Eurocopter : Betulkah Najib bersalah?

October 15, 2008

Apabila saya mendengar DS Anwar mengumumkan satu skandal baru (kononnya) mengenai pembelian helikopter Eurocopter dalam persidangan dewan 13/10/2008, saya tersenyum sendirian.. ada-ada saja taktik dan idea DS Anwar untuk ‘mengenakan’ musuh lamanya itu. Bukan hanya sekarang mereka ada ‘perang dingin’, malahan sejak Anwar bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO lagi.

Saya tidak mahu menyokong Najib di atas persoalan terbaru pembelian 12 unit helikopter Eurocopter Cougar EC-725, malahan saya juga berasa sangsi sekiranya berlaku ketirisan/ perjanjian sebalik tabir mengenai urusniaga tersebut sebelum ini.

Tetapi, kita tidak boleh cepat menuding jari kepada DS Najib bersalah semata-mata kerana bersetuju meluluskan pembelian EC-725 tanpa membuat beberapa analisa teknikal terlebih dahulu :

1.  Ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira, (i) spesifikasi teknikal yang memenuhi keperluan operasi TUDM, (ii) jaminan teknikal dan penyelenggaraan, (iii) reputasi dan jaminan pengilang, (iv) kegunaan meluas di pasaran global (faktor kesediaan alat-ganti), (v) harga, (vi) keselesaan dan keserasian dasar negara dengan negara pengeluar/syarikat, (vii) sokongan kepada pemindahan teknologi dan lain-lain lagi yang munasabah.Faktor-faktor tersebut adakalanya saling berkait antara satu sama lain.

2.  Harga yang murah bukanlah faktor penentu keputusan akhir sesuatu pembelian, sebagai contoh : jika hanya faktor harga diambil-kira, masakan ada rakyat Malaysia yang mahu membeli Mercedes S280, BMW 5 Series, Volvo S60.. walaupun ada pilihan lain yang jauh lebih murah? Malahan, faktor teknikal dan reputasi Mercedes, BMW dan Volvo pun masih menjadi pertimbangan sebelum keputusan dibuat.. memilih yang terbaik dari yang terbaik.

3.  Tahukah kita bahawa teknologi kejuruteraan mekanikal German/Perancis adalah yang terbaik di dunia? Amerika dan Rusia lebih terkenal dengan teknologi sensor, pengkomputeran dan konsep. Itali dan UK, walaupun hebat dengan teknologi reka-bentuk dan setanding, kos alat ganti mereka lebih mahal berbanding negara-negara lain. Teknologi kejuruteraan mekanikal yang bagus dapat menjamin jangka-hayat yang lebih panjang kepada mesin/jentera tersebut.

4.  Arwah bapa saya seorang ketua jurutera mekanikal untuk agensi kerajaan dan telah merantau hampir keseluruh dunia untuk mencari jentera pertanian yang terbaik untuk kegunaan badan-badan kerajaan. Ilmu dan pengalaman beliau sedikit-sebanyak membantu saya memahami dunia kejuruteraan (sayangnya, beliau telah tiada untuk saya merujuk hal ini).

5.  Walaupun model Kazan MI-172 buatan Rusia dan model Sikorsky S-92 buatan AS ditawarkan pada RM 898 juta (yang termurah) dan RM 1.452 bilion masing-masing, dan digunakan secara meluas dalam medan peperangan.. sedarkah kita, dari segi jangka-masa panjang kos penyelenggaraan amat membebankan kerana kita terpaksa merujuk kepada pengkalan penyelenggaraan mereka yang berada di luar Malaysia?

6.  Sedarkah kita bahawa Eurocopter adalah pengeluar helikopter terbesar di dunia ,syarikat aeroangkasa yang kedua terbesar didunia dan digunakan di 60 buah negara seluruh dunia? Sedarkah kita Eurocopter telah berada di Malaysia sejak tahun 2002 lagi, dan telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dalam industri pembuatan helikopter? Tahukah kita helikopter Super Puma yang menjadi kebanggaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga mengunakan teknologi Eurocopter?

7.  Eurocopter juga telah berjanji untuk menambahkan pelaburan sebanyak RM 250 juta (jika terpilih) untuk menaik-taraf pusat penyelenggaraan CTRM-Eurocopter di Subang dalam bidang latihan dan membina pusat simulasi pemanduan helikopter yang pertama di Asia. Bukankah kerjasama ini menguntungkan kerajaan dalam pemindahan teknologi dan pusat latihan serantau? Bukankah ini salah satu hasil pendapatan negara dan syarikat tempatan? Adakah pembida-pembida tender yang lain bersedia memberi tawaran yang sebegini menarik?

8.  Perlukah diadakan ujian penerbangan kepada semua model helikopter sekiranya diatas kertas sahaja sudah diketahui tidak menepati keperluan spesifikasi teknikal TUDM? Harus diingat, objektif utama TUDM ialah helikopter untuk tujuan Search And Rescue (SAR) bukannya helikopter penggempur. Secara peribadi, model Cougar EC725 dan Agusta EH 101-Merlin lebih menepati spesifikasi tersebut.. sekiranya kos alat ganti diambil-kira, model Agusta lebih membebankan untuk kos penyelenggaraan. Untuk tujuan helikopter penggempur, tiada satu pun model diatas yang sesuai, Singapura lebih kedepan dengan helikopter Apache mereka.

9.  Betulkah tiada motif tersembunyi dari Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar, kerana kegagalan membida tender pembelian helikopter? Ini nada orang yang kecewa kerana tidak terpilih dan menuduh secara melulu kerajaan bersikap pilih-kasih.. kalau terpilih, tentulah beliau senyap sahaja dan memuji-muji kerajaan kerana memilih bidaan syarikatnya. Adakah tawaran dari syarikat beliau yang terbaik, memandangkan pengkalan penyelenggaraan helikopter pun di Kanada dan tiada kerjasama strategik dengan syarikat tempatan? Saya rasa tidak.. soal tidak puas hati ini memang wujud dimana-mana dalam tender secara global.

10.  Soal ‘somebody’ menerima komisen adalah perkara biasa dalam dunia bisnes, pak lebai di kampung pun pandai ‘makan komisen’ dalam urusniaga jual-beli lembu untuk korban aqiqah.. selain DS Najib dan YB-YB Umno yang lain-lain, anda juga boleh bertanya maksud sebenar ‘komisen’ kepada Azmin Ali, Husam Musa, Hatta Ramli, Hassan Ali, Khalid Ibrahim malahan kepada Anwar Ibrahim juga !! Kenapa Anwar hanya diam dan tunduk membisu sahaja apabila disoal balik oleh YB Umno dalam sidang Dewan Rakyat 14/10/2008 tentang komisen, kronisme dan rasuah?

4 Responses to “Eurocopter : Betulkah Najib bersalah?”

  1. refourmasee Says:

    Nak makan komisen pun agak2 ler.. apparra lu. wahhh lepas kapal selam , helikopter Eurocopter plak, masyukkkkkkkkkk!!!!!!!!

  2. Sekolah Atap Says:

    kalau macam tu gek.. negara kita ni tak boleh beli benda-benda lah.. kalau beli kalo.. mesti pembangkang kata ada masyukkkkkkk..
    dulu pun sama.. masa Tun Mahathir nak wujudkan Putrajaya, KLIA, Sepang, KLCC; pembakang kata apa?? membazir duit rakyat, tak guna..
    tapi apa jadi sekarang??? sibuk nak pergi Putrajaya nak tubuh kerajaan konon.. (DASAR TAK MALU)
    kalau macam tu TUDM guna jelah NURI sampai kiamat.. TLDM perang ikut permukaan laut jelah tak payah guna kapal selam sampai kiamat… TDM tak payah beli Kereta Kebal lah.. guna jelah senapang patah.. kalau beli nanti .. pembangkan kata MASYUKKKKKKKKK… Kalau dah pembakang pembakang jugak… buta mata buta hati….

  3. REFIVEMASEE Says:

    refourmasee…. kau tuduh Bukannya ko tahu pun… ikut cakap orang je.. PAK TURUT

  4. RegHiOp Says:

    dah lah tipu 16 sept..ni nk tipu rakyat lg dgn tomahan karut!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: