Tidak lama lagi satu pilihanraya kecil akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009, negeri kelahiran ayah saya.. ramai saudara-mara sebelah ayah saya yang menetap di situ, tapi saya tidaklah rapat sangat dengan mereka.

Dalam pilihanraya kecil ini, sudah tentu ahli-ahli parti yang taksub mahukan kemenangan kepada parti masing-masing. Secara matematiknya.. hanya perubahan kecil sahaja yang berlaku dalam bilangan kerusi dalam sidang parlimen. Dari segi lain.. kemenangan mana-mana parti boleh memberi impak moral yang tinggi dan makin melambunglah rasa ego kerana menang (walaupun tidak kemana-mana).. cuma boleh bercakap besar lagilah selepas ini.

Umno melakukan pertaruhan dengan meletak Wan Ahmad Farid sebagai calon pilihan mereka kali ini. Calon tersebut bukanlah satu ‘favourite’ sebenarnya kepada ahli-ahli Umno sendiri malahan kepada penduduk Kuala Terengganu itu sendiri. Percaturan ini sebenarnya 2 dalam 1.. mahu menang dalam pilihanraya menentang Pas dan mahu memenangkan kem Pak Lah & Khairy vs kem Najib.

Di pihak satu lagi (Pas).. meletakkan Mohd Abdul Wahid sebagai calon mereka. Tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki yang ‘low profile’ ini melainkan calon bukan dari kem Erdogan. Bagi penyokong2 parti yang taksub.. jika Pas meletakkan tunggul kayu pun, mereka akan tetap pangkah Pas dek kerana kebencian yang meluap-luap terhadap Umno.

Pada pendapat saya.. jika Pas atau Umno yang menang tidak membawa sebarang makna kerana hasilnya kawasan itu akan mempunyai wakil rakyat dari orang Melayu. Secara automatiknya, suara Melayu dalam Parlimen tidak tergugat kerana wakil rakyat sebelum ini pun Melayu.

Memangkah Pas berarti menyokong Dap dan Anwar yang berada dibelakang Pas, yang sentiasa menanti-nanti peluang untuk merebut kuasa. Perbezaan ideologi diketepikan buat sementara ini agar objektif utama tercapai.. kalahkan Umno. Jika menang.. Pas akan lebih bangga diri dan Anwar semakin rakus mengatur strategi seterusnya. Pakatan Rakyat akan memenangi satu tambahan kerusi Parlimen dan meningkatkan lagi moral mereka untuk bersaing dalam politik.

Memangkah Umno seolah-olah merestui kehendak Pak Lah dan menantu kesayangannya. Wan Farid tidak akan memperjudikan jawatan yang disandang sebelum ini tanpa jaminan yang wajar. Jika menang, beliau akan semakin kaya dan projek2 (tajaan Khairy) akan datang mencurah-curah ke lubuk duit ini. Terengganu sudah dijanjikan pulangan wang royalti 1.5b.. banyak wang negeri yang boleh dilaburkan untuk projek. Kerana itulah Umno mahu sedaya upaya memenangi pilihanraya ini. Samada Wan Farid ini calon Khairy atau Najib sekalipun.. rakyat bukanlah agenda utama, wang 1.5b itulah yang diimpi-impikan.

Secara peribadi.. saya berharap agar calon Pas yang menang dalam pilihanraya ini.

Bukanlah bermaksud saya menyokong Pas tetapi saya berharap agar kemenangan mereka dapat mengimbangi suara mereka dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Tunjukkan kepada DAP dan PKR bahwa Pas mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan jangan memandang lekeh akan keupayaan dan kepentingan PAS kepada PR. Biar Unka Lim, Unka Teresa, Unka Karpal dan Unka Anwar berhati-hati sedikit sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati PAS.

Kekalahan kepada Umno boleh memberi mesej yang berterusan kepada mereka agar berubah sebelum datangnya PRU13, bahawa mereka belum diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kemenangan hanya akan melalaikan dan membuatkan mereka mabuk untuk merebut kuasa lebih-lebih lagi Pemilihan Agung Umno makin hampir. Umno sememangnya mudah lupa akan kesilapan dan sikap kurang ajar mereka sebelum ini.. jika Umno tidak mahu belajar dari kesilapan, maka Umno patut diajar.

Kadang-kala, diri kita harus menderita sakit buat seketika waktu agar sistem imuniti tubuh-badan dapat dipertingkatkan. Kegagalan demi kegagalan kadang-kala membuatkan kita tabah, mebuatkan kita berfikir dan tidak memandang rendah kepada orang lain apabila kita berjaya menggapai impian suatu masa kelak. 

*****

Sumbangan kecil saya untuk perjuangan Penduduk Palestin.. mahu melawan Israel secara kekuatan tiada terdaya kerna kekurangan teknologi dan prasarana. Hanya mampu bertindak secara beramai-ramai dan berkumpulan (dalam bentuk kesatuan ummah) untuk melawan rejim Zionis dalam serangan ekonomi kepada kroni-kroni yang menyumbang kewangan kepada tentera Israel mereka..

Boikot produk-produk ini :

Cola-Cola.. Huggies.. River Island.. Mcdonalds.. Clinique.. Disney.. Donna Karan.. Starbucks.. Gap.. Garnier.. Perrier.. Kotex.. Sanex.. Jo Malone.. Lancome.. Libbys.. Tchibo.. Loreal.. Marks & Spencer.. Kleenex.. Maybelline.. Nestle.. Vittel.. Revlon.. Wonderbra 

 

16 Sept.. Jadi atau tidak?

Secara peribadi.. saya tidak bersetuju kerajaan ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Kalau diri saya dipenuhi emosi, mungkin saya bersetuju.. malahan saya juga setuju dengan rusuhan dan demonstrasi, agar kerajaan cepat-cepat tumbang.

Malangnya.. saya suka bersikap rasional. Saya suka kepada sesuatu yang bersifat aman..

Saya berpendapat.. lebih baik kerajaan dapat ditubuhkan secara bermoral, ..melalui pilihanraya umum. Pada pandangan saya.. kerajaan BN berhak memerintah sekarang kerana mandat rakyat kepadanya pada PRU12 baru-baru ini..

Kerana rakyat masih berbelah-bahagi dan tidak sepakat.. kerana itulah BN masih dapat berkuasa. Sekiranya kuasa rakyat itu seumpama taufan dan tsunami.. penipuan SPR mahupun undi pos tidak dapat menghalangnya.

Adakah anda fikir semua ahli BN betul-betul menyokong BN ?? Dalam hidup seharian.. mungkin memakai topeng BN, bila tiba pilihanraya.. dipangkahnya PAS, PKR atau DAP. Adakah semua pegawai kerajaan menyokong BN ?? tidak juga.. mereka terpaksa berlakon demi menjaga periuk nasi mereka, tapi hati mereka lain.

Kalaulah segelintir dari kita cuba peralihan kerajaan secara paksa.. seolah-olah kita menafikan pandangan dan pendapat orang lain. Seolah-olah  kita menganggap diri kita lebih pandai dari orang lain.. seolah-olah orang lain tidak ada akal fikiran, yang boleh membuat penilaian sendiri..

Sebagai contohnya.. dikawasan kampung saya, saya tidak bersetuju dengan kerajaan BN sekarang dan saya lebih pro kepada pembangkang. Di kawasan saya.. terdapat begitu banyak sekali ‘gelombang biru’, seolah-olah Kelantan akan diambil-alih oleh BN..

Tetapi.. ternyata BN gagal sama sekali di Kelantan.. Adakah penipuan pilihanraya dapat melawan kemahuan rakyat? Tidak juga..

Kerana itulah saya berasa sedih sekiranya ramai dari kita bersikap fanatik terhadap pemimpin.. padahal ahli politik itu pelakon kelas A, yang boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai keadaan.

Ketika PRU 12.. saya mengalir air mata kegembiraan kerana Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN.. tetapi saya berasa sedih kerana banyak negeri-negeri tidak lagi dibawah pengaruh Melayu. Ketika itu Anwar tidak bertanding.. malahan mengundi pembangkang semata-mata kerana kecewa dengan BN yang seakan-akan tidak mahu berubah dan tidak mementingkan rakyat.

Anda lihatlah sendiri apabila Anwar masuk kembali ke dalam kancah politik.. negara jadi huru-hara dan mula tidak tenteram. Padahal semasa kempen PRU 12.. keadaan tidaklah seteruk sekarang.. tiada timbul isu perkauman dan isu agama, yang ada isu kebencian kepada BN dan isu ekonomi.

BN orang politik dan Anwar juga orang politik.. sudah tentu mereka ada strategi masing-masing mahu memenangi hati rakyat. Taksub kepada pemimpin bukanlah satu idea yang baik..

Saya berpendapat.. pemilihan kerajaan melalui pilihanraya umum masih merupakan cara yang paling ideal dan tertib. “Lain padang, lain belalang” .. lain orang, lain pandangan.

Original source : Super Admin, Malaysia Today, see it here or just read it below..

Analysts told the New Straits Times that the ruling Barsian Nasional’s persistent focus on the sodomy allegation, aimed at running down Anwar in the eyes of Muslim voters, had backfired. Sodomy, refusal to swear on the Quran and accusations of collusion with the US and Israel.

In an earlier time in Malaysia, this would have been enough to sink any political hope of power. Not anymore. Case in point: Permatang Pauh.

Read the rest of this entry »

“Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan,” kata Abdullah yang juga pengerusi BN kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai,Johor Bharu . Lihat artikel AgendaDaily disini.

P/S : Ish.. si mamat ni tak sedar-sedar diri lagi. 2×5 dengan Anwar, banyak sangat dalihnya .. itu mesej rakyat pada ngko la.

sumber: Siasah,28.08.08

DS Anwar Ibrahim, selamat mengangkat sumpah selaku anggota Parlimen Permatang Pauh jam 10.00 pagi tadi selepas menang dalam pilihan raya kecil dua hari lalu. Ketibaan Anwar ke Parlimen di sambut oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat DAP Lim Kit Siang dan juga lain-lain anggota Parlimen.

Read the rest of this entry »

TERBARU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh hari Selasa, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, hari Khamis. Pandikar Amin umumkan perkara itu pada sidang dewan pagi Rabu.

Read the rest of this entry »

BN SUDAH TIDAK DIPERCAYAI.. RAKYAT HARAP ANWAR BAWA PERUBAHAN