Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

“Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta. Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Sumber berita : Harakah Daily 29/10/08

—————————————————————————-

Baru-baru ini, parti pembangkang (UMNO) di Kelantan mengkritik kerajaan negeri kerana membentangkan belanjawan defisit lebih kurang 20 juta. Antara lain.. kerajaan negeri dicemuh kerana tiada inisiatif untuk membangunkan ekonomi negeri.

Secara peribadi.. saya bersetuju jika kerajaan negeri tiada kreativiti untuk menjana ekonomi negeri Kelantan, tetapi saya tidak bersetuju jika kerajaan negeri dituduh tidak pandai menguruskan ekonomi negeri.

Salah satu kelemahan UMNO ialah suka berhutang secara keterlaluan atas nama pembangunan. Sedar tidak sedar, tabiat suka berhutang akan menjerat diri sendiri. Berhutang jadi perlu jika mahu memenuhi pembangunan demi kesejahteraan rakyat.. masalahnya kerajaan suka berhutang untuk membuat projek disamping ‘mencuri’ sedikit duit pinjaman tersebut kedalam poket sendiri.

Sebagai contoh, kerajaan terpaksa berhutang untuk membuat lebuhraya baru Kota Bharu-Gua Musang.. niat asalnya baik, tetapi projek tersebut tidak melalui proses tender yang telus dan diberi kepada kroni-kroni ahli politik yang tertentu, dan sedikit komisen akan diberi kepada ahli politik. Beginilah cara mereka ‘mencuri’.. pinjaman terpaksa dibuat kerana mahu membayar syarikat kontraktor, padahal sumber kerajaan tidak ada.

Inilah masalah utama yang melanda UMNO. Projek demi projek diwujudkan untuk mencipta ‘lubuk duit’.. dan pinjaman demi pinjaman dibuat untuk memastikan kelancaran ‘duit poket’ tersebut. UMNO tidak pandai erti berjimat-cermat dan hanya pandai buat untung.

Kenapa mahu mengkritik belanjawan defisit Kelantan? Cuba bandingkan hutang tertunggak negeri Kelantan berbanding negeri Pahang, Terengganu dan Johor? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan kerajaan negeri sekarang mengurus hutang iaitu salah satu faktor beban ekonomi (dari segi kadar faedah) kepada negeri.

Malangnya, kerajaan negeri tiada kreativiti untuk mempelbagaikan sumber ekonomi.. dari segi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri memang ‘tip-top’ tapi ‘fail’ untuk membangunkan ekonomi negeri secara berkesan. Nasib baik sikap terbuka kerajaan negeri menggalakkan pelaburan pihak swasta, hasilnya Kelantan beroleh juga nikmat pembangunan walaupun banyak projek Kerajaan Persekutuan yang dibekukan dan disekat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri harus berhati-hati agar tidak terlalu cenderung kepada pihak swasta.. dibimbangi akan meniru Dasar Pengswastaan Malaysia yang dipelopori Dr Mahathir. Niat asalnya baik untuk pembangunan Malaysia, tetapi kebebasan yang keterlaluan kepada pihak swasta telah menyekat niat asal kerajaan untuk membuat kebajikan kepada rakyat.

Dari mahu membuat kebajikan telah bertukar kepada mahu mencari keuntungan semaksima mungkin (dalam bentuk cukai korporat) untuk hasil pendapatan kerajaan.. disamping itu, bolehlah mencari sesen-dua duit poket melalui hasil komisen.

Al-hasilnya.. suara dan rintihan syarikat-syarikat korporat dan masyarakat peniaga lebih DIDENGAR oleh kerajaan daripada suara dan rintihan rakyat biasa.

Advertisements