Semalam pada 13 Oktober 2008, ada hal yang membuatkan saya berasa musykil, kemana hilangnya wakil-wakil BN yang mahu berbahas tentang belanjawan 2009? Yang ada cuma YB Batu Pahat, Datuk Fuad, yang mempertahankan kewajaran bajet asal yang menerima sindiran dan cemuhan DS Anwar serta Lim Kit Siang.

Secara keseluruhannya, DS Anwar berjaya menimbulkan persoalan kewajaran bajet tersebut untuk dibahaskan, dengan mengambil-kira keadaan nilai semasa matawang negara dan harga minyak.

Secara mudahnya, bagaimana kerajaan mahu menampung perbelanjaan semasa kerana jumlah pendapatan negara sudah berkurang berdasarkan harga minyak sekarang berlegar sekitar USD 80/tong dan minyak sawit sekitar RM 1,800/tan metrik. Ketika Bajet 2009 dibentangkan, harga minyak dan minyak sawit sekitar USD 120/tong dan RM 2,000/tan metrik masing-masing. Anggaran pendapatan tersebut mestilah kurang tepat, samada ianya perlu dinilai semula atau jumlah perbelanjaan harus disemak semula berdasarkan unjuran tersebut.

Ketika Bajet 2009 dibentangkan, defisit dianggarkan pada 3.8%.. dengan penurunan pendapatan kerajaan, sudah tentu anggaran defisit tersebut akan lebih tinggi dan kurang tepat.

Selain itu, DS Anwar juga menuntut beberapa penjelasan berhubung beberapa projek mega dan pembelian helikopter Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri.

Keseluruhannya, sidang Parlimen dikuasai oleh wakil pembangkang dan berjaya dimanupulasi dengan baik oleh DS Anwar. Wakil-wakil BN kelihatan diam membisu dan kelihatan takut-takut untuk berhujah dan berbahas.

Walaupun hujah-hujah dari DS Anwar ada benarnya tetapi ianya masih boleh dipertikaikan. Saya tidak berminat untuk menghuraikan persoalan itu, kerana saya berasa lebih musykil dengan ketiadaan DS Najib selaku Menteri Kewangan dan lain-lain menteri kabinet untuk bersikap ‘gentleman’ dalam persidangan tersebut.

Saya tidak tahu adakah ini salah satu strategi wakil BN dan menteri-menteri kabinet untuk memulaukan perbahasan, ..atau mereka mahu melihat rentak-tari Anwar terlebih dahulu sebelum bersedia, ..atau takut hilang idea dan bimbang sekiranya diserang dengan hujah-hujah Anwar.

Secara peribadi.. hari pertama perbahasan Bajet 2009 amat mengecewakan kerana menteri-menteri kabinet yang berkaitan tidak turut serta untuk berbahas mengenai hal itu. Bagaimanapun, kita boleh melihat perkembangan terbaru perbahasan bajet pada 14/10/08 kerana ianya telah ditangguhkan untuk mendengar penghujahan dari wakil Kementerian Kewangan.

Seperkara yang menarik dan yang dapat dihidu tembelang Pak Lah dalam bajet 2009 ini ialah, isu penambah-baikan sistem pengangkutan awam. Mengikut peruntukan bajet 2009 ;

(21) Iskandar Malaysia – Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

(23) Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

(28) K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

(29) Pengurangan 50 peratus bayaran tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun mulai 15 September 2008.

(30) Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Jika disimpulkan intipati Bajet 2009, peruntukan khusus lebih dari RM 38 bilion untuk memperbaiki kecekapan pengangkutan awam. Dan sedarkah kita, kebanyakan pengangkutan awam di Malaysia dimonopoli oleh Rapid KL, manakala tender pembaikan dan pembelian tren dan koc komuter diperolehi oleh Scomi.. Scomi Bhd pula, pemegang syer terbesar ialah Kamaludin a/l Dollah Bodowi?

Untuk memaksimumkan lagi keuntungan tersebut.. pengurangan kos sebanyak 50% untuk bayaran tol yang dikenakan kepada perkhidmatan bas?

Pengecualian 100% cukai pendapatan dan pengecualian 100% elaun cukai pelaburan kepada pengusaha hotel 4-5 bintang selama 5 tahun, dimana adik ipar Dollah Bodowi memegang konsesi utama dalam pengurusan hotel tersebut. Bayangkan berapa duit penjimatan tidak bayar cukai selama 5 tahun akan diperolehi?

Untuk melihat kaitan Scomi-Dollah .. anda boleh lihat artikel sini, sini dan disiniii..

20’s pack of cigar will increase by 60 cents.. Huk aloh, not again! That’s mean, 20’s Dunhill Pack will be priced at RM 8.80.. But I think Hishamudin Rais (tukartiub.blogspot) will not affected badly, because he smoke ‘Indon kretek’ .. he,hee.. As Ramadhan approaching.. quit smoking.

Intipati Bajet 2009

August 29, 2008

Sumber: Malaysiakini, berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat pada 29.08.2008

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti  dan memperkukuh daya tahan negara.

Jumlah Peruntukan

(1)  Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

(2)  Peruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

(3)  Peruntukan pembangunan – RM27.8 bilion (sektor ekonomi – pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial  – pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Berikut adalah pecahan terperinci daripada Jumlah Peruntukan Bajet 2009:

Read the rest of this entry »