PAS mahu beri RM 50 kepada anak muda yang melakukan sembahyang berjamaah

November 7, 2008

Sehari dua yang lalu, saya ada berbual-bual dengan orang kuat PAS yang mengatakan ada cadangan dari pucuk pimpinan agar setiap anak muda yang pergi sembahyang berjamaah akan diberi RM 50. Ini sebagai insentif untuk mereka berjinak-jinak dengan masjid, dan sesi kuliah (tarbiyah) akan diadakan dari masa kesemasa agar golongan muda ini ‘terbuka hati’ untuk mendalami Islam.

Dari sudut jangka pendek, ianya nampak kreatif dan bertujuan baik.. tetapi, dari segi jangka panjangnya ialah boleh memberikan kesan ekonomi kepada kerajaan negeri itu sendiri.

Sekarang, sudah terdapat satu skim iaitu Skim Kifalah Warga Emas untuk rakyat Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas. Apabila berlakunya kematian warga emas tersebut, wang sebanyak RM 2,500 akan diberikan kepada pewaris untuk meringankan beban keluarga si mati. Malahan, skim ini terbuka kepada semua kaum (yakni tanpa mengira agama).

Dalam salah satu majlis penyerahan cek dalam tahun 2008, wakil rakyat PAS memohon maaf kepada penerima-penerima cek yang belum menerima habuan masing-masing. Ini kerana kerajaan negeri sudah membelanjakan lebih RM 10 juta untuk membiaya skim tersebut.

Dari segi kebajikan untuk rakyat, nampaknya PAS lebih ‘advance’ dari kerajaan pusat.. tetapi sedar tidak sedar, ianya sudah meghantui ekonomi kerajaan negeri. Mahu tidak mahu, kerajaan negeri harus menjana lebih aktiviti ekonomi agar skim ini dapat berkekalan. Apabila menyentuh kebajikan untuk rakyat, kerajaan harus berkorban wang-ringgit (walau sebanyak-mana pun).. kewajipan tetap menjadi kewajipan.

Jika membiayai kos pampasan untuk orang mati pun sudah menyebabkan pemimpin PAS ‘garu kepala’… apatah lagi jika mahu membiayai kos untuk orang hidup. Katakanlah, setiap anak muda dibayar RM 50 walaupun 5 kali sembahyang berjamaah dalam satu hari.. satu bulan, kerajaan negeri harus menyediakan bajet RM 1,500 untuk setiap seorang.. jadi, berapa banyakkah kos yang perlu disediakan untuk membiayai lebih kurang 40% golongan muda negeri Kelantan yang berjumlah 1.2 juta orang ini ??

Persoalan yang timbul..

1.  Berapakah bajet negeri harus ada khusus untuk membiayai kempen ini?

2.  Golongan muda akan jadi lebih pemalas dan tidak payah bekerja lagi, pergi sembahyang berjemaah pun sudah dapat RM 50/hari.. lebih besar dari gaji kerja kerani atau kerja kilang. Secara tidak langsung, sektor swasta akan mengalami masalah pekerja dan produktiviti perniagaan. Bila sektor swasta jadi lembap.. anda bayang sendiri lah apa akan jadi pada sumber pendapatan negeri.

3.  Dapatkah kempen ini betul-betul mencapai objektifnya? Kesedaran Islam yang manakah lebih berkesan.. kesedaran yang ‘dibeli’ atau kesedaran dari tuan punya badan itu sendiri?

4.  Manakah yang lebih baik.. kempen untuk solat berjamaah (yang dibayar) atau kempen untuk menambahkan ilmu/ kemahiran diri? Ada satu falsafah Cina, “Jika anda memberi orang miskin seekor ikan setiap hari. orang tersebut tidak lagi lapar. Tetapi, jika anda mengajar si miskin itu cara-cara menangkap ikan, orang itu mendapat ilmu dan boleh menangkap ikan tanpa bantuan lagi sampai bila-bila”.

5.  Adakah Islam mengajar umatnya untuk ‘dibeli’ semata-mata untuk mendapat kesedaran dalam hidupnya? Bukankah ini juga dinamakan satu rasuah untuk menukar pendirian /prinsip seseorang? Bukankah kesedaran ini sememangnya sudah menjadi fardhu ain kepada setiap orang Muslim?

PS : Nampaknya, Islam sudah mula dijual-beli.. UMNO dikatakan mengunakan kebendaan untuk meraih populariti, PAS juga cuba menggunakan kebendaan untuk meraih populariti. Dua pendekatan yang berbeza  untuk tujuan yang berbeza, tetapi menggunakan kaedah yang sama..

6 Responses to “PAS mahu beri RM 50 kepada anak muda yang melakukan sembahyang berjamaah”

  1. nowhere man Says:

    takkan nak solat berjemaah pun nak hulur sen baru nak pergi berjemaah!

  2. Tok Ayah Says:

    bagus kerana pakat bagi respon, bukan apa, banyak hal keduniaan kita pakat ambik berat tapi hal akhirat masing-masing buat…..betul tak betul jangan cepat melatah, boleh bincang elok-elok untuk kebaikan pengamal Islam tidak kira bangsa, sebab Islam bukan untuk satu bangsa tapi menyeluruh…

  3. webm Says:

    bestnya dok kelate.. takyah susah gi keje…

  4. mlayu Says:

    islam adalah agama tanpa paksaan,bila bagi duit tu jadi x ikhlas tau x?cari la jalan lain,dats y bila bagi cramah,jgn dok condemn krajaan,sbb banyak g orang xtau pasal agama,ada 1 umah dgn aq dok sokong pas,tapi baca quran xtau,lagi sorang sokong pas,tapi asyik dgn pompuan je?fikirkan..

  5. Anonymous Says:

    betul ke 1,500 sebulan tuh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: