————————————————————————————

Jadi.. peperangan sudah bermula. Politik Malaysia sudah bercelaru tetapi semakin menarik..

Bermula dengan Pak Lah sebagai PM dan menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat kepadanya.. demi kuasa, setelah dinasihati Khairy, BN telah membebaskan Anwar Ibrahim.. dengan harapan dapat menekan pengaruh Najib dari terus merebak dalam UMNO.

Sayangnya.. hujan di tengahari..

Pak Lah berbuat demikian agar dilihat kerajaannya dilihat mengamalkan pentadbiran yang telus tetapi hakikatnya mempunyai motif tersembunyi. Disinilah bermulalah kemarahan Dr Mahathir.. yang menganggap Pak Lah telah melakukan satu kesalahan yang paling besar dan tersilap perhitungan. Kerana percaya kepada percaturan politik Khairy.. Pak Lah mula menerima musibah besar.

Anwar yang disangka rakan rupanya musuh yang bengis..

Anwar bukan mahu menjadi boneka, Anwar mahu lebih dari itu.. kelemahan Pak Lah ini sememangnya satu peluang Anwar untuk kembali ke pentas politik. Kerana itulah Anwar lebih suka jika Pak Lah lebih lama memerintah.. kerana BN akan semakin lemah.

Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU 12.. tetapi Anwar peka dengan situasi semasa. Pilihanraya di Ijok, Anwar nampak akan satu isu besar yang boleh dimainkan.. isu perkauman. Maka Hindraf sebagai mangsa pertama permainan orang politik.. kemudian Bersih.. kemudian Protes ..kemudian Bar Council ..kemudian Ahmad Ismail .. sekarang Anwar dilihat hero rakyat.

Malahan PAS dan DAP pun turut terperangkap.. padahal, merekalah yang paling lantang berdebat dan mengutuk Anwar habis-habisan ketika Anwar dalam UMNO dulu. Kerana politik.. musuh pun boleh menjadi kawan..

BN seperti biasa.. hilang punca, diturutnya strategi Anwar dengan mempertahankan isu Melayu. Tetapi BN lupa.. ini bukan tahun 1969 lagi. Melayu sudah berubah dan Malaysia sudah berubah..

Dr Mahathir sudah pening.. dari strategi awal.. mahu memerangkap Pak Lah dan Khairy. Tetapi dengan kehadiran Anwar, strategi awal terpaksa dirombak dan mengalami pengubah-suaian. Kali ini Dr Mahathir mahu membunuh karier politik musuhnya sekali gus.. “Killing Two Birds With One Stone”.

Yang nyata.. tentera Anwar sudah mara, tentera Mahathir sudah mula menyusup masuk dan tentera Pak Lah sedang bertahan. Kita boleh melihat perang tiga segi dalam masa terdekat ini..

Abdullah-Khairy vs Anwar Ibrahim vs Mahathir & The Geng

Harapnya.. gajah sama gajah berperang, pelanduk tidak tersepit. Biar gajah berperang dan habis pokok patah.. akhirnya pelanduk dapat makan pucuk daun yang baru dan segar.

MESEJ KEAMANAN : NO WAR PLEASE..

Dengarlah lagu anti-perang dari band Pakistan ini.. Cintailah Islam, agama keamanan..

Dr Mahathir mahu masuk UMNO ??

Khabar angin ini bukan rekaan kerana ramai pihak yang rapat dengan Dr M mula memperkatakan, bahkan hal ini juga telah sampai kepada PM Malaysia, Pak Lah.. dan ternyata Pak Lah tidak senang duduk dengan perkembangan terbaru ini.

Manakala, TG Nik Aziz berasa gembira akan berita tersebut.. katanya, Dr M akan menambahkan lagi kacau-bilau dalam UMNO dan ini setentunya memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat..

Persoalannya.. adakah benar akan jadi begitu ? Adakah Pakatan Rakyat gembira atau sebenarnya menyembunyikan kebimbangan?

Tetapi.. yang nyata sekarang, ada dua pihak yang diam membisu.. satu dari kem-Pak Lah, dan satu lagi dari kem-Anwar+DAP. Pas tak perlu dikira lah.. sudah musuh tradisi UMNO sejak zaman purba lagi..

———————————————————————————-

Ramai rakyat yang benci kepada Dr Mahathir.. kerana dibawah pemerintahannya selama 22 tahun, UMNO telah mengalami kejatuhan populariti dikalangan rakyat. Di atas dasarnya yang autokratik, budaya ‘yes boss’ telah meresapi sehingga ke akar umbi.. ahli-ahli UMNO tidak berani bersuara kerana ketegasan beliau dalam sesuatu perkara dan krisis.

Kerana itulah, selepas peralihan kuasa.. BN menang besar dalam PRU 11, hampir 90%.. PAS hanya kekal di Kelantan, PKR cuma beroleh 1 kerusi.. padahal ketika itu, cerita Anwar semakin dilupai rakyat.

Walaupun beliau dibenci.. tetapi rata-rata rakyat mengakui kebijaksanaan beliau dalam menghadapi sesuatu krisis dan wawasannya.. malahan beliau juga dihormati oleh musuh-musuh politiknya. BN tidak pernah kalah teruk sebagaimana pemerintahan Pak Lah, BN tidah pernah mengalami masalah ketidak-percayaan kepada pucuk pimpinan, malahan kerana beliau jugalah.. dunia ‘celik mata’ kepada Malaysia.

Ketika Pak Lah mula-mula mengambil-alih pemerintahan.. sudah mula cakap-cakap rakyat tidak yakin kepada Pak Lah.. lembik bila berucap, suka tidur dalam perhimpunan, keputusan pemerintahan yang ‘flip-flop’ dan kerakusan anak-beranaknya dalam mengaut harta negara. Rakyat sudah mula terasa betapa berbezanya Abdullah dan Mahathir..

———————————————————————————–

Secara peribadi, saya kagum kepada beliau.. saya berpendapat.. Dr Mahathir wajar kembali kepada UMNO untuk menebus kesilapannya melantik Abdullah sebagai pengganti dirinya. Dia jugalah kena membaiki semula UMNO kerana dasar-dasarnya yang lalu..

1.  Sekiranya Dr Mahathir masuk kedalam UMNO semata-mata untuk bertanding melawan Pak Lah.. saya rasa Dr Mahathir tidak akan berbuat begitu. Beliau sedar bagaimana penerimaan rakyat dan musuh-musuh politik terhadapnya, ianya hanya akan dijadikan modal politik kepada Pakatan Rakyat untuk menghentam BN.. seterusnya menjadikan reputasi BN semakin teruk.

2.  Kesan lain sekiranya beliau bertanding ialah tentangan dari golongan elit dalam UMNO yang telah mendapat kebebasan dalam pentadbiran Abdullah, yang mana sebelum ini agak terkongkong semasa dibawah pemerintahannya. Ini akan menghasillkan lebih banyak puak dan kem penyokong dalam UMNO.

3.  Saya pasti.. kehadirannya dalam UMNO adalah untuk menguatkan sokongan kepada tiga serangkai.. Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyidin dan Mukhriz Mahathir. Lebih-lebih lagi Perhimpunan Agung UMNO menjelang tiba Disember ini.. satu-satunya platform dan peluang untuk menjatuhkan Abdullah-Najib dan Khairy Jamaluddin.

4.  Terdapat 3 kem dalam UMNO sekarang.. satu kem Abdullah-Khairy dan YB-YB BN yang korup dimana rahsia mereka berada dalam genggaman KJ (golongan yang dicucuk hidung dan berprinsip lalang), satu kem yang pro kepada Najib-Hishamudin (dulunya penyokong kuat Anwar Ibrahim) dan satu kem yang berkecuali (lebih pro kepada Dr Mahathir, kebanyakkannya golongan veteran).

5.  Tengku Razaleigh dilihat calon yang agak ideal untuk menentang Pak Lah.. sebagai kerabat diraja dan bekas Menteri Kewangan, keupayaannya untuk mentadbir tidaklah dipersoalkan sangat. Sekiranya Ku Li menang.. secara automatik, pengundi melayu tegar, golongan veteran dan institusi di-raja akan menyokong penuh dan berdiri teguh dibelakangnya.

6.  Kemenangan Ku Li boleh membantu meningkatkan sokongan Melayu dikawasan Pantai Timur .. malahan sebahagian besar penyokong Ku Li berada dalam PAS, hasil perpecahan UMNO dahulu dan bekas penyokong parti Semangat 46. Lebih-lebih lagi kepada rakyat Kelantan.. Ku Li mempunyai nilai ‘sentimental’ kepada rakyat Kelantan yang mempunyai semangat kenegerian yang menebal. Kuatnya PAS adalah kerana akarnya teguh di Kelantan..

7.  Muhyidin dilihat calon yang lebih ‘bersih’ berbanding Najib.. agak sukar bagi UMNO untuk mengembalikan reputasinya, sekiranya Najib menjadi pucuk pimpinan.. berdasarkan rekod-rekod salahlaku, rasuah dan skandal yang membebankan Najib. Malahan, Muhyidin dilihat agak ‘neutral’ berbanding Najib dan Hishamudin yang dilihat oleh bukan Melayu sebagai ‘racist’..

8.   Sokongan Mahathir kepada Muhyidin membolehkan sebahagian besar penyokong kem Najib-Hishamudin beralih-arah.. atas dasar protes keatas Pak Lah dan protes kepada Najib yang dilihat sebagai pengecut. Kekuatan kem ini boleh membantu sokongan kepada Ku Li dan Mukhriz.. kem ini akan memberi tekanan kepada kem Khairy..

9.  Mukhriz dilihat sebagai alternatif kepada Khairy Jamaluddin.. dan ahli UMNO sememangnya tidak suka kepada KJ tetapi kerana terpaksa. Dengan sokongan kem Hishamuddin dan kem Khir Toyo kepada Mukhriz.. Khairy hanya bergantung kepada kemenangan Abdullah untuk menyambung talian hayatnya.

10. Seterusnya, perkembangan ini akan mewujudkan 2 kem utama dalam UMNO.. satu kem yang anti-Abdullah dan satu lagi kem pro-Abdullah. Memandangkan UMNO menerima asakan hebat dari Pakatan Rakyat.. ahli-ahli BN secara majoritinya akan menyokong kem anti-Abdullah sekiranya mereka ingin terus kekal dalam UMNO.

11.  Secara keseluruhannya.. jumlah penyokong UMNO yang protes dan rakyat melayu yang berkecuali akan meningkat dengan mendadak kepada BN. Undi Melayu akan terpecah dua, tidak seperti sebelum ini yang majoritinya kepada PR.. Selebihnya, rakyat akan mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perkembangan UMNO dan harapan yang boleh dijanjikan oleh 3 serangkai ini kepada rakyat.

12.  Momentum inilah yang digeruni oleh Anwar dan DAP sebenarnya.. momentum penerimaan kembali rakyat Melayu kepada UMNO. Kerana itulah, PR lebih suka jika BN diperintah lebih lama oleh Abdullah.. kerana BN dilihat lembik dan tidak berdaya. Suara baru dalam UMNO bermaksud tenaga baru dan sokongan baru..

13.  Anwar harus cepat bertindak atau impiannya untuk mengambil-alih pemerintahan, hanya tinggal impian. Sebagaimana bekas anak-murid Mahathir.. beliau tahu bagaimana hebatnya bekas gurunya itu dalam mengatur muslihat.. seperti mana dirinya. Tambahan pula.. kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.. mungkin sejarah 1998 akan berulang kembali, inilah yang amat ditakuti dan cuba dielak oleh Anwar..

14.  Anwar dan Lim Kit Siang tahu siapa Mahathir.. politikus yang penuh dengan kejutan dan strategi jangka panjangnya. Politikus yang berpengalaman dan tidak mudah hilang punca.. Politikus yang telah membantutkan usaha Lim Kit Siang selama ini untuk menguasai Malaysia..

15.  Bayangkan gelombang yang boleh dibawa Mahathir sekiranya besertakan kesedarannya kepada Islam dan pengukuhan bangsa Melayu.. Anwar dan Lim Kit Siang sedar akan kekuatan gelombang ini.. Selebihnya, bergantung kepada ahli-ahli UMNO itu sendiri samada berani atau bersedia untuk berubah.. Ini salah satu peluang-peluang terakhir UMNO untuk ‘survive’ atau kapal UMNO akan terus karam…

Hal ini sememangnya dijangka kerana Dr M berasa kecewa dengan ahli-ahli UMNO yang tidak berani untuk mendesak Pak Lah agar berundur.

1.  Menjelang Perhimpunan Agong UMNO pada Disember 2008 ini nanti, Dr Mahathir akan bertindak untuk ‘turun padang’ membantu Tengku Razaleigh Hamzah mencabar PM Abdullah.

2.  Disamping itu, kemasukkan Dr M juga bermaksud untuk memberi sokongan kepada anaknya, Mukhriz, untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO yang juga dimahukan oleh Khairy-Jamaludin.. menantu Pak Lah.

3.  Dr Mahathir juga akan turut membantu kempen Tan Sri Muhyidin Yasin untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

4.  Dengan kata lain, Dr M akan berganding bahu dengan Ku Li, Tan Sri Muhyidin dan Mukhriz untuk melawan keluarga Pak Lah. Dr M mahu kepimpinan Pak Lah dapat ditukar..

5.  Dengan memastikan kepimpinan UMNO ditukar, ianya juga bertujuan untuk memperkasakan kembali UMNO kelandasan asal setelah kepimpinan Pak Lah-Najib tidak berdaya menepis satu demi satu serangan dari Pakatan Rakyat. Dr M tidak mahu Pakatan Rakyat terus-menerus mengambil kesempatan diatas kelemahan kepimpinan sedia ada.

6.  Dan sudah tentu.. Dr Mahathir mahu menyekat kemaraan Anwar Ibrahim..

7.  Anda boleh lihat artikel Rocky’s Bru, Dunia Tiger dan A M Ubaidah..

p/s : Eloklah tu.. masalah UMNO hanya boleh diselesaikan oleh orang UMNO sendiri. Rakyat sekadar penyampai pesanan sahaja..