Tidak lama lagi satu pilihanraya kecil akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009, negeri kelahiran ayah saya.. ramai saudara-mara sebelah ayah saya yang menetap di situ, tapi saya tidaklah rapat sangat dengan mereka.

Dalam pilihanraya kecil ini, sudah tentu ahli-ahli parti yang taksub mahukan kemenangan kepada parti masing-masing. Secara matematiknya.. hanya perubahan kecil sahaja yang berlaku dalam bilangan kerusi dalam sidang parlimen. Dari segi lain.. kemenangan mana-mana parti boleh memberi impak moral yang tinggi dan makin melambunglah rasa ego kerana menang (walaupun tidak kemana-mana).. cuma boleh bercakap besar lagilah selepas ini.

Umno melakukan pertaruhan dengan meletak Wan Ahmad Farid sebagai calon pilihan mereka kali ini. Calon tersebut bukanlah satu ‘favourite’ sebenarnya kepada ahli-ahli Umno sendiri malahan kepada penduduk Kuala Terengganu itu sendiri. Percaturan ini sebenarnya 2 dalam 1.. mahu menang dalam pilihanraya menentang Pas dan mahu memenangkan kem Pak Lah & Khairy vs kem Najib.

Di pihak satu lagi (Pas).. meletakkan Mohd Abdul Wahid sebagai calon mereka. Tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki yang ‘low profile’ ini melainkan calon bukan dari kem Erdogan. Bagi penyokong2 parti yang taksub.. jika Pas meletakkan tunggul kayu pun, mereka akan tetap pangkah Pas dek kerana kebencian yang meluap-luap terhadap Umno.

Pada pendapat saya.. jika Pas atau Umno yang menang tidak membawa sebarang makna kerana hasilnya kawasan itu akan mempunyai wakil rakyat dari orang Melayu. Secara automatiknya, suara Melayu dalam Parlimen tidak tergugat kerana wakil rakyat sebelum ini pun Melayu.

Memangkah Pas berarti menyokong Dap dan Anwar yang berada dibelakang Pas, yang sentiasa menanti-nanti peluang untuk merebut kuasa. Perbezaan ideologi diketepikan buat sementara ini agar objektif utama tercapai.. kalahkan Umno. Jika menang.. Pas akan lebih bangga diri dan Anwar semakin rakus mengatur strategi seterusnya. Pakatan Rakyat akan memenangi satu tambahan kerusi Parlimen dan meningkatkan lagi moral mereka untuk bersaing dalam politik.

Memangkah Umno seolah-olah merestui kehendak Pak Lah dan menantu kesayangannya. Wan Farid tidak akan memperjudikan jawatan yang disandang sebelum ini tanpa jaminan yang wajar. Jika menang, beliau akan semakin kaya dan projek2 (tajaan Khairy) akan datang mencurah-curah ke lubuk duit ini. Terengganu sudah dijanjikan pulangan wang royalti 1.5b.. banyak wang negeri yang boleh dilaburkan untuk projek. Kerana itulah Umno mahu sedaya upaya memenangi pilihanraya ini. Samada Wan Farid ini calon Khairy atau Najib sekalipun.. rakyat bukanlah agenda utama, wang 1.5b itulah yang diimpi-impikan.

Secara peribadi.. saya berharap agar calon Pas yang menang dalam pilihanraya ini.

Bukanlah bermaksud saya menyokong Pas tetapi saya berharap agar kemenangan mereka dapat mengimbangi suara mereka dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Tunjukkan kepada DAP dan PKR bahwa Pas mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan jangan memandang lekeh akan keupayaan dan kepentingan PAS kepada PR. Biar Unka Lim, Unka Teresa, Unka Karpal dan Unka Anwar berhati-hati sedikit sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati PAS.

Kekalahan kepada Umno boleh memberi mesej yang berterusan kepada mereka agar berubah sebelum datangnya PRU13, bahawa mereka belum diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kemenangan hanya akan melalaikan dan membuatkan mereka mabuk untuk merebut kuasa lebih-lebih lagi Pemilihan Agung Umno makin hampir. Umno sememangnya mudah lupa akan kesilapan dan sikap kurang ajar mereka sebelum ini.. jika Umno tidak mahu belajar dari kesilapan, maka Umno patut diajar.

Kadang-kala, diri kita harus menderita sakit buat seketika waktu agar sistem imuniti tubuh-badan dapat dipertingkatkan. Kegagalan demi kegagalan kadang-kala membuatkan kita tabah, mebuatkan kita berfikir dan tidak memandang rendah kepada orang lain apabila kita berjaya menggapai impian suatu masa kelak. 

*****

Sumbangan kecil saya untuk perjuangan Penduduk Palestin.. mahu melawan Israel secara kekuatan tiada terdaya kerna kekurangan teknologi dan prasarana. Hanya mampu bertindak secara beramai-ramai dan berkumpulan (dalam bentuk kesatuan ummah) untuk melawan rejim Zionis dalam serangan ekonomi kepada kroni-kroni yang menyumbang kewangan kepada tentera Israel mereka..

Boikot produk-produk ini :

Cola-Cola.. Huggies.. River Island.. Mcdonalds.. Clinique.. Disney.. Donna Karan.. Starbucks.. Gap.. Garnier.. Perrier.. Kotex.. Sanex.. Jo Malone.. Lancome.. Libbys.. Tchibo.. Loreal.. Marks & Spencer.. Kleenex.. Maybelline.. Nestle.. Vittel.. Revlon.. Wonderbra 

 

Apabila Barrack Obama menang jawatan Presiden US, maka ahli-ahli Pakatan Rakyat bertempik melolong mengatakan jika AS boleh mengambil rakyat kulit hitam sebagai presiden.. kenapa Malaysia tidak boleh? Antara mereka yang turut bertempik ialah sebahagian pemimpin Melayu dalam PR itu sendiri (kononnya mempunyai pemikiran yang terbuka).

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, Tun Dr Mahathir membayangkan Malaysia suatu hari nanti juga boleh mempunyai PM dari kaum lain melalui gagasan Bangsa Malaysia. PM akan dilantik dari parti yang menerima majoriti rakyat.. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, proses tersebut akan memakan masa yang agak lama juga dan secara berperingkat.

Read the rest of this entry »

Setelah mengikuti perkembangan politik tanahair buat seketika, saya berasa bangga kerana kaum saya mula sedar akan kelayuan bangsanya sendiri. Atas nama Ketuanan Melayu.. parti-parti politik berlumba-lumba mahu menjadi juara dalam isu mempertahankan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Tetapi, parti politik yang menjadikan teras Ketuanan Melayu sebagai wadah perjuangan tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan kesedaran rakyat itu sendiri. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperkasakan kedaulatan bangsa Melayu. Kerajaan boleh membuat apa saja konsep. strategi, peraturan dan sebagainya.. tetapi hanya menjadi sia-sia jika rakyat sendiri tidak mahu berubah.

Sebagai contoh di negeri Kelantan.. walaupun PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam (secara automatiknya untuk orang Melayu), tetapi nilai moral kaum Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah 18 tahun memerintah. Anak muda Melayu masih tegar dengan pil kuda, masih tegar dengan judi dan nombor ekor, masih tegar dengan nafsu syahwat dan botol arak, masih tegar dengan adu-domba dan pelbagai lagi masalah sosial. Read the rest of this entry »

Sekiranya kita menoleh kebelakang iaitu sebelum PRU 12, kita boleh dapati salah satu punca kegagalan BN memperolehi majoriti 2/3 ialah kerana serangan keterlaluan kerajaan kepada pembangkang melalui media massa. Pada masa itu, BN dibuai perasaan angkuh kerana mereka berjaya memperolehi mandat rakyat dalam PRU 11 hampir 90% dari undi rakyat.

Tetapi BN terleka kerana serangan keterlaluan telah menyebabkan rakyat ‘beralih arah’ dari meragui keupayaan pembangkang kepada perasaan simpati. Siapa sangka Pakatan Rakyat yang terkapai-kapai berjuang diberi peluang oleh rakyat. Padahal ketika itu, nama Anwar pun tiada dalam senarai calon yang betanding. BN mengatakan mereka kalah kerana undi protes tetapi mereka tidak sedar salah satu faktor rakyat memprotes adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang menganiayai PR.

Tetapi kini kita boleh melihat keadaan sudah terbalik.. Pakatan Rakyat pula yang menjadi angkuh dan BN pula yang terkial-kial untuk meneruskan ‘survival’ mereka. BN dituduh dengan pelbagai tohmahan dan disertai caci-maki dan kata nista, keaiban pemimpin dicari dan diperbesar-besarkan,  mencari salah kerajaan sudah menjadi agenda utama berbanding matlamat asal untuk memenuhi manifesto pilihanraya.

Membangkang kerana kerajaan membuat kesilapan adalah baik untuk mencari kaedah yang lebih baik demi kesejahteraan negara, tetapi jika niat membangkang sudah bertukar kerana mahu mengaibkan orang lain sudah jadi tersasar dan boleh mengembalikan aib kepada kita sendiri.

Allah suka kepada hambanya yang besederhana dan bukannya yang suka berlebih-lebihan melakukan sesuatu perkara.

Ingatlah kita kepada ‘Hukum Jari’.. satu jari menuding kepada orang lain, empat jari menuding balik kepada diri sendiri. Sebarang cacian, tohmahan, kata nista dan fitnah kita kepada orang lain akan dinilai semula oleh si pendengar. Siapakah pendengar itu? ..mereka ialah rakyat. Hukum ini sudah terpakai kepada BN semasa kempen PRU 12, dan sekarang PR cuba meniru balik kegagalan strategi tersebut.

Saya selalu mengatakan kepada sahabat samada yang pro-BN atau pro-PR, kegagalan BN dalam PRU 12 adalah ‘rahmat’ kepada UMNO dan orang Melayu, manakala kejayaan PR dalam PRU itu merupakan satu ujian perjuangan kepada mereka. Kegagalan BN akan menjadi ‘rahmat’ jika BN mahu belajar dari kegagalan, manakala ‘ujian’ kepada PR agar tidak leka dan angkuh.

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa BN sekarang sedang mengalami proses evolusi? Sedarkah PR bahawa serangan bertali-arus mereka telah menguatkan ikatan sesama parti komponen BN? Sedarkah PR  bahawa BN telah kenal siapa ‘musuh dalam selimut’ mereka? Sedarkah PR caci-maki mereka telah memberi kunci jawapan kepada permasalahan BN selama ini? Sedarkah PR bahawa rakyat sedang menilai prestasi dan peribadi mereka sendiri?

Rakyat bukan bodoh, samada mereka suka kepada BN atau PR.. mereka ada keutamaan peribadi yang mahu dipenuhi. Jangan PR berasa angkuh dan merasakan diri mereka sudah menang kerana sikap pengecut BN. Bersikap pengecut bukan bermakna mereka bodoh, tetapi berundur setapak untuk melompat lebih tinggi lagi. Rakyat suka mendengar cerita sensasi, skandal dan pembongkaran rahsia-rahsia besar.. tetapi perkara ini tidak mengenyangkan perut mereka, tidak memberi apa-apa faedah untuk peningkatan taraf hidup kecuali sebagai penyedap kepada telinga yang mendengar.

Jika PR masih dibuai kejayaan PRU 12, suka mencari salah orang berbanding bekerja untuk rakyat, menuduh BN penipu padahal janji mereka pun tidak tertunai.. jangan salahkan rakyat jika rakyat akan kembali ‘beralih arah’ kepada BN. Orang yang bercakap banyak memang menjadi tumpuan, bercakap lebih tapi ‘habuk pun tarak’ pun akan dinilai kembali oleh si pendengar.

Kuat berjanji tapi tidak tertunai juga boleh menghakis kepercayaan orang lain. Cubalah kita perhatikan realiti kehidupan sekeliling kita sehari-hari, lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap orang yang suka bercakap tapi kerja suka bertangguh.

Sukalah saya memperingatkan kawan-kawan saya yang pro-reformasi.. jika anda rasa anda benar, teruskan perjuangan anda tapi jangan hanyut dengan mencari salah orang lain. Akhirnya kredibiliti sendiri menjadi tumpuan untuk dipertikaikan. Semakin ramai kita mencari orang untuk mengumpat hal orang lain, semakin ramailah orang yang akan memerhatikan kita. Ingatlah kepada Allah kerana hati seseorang itu milik-Nya.. jika mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya.

“Personaliti Najib mungkin lebih kuat berbanding Abdullah tapi konflik dalam dirinya (juga keluarga) begitu dahsyat. Mahathir mungkin diberi peluang untuk membantunya, namun silap langkah, ia boleh mengundang petaka lebih besar.” ..Harakah

“Mahathir’s view in his interview with Manichi Daily News is typical Mahathirism,but what is sad and ominuos is that he is clearly not prepared to heed the demands for justice, rule of law, political and economic reforms which caused the unprecedented electoral setbacks suffered by UMNO in the recent general election and start the process of national reconciliation by loosening the authoritarian and undemocratic style of governance.” ..Lim Kit Siang

“Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.” ..Suara Keadilan

“Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.” ..Zaid Ibrahim

——————————————————————————–

Semua pemimpin dalam PR tak suka Mahathir? tidak terkecuali sesetengah ahli BN? ..apakah benar semua rakyat Malaysia benci kepada Mahathir? Kenapa Mahathir dibenci?

Khabarnya Mahathir memerintah dengan ‘kuku besi’, diktator, maha firaun, mengkayakan kroni serta anak-beranak dan pelbagai gelaran lagi. Sepanjang pengetahuan saya, beliau PM Malaysia yang paling berjaya dan Malaysia jadi terkenal di mata dunia.

Mungkin saya naif tentang beliau, tetapi saya dapat menjangkakan beliau digeruni kerana sikapnya yang tegas dan mempunyai pemikiran yang hebat. Malahan kata-kata Anwar yang penuh dengan istilah yang hebat-hebat dapat dibalas dengan hujahnya secara selamba dan sinis. Jerit-pekik PAS dan DAP seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’.

Dr Mahathir seorang doktor.. beliau berjaya mengaplikasikan ilmu kedoktoran dengan baik dalam politik. Beliau lebih suka mencegah dari mengubati.. mana-mana penyakit yang serius harus dibuang meskipun terpaksa dibedah atau dipotong. Penyakit kalau dibiarkan bebas akan menjadi barah, bila menjadi barah.. kita jadi parah. Kebebasan mutlak ada buruknya, dan kabinet Pak Lah telah membuktikan kebebasan melampau akhirnya memakan diri.

Dalam rumahtangga sekalipun.. anak-anak yang dibiarkan bebas mengundang banyak risiko. Anak-anak dimarah, didenda, dirotan dan dihukum kerana kita sayang kepada anak-anak kita, bukan benci tapi kita tidak mahu mereka jadi perosak keluarga. Kadang-kala, ketegasan dan ketakutan dapat mendidik anak-anak menjadi baik dan berdisplin.

Mungkin kerana amalan kedoktoran beliau dalam politik, ‘Pembangkang’ jadi gerun dan keadaan tersebut digambarkan melalui kritikan peralihan kuasa kepada DS Najib, yang dikatakan akan mewarisi pemerintahan ala Dr Mahathir. Mereka jadi gerun sekiranya nasib mereka akan berulang seperti era pemerintahan Dr Mahathir.

Pembangkang mengatakan Najib kena ‘queen control’ dan rakus harta negara. Oleh itu, siapakah calon yang lebih baik untuk mengawal tingkah laku Najib selain dari Dr Mahathir? Lebih-lebih lagi jika beliau dilantik penasihat Umno (yakni ada jawatan dan kuasa).. suara beliau tentulah lebih laku dan dihormati.

Secara peribadi.. saya tiada masalah jika Dr Mahathir berada dibelakang DS Najib kerana beliau sememangnya perlu diperhatikan. Tetapi saya yakin Najib yang bersikap belas-kasihan ada kebijaksanaan untuk memerintah dengan gayanya yang tersendiri dan bayangkan jika disertai dengan pengalaman dan visi Dr M sebagai penasihat beliau. Pada saya, nasihat Dr M lebih baik dari nasihat ‘Mr Ji’..

Bagaimanapun, kesan negatifnya tetap ada.. Kerana inilah, rakyat perlukan suara pembangkang yang berkesan dalam parlimen. Kenapa perlu takut jika kita benar? Hanya orang yang suka membuat fitnah dan adu domba sahaja yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Salurkan kebijaksanaan sebagai ‘Pembangkang’ di Parlimen bukannya melalui mogok, rusuhan dan demonstrasi tidak tentu hala.