Desas-desus Anwar kembali ke UMNO, ke mana hala tuju PAS?

November 4, 2008

Selepas dibebaskan dari penjara, terdapat teori yang mengatakan Anwar akan masuk PAS atau UMNO.. tetapi beliau memilih untuk berjuang atas tiket PKR. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat, hendak kembali ke dalam UMNO dilihat satu strategi yang tidak kena dengan masanya memandangkan momentum rakyat yang kuat untuk menolak BN.

Sekali lagi PAS mungkin tertipu dengan kerenah Anwar.. dahulu, ketika keluar dari ABIM, juga dikatakan beliau akan menyertai PAS sebagaimana rakan-rakannya yang lain tetapi UMNO juga yang menjadi pilihan hati Anwar.Apabila sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin merosot, ditambah pula dengan perbicaraan kes liwatnya.. peluang Anwar untuk menjadi PM dilihat semakin pudar, lebih-lebih lagi sekiranya DS Najib dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, Anwar hampir-hampir ketandusan isu untuk mendapat populariti dari rakyat.. mahu tidak mahu beliau harus mencari strategi baru untuk bernafas dalam karier politiknya.

Adakah benar desas-desus mengatakan perbincangannya dengan MP-MP BN sebelum ini bukannya mahu memujuk mereka untuk ‘melompat’ ke dalam PR tetapi untuk merintis jalan kembali ke dalam UMNO? Adakah benar desas-desus YB Zulkifli menjadi biduk percaturan Anwar untuk mengeruhkan hubungan dalam PR, seterusnya membuka jalan untuk menyertai UMNO? Adakah benar desas-desus keputusan kes liwatnya boleh ‘diatur’ jika beliau kembali ke dalam UMNO dan tidak akan mengugat status Najib sebagai PM?

Dalam politik.. tiada rakan yang kekal, dan tiada musuh yang kekal. Yang kekal ialah nafsu untuk berkuasa. Sejarah telah membuktikan Anwar boleh khianat kepada rakan-rakan karibnya sendiri seperti Dato Nalla, Tan Sri Vincent Tan, Dr Chandra, Ezam, Allahyarham Ghaffar Baba malahan cuba mengkhianati Tun Dr Mahathir juga.

Malahan.. Anwar juga boleh berbaik-baik semula dengan Hj Hadi, Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang pernah menjadi musuh ketatnya satu ketika dahulu.. Inilah perangai orang politik.

————————————————————————————

Harap-harapnya desas-desus tersebut tidak akan berlaku. Harap-harapnya ianya hanya khabar-khabar angin yang tidak berasas sama sekali..

Tetapi, sekiranya ia benar.. apakah tindakan PAS untuk kali ini? Yang pasti, kem Erdogan dalam PAS akan menerima malu besar dan akan menerima impak negatif yang cukup hebat dari ahli-ahli PAS. Masa yang bukan sedikit juga diperlukan untuk mengubat luka yang cukup dalam..

Pucuk pimpinan PAS seperti biasa akan berkata.. “Kita komited kepada perjuangan kita yang asal”. Itu benar.. tetapi tiada strategi khusus yang benar-benar menyakinkan untuk menjadi parti pembangkang yang dominan. Mahu tidak mahu, PAS harus lebih kreatif dan sanggup untuk membuat reformasi dalam parti. PAS tidak boleh berharap kepada pertolongan Allah semata-mata untuk berjaya, mereka juga harus berusaha untuk berjaya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, melainkan bangsa itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya..

PAS tidak bergantung semata-mata dengan undi Melayu sahaja, PAS tidak boleh mengkhususkan perjuangan untuk orang Islam sahaja.. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Pucuk pimpinan PAS haruslah lebih terbuka dalam konsep perjuangan yang lebih relevan dan ‘up-to-date’.

Harus diingat, golongan muda zaman sekarang lebih terbuka dan agresif.. malahan, UMNO gagal dalam PRU 12 sedikit-sebanyak digerakkan oleh golongan muda. Dalam PAS sedikit berbeza, mereka lebih taat dan hormat kepada golongan tua.. tetapi, hormat tidak semestinya bermaksud bersetuju. Jika Musa Hitam mengatakan UMNO terkena penyakit tua, sebenarnya PAS juga mengalami sindrom yang sama.. cuma tidak dinyatakan secara terbuka.

8 Responses to “Desas-desus Anwar kembali ke UMNO, ke mana hala tuju PAS?”


  1. Salam Blogger,

    Saya berpendapat Tuan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim kembali kedalam Umno, kemungkinan besar untuk beliau bergelar TPM atau menteri kanan itu ada.

    Dan hal ini akan memporakperandakan dalaman Umno kerana sentimen gilakan kuasa dan iri hati daripada para pemimpin Umno yang lain. Maka, mungkin akan ramai dari kalangan pemimpin Umno akan keluar parti.

    Jika Anwar Ibrahim masuk Umno kembali juga, saya berpendapat bahawa jumlah yang besar daripada PKR akan turut menyertai Umno dan ia akan membawa kepada kekuatan baru Umno.

    Walau bagaimanapun, PKR mungkin akan tetap menjadi sebuah parti pembangkang yang semkin malap pengaruhnya.

    Salam ziarah…

    Ikhlas…

  2. Fazrulls Says:

    Ni yang dinamakan politik kan… so kita tunggu dan lihat.. ohhh dunia..

  3. penulis_cyber Says:

    setuju Anwar berhenti mengecam kerajaan dan membantu kerajaan.

    As komponen mcm Gerakan barangkali tdk mustahil tetapi untuk join UMNO pasti tidak sama sekali !!!!!

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com/

  4. cekka Says:

    Salam khairul,
    T_kasih kerna sudi ziarah blog ini..

    Salam Sarfa,
    Berita tadi hanya desas-desus.. belum sahih. Saya akan jadi frust kerna parti Pakatan Rakyat akan kehilangan ‘sengat’ utk menjadi pembangkang yg berkesan. Sistem dwi-parti yg berat sebelah tidak akan menguntungkan kpd rakyat.

    Salam Fazrul,
    Dunia politik terlalu berwarna-warni utk rakyat marhaen spt kita.

    Salam P_Cyber,
    Anwar kalau masuk UMNO tidak akan membantu kerajaan, tapi buat kerajaan jadi makin huru-hara.

  5. azhar Says:

    Pokok pangkalnya, mereka2 ini semua bekas ahli UMNO, begitu juga dgn Tengku Razaleigh Hamzah (S46 dulu), Tun Dr Mahathir (Bekas ahli UMNO seumur hidup-sehingga MAC 09?). Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tidak terkejut sekiranya perkara ini terjadi. PAS kembali sendirian. Utk PAS, teruskan perjuangan anda, jgn lari dari matlamat asal perjuangan, guna cara yg paling berhemah dan halus. Merindui Allahyarham Fadzil Noor. Biar sokongan pada PAS dikala itu tidak hebat seperti sekarang, tetapi, pengisian ceramah serta usrah amat benar dirasai.

  6. pak tua Says:

    salam pak cekka… sekiranya perkara tersebut terjadi maka akan hilang kepercayaan yg amat kuat kepada penyokong PKR dan juga mungkin PR kepada DSAI sebab kekuatan PR pd pilihnraya ke12 adalah pengaruh yg kuat juga dr DSAI… PR akan kembali lemah dan kurang sumber utk memerintah negeri2 yg diterajui oleh PR


  7. PRU 13 penentu segalanya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: