Dalam laman web Malaysia, terdapat satu laporan berita yang menyebut bahawa Lim Guan Eng menasihatkan kepada Anwar Ibrahim agar memastikan pemimpin-pemimpin dalam PKR agar lebih berdisplin agar imej Pakatan Rakyat tidak tercalar..

Maksudnya :

” Anwar.. tolong nasihat sikit pemimpin2 Pas agar tidak gelojoh dan tidak ekstrim sangat, takut2 penyokong Dap (orang Cina) lari dari PKR. Kamu (Anwar) orang Melayu-Islam sama macam mereka.. elok kamu sajalah bagi nasihat, aku tak boleh.. aku cepat naik naik angin dengan Pas sejak dari dulu lagi”

*******************************************************************

Dalam satu laporan yang lain..

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok-Kok..”

Sudah terang lagi bersuluh.. kaum Cina yang agak ultra dan suka anti Melayu kebanyakkannya menganut Kristian. Kaum Cina yang menganut Buddha dan lain2 ajaran agak neutral dan tidak ekstrim. (Teresa ini Kristian juga barangkali??)

Maaflah.. penganut Kristian sejak dari dulu agak skeptik dan was-was kepada penganut Islam. Maklum sajalah.. imej Islam telah dimomokkan dengan imej negatif dan gereja2 di Vatican City selalu membuat perancangan untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia dari masa ke semasa.

Mana mereka tidak marah jika ‘jalan-jalan dakwah’ mereka cuba disekat dan disabotaj?

Advertisements

Selepas dibebaskan dari penjara, terdapat teori yang mengatakan Anwar akan masuk PAS atau UMNO.. tetapi beliau memilih untuk berjuang atas tiket PKR. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat, hendak kembali ke dalam UMNO dilihat satu strategi yang tidak kena dengan masanya memandangkan momentum rakyat yang kuat untuk menolak BN.

Sekali lagi PAS mungkin tertipu dengan kerenah Anwar.. dahulu, ketika keluar dari ABIM, juga dikatakan beliau akan menyertai PAS sebagaimana rakan-rakannya yang lain tetapi UMNO juga yang menjadi pilihan hati Anwar. Read the rest of this entry »

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Utusan Melayu (M) Bhd. hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (gambar) supaya beliau membuat permohonan maaf dan menarik balik pernyataan fitnah yang didakwa dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Menurut kenyataan syarikat itu, surat tuntutan tersebut telah diserahkan kepada Teresa melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co. yang mewakili Utusan Melayu. Lihat berita selanjutnya disini..

————————————————————————————–

Ya !! Satu tindakan yang tepat dan kena pada masanya..

Saya tidak menyokong kerajaan dan BN dalam hal ini, tetapi saya menyokong kebebasan media. Tidak kira samada mereka dari Harakah, Suara Keadilan, Utusan Malaysia atau Sin Chew Daily.. mereka adalah pengamal media dan harus dihormati.

Sikap Teresa Kok sememangnya bongkak dan angkuh, janganlah kerana mempunyai tiket sebagai pembangkang, beliau sudah besar kepala dan bersikap berat sebelah kepada mana-mana media. Sekira difikirkan secara logik, sudah berbakul-bakul saman yang boleh dikeluarkan terhadap Harakah atau Sin Chew Daily kerana fakta-fakta berita yang berat sebelah.

Budaya saman-menyaman ini nampaknya sudah menjadi kegemaran dan ‘trend’ YB DAP dan PKR.. ada satu nasihat orang-orang tua, memilih untuk bersabar adalah lebih baik dari berkelahi.. tetapi, kita wajib bangkit melawan dan berjuang sekiranya maruah dan air-muka kita dipijak-pijak, difitnah dan dicabar !!

PS : Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM 30 juta, apa kata jika UM saman balik YB DAP RM 100 juta atau lebih.. kasi muflis terus, biar hilang kelayakkan sebagai ahli Dewan Rakyat. (Saya tidaklah terasa sangat dengan kenyataan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, tetapi Teresa Kok ini memang melampau dan angkuh.. ‘tension’ jadi andartu kot?) ;p

Apabila saya mendengar DS Anwar mengumumkan satu skandal baru (kononnya) mengenai pembelian helikopter Eurocopter dalam persidangan dewan 13/10/2008, saya tersenyum sendirian.. ada-ada saja taktik dan idea DS Anwar untuk ‘mengenakan’ musuh lamanya itu. Bukan hanya sekarang mereka ada ‘perang dingin’, malahan sejak Anwar bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO lagi.

Saya tidak mahu menyokong Najib di atas persoalan terbaru pembelian 12 unit helikopter Eurocopter Cougar EC-725, malahan saya juga berasa sangsi sekiranya berlaku ketirisan/ perjanjian sebalik tabir mengenai urusniaga tersebut sebelum ini.

Tetapi, kita tidak boleh cepat menuding jari kepada DS Najib bersalah semata-mata kerana bersetuju meluluskan pembelian EC-725 tanpa membuat beberapa analisa teknikal terlebih dahulu :

1.  Ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira, (i) spesifikasi teknikal yang memenuhi keperluan operasi TUDM, (ii) jaminan teknikal dan penyelenggaraan, (iii) reputasi dan jaminan pengilang, (iv) kegunaan meluas di pasaran global (faktor kesediaan alat-ganti), (v) harga, (vi) keselesaan dan keserasian dasar negara dengan negara pengeluar/syarikat, (vii) sokongan kepada pemindahan teknologi dan lain-lain lagi yang munasabah.Faktor-faktor tersebut adakalanya saling berkait antara satu sama lain.

2.  Harga yang murah bukanlah faktor penentu keputusan akhir sesuatu pembelian, sebagai contoh : jika hanya faktor harga diambil-kira, masakan ada rakyat Malaysia yang mahu membeli Mercedes S280, BMW 5 Series, Volvo S60.. walaupun ada pilihan lain yang jauh lebih murah? Malahan, faktor teknikal dan reputasi Mercedes, BMW dan Volvo pun masih menjadi pertimbangan sebelum keputusan dibuat.. memilih yang terbaik dari yang terbaik.

3.  Tahukah kita bahawa teknologi kejuruteraan mekanikal German/Perancis adalah yang terbaik di dunia? Amerika dan Rusia lebih terkenal dengan teknologi sensor, pengkomputeran dan konsep. Itali dan UK, walaupun hebat dengan teknologi reka-bentuk dan setanding, kos alat ganti mereka lebih mahal berbanding negara-negara lain. Teknologi kejuruteraan mekanikal yang bagus dapat menjamin jangka-hayat yang lebih panjang kepada mesin/jentera tersebut.

4.  Arwah bapa saya seorang ketua jurutera mekanikal untuk agensi kerajaan dan telah merantau hampir keseluruh dunia untuk mencari jentera pertanian yang terbaik untuk kegunaan badan-badan kerajaan. Ilmu dan pengalaman beliau sedikit-sebanyak membantu saya memahami dunia kejuruteraan (sayangnya, beliau telah tiada untuk saya merujuk hal ini).

5.  Walaupun model Kazan MI-172 buatan Rusia dan model Sikorsky S-92 buatan AS ditawarkan pada RM 898 juta (yang termurah) dan RM 1.452 bilion masing-masing, dan digunakan secara meluas dalam medan peperangan.. sedarkah kita, dari segi jangka-masa panjang kos penyelenggaraan amat membebankan kerana kita terpaksa merujuk kepada pengkalan penyelenggaraan mereka yang berada di luar Malaysia?

6.  Sedarkah kita bahawa Eurocopter adalah pengeluar helikopter terbesar di dunia ,syarikat aeroangkasa yang kedua terbesar didunia dan digunakan di 60 buah negara seluruh dunia? Sedarkah kita Eurocopter telah berada di Malaysia sejak tahun 2002 lagi, dan telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dalam industri pembuatan helikopter? Tahukah kita helikopter Super Puma yang menjadi kebanggaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga mengunakan teknologi Eurocopter?

7.  Eurocopter juga telah berjanji untuk menambahkan pelaburan sebanyak RM 250 juta (jika terpilih) untuk menaik-taraf pusat penyelenggaraan CTRM-Eurocopter di Subang dalam bidang latihan dan membina pusat simulasi pemanduan helikopter yang pertama di Asia. Bukankah kerjasama ini menguntungkan kerajaan dalam pemindahan teknologi dan pusat latihan serantau? Bukankah ini salah satu hasil pendapatan negara dan syarikat tempatan? Adakah pembida-pembida tender yang lain bersedia memberi tawaran yang sebegini menarik?

8.  Perlukah diadakan ujian penerbangan kepada semua model helikopter sekiranya diatas kertas sahaja sudah diketahui tidak menepati keperluan spesifikasi teknikal TUDM? Harus diingat, objektif utama TUDM ialah helikopter untuk tujuan Search And Rescue (SAR) bukannya helikopter penggempur. Secara peribadi, model Cougar EC725 dan Agusta EH 101-Merlin lebih menepati spesifikasi tersebut.. sekiranya kos alat ganti diambil-kira, model Agusta lebih membebankan untuk kos penyelenggaraan. Untuk tujuan helikopter penggempur, tiada satu pun model diatas yang sesuai, Singapura lebih kedepan dengan helikopter Apache mereka.

9.  Betulkah tiada motif tersembunyi dari Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar, kerana kegagalan membida tender pembelian helikopter? Ini nada orang yang kecewa kerana tidak terpilih dan menuduh secara melulu kerajaan bersikap pilih-kasih.. kalau terpilih, tentulah beliau senyap sahaja dan memuji-muji kerajaan kerana memilih bidaan syarikatnya. Adakah tawaran dari syarikat beliau yang terbaik, memandangkan pengkalan penyelenggaraan helikopter pun di Kanada dan tiada kerjasama strategik dengan syarikat tempatan? Saya rasa tidak.. soal tidak puas hati ini memang wujud dimana-mana dalam tender secara global.

10.  Soal ‘somebody’ menerima komisen adalah perkara biasa dalam dunia bisnes, pak lebai di kampung pun pandai ‘makan komisen’ dalam urusniaga jual-beli lembu untuk korban aqiqah.. selain DS Najib dan YB-YB Umno yang lain-lain, anda juga boleh bertanya maksud sebenar ‘komisen’ kepada Azmin Ali, Husam Musa, Hatta Ramli, Hassan Ali, Khalid Ibrahim malahan kepada Anwar Ibrahim juga !! Kenapa Anwar hanya diam dan tunduk membisu sahaja apabila disoal balik oleh YB Umno dalam sidang Dewan Rakyat 14/10/2008 tentang komisen, kronisme dan rasuah?

Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008 berlangsung, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik. Ketua Umno Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, beliau menyifatkan Pakatan Rakyat dan DS Anwar sudah tersepit dan kehabisan strategi politik. Kata beliau, Anwar kini sudah tiada jalan melainkan mengadakan perbincangan dengan Tengku Razaleigh selepas kesemua taktiknya untuk membentuk kerajaan persekutuan baru menerusi lompat parti gagal. Ikuti berita mStar disini..

Adakah kenyataan Ku Li ini bertepatan dengan desas-desus sebelum ini, yang membuat teori bahawa DS Anwar masih memerlukan UMNO untuk menjayakan cita-cita beliau menjadi PM? .. Atau adakah perkembangan terbaru ini yang menjadi punca kelam-kabut dalam blog Azmin Ali, yang diwar-warkan mahu meletak jawatan dalam PKR, baru-baru ini?

Secara peribadi.. saya berpendapat idea Ku Li itu baik tetapi tidak praktikal. Kerajaan perpaduan BN-Pakatan tidak akan menyelesaikan permasalahan rakyat secara total, dari sudut jangka pendeknya ianya memberi kesan segera tetapi akan menimbulkan banyak masalah dari sudut jangka masa panjang.

Perpaduan parti-parti tersebut menjurus kepada sistem satu parti dan menafikan sistem demokrasi berpelembagaan. Sesebuah negara masih memerlukan sistem pemerintahan dua parti sebagai pemerintah dan pembangkang, apa yang kita perlu ialah parti pemerintah yang tidak ego dan parti pembangkang yang efisien dan tidak gila kuasa. Selebihnya, rakyat akan menilai parti mana yang lebih baik untuk dipilih dalam pilihanraya umum.

Sepatutnya, Pakatan Rakyat memperkemaskan organisasi pentadbiran mereka terlebih dahulu agar dilihat lebih kemas dan tersusun. Sehingga ke hari ini, masih belum ada jentera pentadbiran yang mantap malahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PR pun masih kabur dan masing-masing saling berebut jawatan tersebut antara satu sama lain.

Apa respons PAS dan DAP terhadap perkara tersebut? Bukankah persetujuan tersebut hanya menyebabkan mereka menjilat kembali ludah mereka kepada UMNO? Bukankah persetujuan tersebut hanya mengkhianati harapan penyokong-penyokong PR?


Baru-baru ini sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah‘ di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam.

Sekurang-kurangnya.. Lim Guan Eng ada juga inisiatif untuk beri kelegaan dan berita penyejuk hati kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang. Bukannya seperti si brader sebelah LGE tu.. (lihat gambar) yang kemaruk nak jadi PM. Pada saya, LGE telah menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan berkesan.. kurangkan bercakap, banyakkan kerja..

Kepada UMNO.. berita ini sedikit sebanyak mencalitkan arang ke muka tuan-tuan sekalian. Bagaimana seorang ahli politik cina boleh menjaga hati orang Islam dengan berita ini.. mungkin ianya sekadar strategi atau retorik politik untuk meraih undi melayu, itu soal kedualah..

LGE minat khalifah Umar.. bukan seperti brader Anwar yang minat sama John Locke.. Andai kata LGE isytihar dia masuk Islam.. aku sokong LGE lagi dari Anwar.