Andalusia versi Anwar Ibrahim

December 27, 2008

Selamat menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

Sempena Hari Natal.. sdr Anwar ada memberi perutusan sempena hari perayaan tersebut yang sinonim dengan Santa Claus dan rusa-rusanya. Hari yang ditunggu oleh kanak-kanak untuk mendapat hadiah dari mereka yang tersayang.

Dalam perutusan tersebut, sdr Anwar mengajak kita semua mencontohi peradaban Andalusia yang mempunyai ‘masyarakat convivencia’, di mana penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh hidup bersama secara harmoni. ‘Convivencia’ bermaksud ‘the Coexistence’ atau ‘terjadi secara bersama’ atau ‘majmuk’.

Saranan tersebut sewajarnya diikuti walaupun terdapat kisah yang memilukan untuk umat Islam ketika itu..

————————————————————————————————

Jika kita mengimbau sejarah lalu, ‘masyarakat convivencia’ ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan Islam. Dari penguasaan pemerintahan Bani Umaiyah sehinggalah peralihan kepada Bani Abbasiyah seterusnya mewujudkan 20 puak yang saling bersengketa antara satu sama lain.

Pada zaman itu.. Islam mencapai zaman kegemilangannya dari segi peradaban budaya, ilmu dan teknologi. Bahasa Arab dipandang sebagai bahasa ilmu dan dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam kehidupan seharian.

Namun, akibat terlampau lama berkuasa (800 tahun lamanya), umat Islam sudah mula lalai dan bercakaran sesama sendiri. Pemerintah jadi bongkak dan rakyat memendam rasa sehingga bertindak untuk memberontak. Ini diburukkan lagi dengan permusuhan sesama puak yang ego untuk mempertahankan prinsip masing-masing.

Kerana tidak tahan dengan bantahan rakyat,  si pemimpin mula berbaik-baik dengan kuasa asing dan ada diantara mereka tidak segan-silu memohon bantuan negara asing untuk memadamkan gelombang pemberontakan di wilayah mereka. Kerana kuasa.. maruah bangsa sudah tidak dihiraukan, asalkan mereka terus berkuasa.

Kerana persengketaan dalaman, kuasa asing mula mengambil kesempatan untuk menyerang Andalusia yang sememangnya sudah lemah. Akhirnya, Raja Abu Abdullah telah mementerai ‘Perjanjian Granada’ demi menjamin keselamatan orang Islam di bawah pemerintahan ‘tuan’ mereka yang baru, iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, penguasa tentera Kristian Katholik.

Orang Islam dijanjikan keselamatan untuk keluar dari Andalusia atau menganut agama Kristian jika mahu kekal disitu. Sebuah kapal disediakan di pelabuhan untuk membawa keluar orang Islam secara beramai-ramai belayar keluar. Setelah yakin dengan jaminan dari Tentera Salib, mereka berkumpul beramai-ramai di pelabuhan.

Akhirnya, mereka ditipu hidup-hidup.. kapal tersebut dibakar dan rumah mereka juga digeledah, dimusnahkan dan dibakar. Kebanyakkan mereka yang sudah tidak bersenjata bersama-sama anak dan isteri mereka telah dibunuh, disembelih, diperkosa dan dibakar hidup-hidup secara beramai-ramai di pelabuhan itu. Bayangkan tubuh kanak-kanak yang tiada daya dihumban dan dibunuh seumpama sampah..

Sekiranya Yahudi meraih simpati masyarakat dunia dengan kisah ‘holocaust’ mereka akibat kekejaman Nazi pada abad ke 19, .. Andalusia merupakan kisah ‘holocaust’ umat Islam pada abad ke 14 hasil kekejaman Tentera Salib. Apa yang nyata.. pembunuhan secara beramai-ramai adalah sesuatu tindakan yang kejam dan terkutuk walau terhadap mana-mana bangsa di atas dunia ini.

———————————————————————————————

Ironinya.. penganut agama lain boleh hidup secara bersama-sama secara harmoni semasa pemerintahan penguasa Islam. Tetapi, penganut agama Islam hidup dalam ketakutan semasa penguasaan Tentera Kristian selama 300 tahun lamanya dan tiada satu pun simbol atau ikon Islam yang dikekalkan. Sekarang, Andalusia (Sepanyol) sudah jadi antara negara Kristian yang paling dominan di Eropah pada masa kini.

Secara peribadi.. saya berpendapat, masyarakat Malaysia sekarang ini sudah menepati ciri-ciri ‘masyarakat convivencia’ yang hidup secara harmoni dan bebas menganuti agama masing-masing sejak zaman pra-merdeka lagi. Dari satu sudut pandangan yang lain.. terdapat juga tanda-tanda keruntuhan ‘masyarakat convivencia’ Malaysia akibat percakaran sesama sendiri dan anasir-anasir tertentu yang cuba ‘menangguk di air keruh’.

Titik tolak kesejahteraan antara agama ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Muslim tidak boleh memandang hina penganut agama lain manakala penganut agama lain harus juga menghormati kepercayaan orang Islam. Tiada guna mencari siapa yang betul atau salah dalam pegangan agama masing-masing.. malahan, tiada paksaan dalam beragama. Bukankah itu sabda Nabi?

Tetapi sdr Anwar masih tidak puas hati dengan ‘masyarakat convivencia’ yang ada sekarang dan menyalahkan dasar kerajaan yang menyebabkan jurang agama semakin melebar. Apa yang sdr Anwar mahu ialah ‘masyarakat convivencia’ yang sepatutnya memberi keutamaan kepada 20% penganut Kristian berbanding 60% penganut Islam. Adakah ini maksud  ‘masyarakat convivencia’ versi Anwar Ibrahim?..

Satu kisah sejarah yang diceritakan semula untuk menyemai perpaduan antara kaum dan agama, tetapi tidak bercerita sehingga tamat bagaimana umat Islam dibelasah dan disembelih gara-gara segelintir manusia yang tamak, gara-gara segelintir manusia yang sanggup bersekongkol dengan anasir luar untuk mengekalkan (atau meraih) kuasa sehingga negara tergadai dan gara-gara segelintir manusia yang sanggup memakan daging saudara seagama demi kepuasan nafsu.

Kepada pemimpin-pemimpin Umno.. usahlah terus menerus bermain wayang memperjuangkan isu bangsa dan agama jika tindakan sendiri tidak mencerminkan apa yang dikata. Jangan jadi penguasa Andalusia yang takut kehilangan kuasa dan harta.. merendah diri dan dengarlah suara rakyat marhaen kerana mereka-mereka ini yang sebenarnya menjadi tiang dan tunjang kekuasaan anda semua.

Sejarah sentiasa berulang dengan jalan cerita yang sama tetapi melalui pelakon dan watak yang berbeza.

6 Responses to “Andalusia versi Anwar Ibrahim”

  1. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Ramai pengkaji Barat juga bersetuju bahawa toleransi antara agama dalam hakikat sebenar hanya wujud apabila Palentine dikuasai pemimpin Islam, sama ada selepas pimpinan Umar Al-Khattab dan selepas penguasaan semula oleh Salahuddin.

    Akan tetapi adakah ini bermaksud pimpinan Islam adalah satu gerenti kepada kesejahteraan sejagat. Ikhlas saya katakan semakin jauh kita meninggalkan Quran dan hadith, semakin sukar untuk mendapat keberkatan Ilahi.

    Anwar cuba lari dari isu Hudud yang sangat jelas termaktub dalam Al-Quran secara beretorik dengan mengambil contoh Tamadun Islam Andalusia. Ini samalah juga dengan Lim Guan Eng hendak mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz hanya pada luaran, tetapi bukan keimanan.

    Anwar masih lagi seperti dahulu, beliau merasakan bahawa apabila disebut sesuatu yang “besar” seperti Andalusia maka penyokong akan kata Anwar berfikiran jauh. Lagu Andalusia M Nasir bagi saya memberi lebih erti akan penderitaan umat Islam di Sepanyol.

    “Kubah-kubahmu kian pudar, Untukmu setanggi ku bakar, Salamku pada fakir-fakir mu Andalusia”.

    Satu posting berinformasi, saudara tentunya banyak melakukan research, terima kasih atas bahan pengetahuan yang saya perolehi.

    Salam Maal Hijrah dan Wassalam.

  2. cekka Says:

    Salam sdr P_Singh,
    Secara realitinya.. Palestin mungkin satu punca pergolakan utama dalam dunia Islam, ttp itu satu lumrah biasa cabaran kepada sesuatu umat. Ramai umat Islam marah kerana Palestin dijajah Yahudi ttp apakan daya hendak membantu kerana diri sendiri lemah apatah lagi mahu bersatu. Apabila bertembung antara tuntutan kepada keperluan umum dan peribadi, umat Islam tetap ego utk kpentingan masing-masing.. inilah punca umat Islam sukar utk bersatu.

    Memang sukar utk mentelaah perangai orang2 politik ini, suka berselindung disebalik asas2 keagamaan ttp tindakan tidak seperti yg dikata. Melayu (sudah tentu Islam) ramai bersikap sebegini, kerana itulah kaum2 lain memandang rendah kpd kita.

    T.kasih sekali lagi kerna sudi melawat blog..

  3. aberamly Says:

    sepatutnya sejarah ini didedahkan oleh ulamak umno supaya islam hadhari dapat berjaya dan tak tenggelam macam andalusia….tahniah cekka.

  4. aberamly Says:

    cekka..abe tabik sebab ilmu yang ada pada adinda….ini senjata yang kuat untuk kita ajar umno dan anuar serta puak pas termasuk nik aziz dalam pakatan robabi@rababi makan babi… bui babi rebus macam ubi bagi lantak kat melayu yang jual melayu dan islam kat kapir harbi….

    tahniah atas intektuslisme kau… dek cekka.

  5. iskandar Johan Says:

    kenapa lemah ?? kerana PAS dah buang asas PERJUANGAN dia..dari berjuang untuk AGAMA kepada KEBAJIKAN.. bodoh ke apa AGAMA ISLAM menjaga KEBAJIKAN seluruh umat manusia..

  6. cekka Says:

    Salam Abe Li dan Iskandar Johan,
    T.kasih atas komen anda semua..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: