Raja-Raja Melayu bersuara, apa Anwar nak kata?

October 17, 2008

Dalam Malaysiakini, ada dilaporkan bahawa Raja-Raja Melayu telah berunding dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 125 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Berikutan dengan perjumpaan tersebut, satu kenyataan media khas telah telah dikeluarkan. Baca kenyataan penuh disini..

—————————————————————

Antara intipati kenyataan media khas Raja-Raja Melayu :-

1) “Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Ampun Tuanku.. apa kata YB Anwar dan YB Teresa Kok? apakah mereka ini tidak akan terasa hati dengan titah Tuanku nanti? Yang mereka sibuk-sibuk kata Melayu ini rasis apa halnya pulak? Raja-Raja Melayu sudah memberi jaminan bahawa kaum-kaum lain TIDAK DIPINGGIRKAN.

2) “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.”

“Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.”

Ampun Tuanku.. pada siapa Tuanku ajukan kenyataan tersebut? Setahu patik, parti DAP sememangnya tidak puas hati sejak dahulu lagi kerana konsep Malaysian Malaysia tidak diterima, dan ini disuarakan dengan lantang pula oleh YB Teresa dan YB Tan Lian Hoe. Malangnya, Majlis Peguam juga cuba menjadi juara dalam undang-undang dan diiktiraf oleh DS Anwar Ibrahim.. dan sesetengah YB Pas mengangguk setuju walaupun YB Zulkifli mahu dikenakan tindakan displin kerana membantah forum tersebut.

3)  “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Ampun Tuanku.. adakah Tuanku bermaksud Anwar, Teresa Kok dan lain-lain penyokong fanatik Pakatan Rakyat itu bodoh-bodoh belaka? Tetapi patik musykil Tuanku.., kerana mereka-mereka ini mengatakan UMNO telah memanipulasikan fakta-fakta sejarah? Adakah UMNO juga telah menipu Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sejak dahulu lagi? Masakan YB-YB Pakatan Rakyat boleh bodoh, mereka ini golongan terpelajar dari ‘oversea’ dan ramai kawan di Amerika, Turki, Dubai dan Indonesia.. Anwar kata rakyat kena lawan kerajaan dengan buat rusuhan dan demonstrasi, kalau takut.. usah bicara pasal perjuangan. Apakah Tuanku bermaksud Pilihanraya Umum itu tidak sah dan membuang masa sahaja?

4)  “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai ‘Social Contract’.

‘Social Contract’ ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan ‘Social Contract’ tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pakatan Rakyat mengatakan ‘Social Contract’ ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malahan mereka juga mencadangkan agar Artikel 153 dirombak semula.. malahan YB Permatang Pauh juga bersetuju dan tidak membantah kata-kata mereka. Bukankah ini bertentangan dengan kenyataan Tuanku?

Apakah Tuanku bermaksud kaum-kaum lain selain kaum Melayu boleh cari makan dan mengumpulkan harta sebebas mungkin dinegara Malaysia selama ini? Apakah Tuanku bermaksud orang-orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing tanpa sekatan? Tetapi kenapakah mereka kata hak-hak mencari rezeki dan beragama telah dinafikan dan disekat?

Perlukah patik berjumpa dengan YB Teresa Kok dan Bar Council untuk menyampaikan pesanan Tuanku ini?

5)  “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan  Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

Ampun Tuanku.. parti Pakatan Rakyatkah yang membawa bersama Raja-Raja berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Kenapakah YB-YB Pakatan Rakyat berkata UMNO telah menipu rakyat tentang fakta kemerdekaan? Mereka mendakwa Parti Komunis juga berjuang untuk kemerdekaan negara, adakah ini benar Tuanku?

Ampun sekali lagi Tuanku.. apakah tindakan Anwar cuba menjadi PM Malaysia dengan main lompat-lompat tanpa pilihanraya umum mendapat perkenan Tuanku? Apakah Tuanku sudah memberi perkenan kepada Anwar untuk memberi tarikh 16 Sept, 1 Okt dan 31 Dis untuk beliau menjadi PM? Apakah Tuanku sudah memberi ‘lampu hijau’ secara berahsia atau melalui isyarat ‘kenyit mata’ agar Anwar dilantik sebagai PM? Patik musykil Tuanku, kerana YB-YB Pas sudah yakin dan mendakwa sudah mendapat persetujuan Istana.. mereka-mereka ini lebai, masakan mereka mahu bercakap bohong?

6) “Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok”.

Ampun Tuanku.. YB-YB Pas kata UMNO ini parti kafir dan sekular, kerana itulah jamuan makan UMNO tidak boleh dihadiri kerana haiwan sembelihan mereka tidak sah dan juga melalui sumber rasuah. YB-YB Pas juga mendakwa hanya mereka Melayu-Islam yang sejati. Orang lain tidak pandai sembahyang, berzikir dan berbuat baik kerana tidak selari dengan Islam acuan Pas. Mereka rela bekerjasama dengan syaitan dari UMNO, kerana UMNO akan masuk neraka dan mereka akan masuk syurga kerana pangkah PAS. Mereka juga kata Majlis Ulama dalam UMNO tidak relevan, hanya mereka sahaja yang berhak memperjuangkan Islam.

Apakah Allah memandang parti atau ketakwaan peribadi untuk diletakkan dalam timbangan di akhirat, Tuanku? YB-YB Pas juga pandai ‘makan komisen’, tebang balak untuk dijual, memohon tanah-tanah anugerah kerajaan untuk harta peribadi dan ada sikit kroni-kroni.. apakah mereka ini ‘maksum’, Tuanku?

7)  “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Ampun Tuanku.. patik tak puas hati lagi. YB PR kata Artikel 153 telah menghakis hak-hak mereka, mereka telah dinafikan untuk mencari rezeki.. dinafikan menganut agama masing-masing.. dinafikan mengumpul harta.. dinafikan kebebasan mengamalkan budaya nenek-moyang.. dan lain-lain, sehingga mereka mengatakan kerajaan membuat dasar kepupusan etnik mereka secara terancang. Ada pula YB PR yang beroleh keistimewaan dari artikel tersebut sudah bosan dan bersetuju artikel tersebut dirombak.

(Termenung) Ooo.. fahamlah patik Tuanku..

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat tidak berjuang untuk mengekalkan prinsip dan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka sudah ‘open-minded’ dan moden, kerana itulah Artikel 153 sudah dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Fahamlah patik kenapa mereka suka mencaci-maki kerajaan kerana mereka sudah ‘advance’ dan orang lain itu bodoh dan tidak betul. Hanya mereka yang pandai berfikir dan betul belaka..

Fahamlah patik.. rupa-rupanya kaum Cina dan India sebenarnya telah memperolehi kebebasan sewajarnya untuk bersama-sama menjadi warga Malaysia, apa yang diperlukan ialah sedikit hormat, kesabaran, pengorbanan dan toleransi kepada kaum Melayu kerana Melayu agak ketinggalan dalam serba-serbi bidang hasil dari penjajahan British dahulu. Mereka boleh memperjuangkan nasib kaum masing-masing mengikut saluran masing-masing dengan berhemah dan patuh kepada perlembagaan dan peraturan.

Fahamlah patik Tuanku.. Melayu harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira ideologi politik dan mahu menunjuk pandai berhujah isu agama. Melayu yang kaya harus menolong Melayu yang miskin, Melayu yang bodoh wajib menimba ilmu sedaya yang boleh.. Melayu juga patut menghormati perasaan kaum-kaum lain kerana mereka juga rakyat Malaysia. Melayu juga jangan lalai dengan Islam sebagai panduan hidup.

Fahamlah patik kenapa 5 pemimpin tertinggi Pas dipanggil dalam mesyuarat PR. Rupa-rupanya mereka cuma mengemas-kinikan carta organisasi dan memperkemaskan dasar parti (yang sebelum ini berterabur dan kelam-kabut), bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.. Rupa-rupanya segala strategi dan propaganda, lompat-melompat, usul tidak percaya dan tarikh-tarikh yang ‘gempak’ dan ‘jom-heboh’ tidak membawa makna apa-apa jika tiada perkenan YDP Agung Malaysia.

Fahamlah patik.. YDP Agung hanya mahu menerima nasihat dari PM yang dilantik secara sah melalui Pilihanraya Umum sahaja !!

15 Responses to “Raja-Raja Melayu bersuara, apa Anwar nak kata?”

  1. Desperado Says:

    Nanti Anwar kata…”AHHHH! INI SEMUA ATAS NASIHAT KERAJAAN…KERAJAAN YANG MENJADI DALANG UNTUK MENASIHATI MAJLIS RAJA-RAJA, DAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA JUGA AKAN TURUT BERSETUJU…”

    Bagi DSAI, tidak ada sat entiti yang bebas di bawah pentadbiran Barisan Nasional, semuanya berproksikan Kerajaan…

    *****

    PS-No komen, Desperado dah mengamuk tuu..

  2. Fazrulls Says:

    Daulat Tuanku.. dan menjunjung kasih tuanku….

    *****

    Ps-Meminjam kata Husin Lempoyang.. Daulat Tuanku! Tuanku Jahat, Tuhan Balas..

  3. webm Says:

    syabas.. bro biaq ramai org di luar lebih ‘open-minded’ ….
    teruskan usahamu…

    *****

    Ps-T_kasih Webm, harap2nya sesama kita dapat saling ingat-memperingati demi kebenaran.

  4. LTA Says:

    High time the Kings all step in before Malaysia is chaotic with racial issues. To all DSAI supporters dont be fooled by the opposition. Will the Opposition go and see the Agong now….?

    *****
    Ps- How are u guys (DSAI’s fan)?

  5. Nani Cheras Says:

    Agaknya kita TIDAK boleh mengharapkan apa-apa dari pemimpin yg berasal dari negeri tak beraja seperti Pulau Piniang.

    Yg datang dari Melaka pun begitu jugak agaknya.

    *****

    PS- T_Kasih kerana komen anda. Jengok2 lah selalu blog saya yg tak seberapa nii..

  6. Tukang kencing Says:

    Parti Kencing Rakyat diketuai Nuar akan bergabung dgn DAP untuk melaksanakan Ketuanan Rakyat @ Malaysian Malaysia.

    Kata Melayu yg bernama Nuar itu, hak Melayu tak perlu, kerana Melayu melalui POM zalim selama 51 tahun..”saya tersilap menubuh PKR krn DAP membuat usaha ini terlebih dahulu..”

    “buang ketuanan Melayu” kata Nuar (gila) lagi

    *****

    PS- Jangan ‘kencing’ kuat sangat.. takut diri sendiri ‘terkencing’ pulak.

  7. Hj Hado @ Kam.. Jufar Says:

    Hj Hado @ Kam.. Jufar
    Kenyataan Parti Selam..

    “Kami telah meneliti 18 tuntutan Hundrof-yg di tujukan kpd PaktuLah pd Dec 2007”

    “Segala tuntutan antaranya -membuang Islam, hak Melayu, sekolah (walau 2 murid) diberi layanan 6 bintang, ahli parlimen automatik 10%, jawatan kerajaan (yg berpangkat shj) kalau boleh 60% ketika zaman British..bla..bla..taj jem..tatajem…”

    Dengan itu is Selaras dgn hala tuju kami selama ini, memesongkan ahli kami.. ingat manipesto 2008 (ditukar kpd Selam)

    Maka kami isytiharkan Hundrof,
    rakan baru kami..kami bersama P. kencing yg ada berhala itu..
    membuang hak kami sebagai penduduk asal tempat kami..

    ‘ah meng” disambut rakan2 lain

    *****

    PS- Saya berpendapat, niat asal mereka adalah untuk memperjuangkan nasib kaum India tetapi telah tersalah pilih kaedah penyampaian sehingga dicap ultra-India. Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan demonstrasi sana-sini.. apa yg penting ialah kebijaksanaan, tolerasi dan hormat-menghormati.

  8. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Satu analisis dan tinjauan yang mendalam, maka tak perlu untuk saya berkata apa-apa.

    *****

    PS-Tegurlah saya jika saya tersilap, mohon tunjuk ajar dari anda semua.

  9. utara selatan/// Says:

    saya suka cara penulisan saudara yg brani dan berhemah..
    teruskan usaha..

    *****
    Ps-T_kasih, komen sdr amat dialu-alukan.


  10. Sdr . Huraian Sdr mendalam sungguh. Kau bedal sama rata. Itu yang aku suka. Nampak kau bijak dan berhemah. Aku tetap baca walau jarang bersuara.

    *****
    Ps-T_kasih, blog sdr apa kurangnya? mesej yg tersirat dan penuh makna.. tolong tegurkan jika saya tersilap dan tersasar.
    utk rakan2 siber, anda boleh layari blog http://satira-kacau.blogspot.com

  11. Anonymous Says:

    Thank you,
    Very well written.
    LIVE TODAY FOR ANOTHER DAY.

    *****
    Ps-Thanks, are u Raj?

  12. lingkup Says:

    Tu laa orang melayu mudah lupaaa kerana politik jual habis harta pusaka nenek moyang teringin sangat nak jadi mentri..yang untung orang cina hari2 dia orang minta dan kita tak pernah minta sesuatu dari dia orang..

    *****
    PS-thank 4 u all

    *****
    Ps-T_Kasih atas komen sdr, saya percaya org Cina Malaysia hormatkan hak2 Melayu.. oleh itu Melayu juga sepatutnya menghormati hak2 kaum lain. Cuma kerajaan harus cari jalan agar kebajikan kepada kaum Cina dapat dipertingkatkan disamping tidak mengabaikan hak2 org Melayu.

  13. ZULKEFLEE B MOHD ZIN Says:

    PKR….PKR…PKR…. PARTI KELENGTONG RAKYAT……… SEMUA PENYOKONG PKR DAH KENA KELENGTONG…. HA..HA..HA….
    DARIPADA
    AL-MULK

  14. AL-MULK Says:

    BETULPKR PARTI KELENGTONG RAKYAT………..

  15. oktizarvia Says:

    Salam.. yup… aku sokong.. PKR ( prti kelentong Rakyat ) semenjak PKR menang banyak dlm pilihan raya hari tu, Malaysia ni seolah dah tak aman dah.. sampai bukan bangsa lain seolah2 sedang memijak org2 melayu.. mcm2 depa bangkitkan.. aku risau andai depa (PKR) menang dan memimpin negara suatu hari nti, melayu akan hilang kuasa dan hak.. Islam pulak makin lama hanya tinggal Nama shj kt Malaysia ni.. silap2 Malaysia akan jd Republic spt singapura.. klu republic Islam Malaysia xpe lah.. aku suka gak.. mcm Iran.. apa2 pun Kita seagama Islam bersatulah.. demi Agama, bangsa dan negara.. Islam itu bersaudara..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: