DEB : Apa pasal Anwar dan PAS diam?

October 26, 2008

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”

“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib dalam mStar Online..

——————————————————————————

Satu ketika dulu.. semasa Anwar masih dalam penjara, pihak yang paling menentang sekiranya isu DEB mahu dikaji semula ialah parti PAS. Mereka kata UMNO mahu gadai maruah Melayu.. jadi perosak bangsa.. dan pelbagai lagi tohmahan dilemparkan. PAS mendakwa, merekalah pejuang bangsa dan Islam yang sebenar.. benarkah begitu?

PAS harus sedar.. Islam bukannya agama yang sempit, Islam menyuruh umatnya mempermudahkan sesuatu perkara.. bukan menyusahkan. Perkara yang sunat seolah-olah menjadi hal yang wajib.. janganlah berkiblatkan Asia Barat sahaja, jangan dikenang lagi Tamadun Babylon dan Parsi.. zaman ini umat Islam perlu kreatif dan berpandangan jauh. PAS wajar muhasabah diri sendiri kenapa mereka masih sukar diterima rakyat walaupun rakyat sudah tahu UMNO itu teruk. Jangan pandai ajar orang tengok cermin, diri-sendiri pun kenalah tengok-tengok cermin juga.

Berbalik kepada isu DEB.. kenyataan DS Najib memberi petanda awal usaha beliau untuk memenangi hati kaum bukan Melayu. Sebenarnya, perkara ini sudah lama patut dipertimbangkan kerana Melayu sudah ‘advance’ walaupun masih ketinggalan. Harus diingat, terdapat juga kaum Cina dan India yang benar-benar miskin.. mereka-mereka ini juga sepatutnya dibantu dan diberi peluang untuk bersaing dalam ekonomi.

Pelbagai skim pinjaman sepatutnya dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bukannya khusus kepada Melayu sahaja. Dasar Ekonomi Nasional (DEN) adalah salah satu cara untuk menolong rakyat yang benar-benar perlu kepada bantuan dari kerajaan. Kerajaan perlu menolong rakyat pelbagai kaum, bukannya berselindung disebalik dasar DEB untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja.

Melayu pula harus berani dan berdaya saing.. lama-kelamaan skim bantuan dari kerajaan akan ditarik balik jua akhirnya, tetapi kerajaan masih memantau perkembangan semasa. Melayu masih perlu dibantu tapi bukan untuk selamanya.. kanak-kanak perlu dibantu untuk berdiri dan berlari, tetapi ibu bapa tidak harus memimpin tangan anak mereka sehingga mereka dewasa. Anak yang tidak kenal erti berdikari dan susah-payah akan jadi manja, tidak kreatif dan suka bergantung kepada orang lain.

Kenapa PAS dan Anwar diam apabila isu ini disentuh oleh DS Najib? Sudah ‘mati kutu’kah? Hendak kutuk tak boleh kerana mereka juga mahu jadi juara pelbagai kaum.. mereka juga yang mahu hapuskan DEB, tapi tak mahu beri alternatif atau idea sistem mana yang harus digunakan.. setakat cakap sahaja, siapa-siapa pun boleh..

7 Responses to “DEB : Apa pasal Anwar dan PAS diam?”

  1. maxtor Says:

    Mereka ni bising sebab nak jadi hero je. Nak meraih sokongan. Tapi sebenarnya kosong je. Bukan ada apa2 pun. Main cakap je lebat. Sama je sekor2.

  2. aberamly Says:

    siapa untung…?

    pak kadoklah…menang sorak anuar dan nik aziz, hj hadi…. kampong tergadai. buktinya singapura daaa…

    abe baru petik ketam melayu…hahaha…

  3. azri Says:

    kadang2 saya hairan tengok keadaan negara sekarang terutamanya pemikiran orang melayu. Pelembagaan dan kontrak sosial jelas menunjukkan kuasa kita tapi akhir2 ini kaum minoriti pulak yang seolah olah berkuasa. Mereka menghina bukan sahaja bangsa malah agama kita tapi melayu2 bodoh terutama dari PKR dan PAS ternganga mengangguk setuju….

  4. deMahDali Says:

    Seharusnya tajuknya begini…..

    “Kenapa UMNO berdiam?”

  5. aberamly Says:

    INI KELUHAN… BUKAN KESAL ATAU HASUTAN PERKAUMAN… TAPI IKHLAS SEBERSIH SERTA SUCI HATI…:

    kerana DEB:

    melayu tolak umno

    cina tolak umno/bn

    india tolak umno/bn

    lain2 bangsa tolak umno/bn.

    BILA DAP, PKR DAN PAS HASUT MAKA MEREKA ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI BN. MCA DAN GERAKAN PUN HILANG FOKAS MAKA TERIKUT2 GENDANG PEMBANGKANG!

    melayu tolak umno sebab senua nak dibantu. semua nak deb termasuk kerek telaga, pagar kubur, batu nesan, keranda usung mayat, duit sekolah anak, beg dan baju sekolah, bantuan org tua, karpet surau dll. kalau kerajaan umno tak kasi.. melayu marah kan umno.bila umno kasikan … cina dan india pulak marah sebab mereka pun sama taraf… sama rata dan status yang sama… sama2 pendatang ke malaysia…kartunya orang kita!

    deb juga buktikan yang kenyang tak cukup2 dan yang dibantu tak kuat2 untuk berdirikari. maka bukan melayu dengki dan marah sebab kononnya mereka kerja kuat… melayu malas kata mereka. sebenarnya melayu tak diberi peluang untuk maju oleh cina dan india. sebelum deb… majoriti melayu gagal jadi doktor di uni malaya di mana pensyarahnya cina dan india. buat ukm dan uitm… melayu pulak kena sabotaj dalam bidang profesional….

    maka ds najib… telah fikir untuk hapuskan perlahan2 deb..SECARA EVOLUSI DAN ASSIMILASI. supaya melayu dan umno akan kuat… tak perlu tongkat. dan cina sera india tak dengki lagi…sebab sama rata macam anuar ibrahim dan pas nak!

    INILAH RASA/NALURI ABE YANG CETEK PELAJARAN DAN PENGALAMAN.

  6. webm Says:

    salam.. semua.. hambo berpendapat DEB byk kelemahan2 yg harus diperbaiki dan memang seharusnya dibetuikan demi generasi akan dtg…

    Jgn melayu pun ada jurang yg amat ketara sesama melayu maksud hambo ketidakadilan dan kroni mengkroni terlalu menghimpit org melayu lain utk bersaing secara sihat…

    kita harus belajar bersaing sama satu lain dahulu drpd bersaing dengan org lain..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: