Ketuanan Melayu bermula dari diri sendiri

November 1, 2008

Setelah mengikuti perkembangan politik tanahair buat seketika, saya berasa bangga kerana kaum saya mula sedar akan kelayuan bangsanya sendiri. Atas nama Ketuanan Melayu.. parti-parti politik berlumba-lumba mahu menjadi juara dalam isu mempertahankan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Tetapi, parti politik yang menjadikan teras Ketuanan Melayu sebagai wadah perjuangan tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan kesedaran rakyat itu sendiri. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperkasakan kedaulatan bangsa Melayu. Kerajaan boleh membuat apa saja konsep. strategi, peraturan dan sebagainya.. tetapi hanya menjadi sia-sia jika rakyat sendiri tidak mahu berubah.

Sebagai contoh di negeri Kelantan.. walaupun PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam (secara automatiknya untuk orang Melayu), tetapi nilai moral kaum Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah 18 tahun memerintah. Anak muda Melayu masih tegar dengan pil kuda, masih tegar dengan judi dan nombor ekor, masih tegar dengan nafsu syahwat dan botol arak, masih tegar dengan adu-domba dan pelbagai lagi masalah sosial.Malahan, anak-anak muda yang merupakan lepasan sekolah pondok pun masih terbelenggu dengan masalah sosial. Ini adalah bukti nyata bahwa konsep pemerintahan sesuatu parti (yakni kerajaan) tidak akan beroleh kejayaan jika tidak diikuti dengan kesedaran rakyat itu sendiri. Strategi PAS untuk menjana modal insan melalui sistem sekolah pondok tidak semestinya berjaya jika mengabaikan ilmu duniawi.

Malangnya, persekitaran sosial yang bebas boleh menghanyutkan lagi anak Melayu yang sudah bermasalah. Kebebasan sosial (tanpa sistem pemantauan yang berkesan), yang disediakan oleh UMNO/BN juga telah menyumbang kepada masalah Melayu. Percayalah.. masalah serupa akan berulang sekiranya PKR menjadi pemerintah (mungkin lebih teruk, kerana percaya kepada sistem sama-rata dan kebebasan individu).

Malahan, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (Melayu) yang suka menghentam kerajaan kerana melupuskan kedaulatan bangsa Melayu, juga masih tegar dengan botol arak, disko dan kelab malam. Inikah yang dinamakan perjuangan yang ikhlas demi bangsa? (anda cuba tanya Hishamudin Rais ataupun RPK yang dikatakan hero Melayu). Ini bukan perjuangan untuk bangsa.. ini cuma kebencian kepada UMNO semata-mata, ..atau pun menyokong PKR agar gaya hidup bebas akan menjadi lumrah atas nama kebebasan individu?.

Ramai rakan-rakan saya merupakan graduan dari ‘oversea’ tetapi mereka masih tegar dengan adat resam Melayu dan perintah agama, malahan mereka bangga mengatakan kepada Mat-Minah Salleh bahwa mereka itu Melayu dan berasal dari Malaysia. Ramai juga rakan-rakan saya yang malu jika bertutur dalam bahasa Malaysia, minum arak dan bantai pil kuda.. padahal mereka-mereka ini penyokong tegar PAS dan PKR !! Mereka ini semasa pemerintahan UMNO tidak pernah tinggal solat, tapi bila PAS memerintah lain pulak jadinya. Apa sudah jadi?

Saya bersyukur kerana tidak ‘pecah liur’ untuk minum arak atau hisap dadah, malahan saya boleh bersama-sama dengan rakan-rakan yang bantai benda haram itu (walaupun dalam hati saya benci teramat-sangat).. saya juga kadang-kadang ‘tewas’ dengan wanita yang cun dan cantik, tetapi sesudah berkahwin saya berasa sesal tidak sudah akan dosa-dosa yang lalu.

Apa yang saya pelajari.. diri sendiri tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mahu berubah, walaupun dipaksa oleh orang lain.. kita tetap akan mengulanginya secara diam-diam. Kita keliru dalam mencari panduan, dan Islam merupakan garis panduan saya. Rakan-rakan saya yang berpesan-pesan demi kebenaran sedikit sebanyak menguatkan keazaman saya untuk menjadi Melayu-Islam yang rasional, mempunyai jati diri dan berprinsip.

Saya perlu menimba ilmu akhirat sedaya yang boleh untuk membimbing keperluan rohani saya, saya perlu ilmu dunia dan pengalaman kehidupan duniawi untuk saya menjadi rakyat Malaysi yang tidak takut untuk bersaing dalam perniagaan dan maju dalam hidup sementara menanti jemputan Ilahi.

Akhir kata, setiap sesuatu perubahan konsep memerlukan perubahan dari diri kita sendiri.. diikuti dengan keluarga kita dan rakan-rakan kita sebelum melaksanakan fardu kifayah untuk berdakwah kepada masyarakat. Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa jika kita sendiri tidak mahu berubah..

Rakan-rakan memainkan peranan penting dalam perhubungan dan sikap sosial kita, jika kita berkawan dengan pencuri lama-kelamaan kita akan terjebak juga, jika kita berkawan dengan peminum arak lama kelamaan ada juga keinginan untuk mencuba, jika kita berkawan dengan orang bisnes lama-kelamaan kita juga mahu menjadi ‘businessman’ juga.

Anda pilihlah sendiri hala tujuan hidup, tiada paksaan.. hidup ini tidak lepas dari membuat pilihan. Yang pasti, ianya bermula dari anda sendiri.. keluarga dan rakan-rakan boleh jadi penyokong atau penghalang dalam pilihan. Agar tidak sesat dan keliru.. anda perlu ilmu, agama dan pengalaman.

KITA TIDAK PERLU MENUNGGU KERAJAAN BARU UNTUK MEMBUATKAN KITA BERUBAH.. KITA BOLEH BERUBAH SEKARANG JIKA KITA MAHU. WALAU SIAPA PUN YANG MEMERINTAH.. KITA TAK HERAN PUN.

7 Responses to “Ketuanan Melayu bermula dari diri sendiri”

  1. pembawa peringatan Says:

    salam.. tkde plak org komen.. jadi, boleh sy menconteng sikit sebanyak kt sini.. sy gembira kerana ada ramai lagi orang mcm saudara yg boleh berfikir dgn waras dan bukannya taksub. apabila kita taksub kita menutup pemikiran kepada kebenaran. BN atau Pakatan Rakyat adalah parti politik yg matlamatnya adalah kuasa. Kuasa adalah punca duit. Cuma, ramai org kita terlalu dangkal sehingga sanggup bermusuh sesama kita, menabur fitnah, menipu, putar belit agama demi apa? Jual agama? entahla,, semoga Allah sentiasa melindungi kita.. Kita cuma tahu menyalahkan orang walhal kita tidak berbuat apa2 pun utk kebaikan kita.. semua keburukan kita salahkan orang, kebaikan pula kita dakwa dari kita.. itu seolah2 manusia yg tiada keredhaan dalam diri dan penuh dgn hasad dengki.. hati yg busuk melahirkan pemikiran dan tindakan yg busuk juga.

    *****
    Ps-Lidi kalau sebatang mudah dipatah-patahkan, tetapi jika diikat banyak lidi boleh dijadikan penyapu.. kadang-kala penyapu boleh diguna utk memukul orang lain. Bersatu kita jadi kuat..

  2. penulis_cyber Says:

    ulasan saudara mcm ulasan cheguma waadat. Menarik dan kita tentu mengharapkan terbaik utk agama bangsa dan negara kita.

    dtg ziarah blog saya…dan saya tahu anda selalu ‘mengetuk pintu’ blog saya dgn kehadiran komen anda.

  3. sekolah atap Says:

    Betul tu cekka,, kalau kerajaan mana sekalipun yang memerintah, seandainya kita yang tidak ingin berubah, perubahan tetap tidak akan berlaku. Saya berasal dari Kelantan, sesekali bila balik kg kadang-kadang saya sedih bila tengok ramai anak muda yang terlibat dengan pil kuda, ubat batuk, dan macam-macam. Pecah rumah usah dikira… pecah rumah berlaku hasil dari pil kuda, gam dan sebagainya. Walau pun di Kelantan tidak ada kedai Magnum, TOTO atau Lumba Kuda tetapi ramai diantara peminat judi ini membeli di kedai haram yang menjadikannya 2 kali haram. Haram dari segi agama dan haram undang-undang. Ada juga yang sanggup ke Terengganu untuk membeli nombor ekor dengan melantik tekong atau wakil setiap hari. Tetapi bila berpolitik merekalah yang memperjuangkan PAS.. bukanlah maksud saya disini bahawa semua ahli PAS begitu, ramai lagi yang bagus mungkin itu segelintir sahaja. Maksud saya disini bahawa bukan parti memerintah yang akan menentukan baik-buruk rakyat sekiranya kita sendiri yang tidak ingin berubah. Kita boleh berubah dari sekarang tanpa mengira siapa yang memerintah. Yang pentingnya kita sendiri perlu berubah. Rasuah? tiada pemberi akan tiada penerima. Tidak dinafikan UMNO memang penuh dengan rasuah.. nak dapat biasiswa mesti ada sokongan dari orang kuat UMNO, nak masuk sekolah berasrama penuh, mesti ada sokongan, nak dapat bantuan PPRT mesti ada sokongan walau pun layak… kekadang yang tidak layak, DAPAT… dan yang memang terang-terang layak, tetapi TAK DAPAT… itu adalah realiti kehidupan kita sekarang. Walau pun sekarang ini PAS yang memerintah di Kelantan.. tetapi senarionya tidak jauh berbeza dari pemerintahan UMNO. Pandangan saya sebagai seorang yang berpendidikan SEKOLAH ATAP, maaf kalau silap beri pandangan..


  4. Sdr Cekka. Banyak benarnya dari kandungan tulisan dan pendapat Sdr itu. Demi mempertahankan hak dan warisan, tanpa niat dan maksud hendak merampas hak dan milik orang lain, semua pihak yang sepatutnya bertanggungjawab: rakyat dan pemimpin.

    Tetapi kalau kita hanya lebih banyak berpura dan bersandiwara, begitulah jadinya. Apa lagi kalau rakyat marhaen dianggap bak bidak di papan catur atau boleh disunglap menjadi alat dan permainan atas nama politik.

  5. cekka Says:

    Salam P_Cyber,
    Insya-Allah.. kita saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

    Salam S_Atap,
    Marilah kita bersama-sama memperbetulkan diri sendiri tanpa mencaci-nista orang lain. Kita jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.. selain mengundi pemimpin, melakukan hijrah utk diri sendiri juga satu tanggungjawab.

    Salam S_Kacau,
    Ada orang kata.. hendak jadi ihklas dengan orang lain, kenalah ikhlas dengan diri sendiri dahulu.


  6. Sdr Cekka. Benar sungguh kata-kata hikmat Sdr. Meski ringkas, namun penuh berfalsafah.

  7. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Satu tinjauan yang tepat. Macam mana melayu nak mempertahankan ketuanan melayu kalau melayu sendiri sudah lupa nilai-nilai melayu yang penuh dengan adat resam ketimuran.

    Dihiasa pula dengan pegangan agama, sepatutnya melayu tidak mudah melencong dari landasan adat resam. Mungkin godaan “kebendaan” menyebabkan pemimpin melayu sanggup menjual maruah agama dan bangsa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: