Baru-baru ini Khairy ada berdebat dengan Husam Musa di Balai Islam, Kota Bharu. Walaupun tempat itu cuma 10 kilometer dari rumah saya, tetapi sesi debat tersebut tidak menarik minat saya langsung untuk turut serta. Samada si KJ atau si Husam Musa.. dua-duanya saya tidak hiraukan sangat.  Samada mereka itu UMNO atau Pas, bukannya menjadi faktor utama utk saya turut serta. Kalau pesta buku atau ‘PC fair’, ada juga rasa minat nak jengok-jengok..

Antara yang menjadi isu setelah tamatnya sesi debat tersebut ialah isu hudud. Si Husam Musa kata Pas tetap akan teruskan.. si KJ pula cabar-mencabar tetapi terjerat dengan soalannya sendiri. Khairy mahu Hudud dilaksanakan? Kah..kah..kah..

Tapi, apa yang pasti.. isu hudud sengaja ditimbulkan agar terdapat satu modal yang boleh diguna-pakai untuk sesi pilihanraya. Satu isu mesti dicari untuk diwar-warkan, di putar-belitkan atau dihangatkan sebagai bekal perang psikologi pilihanraya.

Read the rest of this entry »

Advertisements

Sehari dua yang lalu, saya ada berbual-bual dengan orang kuat PAS yang mengatakan ada cadangan dari pucuk pimpinan agar setiap anak muda yang pergi sembahyang berjamaah akan diberi RM 50. Ini sebagai insentif untuk mereka berjinak-jinak dengan masjid, dan sesi kuliah (tarbiyah) akan diadakan dari masa kesemasa agar golongan muda ini ‘terbuka hati’ untuk mendalami Islam.

Dari sudut jangka pendek, ianya nampak kreatif dan bertujuan baik.. tetapi, dari segi jangka panjangnya ialah boleh memberikan kesan ekonomi kepada kerajaan negeri itu sendiri.

Sekarang, sudah terdapat satu skim iaitu Skim Kifalah Warga Emas untuk rakyat Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas. Apabila berlakunya kematian warga emas tersebut, wang sebanyak RM 2,500 akan diberikan kepada pewaris untuk meringankan beban keluarga si mati. Malahan, skim ini terbuka kepada semua kaum (yakni tanpa mengira agama).

Read the rest of this entry »

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

“Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta. Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Sumber berita : Harakah Daily 29/10/08

—————————————————————————-

Baru-baru ini, parti pembangkang (UMNO) di Kelantan mengkritik kerajaan negeri kerana membentangkan belanjawan defisit lebih kurang 20 juta. Antara lain.. kerajaan negeri dicemuh kerana tiada inisiatif untuk membangunkan ekonomi negeri.

Secara peribadi.. saya bersetuju jika kerajaan negeri tiada kreativiti untuk menjana ekonomi negeri Kelantan, tetapi saya tidak bersetuju jika kerajaan negeri dituduh tidak pandai menguruskan ekonomi negeri.

Salah satu kelemahan UMNO ialah suka berhutang secara keterlaluan atas nama pembangunan. Sedar tidak sedar, tabiat suka berhutang akan menjerat diri sendiri. Berhutang jadi perlu jika mahu memenuhi pembangunan demi kesejahteraan rakyat.. masalahnya kerajaan suka berhutang untuk membuat projek disamping ‘mencuri’ sedikit duit pinjaman tersebut kedalam poket sendiri.

Sebagai contoh, kerajaan terpaksa berhutang untuk membuat lebuhraya baru Kota Bharu-Gua Musang.. niat asalnya baik, tetapi projek tersebut tidak melalui proses tender yang telus dan diberi kepada kroni-kroni ahli politik yang tertentu, dan sedikit komisen akan diberi kepada ahli politik. Beginilah cara mereka ‘mencuri’.. pinjaman terpaksa dibuat kerana mahu membayar syarikat kontraktor, padahal sumber kerajaan tidak ada.

Inilah masalah utama yang melanda UMNO. Projek demi projek diwujudkan untuk mencipta ‘lubuk duit’.. dan pinjaman demi pinjaman dibuat untuk memastikan kelancaran ‘duit poket’ tersebut. UMNO tidak pandai erti berjimat-cermat dan hanya pandai buat untung.

Kenapa mahu mengkritik belanjawan defisit Kelantan? Cuba bandingkan hutang tertunggak negeri Kelantan berbanding negeri Pahang, Terengganu dan Johor? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan kerajaan negeri sekarang mengurus hutang iaitu salah satu faktor beban ekonomi (dari segi kadar faedah) kepada negeri.

Malangnya, kerajaan negeri tiada kreativiti untuk mempelbagaikan sumber ekonomi.. dari segi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri memang ‘tip-top’ tapi ‘fail’ untuk membangunkan ekonomi negeri secara berkesan. Nasib baik sikap terbuka kerajaan negeri menggalakkan pelaburan pihak swasta, hasilnya Kelantan beroleh juga nikmat pembangunan walaupun banyak projek Kerajaan Persekutuan yang dibekukan dan disekat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri harus berhati-hati agar tidak terlalu cenderung kepada pihak swasta.. dibimbangi akan meniru Dasar Pengswastaan Malaysia yang dipelopori Dr Mahathir. Niat asalnya baik untuk pembangunan Malaysia, tetapi kebebasan yang keterlaluan kepada pihak swasta telah menyekat niat asal kerajaan untuk membuat kebajikan kepada rakyat.

Dari mahu membuat kebajikan telah bertukar kepada mahu mencari keuntungan semaksima mungkin (dalam bentuk cukai korporat) untuk hasil pendapatan kerajaan.. disamping itu, bolehlah mencari sesen-dua duit poket melalui hasil komisen.

Al-hasilnya.. suara dan rintihan syarikat-syarikat korporat dan masyarakat peniaga lebih DIDENGAR oleh kerajaan daripada suara dan rintihan rakyat biasa.

Dalam Harakah Daily 8/10/08.. Dato’ Nik Aziz Nik Mat mengatakan Umno tidak sesuai mewujudkan majlis ulama seperti disarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdin memandangkan parti itu memisahkan agama dalam perjuangan. Selanjutnya, beliau mengatakan majlis ulama hanya sesuai dengan gerakan Islam seperti PAS kerana sejak awal lagi konsisten memperjuangkan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS merujuk kepada Dewan Ulama dalam setiap gerak kerja sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam Umno. Selain itu PAS juga mempunyai Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS yang memutus hala tuju gerakan Islam tersebut. Baca lagi kenyataan beliau disini..

—————————————————————————————

PS : Aii.. asyik PAS aje yang betul ni. Apa salahnya kalau UMNO mahu ada majlis ulama sendiri sebagai badan penasihat parti. Benda yang elok, sepatutnya PAS kena sokong. Raja-Raja Melayu pun ada Majlis Ulama mereka yang tersendiri, PAS tak bising pun.

Pada pendapat saya, tak perlulah merujuk kepada PAS semata-mata kalau mahu mendalami Islam. Ramai lagi ilmuwan Islam yang bebas dari politik kat luar sana yang boleh jadi pembimbing. Majlis Syura itu samalah semacam Majlis Tertinggi dalam UMNO. Bezanya.. UMNO tiada Majlis Ulama, biarlah diaorang jika ada semangat nak insaf.. bukan PAS saja yang mahu masuk syurga, orang lain nak juga.

Kalau UMNO mahu ada Majlis Ulama pun bising, nampak sangat PAS tak mahu UMNO insaf.. PAS mahu tengok UMNO terus lalai agar orang lain pakat-pakat sokong PAS jika mahu Islam. Itu ada motif politik juga tu.. bukannya mahu melihat Islam mekar, tapi mahu bertopengkan agama agar dapat kuasa. Kalau ada niat semacam tu, bukan ikhlas namanya.

Setiap kehidupan di dunia ini tidak dilahirkan sama dan seragam, samada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.. mesti ada perbezaan walaupun sedikit, apatah lagi manusia.. Samada BN atau PR, walaupun nampak berbeza kulitnya tetapi isinya tetap sama.

PAS amat memandang hina UMNO kerana sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC. Atas pernyataan inilah, PAS mefatwakan UMNO itu sebagai satu parti yang kafir. Fatwa ini telah dinyatakan oleh Hj Hadi dalam tahun 80 an dulu.

Sesungguhnya.. PAS telah berdosa besar dalam hal ini kerana telah mengkafirkan saudara seagama mereka sendiri dan mereka lah yang menjadi punca utama perbalahan kaum Melayu sekarang ini.

Masakan tidak, fatwa mereka itu telah ‘memakan diri’ mereka sendiri dengan bersekongkol dengan DAP dan lain-lain pemimpin dalam PKR yang tidak redha dengan Islam. Sekiranya fatwa PAS tahun 80an itu boleh diguna-pakai, bukankah PAS juga telah menjadi parti kafir sekarang?

Bukankah air ludah mereka kepada UMNO telah kembali ke muka mereka sendiri?

Bukankah Nik Aziz juga memberi ‘fatwa’ DAP itu syaitan ketika mereka berselisih faham suatu ketika dahulu? Tetapi kenapa mereka boleh bersekongkol dengan DAP sekarang? Bukankah Allah telah mengatakan syaitan itu musuh yang nyata kepada manusia?

Sekali lagi air ludah mereka terkena kepada batang hidung mereka sendiri..

Alangkah dungunya pernyataan bekerjasama dengan syaitan dibolehkan kerana membanteras kerajaan rasuah UMNO. Manakah musuh yang lebih besar.. syaitankah atau rasuah? Kedua-duanya musuh Islam, tetapi yang mana dahulu wajar kita jauhi? Jika kita lari dari syaitan.. dengan sendiri kita menjauhi rasuah. Bukankah begitu?

Berbalik dalam Pakatan Rakyat.. perjuangan PAS mengenai Ketuanan Islam tidak selari dengan laungan mereka selama ini. Kenapa PAS mesti terikut-ikut dengan pemimpin DAP dan PKR yang melenting dengan isu ISA, isu rasuah Exco Perak dan beberapa hal yang lain?

Kenapa PAS berdiam diri apabila Teresa Kok mengancam kedaulatan Islam? Kenapa PAS tidak mempertahankan YB Zulkifli Nordin yang diancam tindakan displin oleh PKR? Kenapa PAS tidak menyelar orang rumah mereka sendiri yang menerima rasuah seks? Mana suara PAS dalam hal-hal ini?

Jawapannya mudah.. PAS juga kemaruk dengan politik kebendaan. Berani bersuara dalam memburukkan peribadi orang lain tetapi berdiam diri apabila ekor sendiri bergelumang dengan tahi. Masakan boleh mentadbir sebuah negara sekiranya kepincangan dalam rumah sendiri tidak berani untuk diperbetulkan.

Oh.. ini strategi untuk menjatuhkan BN dan mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat..

Apa bezanya pengacau daulah Islam antara UMNO dan Teresa Kok dan Bar Council yang diredhai oleh PKR? Bezanya UMNO itu depan rumah kita.. Teresa Kok dan PKR itu dalam rumah kita, siapakah yang wajar dirotan terlebih dahulu? Anak orang lain atau anak dalam rumah kita.. Dalam adab Islam, memperbetulkan keluarga sendiri dahulu lebih utama dari memperbetulkan keluarga orang lain.

Ada pula suara dalam PAS yang berkata.. berikan kuasa kepada kami dahulu, maka kami akan buktikan bahawa kami benar-benar memperjuangkan Islam.

Bukankah Allah menyuruh kita memerhatikan alam sekeliling untuk belajar? Tidakkah PAS memerhatikan alam persekitaran.. dengan kata lain, realiti kehidupan dunia. Tidak ada benda dalam dunia yang terjadi dengan sendiri.. mesti ada tukangnya, mesti ada penciptanya.

Nabi Muhammad sendiri berusaha membina imej islam dengan dakwah dan akhlaknya yang terpuji. Nabi tidak mengatakan orang Mekah kena memberi jawatan kepadanya agar beliau boleh mngembangkan Islam. Dakwah Nabi Muhammad berjaya kerana tiada paksaan dalam dasar dakwahnya.. Nabi tidak mengutuk pun peribadi pemimpin-pemimpin Arab jahiliyah. Nabi tidak menceritakan tentang neraka tetapi keindahan agama Islam terlebih dahulu.. Nabi bercerita tentang neraka apabila umatnya mula menghayati Islam, itupun sekadar peringatan agar mereka tidak songsang.

Inilah yang membezakan PAS dan Nabi Muhammad s.a.w.. PAS suka menghukum tetapi tidak memberi jalan keluar kepada permasalahan. PAS suka menghukum UMNO, bukannya menegur dengan berhemat dan kasih-sayang. Malahan Nabi tidak menyumpah seranah rakyat Mekah yang melempar batu kepadanya.. yang membaling tahi kepadanya.. yang cuba membunuhnya. Alangkah jauhnya peribadi Nabi dengan ulama-ulama PAS.

Kenapa dakwah Nabi berjaya? Nabi Muhammad s.a.w. memberi alternatif pegangan hidup kepada rakyat Mekah dengan kasih-sayang dan ketinggian budi pekertinya. Rakyat Mekah tertarik dengan sendirinya  kepada Nabi kerana sifat-sifatnya itu. Bagaimanakah dakwah PAS boleh berjaya sekiranya dasar dakwah PAS itu sendiri sudah tidak sama dengan dasar dakwah Nabi Muhammad s.a.w?

PAS menyelar UMNO kerana mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi. UMNO dituduh autokratik, diktator dan firaun. UMNO dituduh mengamalkan politik berpuak-puak dan saling menjatuhkan sesama sendiri untuk berkuasa.

Sedikit sebanyak.. tempiasnya juga mengenai PAS. Bukankah Hj Hadi dan Nik Aziz berpakat menjatuhkan Hj Asri untuk memerintah PAS? Walaupun bukan melalui politik wang.. tetapi politik berpuak-puak memang wujud dalam PAS itu sendiri. Kenapa tidak sahaja mendesak peralihan kuasa secara aman dari Hj Asri kepada Hj Hadi?

Bukankah Mustafa Ali dan Muhd Sabu dikutuk habis-habisan oleh orang PAS sendiri kerana perbezaan pendapat dengan pucuk pimpinan parti? Apa bezanya dengan Muhyidin Yasin yang tidak sependapat dengan Pak Lah? Adakah ahli-ahli PAS tidak boleh bersuara untuk memberikan pendapat? Adakah setiap pendapat yang berbeza dianggap pengkhianat parti?

Sekiranya ini juga dipandang salah.. maka PAS juga mengamalkan sistem autokratik dan tidak demokrasi. Mana demokrasi dalam Pakatan Rakyat kalau PAS tidak boleh menegur PKR mahupun DAP. Adakah setiap keputusan majlis syura tidak boleh dibahaskan? Adakah suara akar-umbi PAS tiada nilai langsung? Adakah setiap ahli kena menjadi lembu dicucuk hidung.. kena angguk sahaja setiap kata pemimpin tanpa boleh memikirkan mengikut tahap akal masing-masing?

Realitinya.. perjuangan PAS untuk memperjuangkan Ketuanan Islam sudah tersasar sedikit. Parti yang berasaskan dakwah dan perjuangan yang ikhlas tidak mengejar kuasa, kebendaan dan pulangan. Yang pentingnya ialah objektif dan dakwah yang berterusan.. Sekiranya PAS mementingkan kekuasaan, PAS lagi hina dari UMNO kerana bertopengkan agama untuk mencapai matlamat parti bukannya matlamat umat Islam.

Organisasi atau peribadi yang ikhlas tidak kecewa sekiranya tidak diberi jawatan atau pangkat. Mereka juga tidak perlu bertenggek atas bahu orang lain untuk berjuang, mereka berdakwah dengan kudrat mereka sendiri.. kalau tak boleh berjalan, mereka bertongkat.. kalau tak mampu, mereka mengensot atau merangkak.

Percayalah.. Allah memberi amanah dan rezeki kepada hamba-hambanya berdasarkan penilaian-Nya dan rahmat-Nya. Allah memberi sesuatu pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan hamba-Nya. Seorang tukang sapu boleh diangkat menjadi PM jika Allah mahu.. kerana Allah Maha Tahu.

Dugaan Allah ini dalam 2 bentuk, satu yang susah dan satu lagi yang senang. Sekiranya Allah memberi dugaan kehidupan dalam bentuk kesenangan.. maka beruntunglah orang itu dalam kehidupan dunia ini, tetapi nasibnya masih belum tentu lagi bila di akhirat nanti. Begitu juga orang yang diduga dalam bentuk kesusahan.. mungkin orang itu lebih bahagia di akhirat berbanding orang yang senang tadi.

Oleh itu.. janganlah PAS mendabik dada dan riak dengan dugaan Allah dalam PRU 12 baru-baru ini. Janganlah dikatakan rakyat telah menerima PAS secara total padahal rakyat hanya menzahirkan kebencian kepada UMNO dengan mengundi PAS. Dugaan itu harus diteliti semula oleh PAS agar mereka tidak lupa diri dengan tekad perjuangan mereka selama ini. Perancangan Allah itu amat halus dan penuh tipu-daya kepada mereka yang tamak dan angkuh.

PAS kena yakin kepada diri sendiri dan berjaya atas usaha diri sendiri.. sepatutnya Anwar Ibrahim yang bergantung kepada PAS bukan sebaliknya. Sepatutnya PAS yang boleh mengaturkan Anwar untuk buat itu-ini bukan sebaliknya. Bukan untuk menghasut kepada perpecahan kepada Pakatan Rakyat, tetap sepatutnya parti Islam yang berada dalam barisan hadapan bukannya berada dalam barisan kedua atau barisan belakang. Menjadi pak turut hanya mengundang risiko ditendang atau dilupakan.. sampai saat itu PAS hanya melopong tidak percaya dan terpinga-pinga.

IPOH: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.

Berikut adalah kenyataan dari Zul Hassan..

“Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar. Kita tak minta.. tak cari.. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’

Apalah bongoknya mamat ni.. soal konspirasi lain, soal zina lain. Kalau diri sendiri tak ingin.. maka tak berlakulah zina tu. Sekarang mahu buat perbandingan pemberian pelacur untuk dizina dengan pemberian sedekah?

Mana suara PAS dalam hal ini? ..jangan hanya pandai mengutuk ketempangan dan cacat cela rumah orang lain, ketempangan rumah sendiri tak mahu dibaiki juga kah? Mana suara Salahudin Ayub (singa PAS).. janganlah pula TG Nik Aziz keluar dengan hadis-hadis yang meyokong perbuatan ini.. terkejut besar saya.

Apa pun yang terjadi.. saya berharap YB Zul Hasan kembali menyedari kesalahannya itu. Sempena bulan Ramadhan yang hampir sampai kepenghujungnya.. bawalah bertaubat. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Soal ianya dianiayai oleh BN.. biarlah mahkamah yang menentukan, soal zina itu mintalah pengadilan dari mahkamah Allah pula.

Nik Aziz flip-flop..

September 19, 2008

Bernama 22 Mac 2008 : LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH – NIK AZIZ NIK MAT

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undang-undang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasional (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.

—————————————————————————————-

Utusan September 17 2008 : LOMPAT PARTI TAK SALAH – NIK AZIZ

KOTA BHARU . – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

“Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.”

“Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini. Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Utusan