Kes RPK/Anwar : Kemenangan sementara yang ada maksud tersirat..

November 8, 2008

Dalam Berita Harian Online, kes liwat Anwar akan kekal di Mahkamah Seksyen. Ianya diputuskan oleh hakim SM Komathy Suppiah apabila bersetuju dengan pihak peguam bela bahawa sijil perpindahan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditanda-tangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Dalam hari yang sama, Raja Petra telah dibebaskan kerana mahkamah mendapati penahanannya di bawah Akta ISA tidak sah sebagaimana kes Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily.

Beberapa hari sebelumnya, Zaid Ibrahim dan Pak Lah berulang-kali mengucapkan hal yang sama.. “Memperbetulkan Sistem Kehakiman”. Pelbagai kes yang melibatkan orang politik telah dibawa ke muka pengadilan samada ahli politik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Tetapi, sedarkah kita.. senario ini diwujudkan agar rakyat mempercayai sistem kehakiman kita telah bebas sepenuhnya? sedarkah kita.. senario ini dibina agar persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman telah berubah? Apalah sangat yang merugikan jika pukat yang dipasang menyebabkan ikan-ikan bilis tidak tersangkut, padahal maksud utama pukat dipasang untuk memerangkap ikan yang lebih besar..

———————————————————————————–

Kes liwat Anwar tidak sama seperti kes RPK, kes Anwar bukan hanya menjadi tumpuan Malaysia malahan menjadi perhatian dari negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat. Jika kerajaan tidak berhati-hati dalam kes ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang membolehkan ‘campur-tangan asing’ diadakan terhadap pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Ramai orang tahu kemampuan Anwar untuk memutar-belitkan fakta agar dirinya dilihat orang yang dianiayai. Dan kita sudah boleh menjangka apa Anwar akan cakap jika dirinya disabit salah dalam kes itu nanti.

..”Kerajaan telah bertindak zalim terhadap diri saya dengan menggunakan orang-orangnya melalui sistem kehakiman untuk membuatkan diri saya dilihat bersalah,” begitulah kata Anwar lebih kurang nanti..

Dengan mewujudkan banyak kemenangan dalam kes mahkamah kepada pihak yang suka memprotes.. kerajaan boleh menempelak kembali pihak-pihak tadi kerana tidak mempercayai keputusan mahkamah terhadap Anwar. Bukti-bukti kemenangan kes mereka sebelum ini akan diguna kembali agar mahkamah dilihat benar-benar adil.. bukti yang akan diguna-pakai apabila berhadapan dengan kecaman antarabangsa.

Suara rakyat bukanlah satu ancaman sangat.. bagi harga petrol turun, diamlah mereka. ..bagi ‘gula-gula’ sikit sana-sini, diamlah mereka. Bila tiba time pilihanraya.. itu kena fikir strategi lain lah (lambat lagi). Paling kuat rakyat bising pun, 100 hari saja.. lambat-laun.. mereka fikir hal masing-masing juga. Yang Kerajaan Malaysia takut ialah suara US yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang berkali ganda dari Malaysia.

Lebih lama Anwar bersuara.. maka makin sakit hatilah sesetengah orang. Suara-suara Anwar seumpama virus penyakit dalam bekas ubat yang cantik ‘packaging’nya.. nampak bagus, tapi boleh bawa bencana. Seumpama melamin dalam susu bayi dari China.

9 Responses to “Kes RPK/Anwar : Kemenangan sementara yang ada maksud tersirat..”

  1. budakedah Says:

    kah…kah..kah..yg hang dok melabun pasai Anwar pasai apa???? tuu…pi lah selak dlm kain UMNO tu Pak Lah dah nak jatuhkan Najis dah tu..kah..kah..kah…khuaaaaarrggh ptuihhhh….busuk punya kaki.

    *****

    Ps- Tahniah kpd Anwar.. kerana telah mengajar rakyat Malaysia spt budakedah erti adab-susila Melayu dan cara-cara menganut Islam yg sebenar. Siap diajar dengan meludah merata-lata lagi..

  2. yb4all Says:

    ya, ini strategi mereka khusus untuk menang hati rakyat. Bila hati rakyat lembut,mereka akan tekan rakyat semula. Inilah politik sumbang.

  3. obama Says:

    takut US? diaorg dah bankrap, takde masa nak pikir pasai anwar.wakaka

  4. webm Says:

    salam bro… aku rase2 ade betuinya pendapat hang.. tp adalah lebih baik DSAI kembali ke tempat asal drpd byk melakukan provokasi dan ketidak stabilan eko-nomoney kpd negara…

  5. penulis_cyber Says:

    salam cekka !

    lama tak jumpa. salam

  6. aberamly Says:

    HAI.. ABE DI SEDIM, KULIM, KEDAH… BERI CERAMAH KAT PEWARIS MUDA DARI 7 -8/11/08.
    BANYAK DAPAT ILHAM DI SINI.. ORANG KELANTAN RUPANYA YANG DAPAT TENDER DI JEJEMBAT ANTARA POKOK TERPANJANG DI ASIA…RAMAI ANAK2 KITA KE SITU.

    TAHNIAH KERANA TULIS HAL RPK DAN ANU…AR. BIASALAH HUJAH DIA TU RELEVEN PADA ZAMAN TUN DR M DULU… SEKARANG PAK LAH DAH BUAT LIBERALISASI.MEREKA NI ILHAM MIMPI NGERI ZAMAN TUN. MEREKA INI BUKAN OBAMA TAPI OOOOBANGAU…OOOBANGAU… KAKAKAHHH…

  7. sekolah atap Says:

    cekka!! orang terlampau fanatik akan jadi munafik.. lupa adab sopan, lupa tatasusila asalkan dimenangkan orang yang disukai…

  8. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Jika ada kelapangan sudilah berkunjung ke

    http://the-antigonist.blogspot.com/

    Wassalam.

  9. zeck Says:

    betul………mana ada org nak mengaku main bontot…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: