Altantuya’s Saga : Jerung terlepas, ikan bilis yang tersangkut

November 1, 2008

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Baginda pukul 10 pagi pada 31/10/2008, manakala dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah untuk membela diri. Kesimpulannya, Abdul Razak sudah bebas dan Cif Inspektor Azilah Hadri serta Koperal Sirul Azhar Umar hampir pasti didapati bersalah.

—————————————————————————-

Yang pasti, mesti ada seseorang yang jadi ‘kambing hitam’ atau ‘terkorban’ agar kes ini dapat diselesaikan secara teknikal. Tetapi dari segi logik dan rasional akal, kes ini akan tetap menjadi persoalan dan tanda-tanya orang ramai.

Adakah logik seseorang pegawai kerajaan berani berbuat sesuatu tanpa merujuk kelulusan ‘bos’nya terlebih dahulu? .. Atau adakah pegawai kerajaan itu tadi telah salah faham akan maksud arahan yang dikeluarkan, disuruh buat A tapi yang dibuat ialah B? .. Atau siapakah ‘Boss’ yang sebenar yang menjadi dalang dalam kejadian ini?Misteri Saga Altantuya..

1.  Persoalan utama disini ialah.. masyarakat menuduh DS Najib merupakan dalang utama dalam isu ini. Menurut Raja Petra pula, Datin Rosmah sebagai dalang sebenar.. Hanya kerana dikhabarkan oleh RPK, masyarakat sudah percaya bulat-bulat. Ramai orang mengatakan dalam kem UMNO banyak tukang ‘spin’ berita, tapi sedarkah kita di pihak pembangkang juga terdapat ramai tukang ‘spin’? Sebab itulah saya berulangkali menyatakan, fanatik kepada satu-satu pihak amat merbahaya.. tapi tidak juga boleh menolak mentah-mentah sesuatu berita. “Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.”

2.  Mendiang Altantuya telah mati dengan tragik dan sungguh menyayat hati, nyawa manusia telah dijual-beli dengan harga yang murah, pembunuh mendiang Altantuya tiada bezanya dengan pembunuh, perompak dan penyamun jalanan yang sanggup membunuh demi mendapat harta orang lain dengan cara yang zalim dan mudah. Walau jahat setakat mana pun seseorang itu.. bukan hak kita untuk mencabut nyawa mereka. Dalam Islam, nyawa insan amat bernilai dan dihargai.. penganut Islam sudah silap faham dan cetek kefahaman jika menganggap nyawa orang lain (kafir) tiada harga. Itu sudah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar..

Altantuya Milik Abdul Razak Baginda Atau Najib?

3.  Umum mengetahui, Altantuya adalah isteri kepada Abdul Razak, malahan mereka dikurniakan seorang cahaya-mata yang kini membesar di Mongolia. Sebagai manusia biasa, tergamakkah Abdul Razak untuk berkongsi tubuh dan nafsu dengan ‘bos’nya itu? Jadi, benarkah Altantuya ‘perempuan simpanan’ Najib?

4.  Sekiranya benar bekas model Mongolia ini ‘kepunyaan’ Najib sebelum ini dan telah ‘dipindah-milik’ secara rahsia kepada Abdul Razak, bukankah Altantuya telah menjadi tanggungjawab Abdul Razak sepenuhnya? Jika rahsia ini pecah.. adakah Najib yang takut? ..atau Abdul Razak yang lebih takut kepada isteri? (tapi, kedua-duanya dilihat takut pada bini🙂

5.  Dikatakan orang, Altantuya berang kerana menuntut komisen hasil dari bisnes kapal selam.. malahan Altantuya sebagai broker bisnes tersebut. Siapakah yang lebih rapat dengan Altantuya? Najib kah? ..atau Razak Baginda selaku suami kepada Altantuya? Apabila Altantuya mengamuk dan mahu berjumpa dengan Najib, sudah tentu mendiang mahu ‘report’ akan salahlaku suaminya kepada bos suaminya itu tadi, dengan harapan suaminya akan berasa takut akan ugutan tersebut. Jadi, benarkah Najib yang terlibat? ..atau telah dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya secara tidak langsung? ..atau Razak Baginda makan nangka, Najib terkena getahnya?

Bisnes Kapal Selam/Sukhoi, inisiatif Abdul Razak atau Najib?

6.  Umum mengetahui, Abdul Razak adalah setiausaha dan penasihat politik kepada DS Najib, dan sudah tentu mempunyai hubungan bos-pekerja yang akrab dan berpengaruh antara satu sama lain.

7.  Selaku penasihat politik yang rapat dengan Najib, sudah tentu Abdul Razak mempunyai akses yang lebih mudah untuk berjumpa atau memberi ‘proposal’ kepada bosnya itu. Jadi.. bisnes kapal selam itu sebenarnya bisnes Abdul Razak atau Najib yang sebenarnya? Jika Najib percaya bulat-bulat kepada penasihat politiknya itu, sudah tentu ‘proposal’ tadi akan diterima tanpa banyak soal.. (lebih-lebih lagi jika anak buah berjanji memberi sedikit habuan kepada bos sekiranya ‘proposal’ yang dibawa olehnya diluluskan). Senario ini juga boleh diguna-pakai untuk isu jet pejuang Sukhoi..

8.  Persoalannya.. adakah ‘proposal’ pembelian Scorpene/Sukhoi ini merupakan idea asal Abdul Razak? ..atau Najib telah mengarahkan Abdul Razak untuk memperhalusi bisnes ini bagi pihaknya? Secara peribadi.. saya lebih cenderung kepada idea ianya datang dari Abdul Razak untuk dibentangkan kepada Najib, agar ianya diberi perhatian dan diluluskan. Seumpama peranan yang dimainkan oleh Tingkat Empat dalam pentadbiran Pak Lah. Tingkat Empat adalah pusat saringan pelbagai jenis proposal sebelum dibawa keatas untuk diluluskan oleh PM.

Najib Campur Tangan, Untuk Dirinya Atau Anak Buahnya?

9.  Sebagai bos yang prihatin kepada nasib anak-buahnya yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri, apakah usaha Najib untuk menolong meringankan beban Abdul Razak dilihat  sebagai luar-biasa dan pelik?. Beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menolong menerusi kuasa eksekutif dan ‘contacts’ yang dimiliki. Jadi.. saya berasa hairan hairan kenapa isu SMS diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak agar Najib dilihat bersalah dalam isu Altantuya (bagaimanapun, saya bersetuju jika Najib cuba campur-tangan untuk menolong anak buahnya itu).

10.  Perkara ini lumrah dalam kehidupan masyarakat.. kita akan berjumpa dengan ASP Polis agar saman kita dapat dikurangkan, kita akan berjumpa dengan Ketua Kampung agar anak kita diberi bantuan buku teks (walaupun tidak layak), kita akan berjumpa Pegawai Pendidikan agar anak kita dapat masuk KPLI.. Pendek kata, kita akan berusaha sedaya-upaya untuk menolong diri kita atau orang yang rapat dengan kita. Oleh itu, jangan hairan jika ahli politik UMNO, PKR, PAS dan DAP berlumba-lumba mahu jadi ‘orang penting’ dalam satu-satu organisasi.

Adakah Cekka ini Tukang ‘Spin’ Najib atau Kaki Bodek?

11.  Ha..ha..ha.. Saya tiada apa-apa kepentingan dalam isu ini, malahan saya bukan peminat DS Najib pun.. Cuma saya berasa kesal kerana misteri ini tidak terungkai sepenuhnya. Tetapi saya tidak mahu percaya bulat-bulat kepada RPK yang menjadi pencetus utama misteri ini. Bagi sesetengah orang, RPK adalah ikon perjuangan rakyat.. bagi diri saya, RPK cuma manusia biasa seperti kita yang mencari ikhtiar mencari rezeki untuk menyara perutnya sendiri. Kalau anda mahu memuja RPK, terserahlah.. tapi (maaflah..) saya tidak memuja beliau.

12.  Dalam kehidupan hari ini, perkara yang salah pun boleh dibetulkan dengan persoalan teknikal lebih-lebih lagi melibatkan hal-hal perundangan yang amat mementingkan fakta dan bukti. Saya ada berjumpa dengan kawan saya seorang peguam-bela (beliau anti-UMNO), saya menanyakan betulkah Anwar dibebaskan kerana tuduhan liwat itu tidak benar? Jawap kawan saya itu tadi.. rata-rata peguam mengakui Anwar ada sedikit masalah moral tapi tak boleh nak buat apa jika kes tidak ada bukti yang kukuh. Kes Anwar hanya melibatkan soal-soal teknikal tapi bukan bermaksud Anwar tidak melakukannya. Saya  termenung panjang.. antara faham dan tidak faham.

13.  Kepada pembunuh Altantuya.. saya berharap beliau akan mendapat pembalasan yang setimpal nanti, samada di dunia ini atau di akhirat kelak. Pengajaran utama buat saya ialah.. manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi nafsu jahatnya kerana rasa takut kepada Allah sudah tiada, DAN JUGA BOLEH JADI nyawa manusia boleh melayang sekiranya kita tersalah menerima maklumat dan tersilap dalam proses memahami maklumat/arahan.

14.  Atas kelemahan saya yang bukan ahli dalam bidang perundangan.. saya menjunjung tinggi sistem perundangan negara walaupun Pakatan Rakyat mengatakan sistem keadilan Malaysia tidak telus , tidak adil dan korup (hairannnya, mereka juga percaya kepada mahkamah Malaysia untuk menyaman orang lain).. saya tetap menghormati barisan Hakim dan Peguam, kerana mereka ini adalah alim-ulama dalam bidang perundangan.. manakala saya hanya jadi alim-ulama kepada diri sendiri dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan saya.

Secara peribadi.. isu ini sebenarnya terlalu jauh untuk dijangkau oleh saya, hanya orang-orang yang terlibat secara langsung yang mengetahuinya, dan hanya Allah Maha Tahu.


2 Responses to “Altantuya’s Saga : Jerung terlepas, ikan bilis yang tersangkut”

  1. Fazrulls Says:

    Salam Bro,

    Perhh… banyak persoalan yang perlu difikirkan…. Sekali lagi Malaysia masuk dalam peta sejarah sebagai negara yang mengamalkan undang-undang menyelesaikan banyak kes yang berprofile tinggi..

    Malaysia boleh…🙂
    Heee

  2. CIA Vs MAFIA Says:

    salam cekka .. n all

    bro pada pendapat saya pulak sekiranya DS Najib terlibat kenapa dia tidak menggunakan kuasa perundangan dan VETOnya untuk mendakwa si mati kerana byk bukti2 semasa perbicaraan yg si mati juga ada mengugut Razak Baginda dan keluarga akan dibunuh…

    dr persepsi yg lain juga simati mungkin adalah agen CIA yg ditugas secara rahsia utk menghancurkan karier politik DS najib …

    dan beliau juga adalah lulusan Oxford.. (menurut laporan oxford byk mengeluarkan agen2 CIA ) sila rujuk kembali biodata beliau..
    beliau juga merupakan model antarabangsa itulah yg menjadi permainan dlm fikiran saya

    Jikalau benar telahan saya… saya beranggapan simati adalah musuh negara ..
    tetapi pembunuhan beliau tidak profesional kerana telah meninggalkan byk bukti sekira ia terjadi di negara jepun pihak pembunuh pasti tidak akan meninggalkan bukti termasuk membuat harakiri utk dirinya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: