Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh disini..

—————————————————————

Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-

1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.

2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”

“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”

Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.

3)  “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?

4)  “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.

‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?

Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?

Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?

5)  “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan  Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?

Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?

6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.

Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?

7)  “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.

(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..

Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.

Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.

Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.

Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!

Dalam Malaysiakini, Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum. “Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya. Berita selanjutnya disini

————————————————————————————-

Apa yang saya nampak, kerajaan mahu membantutkan ‘suara-suara sumbang’ dalam negara.. sudah tentu ‘rakan-rakan sebantal’ Hindraf akan mengeliat kepanasan mendengar berita ini. Ada juga pihak yang mahu ambil kesempatan ini mahu cari populariti dalam politik. Samada niat perjuangan kita berniat baik atau tidak, kita tetap tertakluk kepada undang-undang. Jadi, kita kena hormati peraturan yang ada..

Kepada ex-Hindraf, jangan bimbang.. buat pertubuhan baru, daftar baru. Harap-harapnya.. wadah perjuangan terbaru Hindraf tidak lagi dicop sebagai ultra-India dan suka sangat demonstrasi sana-sini. Hindraf kata mereka rakyat Malaysia, tapi minta tolong Ratu Elizabeth kat London tu apa ceritanya? Jangan pula kerana taksub melulu untuk memperjuangkan nasib kaum, anda tidak menghormati perasaan dan adab-susila kaum lain. Berjuang secara berhemah..

Kena ingat.. ini negara ADA UNDANG-UNDANG. Itu YB Teresa Kok, selalu kata undang-undang Malaysia bawah pentadbiran BN tidak adil dan berat sebelah, apa pasal guna undang-undang Malaysia mahu saman Utusan RM 30 juta? Kenapa tidak mahu guna itu undang-undang Papua New Guinea ka? Somalia ka? Ayah Pin ka?

Apabila saya mendengar DS Anwar mengumumkan satu skandal baru (kononnya) mengenai pembelian helikopter Eurocopter dalam persidangan dewan 13/10/2008, saya tersenyum sendirian.. ada-ada saja taktik dan idea DS Anwar untuk ‘mengenakan’ musuh lamanya itu. Bukan hanya sekarang mereka ada ‘perang dingin’, malahan sejak Anwar bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO lagi.

Saya tidak mahu menyokong Najib di atas persoalan terbaru pembelian 12 unit helikopter Eurocopter Cougar EC-725, malahan saya juga berasa sangsi sekiranya berlaku ketirisan/ perjanjian sebalik tabir mengenai urusniaga tersebut sebelum ini.

Tetapi, kita tidak boleh cepat menuding jari kepada DS Najib bersalah semata-mata kerana bersetuju meluluskan pembelian EC-725 tanpa membuat beberapa analisa teknikal terlebih dahulu :

1.  Ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira, (i) spesifikasi teknikal yang memenuhi keperluan operasi TUDM, (ii) jaminan teknikal dan penyelenggaraan, (iii) reputasi dan jaminan pengilang, (iv) kegunaan meluas di pasaran global (faktor kesediaan alat-ganti), (v) harga, (vi) keselesaan dan keserasian dasar negara dengan negara pengeluar/syarikat, (vii) sokongan kepada pemindahan teknologi dan lain-lain lagi yang munasabah.Faktor-faktor tersebut adakalanya saling berkait antara satu sama lain.

2.  Harga yang murah bukanlah faktor penentu keputusan akhir sesuatu pembelian, sebagai contoh : jika hanya faktor harga diambil-kira, masakan ada rakyat Malaysia yang mahu membeli Mercedes S280, BMW 5 Series, Volvo S60.. walaupun ada pilihan lain yang jauh lebih murah? Malahan, faktor teknikal dan reputasi Mercedes, BMW dan Volvo pun masih menjadi pertimbangan sebelum keputusan dibuat.. memilih yang terbaik dari yang terbaik.

3.  Tahukah kita bahawa teknologi kejuruteraan mekanikal German/Perancis adalah yang terbaik di dunia? Amerika dan Rusia lebih terkenal dengan teknologi sensor, pengkomputeran dan konsep. Itali dan UK, walaupun hebat dengan teknologi reka-bentuk dan setanding, kos alat ganti mereka lebih mahal berbanding negara-negara lain. Teknologi kejuruteraan mekanikal yang bagus dapat menjamin jangka-hayat yang lebih panjang kepada mesin/jentera tersebut.

4.  Arwah bapa saya seorang ketua jurutera mekanikal untuk agensi kerajaan dan telah merantau hampir keseluruh dunia untuk mencari jentera pertanian yang terbaik untuk kegunaan badan-badan kerajaan. Ilmu dan pengalaman beliau sedikit-sebanyak membantu saya memahami dunia kejuruteraan (sayangnya, beliau telah tiada untuk saya merujuk hal ini).

5.  Walaupun model Kazan MI-172 buatan Rusia dan model Sikorsky S-92 buatan AS ditawarkan pada RM 898 juta (yang termurah) dan RM 1.452 bilion masing-masing, dan digunakan secara meluas dalam medan peperangan.. sedarkah kita, dari segi jangka-masa panjang kos penyelenggaraan amat membebankan kerana kita terpaksa merujuk kepada pengkalan penyelenggaraan mereka yang berada di luar Malaysia?

6.  Sedarkah kita bahawa Eurocopter adalah pengeluar helikopter terbesar di dunia ,syarikat aeroangkasa yang kedua terbesar didunia dan digunakan di 60 buah negara seluruh dunia? Sedarkah kita Eurocopter telah berada di Malaysia sejak tahun 2002 lagi, dan telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dalam industri pembuatan helikopter? Tahukah kita helikopter Super Puma yang menjadi kebanggaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga mengunakan teknologi Eurocopter?

7.  Eurocopter juga telah berjanji untuk menambahkan pelaburan sebanyak RM 250 juta (jika terpilih) untuk menaik-taraf pusat penyelenggaraan CTRM-Eurocopter di Subang dalam bidang latihan dan membina pusat simulasi pemanduan helikopter yang pertama di Asia. Bukankah kerjasama ini menguntungkan kerajaan dalam pemindahan teknologi dan pusat latihan serantau? Bukankah ini salah satu hasil pendapatan negara dan syarikat tempatan? Adakah pembida-pembida tender yang lain bersedia memberi tawaran yang sebegini menarik?

8.  Perlukah diadakan ujian penerbangan kepada semua model helikopter sekiranya diatas kertas sahaja sudah diketahui tidak menepati keperluan spesifikasi teknikal TUDM? Harus diingat, objektif utama TUDM ialah helikopter untuk tujuan Search And Rescue (SAR) bukannya helikopter penggempur. Secara peribadi, model Cougar EC725 dan Agusta EH 101-Merlin lebih menepati spesifikasi tersebut.. sekiranya kos alat ganti diambil-kira, model Agusta lebih membebankan untuk kos penyelenggaraan. Untuk tujuan helikopter penggempur, tiada satu pun model diatas yang sesuai, Singapura lebih kedepan dengan helikopter Apache mereka.

9.  Betulkah tiada motif tersembunyi dari Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar, kerana kegagalan membida tender pembelian helikopter? Ini nada orang yang kecewa kerana tidak terpilih dan menuduh secara melulu kerajaan bersikap pilih-kasih.. kalau terpilih, tentulah beliau senyap sahaja dan memuji-muji kerajaan kerana memilih bidaan syarikatnya. Adakah tawaran dari syarikat beliau yang terbaik, memandangkan pengkalan penyelenggaraan helikopter pun di Kanada dan tiada kerjasama strategik dengan syarikat tempatan? Saya rasa tidak.. soal tidak puas hati ini memang wujud dimana-mana dalam tender secara global.

10.  Soal ‘somebody’ menerima komisen adalah perkara biasa dalam dunia bisnes, pak lebai di kampung pun pandai ‘makan komisen’ dalam urusniaga jual-beli lembu untuk korban aqiqah.. selain DS Najib dan YB-YB Umno yang lain-lain, anda juga boleh bertanya maksud sebenar ‘komisen’ kepada Azmin Ali, Husam Musa, Hatta Ramli, Hassan Ali, Khalid Ibrahim malahan kepada Anwar Ibrahim juga !! Kenapa Anwar hanya diam dan tunduk membisu sahaja apabila disoal balik oleh YB Umno dalam sidang Dewan Rakyat 14/10/2008 tentang komisen, kronisme dan rasuah?

Eurocopter ganti Nuri ?

September 28, 2008

Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mendapatkan pesawat helikopter baru daripada sebuah syarikat pembuat helikopter Eropah, Eurocopter, bagi menggantikan helikopter Nuri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kementerian itu sedang meneliti klausa perjanjian sebelum menandatanganinya secara rasmi dengan syarikat berkenaan

Persetujuan ini dirasakan ada kaitan dengan tawaran Eurocopter untuk menambahkan pelaburan sebanyak RM 250 juta di Malaysia, sekiranya Kerajaan Malaysia memilih mereka.

Eurocopter (M) Sdn Bhd, merupakan anak syarikat European Aeronautic Defense and Space Co, telah membuat tawaran tersebut sekiranya mereka berjaya dalam tender tersebut.

Pelan pelaburan tersebut merangkumi penaik-tarafan Eurocopter (M) Sdn Bhd dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik-pulih (MRO) di Subang, penyertaan vendor tempatan dalam pembuatan komponen, menubuhkan akademi latihan dan pusat simulasi helikopter EC725 yang pertama di Asia.

Antara pilihan lain yang ada ialah helikopter Sikorsky S92 (Amerika), Agusta Westland EH-101 Merlin (UK/Itali) dan Mil Mi-17 Hip (Rusia). Kerajaan dianggarkan mengeluarkan peruntukan sebanyak USD 600 juta (RM1.93 bilion) untuk membeli 12 unit helikopter sehingga 2050.

Harapnya kerajaan tidak tersilap pilih helikopter kerana terpedaya dengan janji-janji manis peserta tender. Dengan keadaan ekonomi global sekarang yang agak lembap, tawaran ini sememangnya menguntungkan kerajaan dari segi menyemarakan industri pembuatan tempatan.

Dari segi peribadi.. saya lebih cenderung kepada pemilihan model Agusta Westland tetapi kos penyelenggaraannya agak tinggi berbanding model-model lain. Saya percaya kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek dalam pemilihan tersebut.

PS : Ada orang dapat komisen ke?

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

Sumber berita : Utusan Online

———————————————————————————–

Saya tertarik dengan kenyataan Dr Rais Yatim yang mengatakan..

… Mereka (AS) tak sentuh Thailand, politik negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS) …

Hal inilah sebenarnya menjadi sebab utama keraguan saya terhadap Anwar Ibrahim.. Kenapa AS beria-ria menyokong beliau?

Tidakkah kita sedari.. di Asia Tenggara ini hanya terdapat 3 negara Islam, Malaysia, Indonesia dan Brunei.. kenapa setiap kali politik Malaysia dan Indonesia bergolak, terdapat suara-suara sumbang yang sayup kedengaran dari kepimpinan tertinggi Amerika.

Kenapa Thailand mereka tak heboh sangat? Thailand bukan negara Islam.. dan bukan negara komunis pun, malahan Selatan Thai yang bergolak pun tidak menerima kecaman AS.. bukankah yang kena bedil di Selatan Thai itu rata-ratanya orang Islam? Di sana lagi teruk.. siap dengan M16 dan bom. Apa sangatlah yang kecoh di Malaysia dengan protes dan demonstrasi jalanan.

Kenapa AS tidak kutuk Filipina dengan kes Pejuang Moro pulak? Itu orang Islam lawan Kristian..

Walaupun begitu.. saya tidak menyokong perjuangan mereka walaupun mereka orang Islam. Pada pemahaman saya, Islam ini agama kedamaian bukan agama yang menyuruh umatnya berperang secara membuta-tuli. Jihad tidak bermaksud mengangkat senjata semata-mata, perundingan juga jalan jihad.. cuma jalan yang mahu kita pilih sahaja.. mahu yang amankah, atau ikut nafsukah?

——————————————————————————-

Merujuk kepada kenyataan Dr Rais itu lagi..

Saya berpendapat, talian hayat Anwar Ibrahim sudah tidak lama lagi.. berkemungkinan besar beliau akan ditahan dibawah akta ISA (sekiranya masih berdegil dan besar kepala) berdasarkan keterangan-keterangan berikut :

1.  Kenyataan Dr Rais mengaitkan Anwar dengan kepentingan dan matlamat Amerika di Malaysia.

2.  Amaran Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar yang memberi amaran kepada pihak yang cuba berspekulasi dan membuat cerita peralihan kerajaan.

3.  Laporan polis terhadap Anwar telah dibuat oleh sekumpulan rakyat Malaysia di ibu pejabat polis George Town, yang menyatakan Anwar telah menimbulkan kegelisahan rakyat dan mewujudkan ketidak-stabilan di negara ini.

4.  Kenyataan Pak Lah yang menuduh Anwar sebagai ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

5.  Kenyataan Syed Hamid Albar yang akan memantau perkembangan semasa sebelum mengambil tindakan seterusnya terhadap Anwar.

6.  Penukaran portfolio Menteri Pertahanan kepada Pak Lah.. apabila sesuatu tindakan yang keras diambil terhadap Anwar, berkemungkinan besar Pak Lah akan menyerahkan kuasa PM kepada DS Najib dan meletakkan segala beban hasil tindakan tersebut kepada DS Najib kelak.

Saya percaya kepada momentum rakyat yang mahukan perubahan seberapa segera.. dan saya juga begitu. Kalau boleh, mahu saja hari ini terus diadakan perubahan.. tanpa perlu menunggu 16 September. Pada pendapat saya, BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh..

Saya percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita murni untuk mencari dan mendapatkan sebuah kerajaan pemerintah yang adil, prihatin, berwawasan dan bijaksana. Saya percaya kepada pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS..

Pada saya, YB Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan ‘Malaysian-Malaysia’ dari dulu sampai sekarang.. DAP dan LGE membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada ‘Kepimpinan Ulama’.. dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi..

Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun !!

Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada TG Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA.. tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut..

Hairannya.. Kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran DS Anwar Ibrahim dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia.. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore .. Tahun 2008, Anwar disokong oleh Condolezza Rice..

Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? .. dimana suara bantahan dari Rusia? .. dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika???.. padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.

Sebabnya.. DS Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future .. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog DS Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti DS Anwar dalam organisasi ini.. berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..

In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz’s resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding.”

———————————————————————————-

Saya rasa.. semua orang sudah sedia maklum akan peranan ‘disebalik tabir’ Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut.

Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah sekian lamanya .. sejak DS Anwar berada dalam UMNO lagi..

Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada ‘Teori Domino’.. dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).

Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea ‘Demokrasi’ sebagai alternatif kepada idea ‘Komunisme’..

Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti ‘Liberalisme’, ‘Globabalisme’, ‘Human Rights’, ‘Terrorisme’ dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..

Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya.. Serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai ‘neutralise’ kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.

Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..

Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika.

Dan kenapa Foundation For The Future yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan DS Anwar bersama-sama mereka? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi hubungan Anwar-FFTF ini, anda boleh merujuk artikel AIDC dan Minda Cergas..

———————————————————————————–

Berbalik kepada politik Malaysia.. semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.

Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu.. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi.. sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.

Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.

Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang.. DS Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh Gerog Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka..

Anehnya.. pada tahun 1998, DS Anwar telah dinobatkan ‘Asian of the Year’ oleh majalah Newsweek..

Anda boleh ikuti artikel “Jewish Political Studies Review-Malaysia : Anti-Semitism without Jews” untuk mengetahui sejarah politik Israel-Malaysia..

————————————————————————————

Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian saya yang tidak seberapa ini, dapatlah saya merumuskan bahwa :

1.  Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, .. membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.

2.  Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan .. yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.

3.  Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya .. menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.

4.  Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, DS Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika .. sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.

5.  Dengan memberi sokongan padu kepada DS Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini.. akan lebih menghormati DS Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.

Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika ..

atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu ..

atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika ..

terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. Hanya Allah yang Maha Tahu.

31 Ogos atau 16 September?

September 3, 2008

Heboh pulak pasal Hari Kemerdekaan tidak betul.. bermacam-macam andaian dan telahan yang dibuat. Ada yang kata UMNO cuba memutar-belit fakta hari kemerdekaan, ada yang kata ianya bermotifkan politik, ada yang setuju dan ada yang marah-marah.. sebab buku teks sejarah SPM tak betul.

Hakikatnya.. dua-dua betul. Bergantung kepada interprasi masing-masing..

31 Ogos 1957 adalah tarikh dimana penjajah British telah ‘surrender’ kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara.. British dah letak senjata, malas dah nak layan orang Tanah Melayu.

16 September 1963 ialah tarikh penyatuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk persekutuan negeri yang diberi nama Malaysia.

————————————————————————————–

Semuanya bermula apabila DS Anwar memberi komen, 16 September sebagai tarikh keramat untuk penduduk Malaysia yang lebih menepati maksud BANGSA MALAYSIA.

Wah.. apa sahaja yang keluar dari mulut DS Anwar, mesti jadi isu..

Bahkan, kerajaan Pakatan Rakyat di kelima-lima negeri bawah jajahannya berura-ura hendak menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum.. bermula dengan negeri Pulau Pinang, dibawah kuasa YB Lim Guan Eng. Manakala Kelantan dan Perak sudah bersetuju pada dasarnya, dan dijangka Kedah dan Selangor akan mengikuti langkah kroni-kroni mereka..

Kebetulannya, tarikh 16 September bersamaan dengan janji-janji DS Anwar untuk menukar kerajaan.. apa pun, ianya mungkin ada motif politik.. tetapi hal itu tidak penting sangat.

————————————————————————————–

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, tentulah berita ini amat menggembirakan mereka. Ye lah.. mereka juga sebahagian dari Malaysia.. bukan begitu? Pada mereka, tarikh 16 Sept lebih bererti dan bermakna kerana ianya menepati dengan sejarah negeri-negeri mereka..

Tetapi, kepada orang-orang di Semenanjung Malaysia.. tarikh 31 Ogos 1957 lebih bererti, kerana perjuangan mereka terhadap British berjaya mencapai maksudnya. Rentetan dari itu.. hasil dari pengunduran British, usaha-usaha tersebut dipanjangkan lagi dengan penyatuan Sabah dan Sarawak.

Bagi saya.. 31 Ogos lebih menepati maksud kemerdekaan, manakala 16 Sept lebih menepati maksud penyatuan dan perpaduan. Oleh itu.. untuk berlaku adil, Malaysia kenalah menyambut kedua-dua hari bersejarah tersebut.

31 Ogos sebagai tanda penguasaan penjajah sudah berakhir, dan 16 September sebagai tanda rakyat Malaysia bersatu. Mungkin kerajaan boleh memilih tema ‘Hari Penyatuan Malaysia Tahun ke 45’ pada 16 September dan ‘Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51’ pada 31 Ogos setiap tahun.

————————————————————————————

Timbul pula isu Malaysia terlampau banyak hari cuti.. takut pelabur lari pula. Soal itu tidak menjadi keutamaan sangat, jika dasar-dasar ekonomi Malaysia kukuh.. pelabur tetap datang juga.

Seperkara lagi, tokoh-tokoh kemerdekaan hendaklah dipanjangkan senarainya.. bukan penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman sahaja, bagaimana dengan Dr Burhanudin Helmi, Tuk Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain lagi? Mereka juga memainkan peranan penting kearah mencetuskan kesedaran rakyat untuk bangun menentang penjajahan.

Oleh itu, lebih baik kerajaan dapat mengumpul pakar-pakar sejarah dalam negara, agar satu kajian lengkap dapat dibuat dan seterusnya diperbukukan untuk generasi akan datang.

Semoga perbezaan pendapat dan khilaf rakyat Malaysia dalam hal ini dapat membantu ke arah sejarah Malaysia yang lebih sempurna..

Berikut adalah cadangan (proposal) bendera-bendera Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.. lihat sini untuk mengetahui sejarahnya dengan lanjut..

Tahun 1947

Tahun 1949

Tahun 1949

Tahun 1950

Tahun 1950