KJ berdebat dgn Husam- kerana benar atau political mileage?

December 26, 2008

Baru-baru ini Khairy ada berdebat dengan Husam Musa di Balai Islam, Kota Bharu. Walaupun tempat itu cuma 10 kilometer dari rumah saya, tetapi sesi debat tersebut tidak menarik minat saya langsung untuk turut serta. Samada si KJ atau si Husam Musa.. dua-duanya saya tidak hiraukan sangat.  Samada mereka itu UMNO atau Pas, bukannya menjadi faktor utama utk saya turut serta. Kalau pesta buku atau ‘PC fair’, ada juga rasa minat nak jengok-jengok..

Antara yang menjadi isu setelah tamatnya sesi debat tersebut ialah isu hudud. Si Husam Musa kata Pas tetap akan teruskan.. si KJ pula cabar-mencabar tetapi terjerat dengan soalannya sendiri. Khairy mahu Hudud dilaksanakan? Kah..kah..kah..

Tapi, apa yang pasti.. isu hudud sengaja ditimbulkan agar terdapat satu modal yang boleh diguna-pakai untuk sesi pilihanraya. Satu isu mesti dicari untuk diwar-warkan, di putar-belitkan atau dihangatkan sebagai bekal perang psikologi pilihanraya.

Kenapa Husam Musa nampak beria-ria untuk mempertahankan Hudud ketika sesi debat tersebut? Sudah tentu beliau mahu menunjukkan kepada ahli-ahli Pas bahawa dirinya tidak lupa diri walaupun berkawan rapat dengan si Anwar kebelakangan ini, sehinggakan kawan-kawannya dalam Pas ditolak mentah-mentah. Imej dirinya terjejas teruk bahana mimpi 916 baru-baru ini kerana taksub dengan Anwar.. Husam seolah-olah membelakangkan dasar parti dan golongan veteran dalam Pas. Bahkan, sudah heboh sana-sini Husam Musa sudah jadi Husam Erdogan.

Berbalik kepada Khairy.. apa motifnya beliau sanggup meredah seorang diri ke dalam kem musuh politik semata-mata untuk berdebat? Khairy tidak akan datang ke sini semata-mata untuk menjadi hero UMNO. Beliau mahu menaikkan ‘rating’ dirinya sempena kempen pemilihan Ketua Pemuda Umno ini. Beliau mahu dilihat sebagai berani dan harapan baru kepada Umno untuk melawan cakap-cakap Pembangkang. Setelah cabaran untuk berdebat dengan Mukhriz tidak menerima sambutan, maka Pas jadi batu loncatan untuk berkempen secara tersirat.

Samada Khairy atau Husam berjaya dalam karier politik.. Hudud cuma tinggal impian kepada ahli-ahli Pas. Masakan mahu si Khairy yang ‘terbiasa’ dengan gaya hidup Barat mahu melaksanakan Hudud? Masakan si Husam mahu melaksanakan Hudud asyik kena ‘brain-wash’ sama Anwar? Masakan si Anwar mahu melaksanakan Hudud jika Karpal Singh mahu mayatnya dilangkah terlebih dahulu? Masakan si Anwar boleh jika Lim Kit Siang akan menentang Hudud habis-habisan? Kalau tidak kenapa kenapa Kapten Zahar mengatakan PKR bukan parti untuk membela orang Melayu? Kenapa beliau masuk Pas?

Lupakan Kapten Zahar terlebih dulu.. itu isu lain.

Saya bukanlah pandai dalam dunia persilatan politik.. tetapi secara peribadi saya berpendapat, jika Pas benar-benar mahu melaksanakan Hudud, Pas harus bergerak sendirian. DAP dan PKR bukan rakan yang ikhlas dalam perjuangan politik.. mereka rakan sementara yang pura-pura ikhlas dan sehati sejiwa sebelum mendapat kuasa. Bila berkuasa lain pula ceritanya.. Jika sebelum ini Pas yakin akan pertolongan Allah dalam menentang Umno, kenapa Pas seolah-olah tidak yakin kepada Allah untuk bergerak sendirian dan takut-takut untuk meninggalkan PKR dan DAP yang terang-terangan menentang Hudud?

Ini perjuangan ikhlas untuk membela Islam atau strategi politik untuk mendapat kuasa? Motto perjuangan Pas sekarang ialah.. berkuasa dulu, selepas itu kita bicara pasal Islam. Tetapi Pas juga harus sedar, PKR dan DAP juga ada agenda mereka yang tersendiri. Pas jangan fikir hanya mereka yang cerdik berpolitik.. orang lain pun pandai juga.

Hukum Hudud adalah baik dan sepatutnya diteruskan. Apa jua undang-undang British yang diamalkan sekarang, jika tidak bertentangan dengan Hudud tidak boleh ditolak mentah-mentah. Kenapa ramai orang menentang Hudud? Kerana orang Pas sendiri yang membawa perawakan ekstrem dan konservatif.. jadi ramai orang tidak nampak keindahan Hudud itu sendiri. Hudud seolah-olah produk yang mahu dijual oleh Pas tetapi tidak laku kerana imej salesman Pas itu sendiri tidak indah dan keras. Imej salesman itu sendiri boleh membantu 50% kepada potensi penjualan produk itu sendiri.

Kita tinggalkan isu Hudud..

Berbalik kepada Khairy dan Husam, mereka berdua masing-masing saling mencari peluang untuk memulihkan reputasi mereka yang tercemar kepada ahli-ahli parti masing-masing. Khairy dengan matlamat Pemilihan Agung Umno manakala Husam dengan matlamat Muktamar Pas yang akan datang nanti. Pada masa sekarang, Tuan Guru Nik Aziz sudah mula kurang percaya kepada anak didiknya itu.. salah Husam juga kerana terlalu mendewa-dewakan Anwar lebih dari gurunya itu yang menolong mengangkat dirinya naik dalam dunia politik.

Samada Khairy atau Husam.. dengar saja boleh, tapi kalau hendak percaya dan simpan kata-kata mereka dalam perut saya.. saya rasa tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: