Mimpi untuk tukar kerajaan sudah berakhir..

October 23, 2008

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Sumber berita : mStar Online 23/10/08

—————————————————————————–

Apa sudah jadi DS Anwar?

Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.

Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..

Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.

Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..

Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?

-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.

21 Responses to “Mimpi untuk tukar kerajaan sudah berakhir..”

  1. azri Says:

    Tuan,

    Saya berpendapat yang kenyataan terbaru anwar adalah kesan dari kejatuhan ekonomi Amerika. Sumber kewangan anwar untuk membayar MP MP yang dikatakan seamai 30 lebih telah ditarik balik. Malah says terbaca, golongan neo nazi yang rapat dgn anwar telah di tolak oleh kedua dua bakal calon presiden amerika. Kita akan lihat anwar akan cuba menyusup kedalam UMNO semula untuk menyelamatkan dirinya. Meminjam kata kata Tun M, “God Forbid” if anwar were successful.

  2. Mat Reset Says:

    Waaaaaaa……

    Ape dah jadi dengan kerusi2 yand di beli? keru si makan, kerusi rehat, kerusi santai, kerusi laman dan lain2 kerusi?????

    MRSM Kalae Chepo 66/73

  3. Anak Bangsa Says:

    Ini lah dia klip YouTube dimana sahabat karib Anwar Ibrahim yang dikatakannya sebagai seorang ahli ulama Islam yang ulung di Indonesia, akhirnya membiarkan dirinya dikerumuni oleh pendeta-pendeta Kristian dan didoakan ke atasnya secara Kristian, secara terang-terangan.

    Nah, ini lah penyesatan yang dijalankan oleh golongan sesat yang mengatakan bahawa Tuhan itu adalah Tiga, mempunyai bapa dan anak.

    Na’uzubillahi min zaleek. Astaghfirullah!

  4. aberamly Says:

    1. anuar takut nak selesaikan masaalah ekonomi kita sebab USA dll yang dipujanya pon dah terok kena main dengan market forces. dan USA ikut Tun Mahtahir iaitu Bill out. anuar rasa dia dah tak sebijak Tun… Sebab mungkin Tun lepas ni jadi penasihat kerajaan Malaysia.

    2.Bumiputra Sabah dan Sarawak faham bila ketuanan rakyat maka hak bumiputera dan melayu akan terhapus. konsep yang anuar bawa tak akan untungkan bumiputera dan melayu. anuar pun mungkin jadi PM beberapa tahun sahaja… lepas tu (lihatlah model Singapura… selepas 1965 apa berlaku?)

    3. Masa UMNO haram dulu… orang melayu tubuhkan UMNO Baru. Ku li buat parti lain… orang melayu nak umno jugak. itulah keramatnya umno kepada melayu, islam dan raja2 melayu… bacalah Malayan Union dan sejarah Bintang Tiga serta komunis dengan melayu raya nya!

    4. anuar ni idola abe khasnya semasa ABIM dan UMNO dulu… banyak buku dan ucapan dia abe hadam dah… tapi sekarang dia dah mungkir. indon bilang… munafik!

    5.Macam nama nak perintah dengan kawan2 yang chauvanis? DAP tu… semua nak… sikit kasi banyak mintak!

    6. lagi? tambahlah… tapi jangan orang umno lepas ni (yang kalah PAU) tak mau ikut DS Najib… maka buat pakatan dengan anuar pulak… mana tau.. anuar masuk UMNO.. sebab orang dia pun dah banyak dalam umno. kalau lagu tu maka kita pun problem perpecahan melayu lagi!

    ini sekadar otak abe yang cetek ni… salam Cekka!

  5. webm Says:

    terima kasih.. Mr Anwar kami harap … Mr Anwar tk masuk agama lain pulak.. kalau tak nanti byk penyokong2 fanatik pun ikut sama2 Al- maklum lah ramai yg rela sehidup semati….

  6. Member Nuar (kedah-bkn nuar brahim) Says:

    Kita bkn benci Nuar ni..

    Tp perbuatan & rakan2 Nuar ni menimbulkan tanda tanya..

    1. Berpakat dgn DAP yg terangan tak suka Melayu/Islam
    2. Agenda Ketuanan Rakyat = Malaysian Malaysia
    3. Kawan Gusdur = bermata satu & mengaku ulama tetapi sifatya meragukan..
    4. Dibela/Dipuja Amerika, Israel, & barat -rujuk link2..
    5. Nuar tak membela Islam/Melayu ketika Hindraf & Karpal bersuara
    6. Peguam asal Nuar (sebelum dikritik) semuanya Macha..kenapa tkde peguam Islam yg mula2 bela Nuar ni?

    untuk membebaskan diri, Nuar perlu ubah, hentam org2 jahat kpd Islam

    mcm yb Zul pd 23/10/2008 memang jaguh..

    syabas harap2 banyak lagi PKR,PAS, UMNO & DAP yg Islam seperti yb Zul. Perjuangan YB Zul ini jihad yg jarang2 ada pd wakil rakyat.termasuk PAS hari ini..

  7. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Satu kekalahan moral bagi penyokong PKR. Opsyen seterusnya, fikir sejenak secara analytical dan critical siapakah Anwar, atau terus berilusi dengan mimpi-mimpi yang sememangnya jauh dari realiti.

  8. mimpi916 Says:

    PAS semakin tak keruan gara2 Anwar.. diharapkan pemimpin PAS dapat segerakan pembebasan PAS dari pengaruh anwar..

    Kami tidak mahu PAS terus menumpang ‘busuk’ angin bawaan anwar.

  9. maxtor Says:

    Dia dah tahu dah dia tak boleh buat benda tu, sekarang ni dia sibuk bagi dalih je lah. Ni dalih dia paling hebat, konon2 nak tumpu kepada masalah pembangunan negara dan ekonomi. Wah, sejak bila dia ni prihatin dengan masalah negara?

  10. langsuir Says:

    kau orang semua cakap macam org tak de akal..otak letak kat lutut.
    kau percaya semua dakyah dari UMNO bangsat tu..! kau percaya semua yang UMNO ni buat untuk rakyat lerr..apa yang UMNO buat pada rakyat..Semua orang UMNO tu PENIPU..!
    Sudah la duit rakyat peminpin UMNO rompak, menipu satu hal, buat fitnah lagi,
    rasuah bertambah..negara islam KONON tapi dah jadi sekular..
    Tentu kau tak tahu baru baru nih kerajaan amik diut KWSP rakyat RM 5billion..BILLION tau.. badoh.. untuk
    suntikan sebuah syarikat (bantuan kewangan)..itu duit rakyat kau tahu..duit kau yang berkerja nih bodoh..! , suntikan lagi 3.5 billion lagi diut rakyat untuk CIMB yang hampir jatuh..itu sape punya bodoh.. itu untuk adik Najib yang jadi CEO CIMB..jgn la kau buat tonggong pulak..
    sebelum ini..di beratus kali sejak kau azali lagi kerjaaan ambil duit kau untuk tembolok keluarga dan kroni PEMINPIN UNMO yang lahap tu..
    macam tu ke yang kerajaan yang patut kita sokong..AMANAH ke ?
    dia org senang2 ambil duit rakyat ,tapi kau kalu nak ambil duit KWSP tu senang ke bodoh..kerja setengah mati siang mlm..isi borang berjela-jela..tunggu lagi berjam- jam, kalu tersilap..kena tunggu..lagi!
    tggu lagi sebulan ke baru dapat jawapan.. Itu kau nak ambil duit sendiri tuh..
    begitu susah sekali..tapi orang UMNO yang atas tuh senang2 guna duit rakyat macam duit bapak dia punya..! suntik sana..suntik sini…kepala jubur dia!
    KERAJAAN sekarang kerajaan rasuah..sana sini rasuah..pemimpin yang suka menipu, memperbodohkan rakyat..pemimpin yang suka cakap bohong berpura-pura baik..tapi belakang rakyat macam IBLIS perangai nya!
    peminpin UMNO suka buat fitnah..menipu rakyat,,dah segala mcm perangai SYAITAN ada pada Pemimpin UMNO tu..
    Kau nampak keburukan ANWAR saje..apa yang di buat kau kata salah..tapi kau buat tak nampak pemimpin UMNO yang perangai semua macam bangsat!
    cekik duit rakyat..! untuk rakyat dan islam konon..tapi PENIPU..sebenarnya untuk jaga tembolok sendiri dan pengikut nya..rakyat pegi mampus la..kata pemimpin umno tuh..itu la perangai dia org yang sebenar..
    berpura-pura di depan rakyat..tapi di belakang BUSUK..NAJIS MUGHALAZAH!

    KU SEMUA BODOH..yang sengaja di perbodoh kan oleh pemimpin UMNO yang penipu tu..

  11. langsuir Says:

    Dosa-dosa Najib Semasa Menjadi Menteri Besar Pahang
    Dikatakan semasa jadi Menteri Besar Pahang beliau bersahabat baik dengan seorang ahli perniagaan muda dari Pekan sehingga boleh duduk sekereta resmi dan selalu berulang alik ke Singapura memburu perempuan. Ahli perniagaan ini sentiasa mendapat kawasan balak dan sentiasa mendapat maklumat di atas segala keputusan EXCO bersabit dengan perkara-perkara untuk mencari rezeki dari Kerajaan Negeri. Sekarang ini beliau telah kaya raya.
    Apa betulkah atau hanya satu fitnah?

    Dalam tahun-tahun 84-85 Datuk Najib juga dikatakan pernah dijumpai di Singapura di tempat-tempat yang sulit bersama-sama seorang Datuk (bekas orang kuat Promet) dengan artis-artis perempuan. Katanya membincangkan hal-hal pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong. Dari laporan yang dipercayai satu raket korupsi di belakang pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong telah berlaku. Cuba siasat siapakah orang-orang yang banyak memiliki tanah-tanah di Janda Baik.

    Kononnya beliau juga dikatakan dalam tahun-tahun 84-85 telah mengadakan banyak perhubungan sulit (seks) dengan seorang kerabat di-Raja salah sebuah negeri di Semenanjung. Datuk Najib dikatakan pernah pergi ke rumah Tengku itu pada waktu malam di hantar oleh salah seorang bekas Setiausaha Sulit-nya yang di bawa dari Kuala Lumpur. Perkara ini bukan rahsia lagi bagi penduduk Kuantan, tidak dihebohkan kerana melibatkan keluarga di-Raja. Kononnya cerita ini diceritakan sendiri oleh orang istana yang paling hampir dengan Tengku itu. Jika ini betul ia tidak patut berlaku atau dilakukan oleh seorang pemimpin yang menjadi ketua pemerintah negeri dan melibatkan pula kerabat di-Raja. Inilah dikatakan orang “harapkan pagar, pagar makan padi”. Apa dihairankan, kebuasan nafsu Najib memang amat diketahui sejak belum menjadi Menteri Besar lagi. Hubungan sulit dengan perempuan-perempuan dari segala bangsa dan artis-artis tempatan adalah cakapan harian orang di Kuala Lumpur.

    Dikatakan orang juga, amalan rasuah sangat hebat berlaku semasa Encik Hamid menjadi P.A. Datuk Najib. Semasa Encik Hamid berhenti, satu sijil fixed deposit sebanyak $500,000.00 telah dijumpai oleh isteri Encik Hamid (yang sekarang sudah di cerai). Fixed deposit itu dijumpai dalam beg James-Bond kepunyaan Encik Hamid. Ini kalau kita fikir adakah wang Encik Hamid atau wang Datuk Najib. Encik Hamid pernah berkata, Datuk Najib tak pernah menukar ceknya untuk berbelanja di rumah atau lain-lainnya, kerana cash (wang tunai) banyak terlonggok di rumahnya.

    Encik Hamid pernah berkata yang hal dan rahsia Datuk Najib semua dalam poketnya. Ini mungkin fitnah orang yang iri hati pada Encik Hamid kerana dia sangat dipercayai oleh Najib. Sabarlah…

    Datuk Najib sentiasa menggunakan ketua-ketua pejabat dan agensi-agensi Kerajaan (berkanun) untuk mendapatkan wang. Alasan kononnya untuk political fund, seperti LKNP, LKPP, ASPA dan Syarikat Permodalan Pahang. Kegiatan-kegiatan agensi tersebut perlu di siasat, terutama LKPP atas hal jual-beli ladang dan kilang-kilang. Bekas Pengurus Besar Syarikat Permodalan Pahang, yang sebelum itu hanya seorang guru biasa lulusan maktab, rumahnya macam istana, selalu berulang-alik ke Jakarta dan luar negeri bersama seorang pembantu wanitanya, kononnya isteri orang. Hubungan mereka berdua dikatakan sangat rapat. Kerja-kerja beliau dikatakan sentiasa mendapat restu dari Datuk Najib. Maklumlah mereka berdua ni dalam perahu yang sama. Apa sudah jadi dengan syarikat itu sekarang? Beratus juta duit rakyat Pahang lesap. Syarikat terpaksa di tutup kerana bengkrap. Bossnya senang lenang. Najib patut bertanggungjawab.

    Kononnya di Kuala Lumpur sentiasa mengadakan parti-parti sulit, mabuk dengan artis-artis perempuan yang selalu ada bersama bos Promet itu dan yang ada hubungan perniagaan rapat dengan seorang peniaga Cina bersama Andrew Leong dari Syarikat Johan Holding.

    Datuk Najib juga dikatakan kononnya telah bersekedudukan dengan seorang yang berasal dari Kementerian Kewangan yang mana ada hubungan dengan kontrak pembelian komputer yang berharga di antara RM3-4 juta semasa beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri.

    Encik Hamid bekas P.A.nya itu adalah salah seorang orang suruhan Datuk Najib untuk mengutip wang-wang korupsi di sana sini, maka itulah Datuk Najib membawa Hamid dari Kementerian Kewangan yang berasal dari seorang kerani sahaja ke Kuantan. Encik Hamid dikatakan banyak menyimpan rahsia Datuk Najib dan tahu banyak tentang projek-projek yang Najib ada berkepentingan.
    PENCURI SEBELUM INI
    PEROMPAK DAH JADI
    DOSA LEBIH TERUK ADA LAGI
    TAPI BAKAL PERDANA MENTERI

    HAMPIR HAPUS NEGERI
    MAHU LAGI DI SANJUNGI
    HANYA INI KAMI BOLEH BAGI
    PTUI, PTUI, PTUI LAGI…

  12. Siap sedia Says:

    CUBA KAU PIKIR DENGAN OTAK ..WAHAI PENGIKUT UMNO YANG BODOH..!

    Awal 2004 masa teman dapat MPV baru teman…pandu terus dari show room…teman singgah ke Caltex untuk isi minyak..almaklumlah salesman kereta ni… Minyak cukup-cukup sampai petrol pump aje.

    Bagi Rm100 kat cashier…Tak sampai RM80.00 dah penuh. Itupun jenuh teman goyang2kan kereta teman.

    La ni…hmm..hampeh. RM200 tak penuh. Mangkok betul. Sapa punya kerja ni kalau tak mat2 BN? Sebelum naik harga baru2 ni…RM140 baru penuh.

    Begitu juga susu Peadisure…anak teman yang kecik tu memang minum susu tu semenjak dia berhenti susu badan. Masa tu harga susu tu cuma RM38.00. La ni….RM50+. Itupun beli kat kedai ubat cina. Kalu kat Bukit Indah Supermarket nak mencecah RM60.00.

    Milo yang setengah kilo tu dulu (2 3 tahun lepas) cuma Rm9.50. La ni dah RM15.00 dah….Beras jangan ceritalah. Beras wangi cap Naga dulu RM30 per packet (10 kg). La ni kat Pasaraya Hero Taman Dagang RM55.00. Paling murah kat Carefour Wangsa Maju…RM49+.

    Gerai makan belakang opis teman…sebelum PRU12…kalu teman makan nasi lauk ikan kembung bakar + tempe Khir + sayur sikit + Air Sirap = RM5.00 aje. La ni…tak de RM10.00 jangan makan kedai tu. Mak ooi!!

    Gaji teman pulak sejak last 2 tahun ni naik tak sampai 10%. Angkara siapa yang mengancam ekonomi teman ni? Anwar ke?
    inggit pulak makin lemah…Kalu gi Pasaraya bawa RM50.00…adalah seciput barang buleh dibeli.

    Apa yang teman tulis di atas ni memang memeningkan Pak Lah. Rakyat makin marah. Malas pikio punya pasal…Pak Lah serahkan tugas jaga ekonomi kepada Najib. Duit negara bukan ada sangat lagipun. Ko nak sangat jawatan PM nah settlekan dulu masalah ekonomi negara ni…Aku jaga askar. Tak de duit aku minta kat engaku…gitulah agaknya dalam otak Pak Lah…

    Letihlah yob selagi mamat2 ni perintah Malaysia.

  13. Siap sedia Says:

    CUBA KAU PIKIR DENGAN OTAK ..WAHAI PENGIKUT UMNO YANG BODOH..!

    Awal 2004 masa teman dapat MPV baru teman…pandu terus dari show room…teman singgah ke Caltex untuk isi minyak..almaklumlah salesman kereta ni… Minyak cukup-cukup sampai petrol pump aje.

    Bagi Rm100 kat cashier…Tak sampai RM80.00 dah penuh. Itupun jenuh teman goyang2kan kereta teman.

    La ni…hmm..hampeh. RM200 tak penuh. Mangkok betul. Sapa punya kerja ni kalau tak mat2 BN? Sebelum naik harga baru2 ni…RM140 baru penuh.

    Begitu juga susu Peadisure…anak teman yang kecik tu memang minum susu tu semenjak dia berhenti susu badan. Masa tu harga susu tu cuma RM38.00. La ni….RM50+. Itupun beli kat kedai ubat cina. Kalu kat Bukit Indah Supermarket nak mencecah RM60.00.

    Milo yang setengah kilo tu dulu (2 3 tahun lepas) cuma Rm9.50. La ni dah RM15.00 dah….Beras jangan ceritalah. Beras wangi cap Naga dulu RM30 per packet (10 kg). La ni kat Pasaraya Hero Taman Dagang RM55.00. Paling murah kat Carefour Wangsa Maju…RM49+.

    Gerai makan belakang opis teman…sebelum PRU12…kalu teman makan nasi lauk ikan kembung bakar + tempe Khir + sayur sikit + Air Sirap = RM5.00 aje. La ni…tak de RM10.00 jangan makan kedai tu. Mak ooi!!

    Gaji teman pulak sejak last 2 tahun ni naik tak sampai 10%. Angkara siapa yang mengancam ekonomi teman ni? Anwar ke?
    Ringgit pulak makin lemah…Kalu gi Pasaraya bawa RM50.00…adalah seciput barang buleh dibeli.

    Apa yang teman tulis di atas ni memang memeningkan Pak Lah. Rakyat makin marah. Malas pikio punya pasal…Pak Lah serahkan tugas jaga ekonomi kepada Najib. Duit negara bukan ada sangat lagipun. Ko nak sangat jawatan PM nah settlekan dulu masalah ekonomi negara ni…Aku jaga askar. Tak de duit aku minta kat engaku…gitulah agaknya dalam otak Pak Lah…

    Letihlah yob selagi mamat2 ni perintah Malaysia.

  14. Abis Says:

    Najib Menganut Mahathirisma

    Walaupun detik pemilihan agung Umno pada bulan Mac tahun depan masih jauh lagi, saya semacam boleh menduga beberapa perkara akan berlaku atau berada dalam perkiraan kerusi nombor satu nanti.

    Sekiranya Najib menaiki tahta kerajaan, beliau akan mengukur suhu suasana politik dan besar kumungkinan suhu itu akan berubah menjadi amat positif. Ia disebabkan perkara berikut:
    1) Najib tahu bahawa faktor kejatuhan Pak Lah adalah kerana berpaling dari dasar Dr. Mahathir. Maka bagi Najib senang sahaja. Kembali kepada dasar Mahathir itu. Amalkanlah Mahathirisma.

    2) Dengan meneruskan segala pelan tindakan yang sudah digariskan oleh Dr. Mahathir maka akan berlaku pemulihan status dan pencapaian politik gemilang yang pernah dikecapi sebelum ini.

    3) Keadaan ekonomi akan pasti pulih kerana keadaan yang amat bawah tidak akan pergi mana melainkan atas.

    4) Dr. Mahathir akan terus memainkan peranan menyuntik sentuhan emasnya ke dalam pentadbiran Najib dengan ide dan cadangan hebat-hebat selaku Penasihat Kerajaan (sekiranya tidak mengambil jawatan Senior Minister).

    5) Timbalannya, Muhyiddin dan Ketua Pemuda Mukhriz adalah nafas baru yang berkepimpinan (lebih sikit dari mereka yang sebelum itu) akan menambahkan lagi suasana riang dan maju dalam politik dan kerajaan nanti.

    Oleh kerana Najib kini dikaitkan secara berita angin dengan kes mahkamah yang sedang berjalan, beliau tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan kedudukannya. Maka beliau dijangka tidak akan menunjuk pandai dalam soal selok belok pentadbiran melainkan dengar dan patuh saja kepada nasihat Dr. Mahthir nanti.
    I would be damn surprised if he pulls anything funny like what Pak Lah did🙂
    Apabila keadaan pulih dengan begitu baik dibawah Mahathirisma nanti, tentu rakyat pengundi yang protes dulu akan kembali percaya semula dengan dasar kerajaan. Maka masa itu besar kemungkinan Najib (dengan dinasihati oleh Dr. M) akan membubarkan parlimen secara mendadak dan memangil semula PRU13 (snap elections sekitar 2010).

    Ini supaya Najib dapat mandat baru selaku PM baru dan untuk membuktikan bahawa corak dan dasarnya diterima baik oleh rakyat. Najib juga perlu merampas kembali 2/3 parlimen serta boleh dapat balik sekurang-kurangnya Kedah dan Perak. Selepas kejayaan sedemikian Najib akan mendapat political boost yang terbesar dan akan amat dihormati dan disokong selepas ini.

  15. Abis Says:

    Najib belum selamat, Abdullah sedang susun strategi
    Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau.

    Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah.
    Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan, lapor Harakahdaily.net.
    Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.
    Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam “keadaan meragukan” serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan ‘budak tingkat empat’.

    Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut.
    “Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib,” kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali.

    Kata penganalisa politik itu lagi, Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan telah membiarkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuasa hingga dikatakan memiliki pejabat sendiri di kementerian tersebut.
    “Ada yang mengatakan kalau mahu dapat kontrak dengan kementerian pertahanan perlu jumpa Rosmah bukan Najib,” kata penganalisa politik itu lagi.

    Abdullah juga dikatakan sengaja mengarahkan agar pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana bimbangkan keselamatan penulis kontroversi itu.
    Tindakan menahan Raja Petra dilakukan semata-mata kerana tidak mahu Najib mengupah sesiapa sahaja mencederakan atau membunuh penulis tersebut.

    Raja Petra yang banyak mendedahkan salah laku Najib dikatakan memperolehi maklumat dari orang Abdullah.
    Kandungan SMS antara Najib dan peguam kanan Dato’ Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai telah diberikan kepada pengedali Malaysia-Today oleh ‘orang’ Khairy kerana mahu memastikan imej Najib terus tercalar dan akan disiasat serta didakwa atas dakwaan salah guna kuasa.
    Jika Najib didakwa, Abdullah akan mengumumkan pelan peralihan kuasa dibatalkan dan terus kekal sebagai Perdana Menteri serta akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru.
    Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu.
    Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan.
    Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib.

  16. AMIL Says:

    SILA baca wahai pengikut UMNO yang bodoh..

    Bila Najib jadi PM
    BAGI mereka yang meletakkan keadaan negara yang sebam hari ini seratus peratus atas bahu Abdullah Ahmad Badawi, lega kerana Perdana Menteri itu akan berundur kira-kira lima bulan lagi. Selepas lima bulan lagi perubahan akan berlaku dengan pesatnya!

    Semalam Abdullah dalam senyuman menjadam telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan sekaligus akan menyerahkan Umno kepada timbalannya, Mohd Najib Razak.

    Abdullah boleh istirehat dengan tenang tanpa memikirkan apa-apa lagi tentang negara. Rumah perihatan di Australia yang dibeli oleh anaknya Kamaluddin sedang menanti Abdullah.

    Pastinya Abdullah tidak akan jadi seperti bekas PM, bernama Mahathir Mohamad yang terus berperanan dan menganggu urusan pentadbiran Abdullah meskipun sudah mengaku bersara namun terus pecah liur untuk mengkritik dan menegur Umno dan kerajaan pimpinan Abdullah.

    Jauh kalau hendak dibandingkan perwatakan, sahsiah dan pendekatan antara Abdullah dengan Mahathir ia sangat berbeza.

    Abdullah yang dikaitkan sebagai keturunan ulama amat sedarhaan dalam tindak tanduknya yang kadang kala kesedarhanaan itu menyebabkan orang melihat beliau lembek dan tidak berkeupayaan.

    Mungkin juga kerana Abdullah tidak ada agenda lain selepas bersara maka beliau tidak perlu meniru perangai Mahathir. Berlainan dengan Mahathir.

    Beliau ada agenda peribadinya selepas bersara iaitu mahu menempatkan anak jantannya, Mukhriz dalam Umno sebagai menyambung perjuangannya yang belum selesai.

    Saya tidak mengira selepas bersara kelak Abdullah akan mencampuri urusan parti ataupun mengajar menantunya Khairy Jamaluddin melakukan tindakan-tindakan kontras seperti mana ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir lakukan.

    Biarlah. Soalnya apakah keuntungan bagi mereka yang mengecam Abdullah selama ini? Bagi Mohd Najib Razak dan kuncu-kuncu pengampunya ada untung bila Abdullah kecewa lalu melepaskan jawatan itu pada Mac depan.

    Mereka, para pengampu dan pembuat kertas kerja untuk menjatuhkan Abdullah akan mendapat habuan masing-masing.

    Yang menjadi ahli Parlimen akan dilantik menjadi menteri manakala yang duduk dalam bidang perdagangan akan diberi kontrek mega bernilai berbillion ringgit.

    Sudah pasti menteri seperti Hishamuddin Hussein, Shafei Afdal bersama Jamaluddin Jarjis, Rafidah Aziz akan dinaikan pangkat.

    Kemungkinan juga Jamaluddin Jarjis yang dikatakan mastermind belakang tabir menjatuhkan Abdullah akan dibawa masuk semula ke dalam Kabinet.

    Begitu juga dengan Tengku Adnan Mansor yang dikenali sebagai pembela Najib tidak akan disia-siakan pasti mendapadat baksis.

    Tetapi apakah untung yang akan diraih oleh pihak lain dengan tindakan Abdullah itu. Apakah yang diperolehi Pas yang mengambil sikap menentang dan memperlecehkan Abdullah dari awal Abdullah menjawab jawatan itu hingga ke saat-saat nazaknya.

    Apakah perhitungan salah seorang pemimpin Pas yang mengira parti itu akan lebih cemerlang jika Umno dipimpin Najib akan menjadi realiti?

    Ada pemimpin Pas bereksprimen begitu dan berusaha keras agar Abdullah cepat turun. Kerana itu ura-ura untuk berunding dengan Abdullah bagi menyatu dan memperkuatkan Melayu dianggap sia-sia dan tidak memberi bekas.

    Apakah Umno di bawah Najib akan terbuka sehinggakan Pas dapat mempamerkan dirinya kepada rakyat? Atau Najib akan kembali kepada Islam syumul seperti Pas?

    Jika dilihat kepada latar belakang dan juga pengetahuan Islam Najib ianya jauh panggang dari api. Najib bukan seorang berlatar belakangkan agama Islam yang kukuh.

    Pemikiran Najib adalah pemikir Barat dan sekular. Najib lebih mesra dan hampir dengan London atau Washington berbanding dengan Makkah dan Madinah.

    Apa yang disebut pemisahan agama dan politik dalam Umno akan hebat dilakukan Najib. Jadi apakah rasionalnya bagi Pas yang sukakan Najib dan dingin kepada Abdullah?

    Pada perkiraan saya dengan sifat dan latar belakang itu Najib akan menjadi lebih keras dan kritis kepada Islam dan parti Pas sendiri.

    Kecualilah Pas dapat mengubah dirinya menjadi iras-iras Umno, moderate. Apa lagi kalau Najib memerintah menggunakan kepala Mahathir dan berbicara meminjam lidah Mahathir.

    Ibarat kata Umno akan kembali ke zaman babarian iaitu menggunakan kuasa, wang dan kekejaman bagi mengekalkan kekuasaan!

    Pada hemat saya juga Najib akan mengambuskan momentum baik ketika ini yang dicipta pembangkang di zaman Abdullah.

    Abdullah sebenarnya memberi ruang besar kepada Pas dan pembangkang untuk bergerak dalam sistem demokrasi.

    Banyak kelonggaran yang diberikan Abdullah dan menguntungkan pembangkang berbanding di zaman 22 tahun sebelumnya. Antara boleh disebut kebebasan media massa dengan meluluskan berbagai permit untuk penerbitan.

    Usahanya untuk mereformasikan sistem kehakiman dan membebaskan BPR juga antara keberanian dan keterbukaan yang dikira memberi keuntungan kepada pembangkang.

    Tetapi disebabkan kelonggaran itu terhasil kerana perjuangan lama pembangkang maka ia tidak nampak ianya dianugerahkan atas keterbukaan Abdullah.

    Jika Najib menjadi pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri) beliau akan tutup ruang itu. Langkah pertama yang akan diambil ialah dengan memenjarakan semula pemimpin rakyat dan pencetus pembaharuan Malaysia, Anwar Ibrahim. Pasti sekali penasihat politiknya atau berhala politiknya akan menasihat Najib melakukan itu.

    Mahathir akan membalas apa yang dianggap dilakukan Abdullah membebaskan Anwar dengan meminta Najib memenjarakan penasihat PKR itu semula.

    Sudah pasti jika Anwar dihantar semula ke Sungai Buluh momentum hari ini akan terhenti. Suasana akan kembali dingin semula.

    Semangat rakyat untuk mengubah kerajaan akan terbantut kerana mereka merasakan tidak ada orang yang akan mengepalainya.

    Apakah orang-orang seperti Kamaruddin Jaaffar, Dr Mohd Hatta Ramli, Syed Azman Syed Mohamad, Khalid Samad atau Husam Musa mampu menjadi Ahmad Al Fateh atau Sallehuddin al-Ayubi untuk memimpin kebangkitan rakyat? Mereka adalah pemimpin harapan masa depan.

    Namun pengalaman dan bekalan yang ada kepada mereka belum mencukupi. Panah atau pedang mereka mereka belum berbisa dan kuda politik mereka belum gagah dan pantas.

    Sebenarnya mereka harus belajar banyak lagi kerenah dan tektik perjuangan untuk menjadi wira takyat berbilang kaum.

    Jadi, pengunduran Abdullah Ahmad Badawi yang dilakukan kerana desakan Umno dan pembangkang itu akan memberi kesan negatif kepada pembangkang.

    Pembangkang sedikit terkhilaf dalam hal ini kerana tidak mengambil kira kesan negatif berkenaan. Pasti antara tugas besar Najib ialah merampas balik lima buah negeri yang dimenangi pembangkang dalam pilihan raya lalu.

    Kemungkinan ini tidak mustahil apa lagi kalau beliau memenjarakan Anwar sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.

    Sekiranya ini berlaku bermakna pembangkang harus memulakan pelarian di garis awal semula. Justeru untuk mengelakkan ini pembangkang harus mengambil bahagian dalam menyingkirkan Mohd Najib dari menjadi presiden Umno pada Mac depan.

    Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah adalah sekuturunan dengan Mohd Najib penganut sekular dan bangsawan, namun Razaleigh dilihat lebih lunak berbanding dengan Najib apa lagi Razaleigh tentu tidak bersedia menggunakan acuan made in Mahathir untuk mentadbir negara kerana beliau ada visi dan wawasan sendiri!

  17. DUANA Says:

    UNTUK PENGIKUT UMNO YANG BODOH LAGI JAHIL

    Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

    Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
    Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

    Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

    Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

    Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini – ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

    Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

    Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

    Polemik kaum

    Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

    Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!”

    Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak – mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya – untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

    Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

    Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
    Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

    Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

    Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

    Hidup mewah

    Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

    Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

    Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

    Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

    Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

    Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

    Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

    Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

    Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

    BANGSA MELAYU SEDARLAH..

  18. lagi org nyanyuk Says:

    ni mane pulak mamat zaman batu dah terlepas nie.. org dah sampai bulan nie masih naik sampan lg .. masih tak sedar2 .. belajar pandai2 otak letak kat buntut …. kesian …. kesiannnnn….

  19. Tok Ayah Says:

    maaf kerana berbicara, kalau masalah tak kembali kempada Allah dan Rasul seperti yang disuruh Allah dalam Al-Quran, sampai bilapun tak selesai….


  20. Normal content – This is another critical aspect that you will need to preserve your
    consumers and prospects interested in your products. 10) They are
    predicting over 100,000 distributers signing up on January
    15th 2011 and this will shatter records. Pre Qualified MLM
    Leads are expensive as many of you have found out already.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: