Dalam laman web Malaysia, terdapat satu laporan berita yang menyebut bahawa Lim Guan Eng menasihatkan kepada Anwar Ibrahim agar memastikan pemimpin-pemimpin dalam PKR agar lebih berdisplin agar imej Pakatan Rakyat tidak tercalar..

Maksudnya :

” Anwar.. tolong nasihat sikit pemimpin2 Pas agar tidak gelojoh dan tidak ekstrim sangat, takut2 penyokong Dap (orang Cina) lari dari PKR. Kamu (Anwar) orang Melayu-Islam sama macam mereka.. elok kamu sajalah bagi nasihat, aku tak boleh.. aku cepat naik naik angin dengan Pas sejak dari dulu lagi”

*******************************************************************

Dalam satu laporan yang lain..

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok-Kok..”

Sudah terang lagi bersuluh.. kaum Cina yang agak ultra dan suka anti Melayu kebanyakkannya menganut Kristian. Kaum Cina yang menganut Buddha dan lain2 ajaran agak neutral dan tidak ekstrim. (Teresa ini Kristian juga barangkali??)

Maaflah.. penganut Kristian sejak dari dulu agak skeptik dan was-was kepada penganut Islam. Maklum sajalah.. imej Islam telah dimomokkan dengan imej negatif dan gereja2 di Vatican City selalu membuat perancangan untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia dari masa ke semasa.

Mana mereka tidak marah jika ‘jalan-jalan dakwah’ mereka cuba disekat dan disabotaj?

Dari riwayat Abu Daud :

Nabi Muhammad s.a.w; “Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.”

Ada yang bertanya; ”Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?”

Nabi Muhammad s.a.w menjawab; “Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.”

Ada yang bertanya; “Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?”

Jawab Nabi Muhammad s.a.w; “Cintakan dunia dan bencikan mati.”

*****

Sempena Maal Hijrah 1430H/ 2008M ini, saya mengucapkan salam maal hijrah dan salam perubahan dari aspek-aspek negatif kepada positif kepada pembaca-pembaca semua dan juga kepada diri saya sendiri..

Hari Raya tanpa ayahanda..

October 3, 2008

Tahun 2008 ini, kami sekeluarga telah kehilangan bapa kami yang meninggal pada usia 66 tahun. Biasanya suasana hari raya agak riuh-rendah dengan gelagat adik-beradik dan gurau senda ayah dan bonda. Bagaimana pun, beliau telah menyambut panggilan Ilahi dan kami redha dengan pemergiannya.

Ayahanda kami ‘disimpan’ di Kg Raja, Besut, Terengganu bersama-sama adik kami yang telah meninggal pada usia 5 tahun kerana terkena air panas. Sekurang-kurangnya, bolehlah beliau bergurau-senda dan mempunyai teman di alam ‘sana’.

Al-hasilnya.. tinggal lah kami tanpa bapa. Yang ada bonda bersama 18 orang anak-anaknya. Selaku anak sulung lelaki, tanggungjawab saya semakin berat. Dengan 11 orang anak lelaki, 7 orang anak perempuan (dicampur dengan 2 orang kakak berlainan ibu), 4 orang menantu dan 5 orang cucu.. harapnya dapat mengubat kesedihan bonda kami yang berusia 51 tahun sekarang.

PS : Pesan saya.. hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Jika harta berjuta sekalipun, tidak sebanding dengan kehadiran orang tua kita. Bagaimana sibuk sekalipun dengan kerja.. carilah masa untuk bertanya khabar melalui telefon atau berziarah. Bagi ibu-bapa, perbuatan itu amat besar ertinya..

SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI INI.. CEKKA & KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT BERHARI-RAYA KEPADA TETAMU-TETAMU BLOG YANG TIDAK SEBERAPA INI DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS KOMEN-KOMEN YANG TELAH DIBERIKAN.. MAAF ZAHIR & BATIN.

Special dedication to :

-abe li – cikgu zukeri – aidc – desressurection – fazrulls – nuexo – pak tua – penulis cyber – sekolah atap – webm – piggy singh – cucu tok selampit – raj raman – ash portal – songkok hitam – muslimat png – fisabilillah – khairul – ijam – si tuah durhake – abe mie terjah – banting boy – peoplepower – gap – malaysia kita – the x blogs – nobisha/debat rakyat – satira kacau – dan lain-lain rakan siber yang saya terlupa untuk dimasukkan dalam senarai.. –

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT BALIK KAMPUNG KEPADA ANDA SEMUA..

Lagu ini saya tujukan khas kepada sahabat-sahabat saya yang tidak bernasib baik pada Hari Raya kali ini.. tidak kiralah apa jua warna kulit dan agama mereka. Jangan jadikan musibah atau bencana terhadap diri kita sebagai satu alasan untuk mengalah kepada kehidupan.. selagi tubuh kita masih bernyawa, BERJUANG HABIS-HABISAN SEKURANG-KURANGNYA UNTUK DIRI KITA.. FIGHTS FOR YOUR LIFE !

Akhirnya Teresa mengaku dia ada menyebut makanan yang diberi kepadanya seperti makanan anjing, itupun setelah terperangkap dengan rakaman video dan tersebar luas dalam youtube.com.. tapi si minah kepoh ni masih nak tunjuk lagak dan besar kepala, malahan mencabar Utusan agar menyaman dirinya kalau berani.

Saya mendapat tahu bahawa UMNO Seputeh telah membuat laporan polis terhadapnya semalam.

Teresa ini memang angkuh.. kalau betul dah tersalah cakap, minta maaflah melalui media.. nak malu apa? Tapi masih nak menyalahkan kerajaan dan orang lain. Saya berharap sangat-sangat agar pihak tahanan ISA dan Utusan dapat menyaman balik si minah kepoh ini kerana telah memalukan intergriti akhbar dan pihak penjara.

Iran makes 3 new weapons

Iran secret weapons

New Iranian submarines