Melayu diserang dengan ekonomi dan politik

November 19, 2008

Jika kita menilai dan mengkaji kelemahan Islam.. selain kelemahan umat Islam itu sendiri (faktor peribadi), faktor perancangan yang teliti dan tersusun dari musuh Islam juga memainkan peranan (faktor luaran) dan faktor yang paling bahaya ialah ‘wajah-wajah’ individu yang memakai topeng Islam tetapi memperjuangkan idea yang tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (faktor dalaman).

Sebagai Muslim, kita wajib percaya kepada Qadak dan Qadar Allah (faktor luar kawalan) tentang ujian atau bala kepada sesuatu bangsa agar bangsa itu dapat mengambil iktibar dan menerima ilmu/ peringatan yang baru dan seterusnya merangsang pertumbuhan otak sebagai enjin untuk berfikir.

Kesimpulannya.. kita harus bersikap positif dengan segala ujian atau bala yang diterima. Allah bersifat Maha Penyayang dan tidak membebankan hamba-hambanya tanpa sebarang sebab. Malahan, bala diberi agar hamba-Nya sedar dan tidak lalai..

————————————————————————————-

Dalam diam.. sedar dan tidak sedar.. kaum Cina sudah menguasai sektor ekonomi Malaysia. Kaum Cina menguasai hampir keseluruhan sektor ekonomi.. dari dunia korporat sehinggalah kepada bisnes kecil-kecilan di ceruk kampung dan desa. Manakala, Melayu hanya berbangga jika dapat makan gaji.. lagi besar gaji yang diterima, makin tinggilah kesetiaan kepada ‘bos’ mereka walaupun menerima sumpah-seranah setiap hari. Melayu tersengih lebar jika mendapat komisen sekiranya berjaya mempengaruhi ketua jabatan untuk meluluskan kawasan balak kepada ‘tokey’. Melayu ketawa terbahak-bahak menuju ke bank jika berjaya meng ALI-BABA kan setiap projek atau tender.

Bagaimana mahu jual projek kepada sesama Melayu? Melayu tidak ada duit.. miskin.. jual pada Cina lagi cepat boleh duit. Jual pada Melayu banyak masalah.. silap-silap kena tipu, jual kepada ‘tokey’ boleh diharap kerana mereka berpegang pada janji dan amanah. Kesimpulannya.. kaum Cina mempunyai kuasa ekonomi atau kuasa beli yang tinggi.

Antara strategi dan jalan pintas yang difikirkan untuk membantu penguasaan ekonomi Melayu ialah perlaksanaan DEB dan Dasar Penswastaan Agensi Kerajaan. DEB diwujudkan untuk membantu Melayu bersaing dalam dunia perniagaan, manakala Dasar Penswastaan pula untuk mewujudkan kuasa Melayu dalam sektor korporat yang strategik. Pelbagai tabung dan skim pinjaman dibuka untuk membantu Melayu berniaga.. tetapi pinjaman ini bukan untuk mengembangkan perniagaan, tetapi untuk membeli kereta baru ataupun menambah isteri baru (bukan semuanya).

Sayangnya.. DEB telah disalah guna oleh pemimpin untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja.  Dasar Penswastaan berjaya mewujudkan Melayu Korporat dan jutawan, tetapi Melayu yang menerima ‘durian runtuh’ ini lupa diri dan makin tamak, bukannya mahu menolong bangsa sendiri. Matlamat asalnya murni tapi sudah menyeleweng.. sistem dan dasar itu tidak salah, yang salahnya ialah ‘tangan’ yang memegang kunci kuasa untuk mengagih-agihkan projek.

Akhirnya, kaum Cina sedar, kaya tidak semestinya boleh membeli kuasa.. tetapi kuasa boleh membeli kekayaan. Kuasa itu ialah pentadbiran atau dengan kata lain.. KUASA POLITIK. Sedarkah kaum Melayu sekarang.. bahawa kaum Cina sudah memulakan ‘pelan senyap’ mereka untuk menguasai penempatan penduduk secara berperingkat agar kuasa politik mereka dapat berkembang dan menjadi berpengaruh?

Banyak tokey-tokey Cina membuat projek perumahan dan komersil yang tidak mampu dibeli oleh Melayu, yang ada kuasa beli yang tinggi ialah kaum Cina.. akhirnya kawasan perumahan tersebut dibeli oleh mereka dan secara automatik kawasan tersebut dikuasai secara perlahan-lahan. Malangnya, sistem pemilikan tanah yang mudah dan tiada pemantauan dari kerajaan memburukkan lagi keadaan. Jika dulu, hanya apartmen dan kondo menjadi alternatif kepada bukan bumiputera.. sekarang bangunan komersil (yang ada tapak tanah) dan rumah yang berpijak di tanah pun sudah boleh dibeli.. atas nama pembangunan.

Ramai warga Cina dan asing ‘diimport’ masuk melalui visa pelancong, pas pekerja dan sebagainya.. apabila visa mereka ini sudah tamat, mereka dihantar ke kawasan hulu  Grik, ladang sayur dan buah-buahan dalam hutan dan bukit Cameron Highland untuk bersembunyi buat sementara. Mereka akan berkahwin dengan warga tempatan dan sekarang sudah boleh memohon kerakyatan Malaysia. Pegawai kerajaan yang rata-ratanya Melayu sedar hal ini tapi tidak ambil endah.. lagi teruk, minta ‘tol’ dari tokey jika tidak mahu tindakan mereka menyembunyikan PATI ini dilaporkan.

Bukan sahaja kaum Cina dan India.. Bangla, Siam, Indon, Vietnam, Filipina pun sudah ada ‘wakil’ mereka secara haram di Malaysia. Apabila kerakyatan mereka sudah diiktiraf.. apa boleh Melayu buat lagi? Jika berterusan begini.. Melayu akan menjadi kaum minoriti jika kesemua mereka yang sudah ‘diiktiraf’ bersatu suara menuntut hak-hak mereka.

Saya pernah bekerja sebagai eksekutif di syarikat perumahan milik bukan Melayu, kami diarahkan agar mana-mana projek yang mempunyai tanah berstatus ‘free hold’ tidak dibuka jualan kepada Bumiputera.. katakan sudah habis ditempah. Mana-mana projek yang ada kuota bumiputera sengaja didiamkan agar Melayu tidak tahu.. akhirnya rayuan dibuat kepada kerajaan agar kuota ini dibuka untuk jualan kepada bukan bumiputera dengan alasan tidak boleh dijual. Seminggu selepas mengetahui hal ini secara sahih, saya meletakkan jawatan.. buat apa gaji beribu-ribu jika mengkhianati bangsa sendiri?

Tidak seperti negeri Kelantan.. kaum Cina amat sukar untuk untuk membeli tanah yang diwartakan Rezab Melayu. Kalau boleh pun, mestilah sudah 3 keturunan menetap di Kelantan.. itu pun jika diluluskan oleh ‘Exco’. Akhirnya, kaum Cina hanya tertumpu kepada bangunan kedai dan tanah-tanah di Hulu Kelantan yang mempunyai rizab tanah ‘Free Hold’. Itu pun masih ada Melayu yang terhegeh-hegeh naik turun pejabat Exco agar kelulusan diberi kepada individu Cina, sudah pasti dijanjikan saguhati satu ribu atau lebih.. lagi teruk, ada Melayu yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Exco menjadikan proses kelulusan ini sebagai salah satu ‘perniagaan tidak rasmi’ mereka.

Kerajaan menetapkan setiap projek perumahan mesti ada 30% kuota Bumiputera.. tetapi jika kuota ini gagal dibeli oleh Melayu, pemaju boleh memohon untuk membuat rayuan kepada kerajaan agar kuota ini dikurangkan atau dihapuskan agar projek tersebut berjaya dijual sepenuhnya.. mana komitmen kerajaan mengekalkan 30% kuota Bumiputera? Sayangnya.. kerana mahu menjaga hati pembayar cukai ini (pemaju), peraturan boleh dipinda dan diubah. Kerana duit yang tidak seberapa.. tanah tergadai.

————————————————————————————-

Kawasan-kawasan yang Melayu ‘terlepas pandang’ akan dijadikan sasaran untuk dijadikan penempatan Cina. Apabila sesuatu kawasan berjaya dikuasai oleh mereka.. kuasa undi akan meningkat untuk memilih wakil rakyat dari kaum mereka. Jika wakil rakyat mereka berjaya ‘diangkat’.. secara perlahan-lahan kuasa mereka dalam politik akan meningkat. Alasannya.. wakil rakyat ini mewakili suara mereka dan lebih faham akan masalah sosio-ekonomi mereka. Manakala kerajaan pula, takut untuk meletakkan calon Melayu di kawasan bukan bumiputera atas nama strategi politik meraih undi.

Jika dulu wakil rakyat dipilih untuk mewakili suara mereka yang minoriti, sekarang mereka makin kuat bersuara.. mereka MAHU LEBIH.. mahu jadi PM, mahu jadi Ketua Kementerian, mahu jadi Panglima ATM, mahu jadi Ketua Polis, mahu jadi Ketua Hakim.. kalau boleh, semua ‘Ketua’ diberi kepada mereka. Alasannya.. Melayu bodoh dan tidak terpelajar.. tidak pandai berfikir seperti mereka. Alasannya.. Melayu ini rasuah dan korup. Alasannya.. Melayu ini beragama Islam yang dilihat jumud dan tidak membawa kemajuan.

Persoalannya.. adakah kaum Cina ini sudah menjadi kaum yang majoriti di Malaysia? Jika tidak, kenapa mahu lebih-lebih? Jika anda mengatakan saya bersikap rasis.. apa kurangnya anda yang mahu lebih-lebih bercerita tentang hak dan cita-cita anda? Adakah Melayu tiada hak dan cita-cita untuk jadi bangsa yang berjaya? Anda juga bersikap rasis kerana mahu menjaga kepentingan politik dan ekonomi kaum anda di Malaysia..

Salahkah saya bersikap rasis jika mahu menjaga ‘survival’ bangsa saya, sama seperti anda yang mahu menjaga survival bangsa anda.

Sebenarnya.. anda lah yang lebih bersikap rasis padahal kaum anda cuma minoriti padahal kaum saya masih majoriti. Jika kaum anda sudah menjadi kaum yang majoriti.. bukan salah anda untuk menuntut hak yang lebih kerana anda memang layak. Melayu kena salahkan diri sendiri kerana tidak pandai menjaga tanah-airnya sendiri. Jangan biarkan diri sendiri terjatuh dan hanya tersentak apabila sudah kehilangan hak sendiri.. ketika itu perjuangan merebut hak sudah menjadi semakin sukar padahal ianya tidaklah sesukar itu jika kita menyedarinya lebih awal.

8 Responses to “Melayu diserang dengan ekonomi dan politik”

  1. aberamly Says:

    cekka…

    dulu waktu belanda nak kalahkan serambi mekah acheh maka kisahnya ada seorang murtad yang masuk islam, berjawi?, pergi haji dll mahir islamnya… lepas tu dilaporkan musnahkan islam dengan pesongkan akidah sderta lemahkan islam dari dalam dll. maka hancurlah serambi mekah acheh… maka belanda boleh tawan acheh dan indonesia. nama belanda tu Senouk Hardroje.

    betul kau cakap tu dek… sebab sini ada ramai adun dan yb DAP yang baca ayat dan nampak suka kepada islam… maka kita pun syok lah. sebab tak baca sejarah… kalau baca sejarah nabi banyak lagi perangai macam ni.

    hati2 ya…. kalau boleh tolong postingkan kisah ni.obama pun katanya akan terus buru osama ben laden senbagai musuh no 1 usa. maka mana sikap islamisasinya?

  2. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Kaum Cina ada serata dunia. Di kota-kota dunia Barat ada China Town. Benua yang belum diterokai sepenuhnya oleh kaum Cina ialah Afrika. Mereka sekarang ini mula memasuki negara-negara Afrika yang ada kepentingan ekonomi.

    Kaum Cina baru sahaja bertapak di Afrika, tetapi telahpun mendapat tentangan hebat oleh penduduk asal. Kononnya untuk melabur dan mewujudkan peluang ekonomi, tetapi apa yang terjadi ialah mereka menyedut kekayaan dan dikongsi sesama sendiri. Hakikatnya, ini telah terjadi pada negara kita sudah sekian lama.

    Masalah ini pernah disiarkan dalam Al-Jazeera.

    Wassalam.

  3. pak tua Says:

    salam cekka.. n all tahniah kpd bro krn membawa isu kuota bumi ianya masih lagi membelenggu kita… sy pun terlibat dlm sektor ini ..

    syrkt kami berusaha membangunkan perumahan di rezab2 melayu bagi menampung keperluan semasa tp malangnya kos2 yg agak tinggi kami juga terpaksa menjual pd harga agak mahal kpd bumi..ini adalah krn tanah rezab melayu juga dijual pd harga yg tinggi..

    sy amat2 berharap kerajaan dpt memperkenalkan skim pinjaman perumahan yg rendah bagi rakyat yg berpendapatan rendah drpd mewujudkan lebih byk rumah mesra rakyat..

    ini adalah krn rumah2 tersebut biasanya didirikan di luar bandar.. logiknya sekiranya terlalu byk org melayu yg tinggal di pinggir2 desa maka lebih ramailah kaum lain yg berpeluang mereka membeli rumah2 kuota bumi di kawasan2 yg strategik… secara tidak langsung undi melayu akan kurang di kawasan2 bandar..


  4. Sdr, analisa dan hujahan Sdr memikat dan sangat beralasan. Moga sama dibaca pemimpin atau wakil pemimpin kita dan akan segera ada pembetulan.

    Semoga.

  5. zaghani Says:

    kat Sabah pun bumiputera Islam dan Bukan Islam semakin mabuk dengan politik sehingga lupa untuk majukan bangsa mereka…tapi persoalannya tu semua salah dan silap siapa. Realitinya bangsa yang dahulunya dianggap pendatang seperti Jawa, Bugis dan Pakistan semakin menguasai ekonomi negeri Sabah, bah kan ada diantara mereka kini menjadi Pembuat Dasar di negeri Sabah.

  6. Rocco Says:

    Pakatan Rakyat (Melayu) diketuai orang2 yg lebih burk dari Paklah.

    Mereka dicucuk hidung dari arahan Singapore, yg semakin lemah & tiada kekuatan ekonomi selepas ‘US mengabaikan mereka.

    bos aku pernah kata;- kita kadangkala kena kejam, krn dunia itu sememangnya kejam..

    mungkin prinsip ini digunapakai untuk ‘menidakkan kebaikan melayu’. mereka tahu mereka kaya sebab melayu & kebaikan/keramahan melayu sewaktu nenek moyang mereka hidup terumbang-ambing dan ketika diburu jepun dulu.

    Namun hal mendesak menjadikan mereka:

    OPPORTUNIS KAUM YANG BERTOPENG LIBERAL..

    http://kkamdias.blogspot.com/2008/11/jawapan-kepada-opportunis-kaum-yang.html

    dan terpaksa menjajah negara ini melalui ‘arahan luar’

  7. Pencari kenenaran Says:

    Setelah dikaji tuan amat bernas dalam megupas masalah kaum melayu/islam, teruskan usaha untuk menyedarkan bangsa/islam kita yang dah lama hanyut

  8. RIDwan Says:

    salam.

    pendapat saudara amat di sokong.. mari kita sama2 menyokong perniagaan sesama melayu.. kerana saya yakin jika tiada melayu yang menyokong perniagaan kaum lain.. perniagaan mereka pun tidak ke mana.. tapi malang nya apabila zaman semakin berubah.. pemikiran melayu pun terhakis kerana keselesaan yg di nikmati kini.. saya harap kita orang melayu dapat bersatu dan dapat memperkasakan ekonomi supaya kita menjadi bangsa terbilang.. sama2 lah kita beringat dan berusaha.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: