Bajet baru : Hujah Anwar lemah..

October 15, 2008

Semalam, saya menerima komen dari seorang rakan siber.. rakan saya itu mempersoalkan kewajaran bajet baru dibuat apabila berlaku sebarang turun-naik ekonomi dunia. Manakala dalam berita mStar, DS Najib menolak syor DS Anwar agar bajet baru perlu dibentang.

2.  Secara peribadi, saya bersetuju dengan DS Najib bajet itu diteruskan dan saya tidak nampak keperluan Bajet 2009 itu perlu dirombak secara keseluruhannya. Bagaimanapun, saya bersetuju sekiranya beberapa perkara harus dinilai semula terutamanya terhadap peruntukkan pengurusan RM 26.5b untuk perkhidmatan dan bekalan dan RM 28b untuk peruntukkan pembangunan ekonomi.

3.  Sekiranya kita merujuk kepada intipati Bajet 2009, hanya satu projek berskala mega iaitu RM 35b perbelanjaan untuk kecekapan pengangkutan awam dari tahun 2009-2014. Saya mengakui, akan ada ketirisan dalam peruntukkan ini kepada sesetengah pihak.

4.  Selain itu, yang ada hanya peruntukkan RM 3b dalam bentuk kemudahan pinjaman untuk pembiayaan sistem pengangkutan, RM 1b untuk pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, RM 800 juta untuk belanja pembangunan PDRM dan RM 300 juta dana khusus untuk Wilayah Iskandar. Lain-lain belanja kebanyakkannya untuk sistem jaringan sosial atau lebih tepat, faedah kepada rakyat (untuk orang miskin dan pekerja awam.. pekerja swasta tidak memperolehi banyak faedah secara langsung ye..).

5.  Saya berasa hairan dan curiga.. adakah DS Anwar benar-benar faham maksud ‘bajet’ itu sendiri? Bukankah bajet bermaksud anggaran perbelanjaan? Secara mudahnya.. setiap dari kita mempunyai bajet tersendiri setiap bulan berdasarkan gaji kita setiap. Sekiranya berlaku perkara luar jangka, adakah gaji kita itu dapat menampung bajet kita dengan tepat?  Sudah tentu tidak.. oleh itu, kita terpaksa mencari sumber baru  kewangan samada meminjam dari orang lain dan sebagainya. Adakah kita perlu merombak bajet asal kita tadi semata-mata kerana berlakunya hal-hal ’emergency’? Adakah perlu dibuang bajet kita tadi kedalam tong sampah  hanya kerana faktor tersebut, padahal ianya hanya memerlukan beberapa pengubah-suaian sahaja?

6.  Kita perlu sumber/suntikan baru kerana unjuran bajet kita sudah lari dari unjuran asal, DS Anwar tidak boleh nampakkah perkara ini? Sekarang, kerajaan ada dua sumber pinjaman.. samada pinjaman melalui institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, Bank of Tokyo dan sebagainya, atau pinjaman melalui sumber tempatan seperti Tabung Haji, KWSP, LTAT, Perkeso dan sebagainya. Tahukah DS Anwar bahawa kadar dana tabungan negara kita antara yang tertinggi di rantau Asia Pasifik?

7.  Manakah pilihan pinjaman yang lebih baik.. melalui pinjaman menerusi dana tempatan atau dana antarabangsa? Sekiranya tidak mahu terdedah kepada risiko turun-naik kadar feadah global, pilihlah dana tempatan.. jika tabungan dalam negara tidak mencukupi, mahu atau tidak, kenalah meminjam dari sumber luar walaupun terpaksa membayar kos yang lebih.

8.  Berbalik kepada Bajet 2009, oleh itu kenapa perlu bajet baru dibentangkan semata-mata kerana krisis sub-prima AS dan turun-naik nilai wang RM (yang menjurus kepada kemerosotan pendapatan negara)? Sebarang penambahan peruntukkan kepada bajet 2009 mestilah  ditampung melalui pinjaman baru agar keperluan bajet tersebut dapat dipenuhi agar jurang defisit tidak ketara. Paling tidak, kerajaan boleh KIV dahulu mana-mana projek yang tidak ‘urgent’ atau mengurangkan peruntukkan asal.

9.  Saya bersetuju sekiranya kerajaan menilai kembali bajet untuk mengimport sesetengah barangan terutamanya barangan dari AS dan Eropah, mungkin barang tersebut terlebih nilai dan mungkin juga terkurang nilai kerana susut-nilai wang.

10. Saya tidak hairan sekiranya fakta-fakta dan angka-angka itu telah disediakan oleh orang lain terlebih dahulu, bukankah sidang Dewan telah berehat sebulan lamanya? Kenapa DS Anwar tergagap-gagap apabila salah seorang YB PKR berhujah (kononnya mahu membantu DS Anwar tetapi menjerat balik tuannya itu) dengan kadar susut-nilai rezab emas? Untuk mengetahui samada DS Anwar benar-benar hebat dalam ekonomi, tanyalah soalan ekonomi yang kompleks kepada beliau secara spontan.. dan anda nilailah sendiri jawapan spontan beliau. Saya tidak hairan jika beliau berdolak-dalik, kerana DS Anwar mahu dilihat sebagai ‘perfectionist’.. orang lain tak betul, hanya beliau yang tahu segalanya.

11.  Secara peribadi, saya tidaklah mengagumi DS Anwar sebagai seorang tokoh ekonomi yang benar-benar hebat, kerana pelajar jurusan Ekonomi tempatan pun boleh menganalisa fakta-fakta Bajet 2009 secara makro dan mikro. Dengan sedikit logik dan ‘common sense’.. beberapa faktor-faktor ekonomi boleh diubah-suai tanpa mengubah prinsip dan objektif asalnya.

12.  Terima kasih kepada UiTM yang mengajar saya serba-sedikit ilmu ekonomi walaupun saya tidak pandai seperti orang lain. Soal DS Anwar ada motif politik untuk populis dikalangan ahli Dewan saya tidak berminat untuk menghuraikan, tetapi hujah DS Anwar untuk membentangkan bajet baru tidak relevan.

One Response to “Bajet baru : Hujah Anwar lemah..”

  1. Mr Excel Says:

    Apakah Anda membutuhkan pinjaman? jika ya kembali ke perusahaan ini sekarang Via Email: (excelservices.managementonline@gmail.com)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: