Pak Lah panas cuping telinga..

October 21, 2008

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” artikel selanjutnya dalam mStar Online disini.

————————————————————

Kenyataan paling keras setakat ini kepada Dr Mahathir dari Pak Lah.. dan kita juga harus menilai kembali asakan demi asakan dari Dr Mahathir bermotifkan apa? Padahal seluruh Malaysia dah tahu Najib MUNGKIN jadi PM pada Mac 2009 ini..

Secara peribadi.. saya berpendapat Pak Lah mungkin ‘terasa hati’ dengan kenyataan terbaru TDM baru-baru ini. Mungkin beliau sudah sedar akan kesilapannya yang lalu dan bersetuju untuk berundur dengan ‘syarat-syarat tertentu’. Sebelum ini, saya sudah mengatakan Pak Lah tidak akan berundur begitu sahaja.. sekurang-kuranya berundur dengan cara yang terhormat bukannya berundur kerana tekanan dalam parti BN (baca: dimalukan oleh parti sendiri).

Sekiranya Pak Lah ada berniat jujur demi perpaduan ahli-ahli parti , sememangnya beliau patut ‘bengang’ dengan TDM.. kenyataan TDM mahu orang-orang Pak Lah mesti disingkirkan juga, seolah-olah menggambarkan dirinya seorang yang amat hina sehinggakan seluruh keturunannya juga harus dihapuskan.

Pengajaran utama dari polemik ini ialah KERANA JANJI.. Pak Lah sudah banyak mungkir janji. Orang yang tidak menepati janji memang sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain lagi. Seorang yang tenang tapi licik.. Pak Lah satu hal, Khairy pun satu hal juga yang harus dipertimbangkan. Khairy ada wawasan, kecerdikkan dan semangat bersesuaian dengan dirinya yang masih muda.. seeloknya beliau dapat bersabar sedikit masa lagi.

Ada asasnya juga TDM meragui keikhlasan Pak Lah mahu berundur.. bahkan Najib juga begitu. Selagi jawatan PM tidak bertukar tangan, selagi itulah pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi menantunya, Khairy, beradu nasib jawatan Ketua Pemuda.

Tempoh menunggu 6 bulan masih jauh dan lama untuk ditunggu oleh orang politik, sekiranya Khairy cukup kuota untuk bertanding.. tempoh masa yang panjang mungkin boleh menyejukkan kembali ‘kehangatan’ reformasi yang berlaku dalam parti UMNO sekarang. Mungkin kehangatan tersebut boleh disejukkan dengan lobi dan hujan wang dari pihak-pihak yang tertentu. Sejarah membuktikan, menang undi pencalonan tidak semestinya menang jawatan.

Saya berpendapat.. faktor inilah yang menjadi kebimbangan TDM.

-ps- Tengok orang lama-lama bergaduh, kita sendiri yang naik resah.. Maklum sajalah, makin lama umur, emosi kita semakin emosional. Orang tua-tua pernah berkata : Hidup ini satu putaran, orang yang berusia lewat akan jadi mudah sensitif dan beremosi seperti zaman kanak-kanaknya.

4 Responses to “Pak Lah panas cuping telinga..”

  1. Fazrul Says:

    Ya.. betul tu..kadang kala kita ni macam melihat .. wayang kulit.. atau opera cina.. ja… tunggu punya tunggu kisahnya tak habis2….

    Salam..

  2. aberamly Says:

    orang melayu jangan bakar panngung atau bunuh tok dalang sudah lah…. wayang cina kita tak tahu siapa pelakunnya… make up tebal sangat…. lagi pulak banyak kisah dikayangan dan aksi terbang… dewa dewi.

  3. webm Says:

    kesian pak lahh… jd sasaran pelbagai pihak .. sabar pak lahh.. sabar itu separuh drpd iman…

  4. penulis_cyber Says:

    baru komen pedas sikit dah ramai marah kat pak lah..

    selama ni tak ada pun orang marah kat tun..

    pelik…..pelik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: