Melayu lalai, Barrack Obama akan muncul di Malaysia..

November 13, 2008

Apabila Barrack Obama menang jawatan Presiden US, maka ahli-ahli Pakatan Rakyat bertempik melolong mengatakan jika AS boleh mengambil rakyat kulit hitam sebagai presiden.. kenapa Malaysia tidak boleh? Antara mereka yang turut bertempik ialah sebahagian pemimpin Melayu dalam PR itu sendiri (kononnya mempunyai pemikiran yang terbuka).

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, Tun Dr Mahathir membayangkan Malaysia suatu hari nanti juga boleh mempunyai PM dari kaum lain melalui gagasan Bangsa Malaysia. PM akan dilantik dari parti yang menerima majoriti rakyat.. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, proses tersebut akan memakan masa yang agak lama juga dan secara berperingkat.

Secara peribadi, saya juga berpandangan sedemikian.. tetapi bukan untuk waktu ini. Pada saya, kaum Melayu masih ketinggalan dari kaum-kaum lain walaupun ada sebilangan kecil yang sudah berjaya. Kebanyakkan kaum Melayu dalam kelas menengah (kerja makan gaji/ berniaga) dan kelompok bawahan. Hanya sedikit bilangan Melayu dalam kelompok elit (ahli korporat), rata-ratanya ahli politik dan ahli perniagaan yang rapat dengan orang-orang politik.

Sedar tidak sedar, kaum-kaum lain semakin bersatu padu memperjuangkan hak-hak mereka walaupun berbeza ideologi politik. Ini dibuktikan dengan tuntutan demi tuntutan dari MCA dan DAP yang mahukan hak-hak yang lebih dalam pentadbiran (politik) dan ekonomi.

Sayangnya, Melayu semakin berpecah-belah kerana mempertahankan ego masing-masing dalam politik. Kerana mahukan kuasa dan jawatan, Melayu mempergunakan Melayu untuk membenci antara satu sama lain agar mereka terus berkuasa. UMNO kekal dengan status-quo dan kempen DEB.. PAS pula dengan kempen benci UMNO (hanya mereka saja yang betul).

Tidak bolehkah Melayu bersetuju sebulat suara (tanpa mengira fahaman politik) sekiranya mana-mana agenda perjuangan kaum Melayu di bawa ke tengah? UMNO dan PAS adalah dua parti Melayu yang utama (PKR sudah jadi Melayu Celup.. tidak perlu untuk dipertimbangkan).. Tidak bolehkah PAS bersetuju dengan agenda pembangunan Melayu dari UMNO tanpa rasa prejudis? Tidak bolehkah UMNO membuang sedikit rasa ego untuk menerima teguran dari PAS demi masa depan Melayu?

Kaum Cina dan India merupakan kaum minoriti, tetapi mereka sentiasa konsisten memperjuangkan hak-hak mereka dari masa ke semasa.. kerana mereka sedar mereka akan sentiasa menjadi ‘pak turut’ jika mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Kaum Melayu pula terus leka kerana beranggapan mereka dilindungi oleh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.. Melayu terus lalai dan hanyut dengan perebutan kuasa, malahan yang lebih teruk mahu jadi juara mempertahankan kaum lain walaupun kaum sendiri tidak terbela.

Ambillah pengajaran cerita Arnab dan Kura-Kura dalam pertandingan lumba lari, kerana angkuh dan memandang rendah pada si Kura-Kura.. Arnab tidur di tengah jalan. Apabila tersedar.. si Kura-Kura hampir sampai ke garisan penamat, walau sederas mana pun si Arnab berlari untuk mengejar.. ianya sudah terlambat. Hanya kerana lalai dan leka.. hak sendiri sudah terlepas ke tangan orang lain.

Jika Melayu tidak mahu bersatu-padu, jangan salahkan kaum lain jika mereka dapat menjadi PM suatu hari nanti.. apabila kuasa berada di tangan mereka, Perlembagaan juga boleh di ubah. Tun Dr Mahathir telah membuktikan kuasa Raja-Raja Berpelembagaan dapat dihadkan dan dikurangkan dengan kuasa dan kebijaksanaan beliau memonopoli keadaan semasa.

Dalam situasi sekarang, kita mahukan perubahan.. samada Barrack Obama ‘Melayu’ yang membawa perubahan tersebut ATAU Barrack Obama dari kaum lain yang berjaya membuat perubahan tersebut.. ‘Tepuk Dada, Tanya Selera’.

8 Responses to “Melayu lalai, Barrack Obama akan muncul di Malaysia..”

  1. kluangman Says:

    Mahathir hanya sekadar ‘bermain politik’ dengan pengucapan dan masa yang ‘betul’ secara sinis memberitahu negara jiran bahawa kita lebih liberal dan terbuka.

    Paklah juga bercakap perkara yang sama tetapi ‘nilai peribadinya’ menjadikan ‘nilai pengucapannya’ kurang diberi perhatian.

    Pembangkang , MCA dan Gerakan pasti kehabisan peluru untuk isu tersebut sebaliknya ‘backfire’ kepada diri mereka sendiri.

  2. ab.aziz bin awang Says:

    Sebagai penduduk m’sia, kita sebenarnya tidak perlu risau, jika nanti ada golongan minoriti layak jadi PM M’sia.

    Ini kerana jika ini berlaku, kita sebenarnya telah maju kehadapan, sebab pemimpin minoriti yang layak tersebut bukanlah calang-calang orang.

    Pemimpin sebegini sebenarnya berjiwa rakyat,beliau mesti seorang yang tidak memperjuangkan sesuatu kaum,
    jiwanya hanyalah untuk M’sia.

    Kalau tidak, mana munkin majoriti rakyat M’sia ber setuju beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Begitulah yang terjadi kepada Barrack Obama, sehingga
    dia seorang kulit hitam boleh dipilih menjadi presiden
    Amerika.

    Tidak usahlah kita menakut-nakutkan orang melayu, kononnya suatu masa nanti, orang bukan melayu akan menjadi perdana menteri.

    Jika ini benar-benar terjadi, kita sebagai penduduk M’sia sepatutnya berbangga, kerana anak cucu kita nanti akan selamat, berada dibumi M’sia yang aman,
    yang tidak ada lagi semangat perkauman, yang ada ialah semangat cintakan MALAYSIA …… MERDEKA…..

  3. aberamly Says:

    BERAPA LAMA ARNAB NAK TIDUR CEKKA. KURA2 NI SABAR DAN KONSISTEN… DAN KURA2 DALAM PERAHU, KURA2 PURA2 TIDAK TAHU!

    BILA ARNAB NAK SEDAR? SEBAB SELALU LUPA. KURA2 NI BUAT2 INGAT LUPA,,, KURA2 SEEKOR LAGI INGAT LUPA INGAT LUPA. SIAPA KURA2 YANG BERNASIB BAIK TU?

    KURA2 YANG SABAR DAN SENTIASA SOROK KEPALA BILA BERLAKU BENCANA DLL… KATANYA “WA TAK TAHU” ATAUPUN “KITA ORANG BUKAN ORANG.”

  4. MANTOYA03 Says:

    Bangsa Melayu memimpin pun orang melayu beremosi inikan pula bangsa lain memimpin.Jangan jadi terlalu liberal nanti jadi bodoh.Aku tak fahamlah akal orang Melayu yang konon pandai dan cuba berlagak adil ni.

  5. MANTOYA03 Says:

    Ekonomi Cina pegang,Kehakiman India pegang lepas ini bagi pula tampuk pemerintah .Melayu bijakpandai ini memang baik hati.Jahanam negara melayu.

  6. cekka Says:

    Salam kpd Kluangman, En Abd Aziz, Abe Ramly & Mantoya03..

    Terima kasih atas komen2 anda semua..
    Pada pendapat saya, Melayu tidak boleh selamanya dalam keadaan berpecah-belah spt sekarang kerana perpecahan tersebut melemahkan kuasa Melayu itu sendiri.

    Saya tidak bermaksud menghalang atau menentang jika PM M’sia suatu hari nanti bukan dari kaum Melayu.. tetapi harap2nya PM kita dari kaum Melayu untuk mewakili kaum majoriti di negara ini.

    Dengan keadaan skrg.. harapan mencari Barrack Obama dari kaum Melayu semakin tipis, jika berterusan sebegini.. rakyat M’sia patut bersedia utk menerima Barrack Obama dari kaum-kaum lain sebagai PM M’sia.

  7. mlayu Says:

    mlayu..bersatu lah,,pas dan umno aq harap korang bersatu tuk kepentingan melayu..g mampos anwar..pembelot bangsa

  8. Anonymous Says:

    hanya jauhari mengenal manikam, asalpun nama tanah melayu , sebaik-baiknya biarlah melayu sebagai tonggak, kalau tak dak kenelah dididik dari sekarang, supaya mata mereka tidak rabun.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: