Tabiat buruk UMNO yang suka berhutang atas nama pembangunan..

October 30, 2008

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

“Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta. Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Sumber berita : Harakah Daily 29/10/08

—————————————————————————-

Baru-baru ini, parti pembangkang (UMNO) di Kelantan mengkritik kerajaan negeri kerana membentangkan belanjawan defisit lebih kurang 20 juta. Antara lain.. kerajaan negeri dicemuh kerana tiada inisiatif untuk membangunkan ekonomi negeri.

Secara peribadi.. saya bersetuju jika kerajaan negeri tiada kreativiti untuk menjana ekonomi negeri Kelantan, tetapi saya tidak bersetuju jika kerajaan negeri dituduh tidak pandai menguruskan ekonomi negeri.

Salah satu kelemahan UMNO ialah suka berhutang secara keterlaluan atas nama pembangunan. Sedar tidak sedar, tabiat suka berhutang akan menjerat diri sendiri. Berhutang jadi perlu jika mahu memenuhi pembangunan demi kesejahteraan rakyat.. masalahnya kerajaan suka berhutang untuk membuat projek disamping ‘mencuri’ sedikit duit pinjaman tersebut kedalam poket sendiri.

Sebagai contoh, kerajaan terpaksa berhutang untuk membuat lebuhraya baru Kota Bharu-Gua Musang.. niat asalnya baik, tetapi projek tersebut tidak melalui proses tender yang telus dan diberi kepada kroni-kroni ahli politik yang tertentu, dan sedikit komisen akan diberi kepada ahli politik. Beginilah cara mereka ‘mencuri’.. pinjaman terpaksa dibuat kerana mahu membayar syarikat kontraktor, padahal sumber kerajaan tidak ada.

Inilah masalah utama yang melanda UMNO. Projek demi projek diwujudkan untuk mencipta ‘lubuk duit’.. dan pinjaman demi pinjaman dibuat untuk memastikan kelancaran ‘duit poket’ tersebut. UMNO tidak pandai erti berjimat-cermat dan hanya pandai buat untung.

Kenapa mahu mengkritik belanjawan defisit Kelantan? Cuba bandingkan hutang tertunggak negeri Kelantan berbanding negeri Pahang, Terengganu dan Johor? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan kerajaan negeri sekarang mengurus hutang iaitu salah satu faktor beban ekonomi (dari segi kadar faedah) kepada negeri.

Malangnya, kerajaan negeri tiada kreativiti untuk mempelbagaikan sumber ekonomi.. dari segi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri memang ‘tip-top’ tapi ‘fail’ untuk membangunkan ekonomi negeri secara berkesan. Nasib baik sikap terbuka kerajaan negeri menggalakkan pelaburan pihak swasta, hasilnya Kelantan beroleh juga nikmat pembangunan walaupun banyak projek Kerajaan Persekutuan yang dibekukan dan disekat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri harus berhati-hati agar tidak terlalu cenderung kepada pihak swasta.. dibimbangi akan meniru Dasar Pengswastaan Malaysia yang dipelopori Dr Mahathir. Niat asalnya baik untuk pembangunan Malaysia, tetapi kebebasan yang keterlaluan kepada pihak swasta telah menyekat niat asal kerajaan untuk membuat kebajikan kepada rakyat.

Dari mahu membuat kebajikan telah bertukar kepada mahu mencari keuntungan semaksima mungkin (dalam bentuk cukai korporat) untuk hasil pendapatan kerajaan.. disamping itu, bolehlah mencari sesen-dua duit poket melalui hasil komisen.

Al-hasilnya.. suara dan rintihan syarikat-syarikat korporat dan masyarakat peniaga lebih DIDENGAR oleh kerajaan daripada suara dan rintihan rakyat biasa.

8 Responses to “Tabiat buruk UMNO yang suka berhutang atas nama pembangunan..”


  1. Salam Blogger,

    Blog tuan agak menarik.

    Tuan berfungsi sebagai rakyat Malaysia yang amat bertanggungjawab.

    Usaha ini harus dikembangkan dan disokong.

    Semoga Malaysia tidak hancur dek tangan-tangan pemimpin yang bergelumang dengan tahi-tahi kotor.

    Sudikanlah menziarah blog saya dan sudikanlah memberi apa-apa komen atau kritikan membina. Saya terima seadanya, Insyaallah.

    Salam ziarah.

    Ikhlas,

    Sarfarizmal Saad
    http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

  2. aberamly Says:

    cekka… harta yang dibuat oleh umno dulu sapa yang kutip sewa sekarang? suk, balai islam, masjid, stadium, pejabat komplek s islam?

    kalau tak tahu nak urus… serahlah kepada umno… macam kafa tu.

    itu modal lama… abe su akhbar mat yaakob dulu… tahi dan bau ketiak demo ni pon abe kenal… tok soh nok plawok lah.

    dulu kata kompleks islam tu pagoda… suk baru tu ketik siam… tempat mat yaakob duduk…sekarang sapa duduk dan kutip sewa?

    projek pknik, yayasan kelantan, yayasan islam sapa ambik untung? sekolah rakyat pun dah serah ke pok loh/bn…. apa nak kata lagi? kalu kita tak pandai niaga… jangan salahkan mat yakob/umno pulak.

    ok lah… mungkin umno kel tak mampu dan tak nak lawan….umno pun dah tak mahu pakai abe lagi doh sebab barang lama… idea berkarat dah

  3. sekolah atap Says:

    comel benar pendapat abe ramli… orghe bijok jugok agaknyo tu…

  4. penulis_cyber Says:

    Salam tuan blog…

    blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

    dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

    tq

  5. cekka Says:

    Salam semua..

    Buat penulis cyber.. blog tuan sentiasa dalam ingatan.
    Buat Sarfa.. just link to ur blog
    Buat Sek Atap.. thanks
    Buat Abe Ramly..

    apa yg abe li cakap memang betul.. PAS suka kritik UMNO kerna membazir, tapi bila UMNO Kelantan jadi arwah.. PAS juga yg bolot harta pusaka mereka. Sebenarnya, 18 tahun PAS memerintah pun mereka masih terkial-kial mencari idea utk membangunkan ekonomi. Idea ada tapi ‘idea kampung’.

    Secara jujur.. PAS harus belajar lagi ilmu keduniaan bukannya ilmu akhirat semata-mata, UMNO pula hanyut dalam pesona dunia walaupun sedar ilmu akhirat itu penting.

    Walaupun PAS nampak bagus tapi tidak semestinya cerdik, UMNO walaupun nampak teruk tidak mustahil boleh berubah. Walau PAS dan UMNO berlainan ideologi politik, kita tetap bersaudara.. alangkah kecewanya jika PAS sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO hanya kerna tidak sealiran fahaman, alangkah kecewanya jika UMNO tidak mahu menerap nilai2 Islam dalam amalan berpolitik.

    Akhir kata, PAS jangan syok sendiri dengan mengatakan sudah pandai serba-serbi dan orang lain itu bodoh belaka.. manakala UMNO pula kenalah muhasabah diri sikit agar tidak terlalai.

    Best wishes to all UMNO and PAS die-hard fans..

  6. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Nik Aziz pernah buat pengakuan dapat injection daripada kerajaan pusat lebih kurang RM 700 juta masa Mahathir jadi PM, diberi melalui Tun Daim. Itu hutang ke hadiah ke ape? Kalau tak nak berhutang nape terima?

    Pengakuan tersebut boleh disaksi dalam youtube, masa Tun Mahathir melawat Kelantan.

    Wassalam.

    *****
    Ps-Salam P_Singh,
    Itulah yg jadi masalah dgn PAS.. suka bising bila tak dapat sesuatu, bila dpt habuan sikit.. terus dipuji pula manusia yg dikutuk siang dan malam.

  7. Kimi Says:

    salam

    saya bersetuju dgn cekka dalam beberapa perkara. bagi saya kerajaan negeri kelantan telah berjaya membangunkan Kelantan dalam aspek kemanusiaan, namun dalam aspek ekonomi masih lagi kurang memuaskan. tapi saya masih lagi yakin dan percaya dgn kemampuan kerajaan negeri untuk menguruskan negeri dgn baik.

    saya juga ada menulis mengenai belanjawan kerajaan negeri di blog saya:
    http://akmalhakimi.com/v2/?p=187

  8. webm Says:

    salam bro cekka… dah terbukti blog cekka bukan blog ”tukang bodek umno..” saudara cekka memang telus dlm perjuangan saudara, bagi saya benda yg salah memang patut ditentang… dan benda baik haruslah disokong …..

    tak kira siapa pun.. tp kita harus rasional.. dlm berpolitik .. pendek kata ‘ kalau nak jd pemimpin yg tak makan duit gi kelantan tp dinegeri2 yg lain sebaliknya.. tak kiralah… DAP ke PKR ke… UMNO ke semuanya berpolitik kerana kedudukan dan wang .. tp ianya sgt2 merbahya sekiranya ada segelintir pemimpin Pas menjadi seperti mereka..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: