KOTA BHARU, 2 Ogos (Sinar Harian)- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, kelmarin.

Beliau berkata, perletakan jawatan Wan Azizah dianggap sebagai strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Annuar, ada 3 sebab BN perlu boikot pilihan raya itu, antaranya :

  1. Merugikan wang rakyat kerana pilihan raya kecil itu memerlukan peruntukan yang besar.
  2. BN tidak perlu mengikut strategi yang dibawa oleh Anwar.
  3. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan kerana keadaan dikawasan itu semuanya baik.

Read the rest of this entry »