Suka mencari salah orang lain boleh memakan diri sendiri..

October 19, 2008

Sekiranya kita menoleh kebelakang iaitu sebelum PRU 12, kita boleh dapati salah satu punca kegagalan BN memperolehi majoriti 2/3 ialah kerana serangan keterlaluan kerajaan kepada pembangkang melalui media massa. Pada masa itu, BN dibuai perasaan angkuh kerana mereka berjaya memperolehi mandat rakyat dalam PRU 11 hampir 90% dari undi rakyat.

Tetapi BN terleka kerana serangan keterlaluan telah menyebabkan rakyat ‘beralih arah’ dari meragui keupayaan pembangkang kepada perasaan simpati. Siapa sangka Pakatan Rakyat yang terkapai-kapai berjuang diberi peluang oleh rakyat. Padahal ketika itu, nama Anwar pun tiada dalam senarai calon yang betanding. BN mengatakan mereka kalah kerana undi protes tetapi mereka tidak sedar salah satu faktor rakyat memprotes adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang menganiayai PR.

Tetapi kini kita boleh melihat keadaan sudah terbalik.. Pakatan Rakyat pula yang menjadi angkuh dan BN pula yang terkial-kial untuk meneruskan ‘survival’ mereka. BN dituduh dengan pelbagai tohmahan dan disertai caci-maki dan kata nista, keaiban pemimpin dicari dan diperbesar-besarkan,  mencari salah kerajaan sudah menjadi agenda utama berbanding matlamat asal untuk memenuhi manifesto pilihanraya.

Membangkang kerana kerajaan membuat kesilapan adalah baik untuk mencari kaedah yang lebih baik demi kesejahteraan negara, tetapi jika niat membangkang sudah bertukar kerana mahu mengaibkan orang lain sudah jadi tersasar dan boleh mengembalikan aib kepada kita sendiri.

Allah suka kepada hambanya yang besederhana dan bukannya yang suka berlebih-lebihan melakukan sesuatu perkara.

Ingatlah kita kepada ‘Hukum Jari’.. satu jari menuding kepada orang lain, empat jari menuding balik kepada diri sendiri. Sebarang cacian, tohmahan, kata nista dan fitnah kita kepada orang lain akan dinilai semula oleh si pendengar. Siapakah pendengar itu? ..mereka ialah rakyat. Hukum ini sudah terpakai kepada BN semasa kempen PRU 12, dan sekarang PR cuba meniru balik kegagalan strategi tersebut.

Saya selalu mengatakan kepada sahabat samada yang pro-BN atau pro-PR, kegagalan BN dalam PRU 12 adalah ‘rahmat’ kepada UMNO dan orang Melayu, manakala kejayaan PR dalam PRU itu merupakan satu ujian perjuangan kepada mereka. Kegagalan BN akan menjadi ‘rahmat’ jika BN mahu belajar dari kegagalan, manakala ‘ujian’ kepada PR agar tidak leka dan angkuh.

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa BN sekarang sedang mengalami proses evolusi? Sedarkah PR bahawa serangan bertali-arus mereka telah menguatkan ikatan sesama parti komponen BN? Sedarkah PR  bahawa BN telah kenal siapa ‘musuh dalam selimut’ mereka? Sedarkah PR caci-maki mereka telah memberi kunci jawapan kepada permasalahan BN selama ini? Sedarkah PR bahawa rakyat sedang menilai prestasi dan peribadi mereka sendiri?

Rakyat bukan bodoh, samada mereka suka kepada BN atau PR.. mereka ada keutamaan peribadi yang mahu dipenuhi. Jangan PR berasa angkuh dan merasakan diri mereka sudah menang kerana sikap pengecut BN. Bersikap pengecut bukan bermakna mereka bodoh, tetapi berundur setapak untuk melompat lebih tinggi lagi. Rakyat suka mendengar cerita sensasi, skandal dan pembongkaran rahsia-rahsia besar.. tetapi perkara ini tidak mengenyangkan perut mereka, tidak memberi apa-apa faedah untuk peningkatan taraf hidup kecuali sebagai penyedap kepada telinga yang mendengar.

Jika PR masih dibuai kejayaan PRU 12, suka mencari salah orang berbanding bekerja untuk rakyat, menuduh BN penipu padahal janji mereka pun tidak tertunai.. jangan salahkan rakyat jika rakyat akan kembali ‘beralih arah’ kepada BN. Orang yang bercakap banyak memang menjadi tumpuan, bercakap lebih tapi ‘habuk pun tarak’ pun akan dinilai kembali oleh si pendengar.

Kuat berjanji tapi tidak tertunai juga boleh menghakis kepercayaan orang lain. Cubalah kita perhatikan realiti kehidupan sekeliling kita sehari-hari, lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap orang yang suka bercakap tapi kerja suka bertangguh.

Sukalah saya memperingatkan kawan-kawan saya yang pro-reformasi.. jika anda rasa anda benar, teruskan perjuangan anda tapi jangan hanyut dengan mencari salah orang lain. Akhirnya kredibiliti sendiri menjadi tumpuan untuk dipertikaikan. Semakin ramai kita mencari orang untuk mengumpat hal orang lain, semakin ramailah orang yang akan memerhatikan kita. Ingatlah kepada Allah kerana hati seseorang itu milik-Nya.. jika mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya.

4 Responses to “Suka mencari salah orang lain boleh memakan diri sendiri..”

  1. aberamly Says:

    SETUJUNYA ABE……

    BAGUS SEKALI TUNTAS… KATA BEBUDAK SEKARANG

    ABE DAH MUAK DAH…NAK TEGOK EPISOD UMNO NI.. KE MANA BN SELEPAS NI… JADI MACAM SINGAPURA KE… ONE NATION, ONE SINGAPORE… ATAU MALAYSIA FREE FOR ALL, ALL FOR FREE?
    BAIK MAIN LAGU SAJE

    TERUSKAN MENGANALISA

    NANTI BALIK KITA JUMPA… RAYA AJI KOT.

    *****
    -ps- Insya-Allah, kalau ambo panjang umur..

  2. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Kekalahan BN bukanlah berpunca dari satu single factor, namum tidak dinafikan faktor utama ialah janji Dollah semasa 2004 tidak tertunai, kemunculan Khairy, serangan Tun dan bebudak tingkat 4.

    Saya masih ingat lagi masa perjalanan balik ke Kelantan malam sebelum mengundi. Di tol Gombak, penyokong PAKATAN menyebarkan risalah yang hanya bertumpu kepada kelemahan Dollah. Semasa perjalanan yang penuh sesak, hampir semua kenderaan memasang bendera parti-parti PAKATAN.

    Bila sampai di pagi mengundi, sempat berbual dengan arwah ayah, beliau menceritakan risikan maklumat tempatan menunjukkan BN akan menang di Kelantan. Saya terus nafi dan ceritakan keadaan sebenar pada arwah ayah, bahawa gelombang besar yang membawa undi protes akan melanda.

    Pendapat peribadi saya, selagi dilewatkan pemilihan UMNO, penyokong akan bertumpu kepada perebutan kuasa. Adakan pemilihan awal, halau pengkhianat parti secara demokrasi, dan tumpukan masa selebihnya untuk pemulihan parti.

    Wassalam.

  3. aberamly Says:

    betul lah saya suka apa Singh cakap. banyak faktor.. tapi faktor burukan peribadi masa mahathir lagi teruk… mahafiraun… mahazalim dll. sebenarnya sebab anuar ibrahim boleh satukan dap, pas dan pkr. dia dapat kasi leadership kpd pembangkang yang kuat dan berkesan serta pembangkang banyak duit…. mana dia orang dapat?. faktor lain kasi tambah sokongan saja iaitu BN – barang naik, minyak naik… hidup rakyat susah… satu lagi komponen BN minta macam2 termasuk nak hapuskan DEB, sama rata. faktor hindraf… jangan lupa orang melayu marah bila hak mereka hendak dirampas dengan desakan politik… sekarang ni pun ada lagi…. sebab itu melayu pun tak undi komponen di p pinang… tapi umno masih kuat 79 kerusi kan? banding orang lain tengok… ada yang banyak cakap tapi satu kerusipun tak dak…ada juga kata faktor grand desingn dalam umno yang dibuat oleh kem pak lah (khairy) dan kem satu lagi. mana yang betul.. mana tahu itu peti undi tak boleh cakap sama kita… saya dan u undi sapa?
    tapi semua secara generalisasinya ialah kerana leadership anuar… dulu macam2 tanjung 1,2, 3, 4,… lim kit siang buat tapi gagal. pas pon itu macam… sampai kafirkan umno kerana kawan dgn mca dan mic. sekarang pas boleh baik sama dap dll… sokong koridor babi di selangor lagi… di perak? sebabnya kerana aura anuar dan duit mereka banyak…!


  4. […] mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya. –Politik sumbang Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, October 20th, 2008 dalam kategori artikel umum. Anda […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: