Apa salahnya Dr Mahathir jadi penasihat Najib?

October 13, 2008

MELBOURNE 12 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

“Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara,” kata bekas perdana menteri itu kepada Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne. Tetapi Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian. Beliau perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada mereka yang benar-benar layak. Beliau tidak sepatutnya dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga kerana ini tidak baik untuk negara,’’ kata Dr. Mahathir.

– BERNAMA

————————————————————————————–

Nasihat yang datang dari Tun Dr Mahathir (TDM) sepatutnya diterima dengan baik oleh DS Najib Tun Razak. Bagaimanapun, nasihat tersebut dipandang serong oleh parti pembangkang dan musuh-musuh politik beliau. Sebagai pembangkang, saya tidak hairan sekiranya pembangkang tidak mahu DS Najib berubah menjadi orang yang baik kerana ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan politik kepada mereka.

Kita tidak akan dapat menerima seseorang itu sekiranya kita tidak cuba berfikir secara positif kepada beliau. Orang yang sentiasa berfikir secara negatif sebenarnya akan merosakkan diri sendiri.. Saya mengakui, DS Najib terbelenggu dengan pelbagai skandal dan masalah peribadi, tetapi saya percaya beliau mempunyai pengalaman pentadbiran dan kebijaksanaan akal.

Walaupun Anwar, Lim Kit Siang dan PAS juga mempunyai sikap-sikap negatif.. tidak bermaksud saya harus memandang serong kepada mereka kerana mereka juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Tetapi, menyalahkan kerajaan 100% keatas setiap masalah seolah-olah menafikan kenyataan bahawa permasalahan rakyat sedikit-sebanyak berpunca dari mereka juga.

Berdasarkan pertimbangan inilah, saya berpendapat negara kita memerlukan sistem dua parti yang efektif dimana pemerintah dan pembangkang menjalankan tugas masing-masing dengan bekesan. Sebelum ini, keadaan parti agak berat sebelah dan membuatkan kerajaan pemerintah menjadi ego dan tidak mahu mendengar masalah orang lain melainkan diri mereka sahaja. Tapi harus diingat, ianya bukan berpunca dari manipulasi kerajaan semata-mata.. ianya kerana tiada parti alternatif yang benar-benar stabil untuk memberi saingan kepada BN.

Pembangkang juga ego, tidak mahu mengakui kelemahan mereka sendiri.. kerana itulah mereka selesa memburuk-burukkan kerajaan sedia ada dan mempermainkan sentimen rakyat dalam isu-isu semasa, untuk memperolehi sesuap-dua keuntungan politik. Terima kasih kepada Anwar Ibrahim yang dapat mengajar dan ‘brain-wash’ Lim Kit Siang, Hj Hadi dan Nik Aziz agar berpijak dibumi nyata.

————————————————————————————-

Berbalik kepada DS Najib, semua orang mengetahui beliau dikaitkan dengan skandal SAS (Sukhoi-Altantuya-Scorpene).. tetapi mengatakan beliau telah bersalah adalah tidak adil sama sekali. Kita banyak terpengaruh dengan momokan dan hasutan Raja Petra dan DS Anwar. Bukankah Khairy Jamaluddin dibenci ramai kerana Hikayat Khairy Jamaludin? Bukankah Najib dibenci kerana Altantuya’s Saga?

Bolehkah kita mempercayai 100% RPK dan DS Anwar? Tetapi, kita juga tidak boleh mempercayai DS Najib dan UMNO 100% juga. Kita memerlukan pertimbangan akal yang seadilnya mengikut tahap pemikiran diri kita sendiri, bukannya kerana terikut-ikut dengan orang lain tanpa mengetahui hujung-pangkal sesuatu peristiwa. Mempercayai bulat-bulat kata Hishamudin Hussein adalah tidak baik kerana beliau proksi Najib, begitu juga dengan kata-kata Azmin Ali kerana beliau proksi Anwar.

DS Najib memerlukan penasihat untuk memerintah negara. Salah satu kegagalan Pak Lah ialah kerana melantik senarai penasihat yang tidak betul dan hanya suka mengampu, yang telah membawa dirinya untuk dibenci ramai dan dilabel dengan imej negatif. Sekiranya DS Najib bijak, beliau sudah tentu mengambil kira faktor ini untuk dibuat pengajaran.. tersilap kali pertama bolehlah dikatakan sebagai pengajaran, mengulangi kesilapan pertama untuk kedua kalinya, bolehlah dikatakan bodoh kerana tidak mempelajari kesilapan itu.

Ramai orang bimbang kerana DS Najib dikatakan mengikut telunjuk isterinya, Datin Rosmah. Hal ini bukannya menjadi rahsia lagi kerana isterinya itu dilihat lebih berkuasa dalam sesetengah perkara dan menjadi kehairanan sesetengah ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan.

Benar.. sekiranya DS Najib dibiarkan keseorangan, beliau mungkin akan dipengaruhi isteri dan kroni-kroninya. Kerana itulah beliau memerlukan seorang penasihat yang lebih bijak dan berpengalaman dari beliau sendiri, melantik TDM sebagai penasihat parti adalah tepat. Secara tidak langsung.. TDM akan berfungsi sebagai ‘check and balance’ kepada BN dan DS Najib. Adakah anda fikir DS Najib mahu mendengar nasihat sepupunya Hishamudin? ..atau nasihat dari musuh politiknya sejak dulu lagi, Anwar Ibrahim? ..atau nasihat Nik Aziz, Hj Hadi atau Lim Kit Siang? Saya rasa tidak..

Ada orang mengatakan.. ajaran Mahathirisme akan berulang, Najib akan menjadi boneka Mahathir. Secara peribadi, saya tidak nampak hal sedemikian akan terjadi. DS Najib ada stail beliau yang tersendiri, mungkin dilihat sama dengan Dr Mahathir tetapi sebenarnya berbeza. Yang paling nyata, beliau dilihat agak pemurah dan mudah terpengaruh (tetapi tidak bodoh) berbanding Dr Mahathir yang tegas dan ‘hati kering’.

Apa yang saya nampak, kroni-kroninya akan dapat ‘durian runtuh’ melalui projek-projek kebajikan  dan pembangunan kepada rakyat berdasarkan formula ‘menang-menang’.. persoalannya, adakah durian runtuh tersebut keterlaluan sehingga nasib rakyat terabai kelak?

Sebagai rakyat biasa.. kita kena menerima kenyataan bahawa segala peluang peniagaan dan maklumat akan sampai terlebih dahulu kepada tampuk kepemimpinan negara. Sesiapa yang rapat dengan mereka juga akan beroleh faedah maklumat tersebut secara tidak langsung, akhirnya rakyat bawahan akan beroleh sisa-sisa dan picisan maklumat tersebut.

Hal yang sama akan terpakai sekiranya Pakatan Rakyat memerintah… Jangan terkejut sekiranya kita mendengar berita kroni Husam Musa beroleh tender membuat lebuh-raya, berita kroni Azmin Ali dapat AP mengimport kereta dan sebagainya. Kroni ini ada dimana-mana.. sebesar mana skala kroni tersebut bergantung kepada tempat mereka berada sekarang, samada dalam parti pemerintah atau parti pembangkang.

4 Responses to “Apa salahnya Dr Mahathir jadi penasihat Najib?”

  1. Pak Tua Says:

    salam pak cekka…. hambo setuju 100% pandangan tersebut … hang ni memang realistik tentang isu2 panas… hambo raso kalau hang buat forum utk menyatukan kaum melayu perbincangan yg ‘ open-minded ‘ supaya pemimpin2 skrg boleh tahu apa yg rakyat mahu… bukan hanya tahu membabi buta sahaja membuat keputusan tanpa memikirkan buruk-baiknya keputusan tersebut….

    *********

    PS : Salam Pak Tua, ha3.. saya Pak Muda ajer, nak belajar dengan Pak Tua la nii. Untuk makluman Pak Tua, kita akan ada satu forum semacam parlimen iaitu Debat Rakyat.. insya-Allah forum tersebut lebih sesuai sebagai medan perbincangan dan perbahasan yang lebih konstruktif.

  2. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Jika Dollah mendapat pandangan dan nasihat daripada kabinet dapur, iaitu anak-beranak Dollah masa kat meja makan, kemungkinan besar Najib juga akan dihiasi dengan kabinet yang lebih panas lagi, iaitu kabinet kelambu atau kabinet teman beradu. Tetapi saya amat berharap bahawa saya akan salah tanggap.

    *********

    PS : Salam P_Singh, saya setuju kabinet Najib lebih ‘hangat dan romantik’.. kerana itulah saya berharap agar Dr Mahathir dapat berperanan sebagai penasihat beliau agar Dr M boleh ketuk kepala Najib kalau ada kesilapan. Kesian Najib, kena pulas telinga dek Rosmah dan kena ketuk pula kepala dek Mahathir.

  3. Azri Says:

    Salam Tuan,

    Saya baru hari ini terbaca blog tuan. Secara amnya saya amat teruja kerana tuan mempunyai pemikiran yang boleh di anggap sebagai ‘silent majority”. Syabas diucapkan. Blog tuan akan ditempatkan dalam senarai favorite saya dan rakan2 yang hanya menyokong perkara yang benar dan membawa manafaat kepada negara.

    *********

    PS-Salam Azri.. terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya, hakikat sebenarnya.. saya banyak belajar dari blog2 yang terdapat dalam dunia siber dan juga dari komen2 dari anda semua. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk-Nya, tegurlah saya sekiranya saya sudah melalut.

  4. RegHiOp Says:

    wa tabik lu bro..analisis yg relevan..
    wa sama pndangan teman diatas
    jika Azri said blog hang senarai favorite, aku pun..
    salam

    *****
    -ps- Terima kasih kerna sudi jengok blog ini, salam perkenalan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: