Perbahasan Bajet 2009 : Ke mana hilangnya wakil BN dalam parlimen?

October 14, 2008

Semalam pada 13 Oktober 2008, ada hal yang membuatkan saya berasa musykil, kemana hilangnya wakil-wakil BN yang mahu berbahas tentang belanjawan 2009? Yang ada cuma YB Batu Pahat, Datuk Fuad, yang mempertahankan kewajaran bajet asal yang menerima sindiran dan cemuhan DS Anwar serta Lim Kit Siang.

Secara keseluruhannya, DS Anwar berjaya menimbulkan persoalan kewajaran bajet tersebut untuk dibahaskan, dengan mengambil-kira keadaan nilai semasa matawang negara dan harga minyak.

Secara mudahnya, bagaimana kerajaan mahu menampung perbelanjaan semasa kerana jumlah pendapatan negara sudah berkurang berdasarkan harga minyak sekarang berlegar sekitar USD 80/tong dan minyak sawit sekitar RM 1,800/tan metrik. Ketika Bajet 2009 dibentangkan, harga minyak dan minyak sawit sekitar USD 120/tong dan RM 2,000/tan metrik masing-masing. Anggaran pendapatan tersebut mestilah kurang tepat, samada ianya perlu dinilai semula atau jumlah perbelanjaan harus disemak semula berdasarkan unjuran tersebut.

Ketika Bajet 2009 dibentangkan, defisit dianggarkan pada 3.8%.. dengan penurunan pendapatan kerajaan, sudah tentu anggaran defisit tersebut akan lebih tinggi dan kurang tepat.

Selain itu, DS Anwar juga menuntut beberapa penjelasan berhubung beberapa projek mega dan pembelian helikopter Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri.

Keseluruhannya, sidang Parlimen dikuasai oleh wakil pembangkang dan berjaya dimanupulasi dengan baik oleh DS Anwar. Wakil-wakil BN kelihatan diam membisu dan kelihatan takut-takut untuk berhujah dan berbahas.

Walaupun hujah-hujah dari DS Anwar ada benarnya tetapi ianya masih boleh dipertikaikan. Saya tidak berminat untuk menghuraikan persoalan itu, kerana saya berasa lebih musykil dengan ketiadaan DS Najib selaku Menteri Kewangan dan lain-lain menteri kabinet untuk bersikap ‘gentleman’ dalam persidangan tersebut.

Saya tidak tahu adakah ini salah satu strategi wakil BN dan menteri-menteri kabinet untuk memulaukan perbahasan, ..atau mereka mahu melihat rentak-tari Anwar terlebih dahulu sebelum bersedia, ..atau takut hilang idea dan bimbang sekiranya diserang dengan hujah-hujah Anwar.

Secara peribadi.. hari pertama perbahasan Bajet 2009 amat mengecewakan kerana menteri-menteri kabinet yang berkaitan tidak turut serta untuk berbahas mengenai hal itu. Bagaimanapun, kita boleh melihat perkembangan terbaru perbahasan bajet pada 14/10/08 kerana ianya telah ditangguhkan untuk mendengar penghujahan dari wakil Kementerian Kewangan.

5 Responses to “Perbahasan Bajet 2009 : Ke mana hilangnya wakil BN dalam parlimen?”

  1. apalah bodoh sangat Says:

    Apakah kau ingat tiap kali ekonomi dunia atau harga tutun naik komoditi utama, maka budget kena buat yang baru ??? KAlau amcam tu setahun berapa kali kena keluar budget???

    Dalam budget sudah diambil kira tutun naik dan seberang unjuran yang berkemungkinan ,,, apasal bodoh sangat

    ********

    PS-saudara barangkali tidak faham artikel tersebut (mungkin susunan ayat saya tidak kena), saya menjelaskan apa yg Anwar kata dan saya kata.. walaupun ia ada asas tetapi HUJAH ANWAR BOLEH DIPERTIKAIKAN. Saya tidak berminat (belum lagi) utk mengulas soal bajet, apa yg saya pertikaikan sekarang kewajaran sikap wakil BN tidak menghadiri sidang parlimen.. itu saja.

  2. Azri Says:

    Salam Tuan,

    Merujuk pada artikel tuan, saya berpendapat ada dua sebab mengapa MP2 Barisan tiada di dewan :-

    1. Mereka muak mendengar hujah2 Anwar selama 5 jam;
    2. Perang psikologi terhadap Anwar dan pembangkang. i.e. his thought is not important after all the lies he made in public.

    Kalau lah saya MP, saya rasa mungkin saya pun keluar selepas 1 jam Anwar berucap.

    *********

    PS-Salam Azri, terima kasih atas komen anda.

  3. uncle nano Says:

    Aku tak sabar nak tunggu kerajaan baru, ntah jadi ntah kan tidak. Berbalik pada DSAI tu, yang dok sibuk-sibuk wat hujah kat Dewan Rakyat tu, nak buat apa?? beritahu aku manusia mana yang dah tak bosan dengan dia sekarang ni..
    adeler satu dua teman baik dan karib dia…DNA nga LKS yg syok follow pungkok DSAI!!

  4. Anak paklang mat jengka Says:

    Apa la MP BN ni, tak geltemen la mcm nih..ni bab kewangan ni, bukan main2..takdak kualiti depa ni..kalau bab lain hampa sgt dgn pembangkang..pasai kewangan hampa belah!

  5. Muthu Says:

    Korang semua jangan susah ati pasal tu. Sebenarnaya semua ahli Parlimen tu gua dah arah mereka pegi pekena teh tarik kat mamak warong. Nak tahu lebih lanjut jumpa gua kat PJ sok


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: