Pakatan Rakyat fobia dengan Mahathir?

October 18, 2008

“Personaliti Najib mungkin lebih kuat berbanding Abdullah tapi konflik dalam dirinya (juga keluarga) begitu dahsyat. Mahathir mungkin diberi peluang untuk membantunya, namun silap langkah, ia boleh mengundang petaka lebih besar.” ..Harakah

“Mahathir’s view in his interview with Manichi Daily News is typical Mahathirism,but what is sad and ominuos is that he is clearly not prepared to heed the demands for justice, rule of law, political and economic reforms which caused the unprecedented electoral setbacks suffered by UMNO in the recent general election and start the process of national reconciliation by loosening the authoritarian and undemocratic style of governance.” ..Lim Kit Siang

“Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.” ..Suara Keadilan

“Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.” ..Zaid Ibrahim

——————————————————————————–

Semua pemimpin dalam PR tak suka Mahathir? tidak terkecuali sesetengah ahli BN? ..apakah benar semua rakyat Malaysia benci kepada Mahathir? Kenapa Mahathir dibenci?

Khabarnya Mahathir memerintah dengan ‘kuku besi’, diktator, maha firaun, mengkayakan kroni serta anak-beranak dan pelbagai gelaran lagi. Sepanjang pengetahuan saya, beliau PM Malaysia yang paling berjaya dan Malaysia jadi terkenal di mata dunia.

Mungkin saya naif tentang beliau, tetapi saya dapat menjangkakan beliau digeruni kerana sikapnya yang tegas dan mempunyai pemikiran yang hebat. Malahan kata-kata Anwar yang penuh dengan istilah yang hebat-hebat dapat dibalas dengan hujahnya secara selamba dan sinis. Jerit-pekik PAS dan DAP seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’.

Dr Mahathir seorang doktor.. beliau berjaya mengaplikasikan ilmu kedoktoran dengan baik dalam politik. Beliau lebih suka mencegah dari mengubati.. mana-mana penyakit yang serius harus dibuang meskipun terpaksa dibedah atau dipotong. Penyakit kalau dibiarkan bebas akan menjadi barah, bila menjadi barah.. kita jadi parah. Kebebasan mutlak ada buruknya, dan kabinet Pak Lah telah membuktikan kebebasan melampau akhirnya memakan diri.

Dalam rumahtangga sekalipun.. anak-anak yang dibiarkan bebas mengundang banyak risiko. Anak-anak dimarah, didenda, dirotan dan dihukum kerana kita sayang kepada anak-anak kita, bukan benci tapi kita tidak mahu mereka jadi perosak keluarga. Kadang-kala, ketegasan dan ketakutan dapat mendidik anak-anak menjadi baik dan berdisplin.

Mungkin kerana amalan kedoktoran beliau dalam politik, ‘Pembangkang’ jadi gerun dan keadaan tersebut digambarkan melalui kritikan peralihan kuasa kepada DS Najib, yang dikatakan akan mewarisi pemerintahan ala Dr Mahathir. Mereka jadi gerun sekiranya nasib mereka akan berulang seperti era pemerintahan Dr Mahathir.

Pembangkang mengatakan Najib kena ‘queen control’ dan rakus harta negara. Oleh itu, siapakah calon yang lebih baik untuk mengawal tingkah laku Najib selain dari Dr Mahathir? Lebih-lebih lagi jika beliau dilantik penasihat Umno (yakni ada jawatan dan kuasa).. suara beliau tentulah lebih laku dan dihormati.

Secara peribadi.. saya tiada masalah jika Dr Mahathir berada dibelakang DS Najib kerana beliau sememangnya perlu diperhatikan. Tetapi saya yakin Najib yang bersikap belas-kasihan ada kebijaksanaan untuk memerintah dengan gayanya yang tersendiri dan bayangkan jika disertai dengan pengalaman dan visi Dr M sebagai penasihat beliau. Pada saya, nasihat Dr M lebih baik dari nasihat ‘Mr Ji’..

Bagaimanapun, kesan negatifnya tetap ada.. Kerana inilah, rakyat perlukan suara pembangkang yang berkesan dalam parlimen. Kenapa perlu takut jika kita benar? Hanya orang yang suka membuat fitnah dan adu domba sahaja yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Salurkan kebijaksanaan sebagai ‘Pembangkang’ di Parlimen bukannya melalui mogok, rusuhan dan demonstrasi tidak tentu hala.

10 Responses to “Pakatan Rakyat fobia dengan Mahathir?”

  1. al-juburi Says:

    aku sokong mahathir 100%. pembangkang takut la tu.cabul punya puak!

  2. aljubu Says:

    La rupanya blog ini blog kaki bodek umnooooooo……….
    Patutlah melayu umno jadi tolollllllllllll.Dah kena sembelih pun masih kata Mahadhir baguihhhhh….emmmmmmm

    Macam aljuburi cakap tu sebab dia tu memangnya tolol alias bangang adik beradik bahalolllll…dulu, kini dan selamanya mangkok ayunnn

    *****
    Ps-Sdr nampaknya marah benar dgn Mahathir, tak mengapalah.. dalam dunia mesti ada orang suka dan tak suka. Saya menghormati pendapat sdr, harap2nya sdr boleh menghormati pendapat orang lain.

  3. al-juburi Says:

    to aljubu..ada tgk cermin tak??

    *****
    Ps-No komen, al-juburi dah naik hot. Sabar bro..

  4. miss aida Says:

    utk melepaskan rasa tidak puas hati bukan begini caranya, dengan mengeluarkan kata2 kesan dan tidak sopan..bahasa menunjukkan bangsa.
    bahasa juga menunjukan tahap pendidikan kita.

    Sampaikan la rasa tidak puas hati anda dengan rasional.jgn hanya cakap tapi tidak bertanggungjawa atas apa yg anda katakan.

  5. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Apa sangat Anwar nak kisah pasal cengkeman Tun dalam kerajaan bila Najib jadi PM. Kalu ikutkan kata-kata Anwar, Najib memang tak sempat jadi PM kerana PAKATAN akan tukar kerajaan sebelum menjelangnya 2009.

    Tidak dinafikan Tun juga menyumbang kepada kemenangan PAKATAN pada PRU 12. Secara rasional, pembangkang sentiasa mengimpikan bahawa Tun sentiasa dalam keadaan tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana ini menguntungkan PAKATAN.

    Senario berbeza akan dilihat, terutama jika UMNO kembali bangkit untuk mendapat keyakinan dan seterusnya mengumpul kekuatan. “Swing voters” akan kembali kepada BN, dan kedaan inilah yang ditakuti pembangkang.

    Faktor kekuatan Anwar pula disokong oleh kelemahan polisi Dollah. Kenaikan harga minyak contohnya talah menambahkan sokongan kepada Anwar. Dengan tiadanya Dollah nanti, Anwar juga akan menjadi muflis modal politik, kecuali tuduhan Anwar ke atas Najib mempunyai bukti yang konkrit.

    Saya punya kesimpulan, PAKATAN dah mula takut pada bayang-bayang walaupun hakikatnya kelibat Tun dalam kerajaan belum lagi kelihatan. Permusahan Tun dengan DAP, PAS dan Anwar akan kembali menjelma dan kata-kata fitnah akan kembali tersebar ke udara.

    Wassalam.

    *****
    Ps-Setahu saya, Najib dan Anwar adalah ‘musuh tradisi’ ketika dalam Umno lagi.. jadi kita tengoklah siapa yg jadi PM dulu dan yg satu pihak lagi hanya melopong.

  6. Che Moq Says:

    tang zaid berahim tu….kalau la aku jadi repoter yg interview dia..jap tu jugak aku penampar2 muka dia..mengata mahathir ke? walau pun aku tak benci mahathir,tak jugak suka dia,tapi tak ke zaid sedar diri dia lagi hina,bermuka2,penipu…nasib baik dia letak jwtn..tu pun nak meraih simpati kata letak jawatan pasal ISA..kalau aku PM,aku lantik dia “menteri di jamban perdana menteri”. biar dia urus hal ehwal undang2 jamban aku..

    *****
    Ps-Rata-rata org Kelantan pun dah tolak dia.. sekarang tengah jual saham kepada Anwar utk dapat jawatan tinggi dalam PKR

  7. pak tua Says:

    salam cekka…. pak tua bukan nak menentang atau menyokong tp pak tua nampak semasa pemerintahan Dr. M rakyat hidup senang dan negara dihormati seluruh dunia…

    tiada salah sekiranya beliau kembali membantu …

    dari segi pandangan peribadi ianya amat2 positif artikel anda kali ini dapat menyuntik semangat baru untuk rakyat khasnya membuka mata penyokong UMNO mahupun penyokong PR.. Teruskan usaha…

  8. kelawar Says:

    aku ni pelik la dgn semua org politik……jap org ni ngata org ni jap lompat parti jap masuk balik…aduh……aku ni org kelate tapi sejak aku merantau aku benci la pulak dgn sikap org kelate….aku bukan nak derhaka pd tanah bangsa aku tu tp aku geram la dgn sikap yang suka bidas org tu ,cantas org ni, fitnah org tu …mcm mcm untuk apa? untuk menangkan diri yang gila NAK JADI ORG PENTING DAN BERJAWATAN DLM POLITIK…..kalo mcm ni la anak jati kelate main politik lama lama hancur…..nak tegur ikmal hisham …eh,…ko sape ha suka je mencelah bila masa nak pilihanraya hari tu bahkan ni dok berebut jawatan ketua bahagian……emmmkau nak main politik main la..tp kau jgnj cantas org..kang kau dicantas baru kau rasa…..mcm ni la..aku ni kelawar aku terbang aku dok gantung tgok sana sini perati gelagak manusia……manusia politik……kdg aku rasa nak isap je darah org yg suka sebar fitnah…..esh…tp jijik la darah busuk……..ok la…zaid nak buat apa korg bior je lah….org kelate suka kat zaid..yg tak suka zaid tu yg memang bukan spesis zaid……ko pikir la..zaid nak cuba cerita yg benar sebab tu dia letak jawatan sbb tak puas hati cara sgalanya kat malaysia ni….eh dlm undang2 malaysia…zaid cuba nak betul kan mana yang tak betul…tapi dia tak mandapat perhatian…bahkan pakat dok ngata zaid tak siuman….maka zaid fikir layan apa org dah tak suka…..baik cari org yg suka zaid….hehehheh….zaid tak suka main buntut mcm dati nuar suka tu,,…cuma zaid nak tinjau kerajaan dato nuar bukan tinjau lubang yg dato nuar suka…hahahhaahah…geli geleman aku ……eshhhhh……..

  9. OTAI Says:

    SALAM CEKKA..
    OTAI MEMANG NUGGU BENAR BERITA GEMBIRA KATA TUN ORANG BELAKANG DTK NAJIB. TAKPA, DEMI ANAK BANGSA KITA… SEKURANG2 NYA NEGARA KITA TAK MELESET, EKONOMI PUN STABIL… RAKYAT BERSYUKURLAH SIKIT, ORANG MELAYU INGATLAH PERHIMPUAN KG BARU 1987, HANG BACA TAK UTUSAN… KAUM LAIN CADANG PEMILIHAN PERDANA MENTERI DIBUAT SECARA TELUS DIPILIH OLEH RAKYAT, NAMPAK SANGAT NAK BERKUASA… ORANG MELAYU BANGKITLAH… JANGAN TIDUR LAGI…


  10. Salam Hormat,

    Perkenalkan, saya Endy. Kebetulan (Alhamdulillah) saya menguasai sebuah teknik yang diberi nama SEFT (Singkatan dari Spiritual Emotional Freedom Technique). Teknik ini saya pelajari dari penemu dan pendiri SEFT, yaitu Ahmad Faiz Zainuddin. Beliau sekarang terus mengembangkan Teknik SEFT. Untuk itu ia mendirikan LoGOS Institute (www.LoGOS.co.id). Teknik ini mengklaim mampu mengatasi semua keluhan fobia dibawah ini (InsyaaLloh).

    Mulai takut Air – Hydrophobia,
    Takut Agama – Theologicophobia,
    Takut Alat Kelamin – Kolpophobia,
    Takut Aliran Udara – Aerophobia,
    Takut Alkohol – Methyphobia,
    Takut Alkohol – Potophobia,
    Takut Amnesia – Amnesiphobia,
    Takut Anggur – Oenophobia,
    Takut Angin – Ancraophobia,
    Takut Angka – Arithmophobia,
    Takut Angka 13 – Triskaidekaphobia,
    Takut Angka 8 – Octophobia,
    Takut Anjing – Cynophobia,
    Takut Anjing Laut – Lutraphobia,
    Takut Anus – Rectophobia,
    Takut Api – Arsonphobia,
    Takut Api – Pyrophobia,
    Takut Awan – Nephophobia,
    Takut Ayam – Alektorophobia,
    Takut Ayan – Hylephobia,
    Takut Badut – Coulrophobia,
    Takut Bahan Kimia – Chemophobia,
    Takut Bangunan Tinggi – Batophobia,
    Takut Banjir – Antlophobia,
    Takut Bapak Tiri – Vitricophobia,
    Takut Batu Nisan – Placophobia,
    Takut Bau Badan – Bromidrosiphobia,
    Takut Bau Bauan – Olfactophobia,
    Takut Bau Busuk – Autodysomophobia,
    Takut Bawa Mobil – Amaxophobia,
    Takut Bawang Putih – Alliumphobia,
    Takut Bayangan – Sciaphobia,
    Takut Bebas – Eleutherophobia,
    Takut Belanda – Dutchphobia,
    Takut Benang – Linonophobia,
    Takut Benda di Sebelah Kanan – Dextrophobia,
    Takut Benda di Sebelah Kiri – Levophobia,
    Takut Berantakan – Ataxophobia,
    Takut Berbicara – Laliophobia,
    Takut Bercinta – Malaxophobia,
    Takut Bercinta – Sarmassophobia,
    Takut Berdosa – Hamartophobia,
    Takut Berfikir – Phronemophobia,
    Takut Berita Baik – Euphobia,
    Takut Berjalan – Stasibasiphobia,
    Takut Berjanji – Enissophobia,
    Takut Berkotbah – Homilophobia,
    Takut Berlarut – Apeirophobia,
    Takut Bersenggama – Coitophobia,
    Takut Bertanggung Jawab – Hypegiaphobia,
    Takut Binatang – Zoophobia.
    Takut Binatang Liar – Agrizoophobia,
    Takut Binatang Melata – Herpetophobia,
    Takut Bintang – Astrophobia,
    Takut Bintang – Siderophobia,
    Takut Bintang Berekor – Cometophobia,
    Takut Bom Atom – Atomosophobia,
    Takut Boneka – Pediophobia,
    Takut Boneka Bersuara Perut – Automatonophobia,
    Takut Bosan – Xerophobia,
    Takut Botak – Phalacrophobia,
    Takut Buang Air Besar – Rhypophobia,
    Takut Buku – Bibliophobia,
    Takut Bulan – Selenophobia,
    Takut Bulu Ayam – Pteronophobia,
    Takut Bunga – Anthophobia,
    Takut Bunga Es – Pagophobia,
    Takut Bungkuk – Kyphophobia,
    Takut Burung – Ornithophobia,
    Takut Buta – Scotomaphobia,
    Takut Cabut Gigi – Odontophobia,
    Takut Cacing – Helminthophobia,
    Takut Cacing – Scoleciphobia,
    Takut Cacing Pita – Taeniophobia,
    Takut Cacing Pita Babi – Trichinophobia,
    Takut Cahaya – Photophobia,
    Takut Cahaya dari Utara – Auroraphobia,
    Takut Caplak – Phthiriophobia,
    Takut Cemburu – Zelophobia,
    Takut Cermin – Catoptrophobia,
    Takut Cina – Sinophobia,
    Takut Corak Baru – Cainophobia
    Takut Daerah Perbatasan – Claustrophobia,
    Takut Daging – Carnophobia,
    Takut Dagu – Geniophobia,
    Takut Danau – Limnophobia,
    Takut Darah – Hemaphobia,
    Takut Debu – Amathophobia,
    Takut Debu – Koniophobia,
    Takut Demam – Febriphobia,
    Takut Demam – Fibriophobia,
    Takut Demo – Daemonophobia,
    Takut dengan Seks – Erotophobia,
    Takut Dewa – Zeusophobia,
    Takut Di dalam Rumah – Oikophobia,
    Takut di Ejek – Katagelophobia,
    Takut di Hipnotis – Hynophobia,
    Takut Di pandang – Opthalmophobia,
    Takut Diabaikan – Athazagoraphobia,
    Takut Dibatasi – Merinthophobia,
    Takut Dibenci – Melophobia,
    Takut Dicekik – Pnigophobia,
    Takut Dicuri – Cleptophobia,
    Takut Dihukum – Mastigophobia,
    Takut Dihukum Berat – Rhabdophobia,
    Takut Dikubur Sendirian – Taphephobia,
    Takut Diluar Ruangan – Spacephobia,
    Takut Dingin – Cheimaphobia,
    Takut Dingin – Psychrophobia,
    Takut Dinilai Negatif – Socialphobia,
    Takut Diracun – Toxicophobia,
    Takut Dirampok – Harpaxophobia,
    Takut Disentuh – Aphenphosmphobia,
    Takut Disentuh – Chiraptophobia,
    Takut Disentuh – Haphephobia,
    Takut Disuntik – Trypanophobia

    Jadi bagi siapapun yang mengalami kasus ini, silahkan saja datang ke LoGOS Institute. Setiap hari Minggu (jam 10:00 – 13:00) ada Preview Gratis mengenai SEFT ini. Bisa langsung coba terapinya juga. Jangan kuatir. Free of Charge. Syaratnya, Anda tinggal ketik NAMA ANDA kemudian kirimkan ke SMS Center LoGOS Institute di 081807788120. dan langsung datang di Hari Minggunya dengan Alamat : Jl. Raya Jatiwaringin No. 24 Kavling K. Jakarta Timur. Telp. 021-86605151 ext 0. Penjelasan mengenai SEFT juga bisa dilihat di http://LOGOSSEFT.Blogspot.com
    Semoga Informasi Ini Bermanfaat
    Salam Sejahtera
    Wassalam Wr. Wb.,

    Endy Fatah Joesoef
    http://logosseft.blogspot.com/
    Hp. 0818991915


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: